Kisah Seorang Pemberi Sedekah kepada Pencuri, Pelacur dan Orang Kaya

Sunday, June 30, 2013 0 Komen



Dari Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;

“Salah seorang dari kalangan Bani Israil berkeinginan untuk bersedekah secara sembunyi-sembunyi pada waktu malam. Pada malam itu dengan diam-diam ia meletakkan sedekahnya di tangan seseorang kemudian ia pulang secara diam-diam pula.

Keesokan harinya banyak orang memperbincangkan bahawa pada malam tadi seseorang telah memberi sedekah kepada seorang pencuri. Orang yang telah memberi sedekah tadi berkata, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu, sedekahku telah jatuh ke tangan seorang pencuri.”

Kemudian dia berazam, malam ini akan bersedekah lagi secara diam-diam (kerana sedekah tadi dianggapnya rosak). Pada malam itu ia pun keluar diam-diam lalu memberi sedekahnya kepada seorang perempuan. Keesokan harinya orang ramai membicarakan bahawa pada malam tadi seseorang telah memberikan sedekah kepada pelacur. Pemberi sedekah itu berkata, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu, sedekahku telah sampai kepada seorang perempuan penzina.”

Pada malam ketiga dia kembali bersedekah secara sembunyi-sembunyi. Kali ini sedekahnya jatuh ke tangan orang kaya. Keesokan harinya ramai orang memperbincangkannya bahwa seseorang telah memberi sedekah kepada orang kaya. Pemberi sedekah itu berkata, “Ya Allah, segala puji bagi-Mu, sedekahku telah sampai ke tangan pencuri, penzina dan orang kaya.”

Malam itu dia bermimpi bahawa sedekahnya telah diterima oleh Allah S.W.T. Sedekahnya ditakdirkan jatuh ke tangan pencuri, agar pencuri itu bertaubat dari tabiat mencuri. Dan diterima oleh seorang pelacur, kerana dengan itu menjadi asbab untuk pelacur itu bertaubat ketika mengerti bahawa Allah S.W.T. memberi rezeki walaupun dia itu telah menghinakan dirinya sendiri dengan pekerjaannya yang keji. Dan jatuh ke tangan orang kaya, agar orang kaya itu mendapat pengajaran bahawa seorang hamba Allah telah
bersedekah dengan diam-diam, dan ia pun akan menyedekahkan harta yang telah Allah S.W.T. berikan kepadanya.

(Hr. Muttafaq alaih ~ Misykaat)

Riwayat Al Bukhari,1421;Muslim,1022

Tahniah Kelantan! Juara Piala FA 2013!

Sunday, June 30, 2013 0 Komen


Kelantan mempertahankan trofi Piala FA selepas menundukkan Johor Darul Takzim 1-0 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Gol tunggal perlawanan disumbangkan oleh Nurfarhan Muhammad pada minit ke-16. ~ Utusan

Shisha diharamkan - Jawatankuasa Fatwa Perlis

Friday, June 28, 2013 0 Komen

Jawatankuasa Fatwa Perlis mengharamkan kegiatan menghisap dan menjual shisha kerana mendatangkan kemudaratan yang lebih teruk berbanding merokok.

Mufti Perlis Datuk Mursyid Diraja Dr Juanda Jaya berkata mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis kali ke-11/2013 pada 24 Jun lepas membuat keputusan itu dan surat akan dihantar kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar (MPK) berhubung perkara itu.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, beliau berharap MPK dapat menghalang kegiatan penjualan shisha demi kepentingan masyarakat.

Dr Juanda berkata amalan menghisap shisha bukan sahaja membuang masa tapi memudaratkan kesihatan terutama bagi golongan belia dan remaja.

Menurutnya, langkah pengharaman itu dilaksanakan kerajaan negeri Melaka sejak 2009 dan Perlis juga menuruti jejak negeri itu kerana kegiatan itu didapati membawa kemudaratan yang besar.

Dr Juanda turut menyelar pihak yang memperdagangkan amalan tahlil arwah dan khatam al-Quran untuk mengaut keuntungan peribadi terutama menjelang Ramadan.

Menurutnya, ada pihak yang cuba mengutip wang kononnya untuk dana tertentu dengan menganjurkan majlis tahlil dan khatam al-Quran dengan memohon sumbangan daripada orang ramai.

Sambil menunjukkan contoh borang penyertaan program tahlil arwah dan khatam al-Quran anjuran sebuah badan tertentu, beliau berharap orang ramai tidak akan terpengaruh.

