Tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj)

Tuesday, May 31, 2011 0 Komen

Kerajaan semalam mengumumkan purata tarif elektrik dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj, berkuat kuasa esok dalam pelan rasionalisasi subsidi yang sedang dilaksanakan.

Bagaimanapun, tarif baru itu tidak melibatkan 75 peratus atau 4.4 juta daripada 5.94 juta pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kWj sebulan atau jumlah bil bulanan tidak melebihi RM77.

Tarif elektrik dinaikkan kerana harga gas asli yang merupakan sumber utama penjanaan elektrik telah meningkat dengan ketara di pasaran antarabangsa.

Pengumuman berkenaan dibuat pada sidang akhbar bersama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Mereka berkata, kenaikan sebanyak 7.12 peratus itu disebabkan oleh peningkatan harga gas asli untuk sektor tenaga daripada RM10.70 juta unit termal British (mmBTU) kepada RM13.70 mmBTU.

Bagi pengguna domestik yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah, kerajaan akan terus membantu dengan memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik mereka berjumlah RM20 dan ke bawah sehingga 31 Disember 2011.

Pernikahan Rahsia Nurul AF2 Di Thailand

Monday, May 30, 2011 2 Komen

Nurul yang menyertai industri seni menerusi rancangan realiti, Akademi Fantasia musim kedua telah pun selamat mendirikan perkahwinan dengan seorang pensyarah, Mohd Munzil Muhammad pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, majlis pernikahan pasangan tersebut sebenarnya telah dilangsungkan sebulan awal, iaitu pada 23 April lalu di Majlis Agama Islam Narathiwat, Thailand.

Semuanya gara-gara ayah kandung Nurul, Zawawi enggan menjadi wali kerana dikatakan berpunca daripada masalah keluarga yang terjadi sejak penyanyi wanita itu masih kecil.


Keengganan wali dan masa yang suntuk untuk memohon wali hakim - mengikut Nurul permohonan tersebut mengambil masa selama 21 hari, tidak termasuk hari bercuti - menyebabkan pasangan itu memilih untuk bernikah di sempadan negara sebelum mendaftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang negara ini.

Ini kerana, pada majlis pertunangan yang diadakan pada bulan Februari lalu, kedua-dua pihak telah sepakat agar majlis pernikahan diadakan pada 28 Mei ini (Sabtu) diikuti majlis persandingan pada keesokan harinya.

Bagaimanapun, agak 'malang' apabila prosedur mahkamah itu dihidu oleh pihak media menyebabkan kes itu mendapat liputan, sedangkan media telah 'tertinggal' prosiding pertama iaitu semasa Mohd Munzil memberi keterangan.

Itu adalah antara implikasi yang berlaku apabila berkahwin dengan individu yang berstatus 'VIP' mahupun artis atau selebriti kerana sudah pasti pergerakan mereka diikuti dan menjadi perhatian.

Tidak semua menyenangi kehadiran media, yang sebenarnya hanya menjalankan tugas dan ada juga yang mempertikaikan kehadiran wartawan di dalam mahkamah - sedangkan semua maklum sesiapa pun boleh memasuki galeri awam mahkamah, melainkan jika ada perintah sekatan.

Apapun, cerita mengenai pernikahan itu yang keluar daripada mulut Nurul sudah pasti sama dengan versi Mohd Munzil,28, bagaimana mereka berlepas dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan dengan menaiki kapal terbang sebelum bertolak masuk ke Thailand dengan menaiki kereta.

Berdasarkan keterangan Nurul atau nama sebenarnya, Nurullah Abdul Hamid, 29, dia menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 pada majlis tersebut yang diadakan di rumah wali am, Wan Husin Wan Ab Rahman ekoran pejabat majlis agama itu tutup pada hari Sabtu.

Pada hari yang sama permohonan pengesahan lafaz nikah Nurul didengar di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang, seorang wanita membuat permohonan untuk mendapatkan wali hakim, juga atas atasan bapanya enggan menjadi wali.

Alasan yang diberikan ialah bapanya telah lama mengabaikan keluarga manakala abang ipar wanita tersebut selaku saksi memberitahu bahawa bapa mertuanya seorang yang panas baran.

Keterangan yang paling 'meninggalkan kesan' sudah pasti datang daripada kenyaaan kakak wanita itu yang menggelarkan ayahnya sebagai 'gila' dalam nada yang agak tinggi.

Apabila Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah mahu menangguhkan kes kepada hari yang lain ekoran timbul isu baru 'iaitu wali tidak layak atas alasan gila' wanita tersebut terus menangis.

Ibu wanita itu yang duduk di galeri awam dengan perlahan tampil ke hadapan dan memohon agar mahkamah membuat keputusan itu secepat mungkin kerana semua persiapan perkahwinan telah dibuat.

Sekali lagi, isu kesuntukkan masa terjadi dan atas budi, Abdul Halim membenarkan agar kes itu diteruskan pada hari yang sama sebelum memberikan keputusannya.

Tidak dapat dibayangkan betapa besarnya aib yang terpaksa ditanggung oleh keluarga tersebut, jika majlis pernikahan yang telah 'dicanangkan' terpaksa dibatalkan, sedangkan jemputan telah diedarkan.

Impian mendirikan masjid itu mendapat tentangan daripada wali, yang secara lojiknya berkongsi kegembiraan dua mempelai itu.

Tidak wajar anak menjadi mangsa dalam pertelingkahan keluarga atau dibiarkan dalam keadaan terumbang-ambing jika perkahwinan orang tua itu terlerai di pertengahan jalan.

Masing-masing mempunyai tanggungjawab, dan ikatan antara ayah , ibu dan anak tidak tamat hanya kerana sepucuk surat cerai.

Apatah lagi jika anak tersebut jantinanya adalah perempuan, kerana bapa amat-amatlah diperlukan apabila status sebagai 'cik' mahu ditukarkan kepada 'puan'.

Ayah juga perlu menyedari bahawa dirinya tidak selama-lamanya muda, kerana sudah pasti satu hari nanti diri akan dimakan usia dan memerlukan jagaan si anak.

Benar, rumah penjagaan orang tua telah sedia ada, tetapi bukankah lebih baik jika belaian itu datang daripada anak sendiri, sambil ditemani dengan gelak ketawa cucu cicit.

Bagi yang beragama Islam, sudah tentu kehadiran anak kandung akan dinanti-nantikan apabila nyawa sudah terpisah daripada jasad, kerana doa mereka yang dapat membantu perjalanan di sana.

~ Mstar

Elly Mazlein Tunang Pengarah

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Akhirnya segala spekulasi yang kononnya pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mempunyai hubungan dengan suami orang telah terjawab apabila pelakon manis ini telah selamat ditunangkan dengan pasangannya yang juga pengarah drama dan filem, Azmi Mohd Hata, 36.

Majlis pertuangan yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan rakan media itu telah diadakan dalam suasana yang sangat romantik dan ringkas di Dewan Berjaya, Bukit Kiara Equestrian Resort.

Elly Mazlein yang mengenakan gaun rona merah jambu rekaan Eilla Faizshah dari Busana Cinta itu memberitahu dan berharap majlis pertunangannya bersama duda anak dua itu akan menamatkan segala gosip yang kurang enak terhadap dirinya.

"Alhamduliah, sebenarnya saya sangat terharu dan sebak bila lihat wajah keluarga dan para media yang hadir. Bukan apa, saya rasa lega dan berharap dengan majlis ini terjawablah sudah segala gosip serta cerita negatif yang selama ini menghantui media dan peminat saya.

"Saya tahu ramai yang percaya dengan spekulasi yang wujud sebelum ini dan saya nak mereka tahu bahawa sangkaan itu sama sekali meleset.

"Tapi hari ini saya bersyukur dapat dipertemukan dengan Azmi yang kini sudah menjadi tunang saya. Azmi seorang yang baik hati serta romantik selain saya terpikat dengan sifat kebapaan dalam dirnya," kata Elly Mazlein yang menaiki kereta kuda sewaktu berarak masuk ke dewan.

Dalam majlis tersebut, Elly yang duduk di pelamin indah berkonsepkan Menyunting Si Dara di Taman Larangan rekaan Faiz Sabari dari Reka Teemor dengan warna pastel seperti merah jambu dan putih, telah disarungkan cincin ke jari manisnya oleh ibu Azmi, Zaleha Ahmad.

Pasangan itu telah berkenalan sejak 2009 dalam satu pertemuan yang tidak dirancang melalui rakan. Bagaimanapun Elly mula dilamar oleh Azmi yang juga pengarah filem Duhai Si Pari-pari ini pada Februari lalu.

Azmi yang terpikat akan luaran serta keperibadian tunangnya itu memberitahu, Elly adalah wanita yang berjaya memikat hatinya setelah beberapa tahun menduda.

"Selain kecantikan luaran, Elly mempunyai keperibadian yang sangat mulus dan lemah lembut. Setelah berkenalan lebih dua tahun saya dapati kami sangat serasi dan dia sangat istimewa dalam hidup saya.

"Saya tahu Elly mempunyai ramai peminat yang mahu menyuntingnya, jadi saya menyahut cabaran untuk memikat hatinya dan akhirnya kami sama-sama terpaut.

"Apa yang pasti, saya sudah mula teruja pula untuk menanti hari bahagia yang mana kami akan disatukan dengan ikatan yang sah kelak. Namun kami belum ada tarikh yang spesifik lagi tetapi mungkin dijangka Februari tahun hadapan," kata bapa kepada dua anak iaitu Azim, 10 dan Aqif, 9.


Kedua-duanya berbalas hantaran yang mana lima dulang hantaran daripada pihak lelaki manakala tujuh dulang daripada pihak perempuan seperti kek, manisan dan sirih junjung

Elly yang bakal ke lokasi pengambaran bagi drma Secangkir Cinta Semanis Madu untuk RTM itu bakal berlakon sebuah drama bersiri arahan tunangnya berjudul Hantu Gigi.

~ Murai

Lirik Lagu Kongsi -Joe Flizzow

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kongsi -Joe Flizzow

Kongsi kongsi mari bicara,
Kongsi pendapat dan juga idea,
Masuk Kongsi tiada keluar,
Biar Kongsi jadi Kongsi kita duduk diam. [x2]

Naik bukit , turun bukit,
Gua dah lama tengok wayang , tak perlu minta tiket,
Dan silakan picit telefon panggil~lah sedozen,
Gua pun teringin nak tengok lu punya sepuluh sen
Alamak lu kredit pun takde , terpaksa tembak
Tak guna lu bawak pisau ke peraduan menembak,
Tak guna ada bola kalau tak reti sepak,
Tak guna ada jalan kalau destinasi tak nampak,
Tak guna jadi gangster kalau tiada wang,
Gua tetap di jalanan tapi gua usahawan,
Gua bursa sahamkan setiap perniagaan,
Dan setiap gerak geri , pelan harus dipersiapkan,
Jangan kita mudah lupa , kita bukan selamanya muda
Jadi kerahkan tenaga , pergunakan usia,

Bila jumpa orang lama , jangan malu bersoal,
Jika mahu kunci kuasa , harus ada modal,

Kongsi kongsi mari bicara,
Kongsi pendapat dan juga idea,
Masuk Kongsi tiada keluar,
Biar Kongsi jadi Kongsi kita duduk diam. [x2]
Ada cara duduk , ada cara berdiri,
tangkap orang menyamar , tangkap orang menyanyi,
tangkap orang melalak , tangkap budak berlagak,
tangkap mulut berbuih , berbual lepas cakap,
tangkap budak kosong bogel dan tak pakai baju,
ramai sangat kelkatu , nak mendekati lampu,
teringin hendak menyinar naik sheikh , tapi tiada dinar,
bila kena pegang gegar sikit , air mata berlinang,

Bukan nak jadi brader , gua nak jadi orang berada,
supaya dapat menjaga setiap ahli keluarga,
bukan duniawi semata emas putih permata,
kadang kala aku rabun , pakaikan cermin mata,
Tuhan berikan petanda , supaya ku selamat di sana,
dan selamat di sini , setiap usaha diberkati,
budak tersusun rapi , gerak cara koperasi,
biar mereka jadi besar , Kongsi kami gergasi...