"Tidak salah bertahlil, berzikir dan khatam al-Quran tetapi bukan meletakkan syarat dengan mengenakan bayaran," katanya.

Beliau berharap pihak berkuasa menyiasat penganjur program seumpama itu dan meneliti ke mana wang yang dikumpulkan itu dibawa. - BERNAMA

Wartawan Utusan protes tak dibenar buat liputan persidangan DUN Penang

Friday, June 28, 2013 0 Komen

Wartawan Utusan Malaysia tidak dibenar membuat liputan berita majlis angkat sumpah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.30 pagi apabila wartawan berkenaan Mohd Firdaus Ismail memohon pas lawatan untuk masuk ke perkarangan DUN.

Firdaus berkata pengawal keselamatan enggan memberikan pas lawatan masuk ke DUN dan memberitahunya ia adalah atas arahan pihak atasan.

"Pengawal DUN tersebut telah memberitahu saya bahawa wartawan Utusan tidak dibenarkan masuk ke DUN untuk membuat liputan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan perkara itu kemudiannya membuat protes secara berseorangan dengan memegang kad bertulis “Ketelusan telah mati di sini" dan berlegar-legar di hadapan pintu pagar bangunan DUN.

Katanya, beliau berbuat demikian sebagai meluahkan kekecewaan terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sebelum ini sering melaung-laungkan kebebasan akhbar.

Firdaus berkata sebelum ini, wartawan Utusan juga pernah dilarang membuat liputan persidangan DUN selepas satu usul larangan tersebut dibentangkan dan dipersetujui.

"Tetapi, kini telah masuk penggal baharu untuk persidangan DUN, mereka seharusnya membentangkan usul baharu dan usul yang lama telah tamat tempoh," katanya.

Speaker DUN yang baharu Law Choo Kiang ketika diminta mengulas perkara itu berkata kejadian itu berlaku akibat kesilapan pengawal keselamatan bangunan DUN yang telah menguna pakai arahan lama.

"Saya ingin menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku atas kesilapan teknikal pengawal DUN dan saya berjanji perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya.

Katanya, beliau akan menjemput wartawan tersebut untuk membuat liputan persidangan DUN Selasa depan. - BERNAMA

Zakat fitrah di Pahang kekal RM7, 2013

Friday, June 28, 2013 0 Komen

Zakat fitrah di Pahang kekal RM7 seorang 2013
Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) menetapkan kadar zakat fitrah kekal sebanyak RM7 seorang atau segantang beras tahun ini.

Timbalan Yang Dipertua Muip, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, kadar itu ditetapkan selepas Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah memperkenankan kadar bayaran zakat tersebut. - UTUSAN

Pembunuh Dirang dihukum gantung sampai mati

Friday, June 28, 2013 0 Komen

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang buruh kontrak selepas didapati bersalah membunuh kanak-kanak, Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang, tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman membuat keputusan itu terhadap Muidin Maidin, 27, selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap pendakwaan.

Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac tahun lalu ketika membeli mi segera dan telur di kedai runcit berhamprain rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam sebelum disahkan meninggal dunia akibat dibunuh dan dibakar pada 12 Mac tahun lalu. - UTUSAN ONLINE

Telur ayam rendah kolesterol

Wednesday, June 26, 2013 0 Komen

Telur ayam rendah kolesterol
Industri penternakan ayam telur pernah diperkenalkan dengan telur ayam rendah kolesterol diperkaya dengan Omega-3.

Telur ciptaan penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Wong Hee Kum dibangunkan menggunakan formulasi makanan semula jadi.

Teknologi menghasilkan telur ayam diperkaya vitamin E turut menggunakan formula selenium organik tanpa antibiotik.

Pakej teknologi lengkap itu mudah dilakukan kerana menggunakan infrastruktur dan peralatan sedia ada.

Ini bermakna, pengeluar tidak perlu menanggung lebihan kos bagi membina infrastruktur baru.

Kelebihan telur itu kerana membantu menurunkan kolesterol jahat dan meninggikan kolesterol baik dalam tubuh.

Namun, tiada siapa tahu, usaha mengkomersialkan Telur Omega-3 banyak di pikul Marditech Corporation Sdn Bhd (Marditech), anak syarikat MARDI.

Pengurus Unit Teknologi Pengkomersialan Marditech Corporation Sdn Bhd, Faizal Ramli berkata, walaupun teknologi Telur Omega-3 sudah ada, ia mengambil masa untuk sampai ke pasaran.

Ramai melihat prosesnya mudah, tetapi teknologi mengeluarkan telur Omega-3 mengambil masa lebih tiga tahun.

Marditech perlu memastikan syarikat terbabit berpotensi untuk membawa produk itu ke pasaran, katanya.

Beliau berkata, Marditech bertanggungjawab mengkomersialkan pelbagai teknologi dan produk inovasi ke pasaran tempatan dan antarabangsa.

Misi penubuhannya untuk menjadi pemangkin dalam pengkomersialan inovasi teknologi bagi sektor makanan dan pertanian, katanya.

Sejak ditubuhkan pada 1992, 10 teknologi dan inovasi dibangunkan penyelidik Mardi dikomersialkan.

Marditech juga popular dalam kalangan negara luar berikutan kepakarannya memberikan khidmat nasihat mengenai pertanian dan makanan.

MARDI dikenali sebagai pusat pembangunan dan penyelidikan (RD) terunggul untuk pertanian dan makanan di negara ini.

Memandangkan peranannya sebagai pusat penyelidikan, Marditech ditubuhkan bagi memasarkan teknologi MARDI, katanya.

Katanya, Marditech juga memberikan khidmat nasihat mengenai pelbagai perkara termasuk pelan perniagaan kepada usahawan, katanya.

Katanya, dua dana disediakan kerajaan seperti Dana Pra Pengkomersilan (Techno Fund) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Tabung Pengkomersialan Penyelidikan dan Pembangunan (CRDF) Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC).

Marditech juga membantu syarikat untuk mendapatkan pensijilan Analisis Bahaya dan Kritik Kawalan Kritikal (HACCP), sekali gus membolehkan pensijilan Halal diperoleh daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menurutnya, Nigeria dan Afghanistan antara dua negara yang sudah mendapatkan khidmat nasihat Marditech.

Di Nigeria, Marditech menggunakan kepakaran dalam tanaman padi manakala di Afghanistan, MARDI membina pusat pengeringan buah-buahan, katanya.

Katanya, isu jaminan bekalan makanan penting untuk sesebuah negara dalam menghadapi detik sukar seperti peperangan kerana kebergantungan terhadap bahan makanan import menyebabkan bilangannya terhad.

Jalan terbaik bagi negara terbabit adalah mendapatkan teknologi negara ini yang mempunyai banyak kepakaran dalam bidang berkenaan, katanya.

Hujan batu di Singapura

Wednesday, June 26, 2013 0 Komen

Penduduk di Jurong di sini hari ini mengalami hujan batu ketika hujan lebat dan ribut kencang melanda negara ini petang semalam.
  
Seorang penduduk di Jurong Timur Vanitha Subramaniam, yang pada masa itu sedang bekerja, berkata beliau menerima panggilan daripada ibunya memberitahu mengenai hujan batu itu.
  
"Ibu saya menggambarkan hujan lebat setengah jam itu seperti air batu jatuh dari langit," katanya ketika dihubungi di sini.
  
Sementara itu, Straits Times (ST) melaporkan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) mengesahkan kejadian hujan batu yang dialami sesetengah penduduk terutama yang tinggal di bahagian barat Singapura itu, bukan disebabkan pembenihan awan di Indonesia.
  
Ditanya jika hujan batu itu berkaitan dengan jerebu, NEA hanya berkata ia adalah satu kemungkinan tetapi tidak dapat mengesahkannya.

Bagaimanapun, NEA berkata hujan lebat petang ini bukan toksid.
  
Kali terakhir hujan batu berlaku di republik ini ialah pada 27 Mac 2008.
  
Sementara itu, NEA dalam kenyataannya berkata sehingga 9 malam, Indeks Pencemaran Udara (IPU) tiga jam di republik ini ialah 59, manakala bacaan 24 jam ialah dalam lingkungan 52 hingga 59.
  
Untuk tempoh satu atau dua hari akan datang, ia meramalkan angin akan bertiup dari selatan atau tenggara menyebabkan sedikit jerebu.
  