Lirik Lagu Nafas Sempurna –Ain AF8

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Nafas Sempurna –Ain AF8

Hembusan angin menyedarkan aku
Terlena aku di situ
Bagai menanti kamu
Datang menemaniku sejak dulu

Membuka semua ini ku hadapi
Melangkah jalan berduri
Penuh menusuk hati
Bimbang berulang lagi dilukai

Oh! buanglah keraguan
Bersinar bagai bintang terang
Terangi jalan jalan yang ku lalui
Yang kini semuanya di tanganku

Sempurnalah dakapan hati ini
Bercahaya selamanya
Hilangkahlah wajah seribu pilu
Biarkan berlalu
Sempurnalah sempurna nafasmu

Hembusan angin menyedarkan aku
Saat leka berlalu
Berlari ku menuju
Sempurna impian di puncak itu

Oh! buanglah keraguan
Bersinar bagai bintang terang
Terangi jalan jalan yang ku lalui
Yang kini semuanya di tanganku

Sempurnalah dakapan hati ini
Bercahaya selamanya
Hilangkahlah wajah seribu pilu
Biarkan berlalu
Sempurnalah sempurna nafasmu

Ada dirimu disitu ratu dijalan yang berliku
Usah kau ragu
Hanya satu
Pertahankan dirimu
Maruah mahkotamu dan dunia terbaku

Sempurnalah dakapan hati ini
Bercahaya selamanya
Hilangkanlah wajah seribu pilu
Biarkanlah berlalu
Sempurnalah sempurna nafasmu

Hilangkanlah wajah seribu pilu
Biarkan berlalu
Sempurnalah sempurna nafasmu
Hembusan angin menyedarkan aku

Lirik Lagu Hello:Heliza

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Hello:Heliza

Hello, inginku mengenalmu
Hello, inginku tahu namamu
Hello, haruskah ku tahu
Siapa sebenarmu

Kini ingin ku nyatakan
Hatiku telah terbuka untukmu
Oleh renungan manjamu
Hingga aku ingin mendampingimu

Kini ingin ku nyatakan
Hatiku telah terbuka untukmu
Oleh renungan manjamu
Hingga aku ingin mendampingimu

Sekian lama purnama membisu
Walaupun hiba unggas pungguk merayu
Katakan saja aku di hatimu
Biarkanlah untuk selamanya

Hello, inginku mengenalmu
Hello, inginku tahu namamu
Hello, haruskah ku tahu
Siapa sebenarmu

Inginku mengenalmu

Lirik Lagu Pinda Minda -Mizz Nina

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Pinda Minda -Mizz Nina

Kan ku pinda minda
Usah terpinga-pinga

Di dalam dunia penuh masalah
Ku perlu sedia tak mengalah
Bukan dengan hanya tetapi cara
Tapi buka minda

Ku mahu ke depan tapi bukan dengan
Cara menjatuhkan lazimnya lawan
Tetapi bersama berjaya menawan
Puncaknya oh kawan

Usahlah dikau menghakimiku melainkan
Kau hakimi mahkamah kerana kau bukan Tuhan
Jadi ada eloknya jika kau buka minda
Supaya fikiran kita tak searah sahaja

(Ulang korus)

Aku penuh kerna fikiranku
Jika ingin fahami diriku
Kamu perlu kerna fikiranku
Jika ingin fahami diriku

(ulang verse 3)

(ulang korus)

Kan ku pinda
Kan ku pinda mindamu

(ulang korus)

Lirik Lagu Sedih – V.I.P

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Sedih – V.I.P

VIP VIP Babeh!
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar
Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

Korus
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku… lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana

Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi
Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

Korus

Ku bukakan stereo, internet dan radio
Tapi lagu yang ke udara hanya menyucuk-nyucuk jiwa
Keranaku kehilanganmu

Ulang

Kehilanganmu
Jadi jikalau kau sedang mendengar
Rasakan gelombang terpancar

Ulang Korus


Lirik Lagu Kamar Hatiku –Yantzen

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kamar Hatiku –Yantzen

Tiada terbukti setiamu
Sudah bercahaya cerah
Namunku masih tersalah tafsiran
Sesungguhnya hatiku buta
Dan jahil dalam bercinta
Hingga permata ku sangka kaca

Retak seribu di hatimu
Tercabar kesetiaan
Namun kau masih berdiri menanti
Dalam tenang kau tersiksa

Kau masih bergantung pada kenangan
Walau berzaman
Kau masih menyeru sebaris namaku
Yang tak pernah luntur di hatimu

Dan telah ku fikirkan keputusan
Kan ku buka seluasnya
Kamar hatiku yang dulu terkunci
Kini terbuka untuk engkau diami

Sayang takkan ku kejar mimpi-mimpi
Kan ku turut kehendakmu
Sebagai menebus dosa-dosaku
Yang pernah ku perlakukan dahulu… terhadapmu

Salma Juara Mentor 5 Memang Tepati Ramalan

Monday, May 30, 2011 1 Komen

Salma menjuarai Mentor 5 seperti dijangka ramai dengan markah keseluruhan sebanyak 85 markah. Ini diikuti Shiha dengan 63 markah dan Iqa, 56.

Tahniah buat Salma! Syabas Erra Fazira!


Lirik Lagu Hitam :Pesawat

Monday, May 30, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Hitam :Pesawat

Sanggupkah kau
Menggadaikan maruah untuk terbang tinggi?
Melayang ke awan
Di khayalan kau masih tetap bersendiri

Ohhhh

Sanggupkah kau
Mencontengkan arang ke muka mu sendiri?
Legap dan hitam
Bertopengkan syaitan kau cuba bersembunyi

Jangan kaburi
Dengan kata kata
Jangan berselindung
Dengan rupa baikmu

Jangan cemari
Dengan warna hitam
Jangan berselindung
Dengan rupa baikmu

Ohh..

Sanggupkah kau
Mengatakan segalanya sudah berakhir
Di hujung dunia
Terduduk termanggu kau menyalahkan takdir

Jangan kaburi
Dengan kata kata
Jangan berselindung
Dengan rupa baikmu

Jangan cemari
Dengan warna hitam
Jangan berselindung
Dengan rupa baikmu

Produk Jerneh by Sheila Majid mahu dibawa ke luar negara

Sunday, May 29, 2011 0 Komen

Datuk Sheila Majid berhasrat membawa produk rangkaian penjagaan kulit berjenama Jerneh by Sheila Majid di pasaran luar negara.

Kata Sheila, itu merupakan salah satu impiannya selepas produk tersebut mendapat tempat kukuh di negara ini terlebih dahulu.

“Sambutan terhadap produk tersebut sejak mula dikeluarkan pada awal 2009 lalu semakin baik.

“Bagi saya biarlah perlahan tapi menunjukkan perningkatan kerana kita sangat mementingkan kualiti.

“Setakat ini sedah tiga negeri yang sudah ada pengedar tetap iaitu Kelantan, Terengganu dan Selangor dan saya memang berharap untuk menembusi pasaran luar negara seperti Timur Tengah,” katanya ketika ditemui di Majlis Memperkenalkan Produk Jerneh By Sheila Majid, di Shah Alam, Sabtu.

Tambah Sheila, tujuan utama produk tersebut dikeluarkan bukanlah mengejar keuntungan sebaliknya sebagai rasa tanggungjawab membantu pengguna Islam mendapatkan produk halal dan selamat.

“Jerneh halal dan selamat digunakan kerana mengunakan bahan-bahan yang kita yakin boleh digunakan untuk bersolat.

“Ramai pengguna yang beli sesuatu produk tanpa membaca bahan-bahan kandungan, kebiasaannya terdapat bahan yang digunakan tidak diyakini halal,” katanya.


Tambahnya, dia juga menolak penggunaan cara mudah untuk kelihatan cantik dengan mengunakan rawatan yang membahayakan untuk masa jangka panjang.

“Sebagai manusia kita sepatutnya bersyukur dengan apa yang dianugerahkan tuhan kepada rupa paras.

“Kita perlu menjaganya dengan baik dan bukan dengan cara yang mudah untuk nampak cantik tetapi membahayakan diri sendiri,” katanya.

Lirik Lagu Percaya Pada Luka –Nashrin

Sunday, May 29, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Percaya Pada Luka –Nashrin

Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata

Pre-chorus
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta

Chorus
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita

Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu

Ulang Pre-chorus
Ulang Chorus

Lirik Lagu Anugerah – Azlan & The Typewriter

Sunday, May 29, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Anugerah – Azlan & The Typewriter

Tersimpul satu nama
Rahsia tentang kita
Gambaran hati sunyi sepi
Terlimpas kata kata
Dekat diantara kecil dan masih ada
Walau hari berganti masa hari nanti

Gengaman wajah-wajah
Tersenak di dada
Hingga akhir hayatku
Hingga akhir hayatku

Sentiasa selalu
Bila bersua gurau senda
Ku ingat selalu

Gengaman wajah-wajah
Tersenak di dada
Gengaman wajah-wajah
Hingga akhir hayatku

#lirik ni tak betul sangat,sesiapa boleh tolong betulkan?

Lirik Lagu Ikhwanku -Mawaddah

Sunday, May 29, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Ikhwanku -Mawaddah

Siapakah yang paling ajaib imannya
Rasulullah telah bersabda sebuah thoifah akhir zaman
Datang sesudah kewafatanku,tidak pernah berjumpa denganku

Tapi sangat mencintai diriku, melebihi anak & ibu bapak mereka
Rindu, oh rindunya… Aku pada mereka
Ya, rindunya aku pada mereka

Wahai abu bakar, tidakkah kamu juga merindukan mereka
Sedangkan mereka sangat merindukan diri kamu, kerana kamu sahabatku
Mereka adalah ikhwanku, saudara-saudaraku
Sedangkan kamu, sahabat-sahabatku

Berbahagialah orang yang bertemu denganku & beriman denganku
Berbahagialah 7X orang yang tidak bertemuku tapi beriman denganku

Ikhwanku orang ganjil di kalangan umum mukmin
Kerana mengikut cara hidup para siddiqin
Berakhlak dengan akhlak nab-nabi
Berjuang bak tentara badar di kebangkitan kedua

Al-Mahdi & Fata Tamimi bersama dengan jema’ahnya
Mereka adalah para ikhwan di akhir zaman
Di tangan mereka inilah Allah-kan Islamkan dunia

Jika kamu telah mendengar tentang mereka
Datangilah & berbai’ah-lah
Sekalipun kamu terpaksa merangkak diatas stalji

Wanita Terseksi di Atas 50 Tahun

Sunday, May 29, 2011 0 Komen

Berusia lanjut tidak bererti sudah tidak sesuai untuk kelihatan seksi. Aktres Helen Mirren yang kini sudah berusia 65 tahun baru sahaja dinobatkan sebagai Wanita Terseksi.

Aktres Helen Mirren

Dalam undian yang dibuat oleh isme.com, wanita cantik ini menduduki tangga tertinggi dalam kategori 'Wanita Terseksi di Atas 50 Tahun'.

Mirren bersaing snegit dengan model Twinggy, 61, yang berada di kedudukan kedua. Kedua-dua bintang ini diikuti Joanna Lumley di tempat ketiga dan Kim Cattrall, 54.

Beberapa bintang lain yang juga berada di urutan 20 wanita terseksi 'istimewa' ini adalah Michelle Pfeiffer, Emma Thompson, dan Lorraine Kelly.

"Berusia 50 tahun tak berarti kita tak lagi fashionable dan menjadi seksi," ujar Pengarah isme.com, Sara Prowse.