Bacaan IPU 24 jam pada Rabu dijangka berada pada tahap sederhana iaitu 51-100. - Bernama

Jerebu: Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) mungkin batal

Tuesday, June 25, 2013 0 Komen

Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) akan dibatalkan jika keadaan jerebu semakin teruk, namun ia mungkin hanya membabitkan sembilan acara yang berlangsung di luar dewan.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong (gambar) berkata, sekiranya SUKMA terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan, beliau tetap yakin temasya itu berlangsung dengan meriah kerana 13 acara lain yang berlangsung dalam dewan tetap dianjurkan mengikut jadual.

Begitupun, pihaknya akan terus memantau secara terperinci keadaan jerebu terutama di Kuala Lumpur dengan sebarang keputusan akan dibuat berpandukan kepada nasihat Institut Sukan Negara (ISN) dan juga Kementerian Kesihatan.

SUKMA tetap berlangsung seperti dirancangkan. Sama ada kita tangguh atau tidak, ia hanya membabitkan sembilan acara itu saja.

Semua 13 disiplin lain yang berlangsung dalam dewan mengikut jadual asal. Apapun saya tetap yakin kemeriahan temasya ini andai keputusan tangguh atau batal terpaksa dilakukan kerana kebanyakan acara di luar dewan tidak membabitkan penyertaan yang ramai justeru kemeriahan penganjuran tidak akan terjejas, katanya.

Sembilan sukan itu membabitkan renang, bola sepak pantai, bola tampar pantai, ekuestrian, kriket, mendayung, ragbi, sofbol dan woodball.

Zolkples yang ditemui ketika melawat perkampungan sukan SUKMA di Kolej Tun Perak, Universiti Putra Malaysia (UPM) semalam berkata, memang ada cadangan menangguhkan temasya ini namun ia tidak mungkin berlaku kerana MSN berdepan kesukaran mencari masa sesuai yang turut mengambil kira tarikh pelajar universiti bercuti bagi menempatkan atlet di perkampungan sukan.

Temasya SUKMA berlangsung pada 28 Jun hingga 7 Julai membabitkan penyertaan 5,026 atlet dan jurulatih yang terbabit dalam 22 acara sukan pilihan dan tidak membabitkan sukan wajib.

Atlet ditempatkan di 11 kolej sekitar UPM dengan Kolej Tun Perak dijadikan pusat penempatan utama dan juga sekretariat temasya.

Muzium lilin bakal dibuka di Red Carpet @ i-City

Friday, June 21, 2013 0 Komen

Orang ramai berpeluang menyaksikan secara dekat ikon terkenal dunia apabila muzium lilin bakal dibuka di negara ini.

Red Carpet @ i-City bakal menampilkan 100 patung lilin ikon terkenal dalam pelbagai bidang termasuk sukan dan pemegang rekod dunia.

Berkeluasan 30,000 kaki persegi, Red Carpet @ i-City mempunyai reka bentuk seolah-olah pentas Oscar.


Tiket dijualkan dengan harga RM40 bagi kanak-kanak, RM80 bagi dewasa dan RM160 untuk pakej keluarga.

Menurut Pengarah i-Berhad, Monica Ong, pengunjung bakal merasai pengalaman berinteraksi dengan patung lilin berkenaan.

"Ia seakan-akan pentas anugerah Oscar dan mempunyai persekitaran yang sesuai dengan personaliti dipamerkan dan orang ramai dibenarkan untuk menghampiri personaliti kegemaran mereka.

"Orang ramai juga dibenarkan menyentuh dan bermain dengan ikon kegemaran mereka," katanya .

Antara yang bakal dipamerkan adalah, raja pop, Michael Jackson, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei serta bintang Pop Korea, Psy.

Dibangunkan dengan kos RM25 juta ia juga merupakan salah satu produk pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

i-City mensasarkan kehadiran 30,000 hingga 50,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dalam tempoh sebulan bagi melihat tarikan terbaru itu.

Ia dijangka mula menerima pengunjung pada pertengahan Ogos ini.

Video kini di Instagram

Friday, June 21, 2013 0 Komen

Facebook telah mengumumkan aplikasi video untuk laman perkongsian gambar terkenal Instagram dengan video berdurasi 15 minit, penstabilan imej dan 13 filter.

Aplikasi video Instagram boleh didapati di Apple's App Store dan Google's Play.


Instagram mempunyai 100 juta pengguna aktif.

Peragaan Busana Islam sempena Festival Ramadhan 2013

Thursday, June 20, 2013 0 Komen

Peragaan Busana Islam
Lokasi: Pentas Utama, Sungai Wang Plaza
Tarikh: 20, 21 dan 28 Julai

Anda pengusaha butik busana Islam? Ingin memasarkan busana anda kepada segmen pasaran pelancong Muslim luar negara?

Sertai program Peragaan Busana Islam di Pentas Utama, Sungai Wang Plaza pada 20, 21 dan 28 Julai ini.

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi Ariel di 03-2614 8291.

Jerebu: 3 negeri diisytihar kawasan larangan pembakaran

Thursday, June 20, 2013 0 Komen

Selangor, Melaka dan Johor diisytiharkan kawasan larangan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29AA (2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 2001, kecuali pembakaran mayat dan keagamaan, berkuat kuasa serta merta.

Serentak itu, semua pihak dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka atau membiarkan tanah atau premis kepunyaan mereka dimasuki atau diceroboh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan pembakaran untuk tujuan tertentu atau tidak sengaja.

Ketua Pengarah JAS, Datuk Halimah Hassan, berkata arahan dikeluarkan itu dikuat kuasakan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Katanya, mereka yang ingkar dengan melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Perlu kerjasama

Beliau turut meminta orang ramai memberi kerjasama memadamkan kebakaran kecil dan melaporkan kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat di talian 999 atau 03-8888 0336 atau JAS di talian bebas tol, 1-800-88-2727.

Dalam kenyataan berasingan, Halimah juga dilaporkan sudah menulis surat kepada Kementerian Alam Sekitar Indonesia bagi menyatakan kebimbangan Malaysia terhadap peningkatan bilangan titik panas (hotspot) di Sumatera Tengah sehingga menyebabkan jerebu di negara ini sejak 15 Jun lalu.

Minta cegah kebakaran

Halimah berkata, Malaysia juga menggesa Indonesia melaksanakan segera tindakan pencegahan dan pemadaman kebakaran.

Sementara itu, rekod bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) JAS sehingga jam 5 petang semalam menunjukkan empat daerah di Johor, dua di Melaka serta satu di Selangor mencatatkan IPU tidak sihat dan semakin teruk berbanding bacaan kelmarin.

Stesen berkenaan adalah di Muar, mencatat IPU 172, Pasir Gudang (IPU 168), Kota Tinggi (IPU 166) dan Larkin Lama (IPU 152), manakala Bandaraya Melaka (IPU 161), Bukit Rambai (IPU 118) dan IPU 114 dicatatkan di daerah Banting (Selangor).

Sementara itu, lima stesen dikategori baik dengan bacaan IPU antara 0 dan 50 serta 39 lagi direkodkan pada tahap sederhana antara 51 hingga 100.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, ada peningkatan bilangan kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat sehingga jam 5 petang semalam berbanding empat kawasan yang dilaporkan kelmarin.

Kebanyakan kawasan itu adalah di selatan pantai barat Semenanjung.

Punca kemerosotan kualiti udara masih dipengaruhi pencemaran jerebu merentasi sempadan berikutan musim Monsun Barat Daya yang sedang dialami negara masa kini dan dijangka berterusan sehingga September, kata kenyataan itu.

Katanya, Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan juga sudah digerakkan JAS, selain mempertingkatkan pelaksanaan Prosedur Tetap Operasi (SOP) bagi Program Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut Yang Mudah Terbakar serta penguatkuasaan ke atas pelepasan asap dari kenderaan bermotor dan industri.

Tip Melancong Ketika Jerebu

Thursday, June 20, 2013 0 Komen

Jerebu yang melanda beberapa negara di rantau ini bukan saja menyebabkan pemandangan indah kota raya semakin kabur tetapi juga mengundang pelbagai gejala kepada kesihatan.

Tidak kira di mana pun anda bercuti, masalah jerebu boleh memberi masalah.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna aktiviti melancong perlu diketepikan kerana segala perancangan, tiket penerbangan dan penginapan sudah ditempah.

Justeru, tip melancong kali ini membantu anda yang akan bercuti ke destinasi idaman ketika berlaku jerebu.

* Pilihan destinasi

Cuba cari destinasi percutian yang bebas daripada masalah jerebu. Bagi sesetengah anda yang belum melakukan pembayaran terutama untuk tempahan bilik hotel, pakej melancong dan sebagainya. Ia pastinya lebih mudah untuk menukar destinasi percutian.

Tetapi bagi yang membuat pembayaran dan hanya perlu membawa diri, teruskanlah percutian anda.