Lirik Lagu Anugerah Terindah -Aril

Sunday, May 29, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Anugerah Terindah -Aril

Verse1
Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan
Kau adalah anugerah
Yang membawa sebaik senyuman

bridge
Ooh.. hanya dikau yang di jiwa ku
Ooh... kaulah satu, hanya kau yang satu.. ooh

chorus
Kaulah definasi cinta sebaik-baik manusia
Cahaya mu mempersona
Kaulah epitomi cinta terbaik dari semua
Aura mu membakar asmara
Oohh

*cadenza
Hanya dirimu untuk ku buat selama-lamanya

chorus
Kaulah definasi cinta sebaik-baik manusia
Cahaya mu mempersona
Kaulah epitomi cinta terbaik dari semua
Aura mu membakar asmara

refrain:
kaulah definasi cinta
kaulah epitomi cinta
kaulah anugerah terindah
Kaulah epitomi cinta terbaik dari semua
Aura mu membakar asmara ooh..
Kau lah anugerah.. ooh
Kau adalah anugerah hadirnya mu mendamaikan

senilagu & senikata: kuncidemak (Onyx Garland Sdn Bhd)

Lirik Lagu Hatimu Milikmu -Nera AF9

Saturday, May 28, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Hatimu Milikmu - Nera AF9

Pernahkah engkau hargai
cintaku yang sejati
pernahkah engkau mengerti
akan diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
memberiku sejuta pilu
betapa agungnya asmaramu
membuatku terpaku

Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Kan kuabadikan dikau
suatu kenangan yang manis
yang tak mungkin aku lupa
untuk selamanya

Kan kucoretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
dapat jadi yang terindah
di dalam hidupku ini

chorus:
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Bagai bahtera yang dilanda badai
Gelora cintamu
Mengoncang jiwaku
Berombak mencari
Daratan yang damai
Ohhh cintaku

Korus
Disisimu aku terdiam seribu bahasa
dihatiku bergetar sejuta rasa
namun sukar untuk aku meluahkan
kucinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
terasa batas degupan jantungku ini
mungkinkah hatimu milikku jua
kusayang padamu

Aku coretkan kenanganmu
dalam sanubariku ini
agar jadi yang terindah
dalam hidupku ini



# Jika ada kesilapan lirik,harap betulkan di ruangan komen. TQ!

Ahmad Dhani impi kahwin 4

Saturday, May 28, 2011 0 Komen

Pemuzik terkenal, Ahmad Dhani mengaku dia berdoa untuk mempunyai empat isteri.

“Saya ada keinginan untuk mempunyai empat isteri. Saya tidak berkhayal. Jika doa saya itu dimakbulkan, Alhamdulillah,” kata pemuzik itu yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-39, semalam.

Ketika ditemui di Studio RCTI di Jakarta Barat, Dhani berkata, dia dapat merasakan dia sudah banyak mencapai kejayaan yang membanggakan sepanjang hidupnya setakat ini.

Bekas suami Maia Estianty itu juga mengaku tidak banyak lagi harapan yang ingin dikecapinya kecuali untuk membentuk peribadinya supaya menjadi lebih baik lagi.

“Saya tidak mempunyai doa khusus. Tetapi setiap malam sebelum tidur saya akan berdoa. Saya juga bermuhasabah diri setiap hari dan ia dilakukan ada bila-bila masa. Syukur ia membantu kehidupan saya,” katanya. - Agensi

Konsert Sejuta Belia

Saturday, May 28, 2011 0 Komen

2 kumpulan terkenal Kristal dan Hujan akan menghiburkan para belia pada sambutan hari belia peringkat kebangsaan, Himpunan Sejuta Belia yang bakal berlangsung Jumaat sehingga Ahad ini bertempat di Putrajaya.

Pada sambutan berkenaan, Kristal dan Hujan akan berkongsi pentas untuk menghiburkan para belia pada konsert yang akan di adakan pada 28 Mei ini di perkarangan menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Penyanyi Hattan selaku penganjur konsert itu berkata, selain Kristal dan Hujan konsert berkenaan turut diserikan ramai lagi artis lain.

“Pihak KBS mahukan kita membawa semua artis yang turut menjayakan program sambutan hari belia di Sarawak sekitar bulan lalu,” ujar Hattan yang ditemui pada sidang media konsert berkenaan baru-baru ini.

Jelas penyanyi lagu Biso Bonar itu lagi, kemungkinan akan ada pertambahan artis di saat-saat akhir dan semuanya bergantung kepada pihak KBS sendiri.

Selain daripada menghiburkan para belia pada konsert berkenaan, para artis yang terlibat juga dibolehkan untuk membuka booth dan menjual cenderamata sendiri.

“Kita ada sediakan booth untuk mereka yang minat berniaga,” ujar pengkritik tetap Akademi Fantasia musim ke sembilan itu.

Nadia AF6, Farah Asyikin, Kashmir Stone JG dan Super Junior adalah antara artis yang akan membuat persembahan di sebelah malam Sabtu ini.

Sementara itu, vokalis Kumpulan Kristal, Mohd. Razlan Mohamed Yusof atau Lan berkata, dalam persembahan selama 30 minit itu nanti, mereka akan menghiburkan para belia dengan lima lagu popular mereka antaranya Luahan Hati lagu dari album terbaru mereka.

Sebelum ini, Kristal pernah mengadakan persembahan sempena hari belia di sekitar Sarawak pada April lalu.

Seorang lagi artis yang akan membuat persembahan pada konsert berkenaan, Kashmir Stone-JG beranggapan peluang beraksi pada sambutan Himpunan Sejuta Belia itu adalah suatu yang terbaik untuknya.

"Namun, apa yang penting adalah untuk melakukan yang terbaik agar dapat menghiburkan peminat di samping menyokong program berkenaan," jelasnya.

Siti Nurhaliza sertai Askar Wataniah

Saturday, May 28, 2011 0 Komen

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bersetuju untuk menyertai Askar Wataniah dalam satu platun yang akan turut disertai beberapa selebriti terkenal tanah air dalam masa terdekat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Siti Nurhaliza telah mendapat persetujuan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menjalani latihan bagi tempoh 39 jam.

Beliau menjangkakan platun yang disertai Siti Nurhaliza akan mula menjalani latihan sebelum Ramadan ini.

"Selebriti ini akan menjadi ikon untuk menarik lebih ramai orang menyertai Askar Wataniah dan memberi motivasi kepada tentera kita yang berkhidmat di luar dan sempadan negara," katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, selain Siti Nurhaliza, penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor turut berminat untuk menyertai platun selebriti itu.

Katanya, beliau juga akan cuba mengajak beberapa artis termasuk pelakon lelaki di bawah umur 35 tahun untuk menyertai Askar Wataniah.

"Bagi artis yang berminat, mereka boleh menghubungi Markas Tentera Darat kerana kita masih membuat formaliti mengenai perkara ini," katanya.

Biodata Bea Rameshan

Thursday, May 26, 2011 1 Komen

Profil Bea Rameshan


NAMA KOMERSIAL: Bea Rameshan
NAMA PENUH: Rabiatul Balqis Rameshan
TARIKH LAHIR: 25 Mei 1988
TEMPAT LAHIR: Machang, Kelantan
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kejuruteraan Sains Geometrik, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
KARIER: Pelakon dan model
KOMERSIAL: Nokia
DRAMA/TELEMOVIE: antaranya Tok Ketua, Tan Tun, Biar Betul Bendul, Pangkin Atuk, Surat Cinta, Sutera Sebalik Wajah, Pusaka dan Unjul Nak Jadi Orang, Angelina O Angelina, Moh Ke Kafe Kita (sitkom), Dosa Siapa

Filem Titanic ditayang semula dalam bentuk 3D

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Filem arahan James Cameron,Titanic berjaya mencapai kutipan pecah panggung terhebat dan muncul filem paling lama ditayangkan di pawagam.

Kepada mereka yang begitu menggemari kisah cinta penuh tragik ini, Paramount Pictures, Twentieth Century Fox dan Lightstorm Entertainment mengumumkan filem Titanic akan ditayangkan semula dan kali ini dalam versi 3D. Filem itu akan ditayangkan di seluruh dunia pada 6 April 2012, sempena sambutan ulang tahun ke-100 kapal Titanic berlayar.

Cameron berkata, filem arahan dan tulisannya ini menjadi lebih hebat apabila ia dipindahkan kepada teknologi 3D.

"Dengan emosi yang sarat dan visual memukau, saya yakin filem ini akan memberi pengalaman baru kepada peminat baru dan lama," katanya.


Sementara itu ketika mengulas projek terbaru itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fox Filmed Entertainment, Tom Rothman dan Pengerusinya, Jim Gianopulos berkata perhubungan yang terjalin selama 30 tahun bersama Cameron serta fenomena yang pernah dicetuskan Titanic membuatkan mereka terpanggil untuk menerbitkan semula filem itu.

"Bermula dengan filem Alien hinggalah Avatar, hubungan selama tiga dekad itu sering memberikan pulangan yang baik. Justeru, untuk meraikan hari bersejarah ini, kami mahu penonton generasi baru berkongsi perasaan gembira ini dengan menonton Titanic dalam versi 3D," kata mereka.

Lirik Lagu Bukan Untukku - Ain AF8

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Bukan Untukku - Ain AF8

Mungkinkah salahnya diriku
Keranaku masih disini
Tak pernah ku dapat bahagia
Hati sering tertanya tanya

Tak mungkin ku menanti cinta
Cintaku hanya untuk engkau
Kini harus ku melepaskan
Cinta yang tak pernah kau beri

Tinggallah suara hatiku
Menjerit dan mambawa separuh nafasku
Kini ku sedari diri ku memang
Bukan tuk dicintai

Mungkinkah suara hatiku
Memintaku pergi dan takkan kembali
Ku harus mengerti dan relakan diriku
Untuk berpisah lagi

Tak mungkin ku menanti cinta
Cintaku hanya untuk engkau
Kini harus ku melepaskan
Cinta yang tak pernah kau beri

Tinggallah suara hatiku
Menjerit dan membawa separuh nafasku
Kini ku sedari diriku memang
Bukan untuk dicintai

Mungkinkah suara hatiku
Memintaku pergi dan takkan kembali
Ku harus mengerti dan relakan diriku
Untuk berpisah lagi

Lirik Lagu Hanya Kerana Cinta -Outtakes

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Hanya Kerana Cinta -Outtakes

Keaadaan kita memang sukar
Bukan kerna cinta yang menghalang
Walaupun terpaksa kita terpisah
Namun hanya untuk seketika saja

Tak pernah lepas dari cobaan
Dalam perjalanan percintaan
Tapi ku relakan cintaku untuk mu
Yakin pada tulusnya kasih mu.

Hanya kerana cinta ku melangkah jauh
Sanggup menyepi mencari ilham ku
Tak ada yang lebih dari itu
Hanya kerana cinta ku bersujud pasrah
Mengharapkan belas maaf dari mu
Tak ada yang lebih, tak ada yang lebih dari itu

Bawalah aku ke dalam mimpi mu
Agar ku dapat bersama mu
Walaupun hanya sementara
Sentuhan mu indah

Lirik Lagu Anugerah Terindah: Aril

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Anugerah Terindah - Aril

Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan

Kau adalah anugerah
Yang membawa sebait senyuman

Oh.. Hanya dikau yang di jiwaku
Oh.. Kaulah satu
Hanya kau yang satu..
ohhhh

Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona

Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..

Hanya dirimu untukku
Buat selama-lamanya..

Kaulah definasi cinta
Sebaik-baik manusia
Cahayamu mempersona

Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..

ohhhh..

{kaulah definasi cinta
kaulah epitomi cinta
kaulah anugerah terindah}

Kaulah epitomi cinta
Terbaik dari semua
Auramu membakar asmara..
ooo.. oo..

Kaulah anugerah
woo.. woo.. woo..

Kau adalah anugerah
Hadirnya mu mendamaikan


Scotty McCreery Juara Baru American Idol

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Scotty McCreery dipilih sebagai idola baru mereka menerusi rancangan pencarian bakat paling popular, American Idol musim ke 10 (AI10).

Berlangsung di Nokia Theatre di Los Angeles, McCreery, 17, telah menewaskan Lauren Alaina, 16, pada malam final yang menyaksikan pertembungan dua finalis termuda dalam sejarah American Idol.


Scotty juga adalah peserta kedua berusia 17 tahun diiktiraf juara selepas Jordin Sparks, pemenang American Idol musim ke-6.

Scotty pada malam gemilang persembahan itu telah menyampaikan lagu pilihannya sendiri, Gone nyanyian asal Montgomery Gentry selain dua lagi lagu iaitu Check Yes or No (George Strait) serta lagu yang dicipta khas untuknya, I Love You This Big.

Lauren pula menyampaikan lagu Flat on the Floor nyanyian asal (Katrina Elam) diikuti lagu Maybe It Was Memphis (Pam Tillis) dan Like My Mother Does (Kristy Lee Cook).

Musim ke 10 American nyata unik kerana dianggap yang terbaik dalam tempoh 10 tahun penyiarannya. Selain undian tertinggi dalam sejarah pada malam final, jumlah keseluruhan undi sepanjang musim juga telah didedahkan oleh hos, Ryan Seacrest iaitu sebanyak lebih ¾ billion, juga yang tertinggi dalam sejarah penerbitan rancangan realiti TV berkenaan.

Ini sekaligus mengetepikan suara-suara yang menyatakan musim ke 10 American Idol tidak akan dapat mencapai kegemilangan seperti musim-musim sebelumnya. Antara faktor utama timbul pelbagai kritikan bahawa AI10 akan memasuki zaman suram, ialah kerana pemergian Simon Cowell, pengkritik paling 'berbisa' dalam American Idol.

Namun, dengan percapaian terbaru ini, ianya sekaligus membuktikan American Idol masih lagi diterima rakyat Amerika, malah dengan kejayaan yang lebih hebat dari sebelumnya. Kehebatan AI10 juga telah diserikan dua orang juri baru, iaitu Jennifer Lopez dan vokalis Aerosmith, Steven Tyler. Randy Jackson membuktikan dia adalah juri paling setia dengan program ini apabila terus kekal untuk musim ke 10.

Malam final AI10 dimulakan dengan persembahan 13 peserta utama AI10 menyanyikan lagu Lady Gaga, Born This Way. Peserta-peserta yang tersingkir juga diberi peluang membuat persembahan individu sebelum pentas diambil alih kedua-dua finalis untuk membuktikan kehebatan mereka.

Scotty McCreery Juara American Idol 2011

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Scotty McCreery bergelar pemenang program nyanyian American Idol musim kesepuluh (AI10) selepas menewaskan pesaingnya Lauren Alaina pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.


Persaingan sengit dua peserta yang memperjuangkan genre muzik country itu menyaksikan McCreery mengetepikan Alaina dengan undian sebanyak 122 juta.

"Saya tidak pernah menjangkakan langsung. Saya perlu berterima kasih kepada Tuhan terlebih dulu... Dia yang menyebabkan saya berada di sini," kata remaja berusia 17 tahun yang sinonim dengan ton suara yang besar dan dalam.

McCreery dan Alaina,16, juga merupakan dua peserta paling muda yang pernah bertanding dalam sejarah AI.

Pada pertandingan itu, Alaina yang mengalami kecederaan serius pada peti suaranya tetap berjaya mempersembahkan vokal yang memukau yang mendapat pujian daripada barisan juri.

Bagaimanapun, McCreery yang tidak pernah berdepan risiko penyingkiran sepanjang kempen musim ini berjaya menewaskan Alaina kerana populariti yang dimilikinya.

McCreery adalah juara lelaki keempat program realiti itu selepas. Kali terakhir AI dimenangi oleh peserta wanita adalah pada musim 2007 menerusi Jordin Sparks.

Jumlah undian keseluruhan untuk musim ini mencecah 750 juta, seperti yang diumumkan oleh pengacara program itu Ryan Seacrest.

McCreery berduet dengan bintang country Tim McGraw dalam lagu Live Like You Were Dying, manakala juara musim keempat, Carrie Underwood kembali ke pentas AI apabila berduet dengan Alaina untk lagu Before He Cheats.

Pada malam Selasa, Alaina menyampaikan lagu Flat on the Floor, Maybe It Was Memphis dan Like My Mother Does. McCreery pula menyampaikan lagu barunya I Love You This Big, Gone dan Check Yes or No.

Penyanyi Beyonce dan Tony Bennett antara artis yang membuat persembahan pada malam keputusan itu. - AP

Lirik Lagu Tema Imam Muda 2 : Hambamu (Mawi ft Akhil Hayy)

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Tema Imam Muda 2 : Hambamu

Mawi:
Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O (dua-dua)
Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Mawi

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Akhil Hayy

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku
Hamba mu Allah

Biodata Keena (Mentor 3)

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Biodata Keena (Mentor 3)


NAMA PENUH: Suriana Abdul Wahab
UMUR: 24 tahun
ASAL: Kelantan
KERJAYA: Penyanyi / Pelakon
DRAMA: Nur, Akademi Polis, Gerak Khas 3, Hotel Mania, telefilem Susuk Amanda dan Durian VS Timun.
FILEM: Cinta Fotokopi, Tokak dan Aiman Tak Kisah.

Populariti akibat Twitter dan Facebook

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Lady Gaga mengejutkan dunia apabila berjaya mengumpul lebih 10 juta orang pengikut dalam laman blog mikro Twitter.

Dalam kemas kini Lady Gaga selepas akaun Twitternya mencapai angka keramat tersebut, dia menzahirkan perasaan terkejut dan gembira atas sokongan peminat.


“Seramai 10 juta Monster (nama panggilan yang ditujukan kepada peminatnya)! Saya terkedu, kita sudah lakukannya! Saya amat mencintai kamu semua. Boleh meninggalkan London dengan senyuman.” kata Lady Gaga dalam kemas kini Twitter.

Kejayaan mengumpul sebegitu ramai pengikut itu bagaikan sebuah fenomena apabila dada-dada akhbar di luar negara dan tidak ketinggalan juga di Malaysia menjadikan perkara tersebut tajuk-tajuk utama berita hiburan.

Bukan itu sahaja, laman YouTubenya, Vivo, yang menjadi platform kepada Lady Gaga untuk menayang klip video terbaru sudah acap kali mencecah jutaan penonton.

Tidak ketinggalan peminatnya yang mengklik butang ‘Like’ di laman sosial Facebook pula mencecah angka 34 juta orang. Ia satu jumlah yang melebihi populasi rakyat Malaysia sendiri.

Di Malaysia laman sosial Facebook, YouTube dan Twitter juga dijadikan salah satu medium untuk seseorang pemimpin atau selebriti itu mendekatkan diri kepada masyarakat dan peminat.

Sebagai contoh Perdana Menteri Malaysia sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi maklumat dengan memiliki Fanpage.

Fanpage Najib di laman Facebook kini telah mencapai angka lebih 600,000 orang dan beliau telah menggunakan laman tersebut sebagai salah satu cara beliau mendekati generasi muda Malaysia.

Walaupun pada peringkat awal, ia menjadi medium bagi tokoh-tokoh terkenal dan personaliti hiburan berkongsi kehidupan mereka tetapi, kini ia telah menambah satu lagi fungsi.

Angka-angka tepat yang tertera di sudut kiri Fanpage tersebut telah menjadi kayu pengukur kepada tahap kepopularan pemilik laman tersebut.

Pengiraan yang bersifat objektif dan nilai ketepatan yang tinggi sehingga ke susunan angka menjadikan ia lebih dipercayai dan boleh diharapkan.

Pakar teknologi komunikasi maklumat (ICT), Azli Paat, 43, berkata, data yang ditunjukkan dalam laman sosial Facebook dan Twitter adalah sahih dan boleh diterima pakai.

“Tetapi data bilangan orang yang menekan butang Like di Facebook lebih dipercayai berbanding laman blog mikro Twitter.

“Itu disebabkan setiap individu yang mengklik perlu mempunyai akaun dan itu membuktikan individu tersebut wujud dan pemilik Fanpage dapat melihat setiap individu tersebut.

“Peminat juga boleh melihat peminat-peminat yang lain dalam akaun tersebut,” jelasnya lagi.

Selain itu, peminat dan juga pemilik boleh mendapatkan data-data lain seperti tempat asal, jantina, umur, negara dan lain-lain.

Maklumat-maklumat tambahan yang dikenali sebagai Insight itu menambahkan kebolehpercayaan data yang dipaparkan berbanding dengan Twitter yang hanya boleh memastikan kewujudan individu yang menjadi pengikut.

Tambah Azli lagi, sedikit masa dahulu banyak laman-laman web dan blog yang memaparkan nilai-nilai yang tinggi serta mendakwa itu adalah jumlah orang yang mengunjungi laman web tersebut.

“Data yang dikenali sebagai webhits itu amat diragui kesahihannya kerana sebagai pelayar Internet, kita tidak dapat mengetahui siapa individu yang pernah mengunjunginya?

“Selain itu, angka tersebut boleh diaturcara terlebih dahulu ketika laman web tersebut dibina,” tambahnya lagi.

Mengulas mengenai program aturcara bagi pengiraan oleh Facebook dan Twitter, Azli menyifatkan ia sebuah aturcara yang mudah dan logik.

“Formulanya adalah pembolehubah tambah satu dan ia sentiasa mengulangi formula yang telah diaturcara tersebut tanpa had.

“Pembolehubah tersebut mewakili angka asal sebelum peminat menekan butang, jika ada yang menekan, formula tambah satu akan diaktifkan.

“Maka, angka baru dengan tambah satu akan tertera begitu juga dengan formula yang terdapat pada butang Unlike di Facebook.

“Cuma, ia berbeza menjadi pemboleh ubah tolak satu pula dan angka akan berkurangan apabila butang tersebut ditekan,” kata Azli ketika dihubungi Kosmo! baru-baru ini.

Pemilik Fanpage paling ramai peminat di laman sosial Facebook di Malaysia, Lisa Surihani berkata, semenjak Fanpage miliknya mencapai angka lebih 1.4 juta orang, ia telah memberi impak kepada kerjayanya.

“Saya akui, selepas mencecah angka tersebut, saya lebih banyak mendapat tawaran dalam bidang pengiklanan seperti menjadi duta produk.

“Mungkin kerana berada di zaman interaktif ini, ia memerlukan seseorang duta itu sentiasa berhubung dengan peminat-peminat mereka,” kata Lisa.

Antara produk yang menggunakan perkhidmatan pelakon berusia 25 tahun itu termasuklah produk kecantikan Garnier, Lip Ice dan Sufi.

Bagaimanapun, menurut Lisa, jumlah peminat di Facebook tidak memberi kesan terhadap kerjayanya dalam bidang lakonan.

“Ia mungkin disebabkan, bidang tersebut lebih dinilai pada bakat daripada tahap popular seseorang itu,” katanya.

Mula mengaktifkan Fanpage di Facebook pada tahun 2008, Lisa pasti mengemaskini akaun sekurang-kurangnya sekali sehari.

“Saya sendiri yang akan mengurus dan memberi maklum balas di akaun tersebut dan jika saya tidak berkesempatan, admin lain akan uruskan.

“Tetapi, saya tetap diberitahu untuk setiap kemas kini yang dibuat dan kebanyakan perkara yang diberitahu adalah mengenai hal-hal melibatkan kerja,” ulasnya lagi.

Menurut Lisa, dia hanya memiliki dua jenis akaun sahaja iaitu Twitter dan Facebook. Bagaimanapun, secara peribadi, Twitter lebih mudah digunakan kerana ia boleh dikemas kini di mana-mana.

Dalam pada itu, salah seorang pengguna aktif laman Twitter dan Facebook, Hafizah Malik, 27, berkata, dia hanya akan menekan butang Like di laman Facebook atau Twitter jika benar-benar menyukainya sahaja.

“Saya tidak akan menekan butang Like pada laman artis yang saya tidak minat dan kebanyakan laman diklik terdiri daripada penyanyi atau pelakon.

“Ia juga sebagai tanda sokongan peminat kepada seseorang artis itu dan jika nilainya meningkat tinggi ia mungkin akan memberi motivasi kepada mereka,” katanya.

India cenderung gugur anak perempuan

Thursday, May 26, 2011 0 Komen

Kecenderungan menggugurkan anak perempuan di India menyebabkan bilangan kanak-kanak perempuan sehingga usia enam tahun kurang 7.1 juta orang berbanding kanak-kanak lelaki sebaya.

Jurang antara gender itu meningkat lebih sejuta orang dalam tempoh sedekad, menurut satu kajian yang disiarkan, hari ini.

Di kalangan ibu bapa di India yang mempunyai anak perempuan sebagai anak sulung, semakin ramai yang mendapat kemudahan ujian ultrabunyi menggugurkan anak perempuan dengan harapan kehamilan berikutnya akan menghasilkan anak lelaki, menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet.

Nisbah jantina yang semakin memihak kepada kanak-kanak lelaki adalah lebih ketara dalam keluarga kaya berbanding keluarga miskin, lapor penyelidik.

Mereka menganggarkan antara 1980 hingga 2010, empat hingga 12 juta anak perempuan digugurkan semata-mata kerana jantinanya.

"Pengguguran anak perempuan, selalunya selepas kelahiran anak sulung perempuan, meningkat di India sejak beberapa dekad lalu, dan menjadi faktor yang membawa kepada ketidakseimbangan yang semakin ketara dalam nisbah jantina kanak-kanak," kata mereka.

Kekurangan kanak-kanak perempuan berumur sehingga enam tahun ialah 6 juta orang pada 2001 dan 4.2 juta pada 1991.

"Peningkatan dalam pengguguran anak perempuan dipercayai disebabkan sikap mengutamakan anak lelaki, di samping penurunan kadar kesuburan," menurut pengarang laporan.

Bilangan purata anak yang dilahirkan oleh setiap wanita India merosot daripada 3.8 pada 1990 kepada 2.6 pada 2008.

Dalam kajian itu, penyelidik yang diketuai Prabhat Jha daripada Pusat Kesihatan Global di Universiti Toronto menganalisis data banci 2011 dan tahun-tahun sebelumnya. - AFP

Penulis Lirik Masakini Tidak Kreatif -Ad Samad

Wednesday, May 25, 2011 0 Komen

Ad Samad,penulis lirik, mempersoalkan kemampuan penulis lirik pada hari ini yang dianggap tidak kreatif sehingga membuatkan mereka gagal menghasilkan lirik yang baik.


Katanya, lirik-lirik yang tidak berkualiti itu bukan hanya terhasil pada zaman sekarang malah sejak zaman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee lagi.

“Kalau nak cakap fasal kualiti sesebuah lirik dalam lagu, sebenarnya sejak dari dulu lagi lirik-lirik yang dihasilkan tiada kualiti termasuklah beberapa lagu P. Ramlee.

"Dalam erti kata lain, liriknya tidak mempunyai maksud yang tepat walaupun lagu tersebut mempunyai melodi yang sedap untuk didengar.

"Sebagai contoh lagu Dalam Air Ku Terpandang Wajah dalam filem Masam Masam Manis nyanyian P.Ramlee yang turut memuatkan antara bait liriknya iaitu "handsome macam gajah," katanya.

Tambah Ad, penulisan lirik yang kurang berkualiti bermula apabila pendengar muzik tempatan tidak pernah mengkritik terhadap lirik yang dihasilkan oleh seseorang itu.

Hal ini disebabkan oleh kebanyakan masyarakat kurang terdedah dengan ilmu pembacaan sekali gus membuatkan mereka kurang tahu atau faham dengan bahasa yang digunakan dalam lirik tersebut.

"Saya bukan mahu kritik sembarangan, tapi realitinya, lirik kita tidak banyak yang bagus. Pada pendapat saya dalam 100 lagu, mungkin ada 10 lagu sahaja yang mempunyai lirik yang baik.

"Jujur saya katakan, masyarakat kita sebenarnya kurang membaca dan kerana itu mereka tidak pandai mengkritik. Lalu, penciptaan sesebuah lirik lagu itu pula menjadi biasa," tegas Ad.

Dalam pada itu, beritahu Ad, ramai yang tidak sedar bahawa bahasa kasar atau bahasa 'pasar' yang digunakan dalam lirik lagu mampu menjadi indah jika cara penulisan dan maksud itu tepat memandangkan orang ramai lebih banyak terdedah dengan bahasa 'pasar'.

"Orang selalu menganggap apabila bahasa 'pasar' digunakan dalam lirik lagu, ia menunjukkan lagu itu agak biadab untuk diperdengarkan. Tetapi sebenarnya ia merupakan bahasa yang indah jika bijak menggunakan kata-kata," ujarnya.

~ Mstar

Lirik Lagu Aku Permata –Salma Mentor 5

Wednesday, May 25, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Aku Permata – Salma Mentor 5

Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yg terjadi ada hikmah sebaliknya
Kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan

Korus
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya

Ulang Korus

Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Lirik Lagu Di Penghujungnya – Iqa Mentor 5

Wednesday, May 25, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Di Penghujungnya – Iqa Mentor 5

Bila setiap tutur kata yang kita ucapkan
Lebih menyakitkan sayang
Tiada akhirnya bertengkar dalam kecewa

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang sayang
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar

Chorus
Tak guna lagi
Engkau dan aku
Berpura pura masih bersatu
Sedangkan dua
Muka bertentangan
Suatu penyeksaan

Tak guna lagi
Untuk ku terus
Berpaut janji
Yang telah lupus
Perjalanan kita
Mungkin sudah tiba
Di penghujungnya

Mungkin perasaan cinta yang dulu dibangga
Kini sudah hilang, sayangg
Janganlah cuba memaksa hati yang tawar
Ku doakanmu dapat ketemu seorang insan yang lebih baik dariku
Doakan aku dapat ketemu cinta yang lain untuk menemani hidup

Ulang Chorus

Lirik Lagu Bila BertemuMu -Shiha Mentor 5

Wednesday, May 25, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Bila BertemuMu - Shiha Mentor 5

Kau tahu betapa ku sayang padamu
Kau tahu betapa ku fikir tentangmu
Cinta aku.. dapat hadir dalam kamu
Kan ku buktikan kataku ini

Kau tahu betapa hebatnya cintamu
Kau tahu betapa tewasnya diriku
Jika dulu banyak cinta yang mendatang
Ku kan tolak..
Kerna ku mahu

Chorus
Kau satu dalam sejuta
Kau tiada tandingan lagi
Hanyalah dirimu
Yang damainya kasih
Untuk diri ini yang
Dah lama tak mengenali cinta

Ke mana saja ku pergi
Takkan jumpa sepertimu
Kerna diri ini sukar menerima
Erti cinta murni...
Bila bertemumu...

Ulang Chorus

Budaya perkahwinan masyarakat Bengalee

Tuesday, May 24, 2011 0 Komen

Sama tapi tidak serupa. Begitulah gambarannya jika mahu diperincikan budaya perkahwinan dalam masyarakat Bengalee berbanding kaum India lain. Mereka juga Hindu seperti kebanyakan India lainnya, namun dalam soal perkahwinan ada beberapa amalan budaya yang nampak berbeza.

Selain tidak memakai thali iaitu ikatan tali di leher yang dipakai penganut Hindu sebagai tanda perkahwinan, orang Bengalee juga tidak menyempurnakan perkahwinan di kuil. Bagi mereka, rumah adalah segala-galanya. Bermula hari sebelum perkahwinan sampai ikatan itu disempurnakan, semuanya berlaku di rumah.

Bercerita mengenai thali, orang Bengalee menggunakan kaedah lain sebagai lambang seorang wanita itu sudah berumah tangga. Beberapa gelang khas yang diberi semasa ikatan perkahwinan disempurnakan menjadi tanda khusus yang menghiasi pergelangan tangan wanita Bengalee. Ia perlu dipakai sentiasa sehingga ikatan itu terungkai sama ada akibat kematian suami atau berlaku perpisahan.

Memperincikan upacara perkahwinan orang Bengalee, keunikannya bermula seawal sehari sebelum majlis. Ia dikenali sebagai Aiburobhat, iaitu upacara khusus di mana lelaki dan wanita yang bakal berkahwin dijamu makanan paling mereka sukai sebagai santapan terakhir seorang yang masih bujang.

"Apa saja mereka (bakal suami dan isteri) nak makan, kita jamu. Tidak kira apa saja, keluarganya akan sedaya upaya sediakan. Ia penting dalam dalam masyarakat ini sebagai tanda keluarganya meraikan apa yang bakal berlaku keesokan harinya iaitu lelaki dan wanita itu akan hilang status bujang mereka.

"Upacara itu berlaku berasingan. Lelaki dijamu di rumahnya sendiri begitu juga wanita. Upacara tidaklah sebesar mana, hanya membabitkan keluarga terdekat. Namun, ia meriah kerana ketika itu semuanya sudah berkumpul dan makan bersama," kata jurulatih kesenian Bengalee, Ranjita Roy, 41.

Hari perkahwinan yang ditunggu-tunggu bermula seawal jam 4 pagi, di mana bakal pengantin bangun awal dan perlu menjamah sedikit makanan. Pada hari itu mereka perlu berpuasa sehingga majlis perkahwinan selesai, selalunya lewat malam.

Berpuasa bagi mereka ialah tidak boleh makan tetapi boleh minum. Selepas makan, kedua-dua mereka akan mandi kunyit tetapi proses itu hanya bermula selepas mereka menerima hantaran kunyit dan minyak daripada pihak lain. Ini bermakna, pihak lelaki perlu hantar minyak dan kunyit ke rumah wanita dan begitu juga sebaliknya.

Kedua-dua bahan itu perlu digaul bersama dan seterusnya dilumur ke seluruh badan bakal pengantin. Ia dilakukan semua keluarga yang ada ketika itu. Adat sebegini rasanya tidak asing dalam kalangan penggemar filem Hindi kerana sering digambarkan sebegitu.

"Kunyit adalah satu bahan yang dianggap boleh menyucikan diri pasangan itu. Kedua-dua pihak perlu buat. Ketika menghantar kunyit dan minyak itu, pihak lelaki juga beri sedikit hantaran kecil seperti manisan dan pakaian. Dalam hantaran kepada pihak wanita, disertakan bersama hadiah untuk keluarga terhampir iaitu ibu bapa, adik beradik, sepupu, datuk dan nenek.

"Satu hantaran paling penting dalam masyarakat Bengalee ialah ikan. Ia bukan sebarangan hantaran kerana ikan itu akan dihias cantik dan kreatif. Tidak kisah nak sarungkan baju atau apa saja yang difikirkan perlu. Ia sebagai satu lagi bukti kukuh masyarakat ini sangat mengutamakan ikan, bukan saja untuk makan tapi juga dalam perkahwinan.

"Kunjungan rasmi untuk memulakan majlis sudah bermula awal petang di mana keluarga lelaki akan hadir ke rumah wanita. Ia permulaan majlis dengan bakal pengantin akan mendapatkan restu semua keluarga. Biasanya, rombongan pihak lelaki disertai keluarga terdekat dan rakan taulan.

"Ketika direstui, bakal pengantin bertukar hadiah seperti emas dan berlian, bergantung kepada kemampuan mereka. Ketika itu, pasangan belum boleh berjumpa. Tidak boleh tengok muka pun. Lelaki dalam bilik lain, begitu juga wanita. Keluarga yang mahu merestui mereka perlu masuk ke bilik berbeza," katanya lagi.

Selepas semua upacara adat itu selesai, majlis perkahwinan rasmi dimulakan dengan memohon restu daripada dewa. Dalam upacara perkahwinan, penyembahan kepada Dewa Ganesha dilakukan terlebih dulu sebagai pemula majlis. Ia tidak berlaku di kuil tetapi semuanya diselesaikan di rumah.

Jika rumah cukup besar dan selesa untuk menyempurnakan majlis itu, ia dilaksanakan di rumah saja tetapi jika sempit, majlis itu diselesaikan di dewan tetapi mestilah berhampiran rumah pihak perempuan.

Selebihnya, kebanyakan amalan majlis perkahwinan Bengalee sama seperti penganut Hindu lainnya seperti mengelilingi api dan pembacaan mantera oleh sami atau Purohit. Bagi mereka juga api itu suci. Cuma, dalam perkahwinan mereka tidak ada membelah kelapa.

Pusingan tujuh kali mengelilingi api adalah satu kewajipan sebagai pelengkap upacara. Ia dilaksanakan selepas kedua-dua pasangan bergilir mengalungkan bunga ke leher pasangan masing-masing. Dalam budaya mereka, upacara kalungan bunga ini dianggap sangat penting

Amalan unik untuk ibu, bayi

TIDAK banyak kepercayaan, pantang larang mahupun petua yang diamalkan masyarakat Bengalee dalam kehidupan seharian mereka, mungkin disebabkan sudah banyak diasak arus kemodenan, namun apabila diselongkar, ada juga rupanya amalan itu yang dianggap unik terutama jika dibandingkan masyarakat India lain.

Antaranya, 'Mukhe Baht' (makan nasi) iaitu satu amalan khusus kepada bayi perempuan yang memasuki usia lima bulan, manakala bayi lelaki pula selepas usianya enam bulan. Dalam amalan itu, bapa saudara daripada sebelah ibu anak itu atau datuknya mendokong bayi berkenaan dan diberi makan sedikit nasi.

Selepas itu, baru dia membawa bayi itu berjumpa semua yang ada dalam majlis itu untuk turut sama menyuapkan nasi. Keutamaan yang diberikan kepada keluarga sebelah ibu bayi itu disebabkan selepas berkahwin, pengantin perempuan tinggal di rumah mentuanya dan majlis ini memberi peluang kepada keluarga sebelah ibu untuk melaksanakan majlis.

Mukhe Baht adalah hari di mana bayi diberi makan makanan pejal untuk kali pertama dalam seumur hidupnya selepas hanya minum susu sejak lahir. Pada majlis itu juga, satu kitab suci, emas, dakwat, pen dan bekasnya diletak dalam satu dulang dan dihulurkan kepada bayi itu.

Ia satu simbolik. Jika bayi itu menyentuh kitab, ia petanda bayi itu menjadi orang alim, jika menyentuh dakwat atau pen, ia bakal menjadi seorang terpelajar tetapi jika menyentuh emas, ia menunjukkan bayi itu bakal hidup mewah.

Kepercayaan dan amalan membabitkan ibu dan bayi sebenarnya sudah dimulakan sejak bayi dalam kandungan. Ia biasanya dibuat ketika usia kandungan tujuh bulan. Pada majlis yang dikenali sebagai Shadh Bokhon ini, bakal ibu akan diberi keistimewaan untuk meminta apa saja makanan yang disukainya.

Dalam kepercayaan masyarakat Bengalee sejak dulu, ibu mengandung dianggap berdepan risiko mati ketika melahirkan.

Justeru, sebagai tanda penghargaan terhadap ibu, majlis itu dibuat. Ia juga bertujuan membolehkan bakal ibu merasai makanan digemarinya sebelum sesuatu berlaku. Wujud kebimbangan kemungkinan bakal ibu meninggal dunia ketika melahirkan anak dan tidak sempat merasai makanan kegemarannya dan akan berganda kesedihan keluarga.

Oleh Azrul Affandi Sobry

Trend kahwin lewat di Malaysia membimbangkan

Monday, May 23, 2011 0 Komen

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memandang serius isu sosial yang berkaitan dengan trend melewatkan perkahwinan, terutama di kalangan wanita berpendidikan tinggi.

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr. Anjli Doshi Gandhi berkata, fenomena itu boleh membawa implikasi kepada institusi perkahwinan.

Beliau berkata, data terkini menunjukkan 30 peratus wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin berbanding 25 peratus untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang.

"Kami memberi perhatian serius trend perkahwinan yang semakin di lewatkan, khasnya di kalangan wanita yang memberi alasan bahawa mereka tidak ada calon yang sesuai,” katanya pada taklimat dan bual bicara Dasar Keluarga Negara (DKN) peringkat negeri Sarawak, yang di hadiri Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah di sini hari ini. - Bernama

Kumpulan Etnik Jawa Ponorogo

Sunday, May 22, 2011 1 Komen

Orang beranggapan masyarakat Jawa ini sama saja walau di mana saja mereka berada, biarpun hakikatnya kelompok ini terbahagi kepada beberapa etnik kecil yang menjurus kepada tanah asal mereka di Indonesia. Namun, pernahkah anda tahu mengenai kewujudan masyarakat Jawa Ponorogo di Malaysia? Mendengar namanya saja sudah pelik, apalagi penceritaan mengenainya sebegitu asing. Malah, dalam kalangan orang Jawa sendiri, khususnya generasi mudanya pun tidak mengenai kelompok Ponorogo itu.


Secara ringkas, Jawa Ponorogo adalah masyarakat terbesar bertumpu di kawasan Sri Medan, Batu Pahat dan antara teramai di daerah Johor itu. Malah, mereka juga kekal satu-satunya masyarakat Jawa yang tegar meneruskan cara hidup serta budaya asal Jawa dibawa dari Indonesia.

Jawa Ponorogo berasal dari daerah di Jawa Timur iaitu Ponorogo dan kemasukan mereka ke sekitar Batu Pahat dan sebahagiannya di Selangor berlaku pada awal 1920 untuk memantapkan ekonomi mereka lantaran kesukaran membina kehidupan sempurna di tanah asal di Indonesia.

Kesempatan mendekati mereka di kawasan Sri Medan terutama di kampung Parit Warijo dan Parit Baru, menyerlahkan lagi realiti yang menampilkan kelainan sebagai penerus budaya Jawa asli dari Indonesia. Perbezaan yang ditampilkan pula bukan sekadar bahasa tetapi juga cara hidup serta wajah kampung itu sendiri.
Penulis sendiri terpegun seketika melihat persekitaran ketika melintasi jalan Parit Warijo ke rumah Ketua Kampung, Sukadi Kusmadi, baru-baru ini. Di kiri kanan jalan, kami dihidangkan pemandangan rumah besar berhalaman luas dan bersih dikelilingi pokok kelapa sawit yang tersusun kemas. Bukannya tiada kampung lain sebersih itu tetapi pemandangan kali ini mengagumkan penulis kerana selain kebanyakan rumahnya ibarat banglo mewah, halamannya juga luas yang boleh memuatkan lebih 10 kereta sekali gus.

Biarpun dikelilingi pokok kelapa sawit, persekitarannya sentiasa bersih yang menjadi antara keunikan cara hidup atau budaya Jawa Ponorogo dan bukan Jawa lain secara umumnya.

Malah Jawa Ponorogo juga unik kerana banyak perbezaan dengan Jawa lainnya termasuk aspek bahasa dan budaya berikutan asal usul mereka dari Jawa Timur di Kepulauan Jawa.

Ramai warga tuanya juga mahir berbahasa Jawa Ponorogo halus.

Keunikan lain mereka ialah sikap lemah lembut dan berbudi bahasa dalam kebanyakan urusan. Tidak sah bertandang tanpa hidangan sekurang-kurangnya air kosong. Seperti peringatan rakan Jawa lain yang mengetahui misi Misteri Etnik mendekati masyarakat itu kali ini, jangan sekali-kali menolak hidangan jika berkunjung ke rumah orang Jawa terutama Ponorogo kerana budaya mereka memastikan tetamu tidak pulang tanpa tekak dibasahkan dulu.

Merujuk sejarah kedatangan mereka, meskipun merantau ke bumi orang dalam keadaan daif dan hanya berbekalkan kemahiran bertani, masyarakat itu berjaya membina kehidupan baik dengan kebanyakan keluarga memiliki tanah luas mencecah belasan ekar dengan pelbagai tanaman seperti kelapa sawit dan getah.

Ia berkait rapat sifat berani meneroka kawasan baru serta rajin. Selain paparan keadaan rumah mereka yang mewah, masyarakat ini juga tebal tradisi mencari rezeki untuk diwarisi turun temurun. Lantaran itulah, meskipun Sri Medan sinonim dengan banjir selama ini, ia mampu dibangunkan dengan baik sampai sekarang atas kemahuan orang Jawa Ponorogo yang membina kehidupan lebih selesa untuk kesenangan anak cucu.

Masyarakat Jawa Ponorogo juga memiliki keteguhan mempertahankan budaya tersendiri kerana sudah menjadi tradisi di Ponorogo, Indonesia, satu pesta kebudayaan ‘Reyog’ terus diadakan setiap tahun.

Ia turut menjadi tunjang kepada keturunan Jawa Ponorogo di negara ini untuk terus mempraktikkan banyak aktiviti kebudayaan dan kesenian seperti kuda kepang, barongan, wayang kulit dan permainan muzik gamelan. Lebih ketara, perhubungan berterusan masyarakat itu dengan keluarga asal di Ponorogo, membolehkan budaya itu dikekalkan.

Kebetulan, ketika tugasan Misteri Etnik ini dijalankan, ramai masyarakat di Parit Warijo berkunjung ke Ponorogo kerana di sana bakal diadakan pesta Reyog yang kebiasaannya menjadi keramaian terbesar setiap kali tiba Awal Muharam.

Kelebihan mereka juga terletak kepada darah pahlawan yang menebal dalam diri mereka, terutama jika merujuk sejarah mereka dalam perkembangan Islam dan tuntutan kemerdekaan daripada kerajaan Majapahit. Jawa Ponorogo ini turut dikenali pejuang ‘Warok’ yang diabadikan sebagai tugu besar di daerah itu di Indonesia.

Darah kepahlawanan dan keberanian itulah mendorong mereka untuk membina penempatan di kebanyakan kawasan di Batu Pahat. Malah, di Sri Medan sendiri, boleh dikatakan 80 peratus penduduknya berdarah Ponorogo selain etnik Jawa lain, Banjar dan masyarakat Cina yang bergelar minoriti di situ.

Status diri sebagai ‘orang kaya’ juga sesuai bagi menggambarkan cara hidup mereka. Difahamkan, tidak banyak kenderaan awam yang sanggup memasuki kawasan itu kerana sukar mendapat penumpang lantaran setiap isi rumah memiliki kereta sendiri, termasuk berkereta mewah.

Jika adapun, mungkin sekali bagi setiap dua ke tiga jam, kelihatan kelibat bas awam, itupun tidak ramai penumpang. Kemewahan masyarakat itu mungkin didorong keupayaan mengusahakan sektor pertanian dan perladangan. Difahamkan juga, ekonomi rumah tangga turut dibantu hasil usaha golongan wanitanya yang mahir mengusahakan pelbagai kerja tangan.

Biarpun kaya atau berkemampuan, mereka tidak lekang sikap ramah, merendah diri serta budi bahasa tinggi yang menarik hati penulis. Tidak hairanlah kerap juga program anak angkat diadakan di situ kerana mudah mendapat kerjasama keluarga yang sudi menerima tetamu.

Mereka juga dikatakan golongan kuat beribadat dan hebat berdakwah, termasuk penggunaan pentas wayang kulit sebagai saluran utamanya. Malah, ia menjadi alat utama pada zaman wali kesembilan di Jawa ketika penyebaran dakwah Islam kepada masyarakat Jawa Hindu.

Namun, disebabkan Indonesia secara umumnya dan Kepulauan Jawa pada dulunya dimonopoli agama Hindu, ia sedikit sebanyak mempengaruhi budaya masyarakat Jawa termasuk Ponorogo, terutama struktur rumah.

Kebanyakan, malah mungkin semua rumah asal Jawa Ponorogo mempunyai ruang di tengah dinding berlubang dengan satu kayu setinggi paras betis di bawahnya dikenali sebagai ‘Undak Undaan’. Ia sebenarnya digunakan oleh masyarakat dulu untuk meletak kemenyan dan kelapa, kononnya untuk meraikan sesuatu. Ia nyata pengaruh Hindu yang dibawa mereka, namun sudah diketepikan kini.

JAWA Ponorogo mempunyai beberapa kelainan jika dibandingkan dengan masyarakat Jawa lain kerana mereka bukan sekadar berasal dari Jawa Timur, satu daerah dalam Kepulauan Jawa yang turut mempunyai Jawa Barat dan Tengah, malah masyarakat itu turut mempunyai bahasa pertuturan berbeza.

Jika orang Jawa Ponorogo bercakap dalam bahasa mereka, ia mungkin tidak difahami masyarakat Jawa lain dan begitu juga sebaliknya. Lebih unik, Jawa Ponorogo mempunyai dua jenis bahasa iaitu bahasa pasar (pertuturan biasa) dan bahasa halus yang kini semakin pupus kerana kurang pengamalnya.

Satu keistimewaan masyarakat ini ialah ketegasan ibu bapa dalam memastikan bahasa Jawa Ponorogo terus diwarisi golongan muda sama ada dengan penggunaan secara kerap dalam rumah, mahupun menjadi bahasa pertuturan rasmi di mana saja mereka berada.

Justeru, tidak menghairankan jika meskipun orang Jawa Ponorogo sedang berbual dalam Bahasa Melayu sesama rakan bukan Jawa, mereka akan dengan spontan menukar bahasa pertuturan itu ke bahasa Jawa sejurus ada seorang rakan Jawa menyertai perbualan itu.

Ia juga sama dalam banyak urusan sama ada ketika menyampaikan ceramah dan ucapan sesama mereka. Sukar sekali untuk difahami lenggok bahasa Jawa Ponorogo ini kerana tiada langsung persamaan dengan bahasa Melayu.

Ketika melihat persembahan wayang kulit yang dibawa khusus dari Ponorogo, Indonesia di satu majlis perkahwinan, semua pengunjung Melayu hanya mampu terpinga-pinga, malah dalam kalangan orang Jawa juga ada yang asyik kehalusan sekali bahasa yang digunakan.

Ia sekali gus menunjukkan begitu unik sekali bahasa Jawa Ponorogo dalam masyarakat itu, namun hakikat yang perlu diakui ialah ia semakin pupus kerana tidak ramai generasi baru termasuk golongan umur pertengahan yang menguasai bahasa Jawa Ponorogo halus.

“Kue apik tenang. Ayo la neng ngomah ku. Aku madang sego.” Rasanya bahasa itu kedengaran berbeza sekali dengan orang Jawa lain. Ayat itu yang membawa maksud - “Kamu sangat baik hati. Jemputlah ke rumah saya. Aku makan nasi.” Ada antara isi ayat itu hanya ada pada orang Jawa Ponorogo.

Namun, jika diteliti pula aspek bahasa halus mereka, nyata jauh sangat perbezaan dengan bahasa pertuturan harian. Malah, jika ditanya kepada orang Jawa lain, pasti ada yang langsung tidak tahu maksudnya sesuatu perkataan itu.

Sebagai contoh, makan dalam masyarakat Jawa adalah madang dan ada menyebutnya mangan. Namun, dalam bahasa halus Jawa Ponorogo, ia disebut dahar. Nyata jauh sekali perbezaannya, bukan sekadar mengubah satu dua suku kata.

Tidur disebut turu dalam perbualan harian tetapi menjadi tilem dalam bahasa halus. Rumah atau omah menjadi griyo, manakala jalan atau dalan menjadi radosan.

Apa sekalipun, keunikan itu pasti menjadikan masyarakat itu sangat menarik untuk didekati, bukan sekadar bahasa tetapi cara hidup dan budaya mereka tersendiri.

Oleh Azrul Affandi Sobry

6 Wanita dalam hidup Osama Bin Laden

Sunday, May 22, 2011 0 Komen

Statusnya Osama Bin Laden sebagai musuh nombor satu Amerika dan didakwa Washington sebagai perancang utama serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada 11 September 2001 sudah cukup menjulang namanya dalam sejarah untuk tempoh cukup lama.
Namun masih ada sesuatu lain yang ditinggalkan Osama dan pastinya turut melakar sejarah tersendiri dan menarik untuk diikuti - enam wanita yang pernah menjadi suri hatinya biarpun hanya tiga kekal menemaninya ke saat akhir. Lebih menarik lagi, perkahwinannya itu turut dikurniakan lebih 20 cahaya mata biarpun angka sebenarnya tidak diketahui.


Pemimpin kelahiran Arab Saudi berusia 54 tahun itu meninggalkan zaman bujangnya pada usia semuda 17 tahun apabila mengahwini Najwa Ghanem, sepupunya pada tahun 1974. Perkahwinan yang diatur keluarga itu akhirnya menemui noktah pada 2001, sebelum serangan 11 September dilancarkan.

Namun perkahwinan 27 tahun itu diserikan kehadiran 11 anak termasuk Abdullah, yang kini menerajui firma pengiklanan di Jeddah, Arab Saudi; Saad, yang mungkin maut dalam serangan Amerika di Pakistan pada 2009; Omar, seorang ahli perniagaan yang mencetuskan kontroversi mengahwini wanita Britain, Jane Felix-Browne pada 2007 dan Mohammed, dipercayai anak kesayangan Osama, yang mengahwini anak perempuan orang kanan al-Qaeda, Mohammed Atef. Mohammed terbunuh dalam serangan Amerika pada 2001.

Najwa kemudian bermadu dengan Khadijah Sharif yang sembilan tahun lebih tua daripadanya pada tahun 1983 dan mereka memiliki tiga anak. Khadijah berpendidikan tinggi dan didakwa berketurunan Nabi Muhammad. Mereka kemudian bercerai ketika menetap di Sudan pada 1990-an dan Khadijah dilaporkan kembali ke Arab Saudi. Menurut pengawal peribadi Osama, Khadijah yang memohon untuk bercerai kerana tidak sanggup lagi hidup susah dengan pemimpin al-Qaeda itu.

Isteri ketiga Osama pula bukan calang-calang sebaliknya diatur sendiri oleh Najwa. Khairiah Sabar yang mengahwini Osama pada 1985, juga wanita berpendidikan tinggi dengan kelulusan peringkat doktor falsafah dalam undang-undang Islam. Namun, tidak diketahui sama ada wanita itu selamat dalam serangan pada 2001 ke atas kem al-Qaeda di Afghanistan. Anak lelaki pasangan itu, Hamza pula dilingkari pelbagai laporan yang ada mendakwanya mati dibunuh dalam operasi ketenteraan Amerika minggu lalu, manakala satu lagi laporan media mendakwa dia berjaya memboloskan diri. Hamza ditampilkan dalam video al-Qaeda sebagai remaja dan dilatih untuk memimpin pertubuhan yang diasaskan oleh bapanya. Dia juga pernah disebut dalam autobiografi bekas Perdana Menteri Pakistan, Benazir Bhutto, yang diterbitkan selepas kematiannya, sebagai merancang pembunuhan wanita itu.

Kuota memiliki isteri dalam Islam cukup buat Osama apabila dia mengahwini Siham Sabar sebagai isteri keempat pada tahun 1987 dan memilik empat anak termasuk Khalid yang pada awalnya disangka Hamza. Siham juga dikatakan berketurunan Nabi Muhammad. Siham kekal di Afghanistan dengan Osama selepas serangan 11 September dan tidak diketahui sama ada dia atau anaknya selamat dengan kempen ketenteraan Amerika pada 2001 di negara itu.

Tidak lama selepas Khadijah meninggalkan Osama pada tahun 1990-an dan kembali ke Arab Saudi, Osama memenuhkan semula kuota empat isteri dengan mengahwini seorang wanita lain di Khartoum, Sudan. Namun tidak banyak diketahui mengenai perkahwinan kelimanya kerana ia dibatalkan dalam masa 48 jam!

Perkahwinan keenam Osama terjadi apabila pemimpin itu dihadiahkan dengan seorang gadis, Amal Ahmed al-Sadah, 17, sebagai isteri pada 2000 iaitu ketika Osama berusia 44 tahun, sebagai tanda memeterai perjanjian antara Osama dan satu puak yang dilihat berpotensi merekrut anggota al-Qaeda di Yaman.

Perkahwinan Osama dengan Amal itu juga dilaporkan diatur oleh pemimpin al-Qaeda di Yaman, Sheikh Mohammed Rashed Saeed Ismail.

Menggambarkan Amala, Sheikh Mohammed Rashed, berkata: “Berasal dari keluarga sederhana Yaman, Amal boleh hidup susah dengan Osama dalam gua di kawasan pergunungan dan menjadi seseorang yang boleh Osama bentuk.

“Amala juga tidak kisah mengahwini lelaki sebaya bapanya dan amat percaya menjadi isteri yang taat dan setia kepada suami akan memberinya tempat di syurga.”

Amal yang berwajah cantik, tinggal bersama-sama Osama di Abbottabad, Pakistan sejak 2005 sehinggalah ke saat kematiannya. Malah, dia dikatakan sanggup bergadai nyawa menjadi perisai Osama daripada serangan komando Amerika, yang menyebabkannya turut cedera ditembak pada kakinya.

Anak pertama mereka dilahirkan sejurus selepas serangan 11 September 2001 yang dinamakan Safiya, sempena nama seorang tokoh wanita yang membunuh perisik Yahudi. Safiya dilaporkan berada dalam kediaman berkenaan ketika serbuan yang meragut nyawa bapanya. Tidak diketahui sama ada pasangan itu mempunyai anak lain. Namun, berita kematian Osama disambut kini menebarkan berita mengenai ramainya lelaki, khususnya di Yaman yang sudi mengahwini janda Osama ini andai Amal kembali ke negara asalnya.

Setakat rencana ini ditulis, Amal dilaporkan masih dalam tahanan Pakistan dan menjadi sasaran pihak berkuasa Amerika untuk ditahan. Sudah pasti nasibnya selepas ini akan diekori rapat ramai yang bukan saja mahu mengetahui kesudahan dirinya.

Biar apa yang dilabelkan Amerika dan dunia kepada Osama, cuma wanita yang pernah berkongsi hidup dengannya yang lebih mengenali pemimpin al-Qaeda itu.

Oleh Hazirah Che Sab

Lirik Lagu Berubah -Erry Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)

Sunday, May 22, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Berubah - Erry Putra & Reen Rahim (OST Nora Elena)

P: Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari

L: Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku . . .

L:Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari

L/P: Semua telah berakhir

L/P: Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

Kereta Ferrari F355 simpan dalam rumah

Saturday, May 21, 2011 0 Komen

Seorang pemuda, Jon Ryder menyimpan sebuah kereta Ferrari F355 di dalam rumahnya sejak tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kereta buatan 1996 yang mempunyai kelajuan sehingga 294.50 kilometer sejam itu dibelinya lebih tiga tahun yang lalu.


Menurut Ryder, apabila berpindah rumah bersama isterinya pada tahun lalu, dia melihat terdapat ruang depan dalam rumahnya yang boleh diubahsuai untuk menjadi garaj menyimpan kereta idamannya itu.

Pintu 'garaj' yang menjadi laluan masuk kereta sport itu terlindung dengan kain langsir dan dia mengambil masa selama sebulan untuk melakukan pengubahsuaian.

Kereta itu berharga £83,000 (RM405,936) semasa dikeluarkan pada tahun 1990-an tetapi kini nilai kenderaan tersebut berkurangan kepada sekitar £35,000 (RM105,437).

"Saya masih tersenyum pada setiap hari kerana memiliki kereta idaman saya," kata Ryder. - Agensi

Tanah runtuh: Kanak-kanak Rumah Anak Yatim tertimbus

Saturday, May 21, 2011 0 Komen

Sebuah rumah anak yatim di Felda Semungkus, Batu 14, Hulu Langat, ditimbus runtuhan tanah yang dipercayai terletak di tebing sebuah bukit hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kajang berkata, kejadian berlaku pukul 2.30 petang itu mungkin melibatkan lima mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam bangunan.

Katanya, setakat ini, tiga mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pasukan tersebut dengan yang terakhir pada pukul 3.38 petang. – Utusan


Seniwati Mahyon Ismail meninggal dunia

Saturday, May 21, 2011 0 Komen

Seniwati Mahyon Ismail atau nama sebenarnya Mayayun Ismail meninggal dunia sebentar tadi di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur.


Allahyarham meninggal dunia pada kira-kira jam 1 tengah hari.
Allahyarham adalah ibu kepada pelakon, Faizal Hussein. Dua lagi anak Allahyarhamn ialah Dilla dan Fairuz Hussein.

Suami Allahyarham, Hussien Abu Hassan meninggal dunia pada 25 November 2007.

Jenazah akan dimandikan di Madrasah sekitar Gombak dan dijangkan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ibu Kota, Danau Kota, selepas waktu Asar.

Tragedi Tanah Runtuh: Dua mayat kanak-kanak Rumah Anak Yatim Al-Takwa dikeluarkan

Saturday, May 21, 2011 0 Komen

2 mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa, FELCRA Semungkis, Batu 14, Hulu Langat, dekat sini, sudah dibawa keluar dari tempat kejadian tanah runtuh di situ, sebentar tadi.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.
Mereka yang cedera kini dibawa ke Hospital Kajang.
Laporan awal sebelum ini menyebut, kira-kira 20 hingga 30 penghuni rumah anak yatim itu dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Tun Dr. Mahathir Mohamad respon baik terhadap rawatan

Saturday, May 21, 2011 0 Komen

Tun Dr. Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya Sufi Yusoff.

Bekas Perdana Menteri juga mempunyai selera makan yang bertambah baik dan doktor gembira dengan kadar respons terhadap rawatan berkenaan, menurut Sufi.

"Dr. Mahathir akan terus menerima rawatan antibiotik intravena dan fisioterapi dada dan beliau juga menjalani senaman rutin seperti berjalan di sekitar wad sejak semalam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sufi berkata bekas Perdana Menteri akan terus menerima rawatan di IJN bagi membolehkan doktor meneliti perkembangannya dan pelawat hanya terhad kepada anggota keluarga terdekat sahaja.

Sementara itu, beliau berkata, Dr. Mahathir dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali turut mengucapkan rasa terhutang budi dan terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan supaya beliau cepat sembuh.

Negarawan berusia 86 tahun itu dimasukkan ke IJN pada Rabu lepas kerana jangkitan pada dada setelah mengalami batuk dan demam. - Bernama

Indonesia haramkan penebangan hutan dua tahun

Saturday, May 21, 2011 0 Komen

Indonesia mengharamkan penebangan hutan utama dan hutan tanah gambut selama dua tahun dalam satu satu perjanjian kewangan dengan Norway bagi melindungi hutan yang masih ada di negara ini.

Seorang Penasihat Presiden, Pungki Agus Purnomo berkata, perjanjian tersebut yang ditandatangani tahun lepas dan berkuatkuasa Khamis lalu akan melindungi 64 juta hektar hutan daripada pembalakan dan dijadikan kawasan perladangan. - Agensi

Lirik Lagu Cahaya Cinta-Flybaits

Friday, May 20, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Cahaya Cinta - Flybaits

Ingin kuselam lautan hatimu
Ingin aku mencuba
Akan kulukis gambaran hatimu
Akan aku lukiskan

Ingin kurasa belaian kasihmu
Ingin aku rasakan
Akan kusemai keikhlasan hatimu
Akan aku semaikan...

Cahaya cintamu menerangi duniaku
Bersemadi di jiwaku
Bagaikan bunga hidup subur di taman
Tak mungkin gugur takkan layu

Akan kusahut seruan hasratmu
Ku sematkan di kalbu
Akan kupuja selama-lamanya
Ku jadikan permata...

Lirik Lagu Keindahan Alam -Flybaits

Friday, May 20, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Keindahan Alam -Flybaits

Angin pagi berlalu meresap jiwaku
Burung-burung menyanyi berkicauan
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran

Suasana yang indah dan permai
Pohon nyiur pun melambai
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku
Bagai hati yang pilu yang merayu

Suria pagi menyinar megah di angkasa
Embun di hujung rumput mula pudar
Desir ombak berlalu memukul ke pantai
Kanak-kanak berlari berkejaran

Bagai hati yang pilu yang merayu
Bagai hati yang pilu yang merayu !

Lirik Lagu Kasih Berubah - Flybaits

Friday, May 20, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kasih Berubah - Flybaits

Di angin lalu kusampaikan kerinduan
Wajahmu ku terbayang
Bersama janjimu kubawa dalam mimpi
Kubawa dalam mimpi

Malam sunyi rasa sepi
Ku duduk seorang diri
Terbayang wajahmu di awangan

Hidupku di perantauan
Penuh dengan cubaan
Namun kau tetap jadi pujaan

Walau kucuba untuk melupakan dikau
Namun ku tak berdaya
Diriku selalu terkenangkan dirimu
Oh sayang... oh sayangku

Alangkah hancur hatiku
Bila pulang dari rantau
Melihat kau bersama teman baru

Bertahun lama terpisah
Kiranya kau telah berubah
Janjimu hanya tinggal kenangan

Hatiku menangis dengan seribu pertanyaan
Mengapa oh mengapa
Dari jauh kulihat kau berlalu pergi
Berbahagialah di sampingnya

Lirik Lagu Kenangan Lalu - Flybaits

Friday, May 20, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Kenangan Lalu - Flybaits

Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu

Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta

Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya

Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru

Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta -Karaoke Kisah Cinta

Thursday, May 19, 2011 0 Komen

Bagi memastikan album kompilasi Kisah Cinta yang diterbitkan mendapat sambutan, syarikat rakaman Warner Music Malaysia (Warner) tampil dengan cara tersendiri untuk merancakkan lagi promosi produk terbaru keluaran mereka.

Warner menganjurkan Pertandingan Karaoke Interpretasi Kisah Cinta, terbuka kepada semua warganegara berusia 18 tahun ke atas.

Syaratnya mudah, bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan itu, mereka hanya perlu menyanyikan salah satu daripada 30 lagu yang dimuatkan dalam album kompilasi tersebut.

Selain itu, peserta juga perlu membawa resit pembelian cakera padat (CD) Kisah Cinta atau video cakera padat (VCD) Kisah Cinta yang masing-masing dijual pada harga RM29.90 dan RM 20.90 sebelum layak menyertai pertandingan tersebut.

Bagi peringkat permulaan, pertandingan telah diadakan di empat lokasi iaitu di Red Box Pelangi, Johor Bahru, Seremban 2, Jusco Bukit Tinggi, Klang, Selangor dan Sogo, Kuala Lumpur.

Melalui empat lokasi itu, tiga peserta yang terpilih akan meneruskan saingan akhir yang bakal berlangsung di Red Box IOI Mall, Puchong, Selangor pada 21 Mei ini.

Johan pertandingan akan membawa pulang hadiah bernilai RM3,000, naib johan, RM2,000 dan tempat ketiga, RM1,000 (ketiga) selain baucer tunai daripada Red Box.

Album berkenaan menampilkan gabungan dua genre yang paling diminati peminat industri hiburan tanah air iaitu balada dan pop rock bagi memenuhi selera peminat.

Selain itu, lagu-lagu yang dimuatkan juga adalah antara yang popular merentasi tiga dekat bermula awal tahun 1980 sehingga era millenium.

Antara lagu yang terdapat dalam album itu adalah Madah Berhelah nyanyian Ziana Zain, Merisik Khabar (Sudirman), Epilog Cinta Dari Bromley (Sohaimi), Biarlah Rahsia (Datuk Siti Nurhaliza) dan Kehebatan Cinta (Jamal Abdillah dan Francessca Peter).

Album berkenaan juga diterbitkan dengan kerjasama beberapa syarikat rakaman seperti EMI Malaysia, Sony Music, Universal, NSR, SNP dan Music Valley.

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN

Forbes 2011 :Lady Gaga selebriti paling berpengaruh

Thursday, May 19, 2011 1 Komen

Penyanyi Lady Gaga mengenepikan jutawan media, Oprah Winfrey sebagai selebriti paling berkuasa tahun ini dalam satu senarai yang dikeluarkan Forbes semalam.

Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta, naik empat anak tangga ke kedudukan teratas senarai tahunan ‘100 selebriti paling berpengaruh Forbes 2011’, yang mengukur penguasaan penghibur berdasarkan pendapatan, liputan media serta populariti dalam media sosial.

Menurut Forbes, pendapatan penyanyi wanita itu dalam tempoh 12 bulan lalu dianggarkan sebanyak AS$90 juta (RM270 juta), selain mempunyai 32 juta pengikut di Facebook dan 10 juta di Twitter. - Reuters

Ungu - Dirimu Satu Lirik

Wednesday, May 18, 2011 0 Komen

Lirik Lagu Dirimu Satu -Ungu

I will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu
i will always need you cintaku
selamanya takkan pernah terganti

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu
cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me

I will always love you kekasihku
dalam hidupku hanya dirimu satu

Ku mau menjadi yang terakhir untukmu
ku mau menjadi mimpi indahmu

Cintai aku dengan hatimu
seperti aku mencintaimu
sayangi aku dengan kasihmu
seperti aku menyayangimu
i will be the last for you
and you will be the last for me
i will be the last for you
and you will be the last for me

Suharto muncul sebagai presiden Indonesia paling popular

Wednesday, May 18, 2011 0 Komen

Bekas presiden kedua Indonesia, Suharto muncul sebagai pemimpin paling popular menewaskan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono berdasarkan satu kaji selidik yang dilakukan.

Sebanyak 36.5 peratus responden menamakan Suharto sebagai presiden pilihan mereka diikuti Susilo (20.9 peratus), Sukarno (9.8 peratus), Megawati Soekarnoputri (9.2 peratus), B.J. Habibie (4.4 peratus) dan Abdurrahman Wahid atau Gus Dur (4.3 peratus).

Kaji selidik oleh lembaga kaji selidik nasional, Indo Barometer turut mendapati 40.9 peratus responden dari kawasan bandar dan luar bandar menyifatkan pemerintahan Orde Baru Suharto lebih baik berbanding era reformasi yang digerakkan pada 1998.

"Sama ada suka atau tidak, itulah hasil yang diperoleh daripada kaji selidik yang dilakukan," kata Pengarah Indo Barometer, M. Qadari.

Kaji selidik yang diberi nama Penilaian 13 Tahun Reformasi dan 18 Bulan Pentadbiran Susilo Bambang Yudhoyono diadakan sejak 25 April dan berakhir 5 Mei lalu melibatkan 1,200 responden mewakili 33 wilayah di seluruh Indonesia.

Menurut Qadari, rakyat Indonesia yang mengagumi pentadbiran Suharto meluahkan rasa tidak puas hati dengan gerakan reformasi.

"Apabila rakyat berkata rejim kepimpinan Suharto jauh lebih baik daripada era reformasi mereka secara tidak langsung mengkritik situasi semasa.

"Reformasi tidak membawa sebarang perubahan kepada mereka. Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada aktivis reformasi," jelas beliau.

Gerakan reformasi yang digerakkan di negara itu untuk mengubah kerajaan pada 1998 didapati gagal.

Reformasi politik dan pemerintahan selama 13 tahun itu disifatkan oleh responden sebagai tidak membawa sebarang perubahan signifikan dalam bidang politik, ekonomi dan pemerintahan.

Hasil kaji selidik itu juga mendapati hanya 29.7 peratus responden menyatakan mereka berpuas hati dengan pentadbiran negara masa kini, sementara 55.5 peratus tidak berpuas hati dengan pemerintahan sekarang tetapi enggan memberikan jawapan.

Pada masa sama, 31 peratus responden berpendapat, situasi negara pada masa ini cukup baik berbanding 13 tahun lalu.

Sebanyak 27.2 peratus pula melihat kedua-dua era sama sahaja, manakala 28.2 peratus memberikan jawapan sebaliknya. - Utusan

 

ZONFINITI