* Minta nasihat doktor
Sebelum berangkat ke destinasi percutian, dapatkanlah nasihat doktor mengenai masalah yang anda hadapi.

Dengan meminta nasihat doktor, secara tidak langsung anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku atau boleh mengelaknya.

* Banyak minum air
Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batukbatuk adalah salah satu gejala disebabkan jerebu. Keadaan ini akan menyebabkan anda tidak selesa, sekali gus membuatkan anda tidak gembira.

Justeru, banyakkan minum air terutama air mineral atau air kosong supaya sepanjang bercuti terutama apabila anda banyak menghabiskan masa di luar.

* Memakai topeng

Jika keadaan jerebu semakin teruk dan anda perlu untuk keluar, gunakanlah topeng penutup mulut yang bersesuaian untuk mengelak anda mendapat gejala jerebu.

Keluar tanpa menggunakan topeng terutama ketika jerebu di tahap bahaya boleh menyebabkan mata terasa pedin dan berair, hidung berair dan kerap bersin serta banyak lagi.

* Membasuh muka dan bahagian kulit

Apabila terdedah kepada jerebu, sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit dengan air bersih. Ia perlu dilakukan bagi mengelak kulit anda terasa gatal.

* Bawa ubatan

Dalam apa juga situasi, bekalan ubat-ubatan harus dibawa ke mana saja terutama ketika melancong.

Sediakan ubat-ubatan asas seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sebagainya. Dengan meminta nasihat doktor, dia juga boleh memberikan ubatubatan yang bersesuaian dengan gejala yang akan dihadapi ketika jerebu.

Jadi, anda sudah bersedia

Oleh Suliati Asri

Tiga beradik mati lemas di Sungai Golok

Tuesday, June 18, 2013 0 Komen

3 beradik dari Kampung Rahmat, Muhammad Zulhilmi Aziz, 7; Muhammad Syahmi, 6, dan Muhammad Irfan Rahman, 4, ditemui mati lemas penduduk kampung antara pukul 5.20 hingga 5.50 di Sungai Golok.

Nor Asikin ketika ditemui di rumahnya di sini berkata, ketika kejadian dia yang bekerja sebagai guru Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas Kampung Rahmat menghadiri satu bengkel di kampung bersebelahan.

Dia kemudian menerima panggilan daripada rakan memaklumkan anaknya sedang bermain berhampiran sungai dan memintanya pulang segera.

"Saya meninggalkan ketiga-tiga mereka di rumah kakak berhampiran rumah saya. Rakan menelefon saya memaklumkan tiga anak saya itu bermain berhampiran sungai dan meminta saya segera balik. Ketika sampai di rumah, penduduk kampung sedang mencari anak-anak saya yang dikhuatiri lemas.


"Saya segera menunaikan solat asar dan berdoa agar semua anak saya ditemui," katanya.

Menurut Nor Asikin, kehilangan tiga beradik itu cukup menyedihkan kerana semua anaknya itu hasil perkahwinan dengan arwah suaminya yang meninggal dunia pada tahun 2010 akibat barah usus.

Dia bagaimanapun mempunyai dua lagi anak selepas berkahwin lain dua tahun lalu.

Sementara itu, kakak ipar Nor Asikin, Nor Azizan Hassan, 41, berkata, ketiga-tiga mangsa dipercayai bermain di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah mereka pada pukul 4 petang ini.

Menurutnya, selepas mengetahui aktiviti tiga beradik itu, dia bersama beberapa penduduk segera pergi ke sungai untuk membawa mereka pulang namun kesemua mereka hilang cuma yang ditemukan hanya selipar di tebing sungai.

"Penduduk kampung segera menelefon bomba. Ada yang terjun ke dalam sungai untuk mencari mangsa sementara menunggu pasukan penyelamat tiba," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nasuhafahd Ahmad Mijar berkata, mayat Muhammad Syahmi ditemui penduduk kampung pada pukul 5.20 petang diikuti Muhammad Irfan Rahman dan Muhammad Zulhilmi masing-masing ditemui pukul 5.30 petang dan 5.50 petang dan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk bedah siasat.

Jenazah tiga beradik itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat pagi esok. ~ Utusan

Penghidap diabetes dinasihat tidak ambil pil perangsang

Monday, June 17, 2013 0 Komen

Penghidap diabetes dinasihat tidak ambil pil perangsang
Lelaki yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis dinasihatkan tidak mengambil pil rangsangan seks haram berikutan ia hanya menambah masalah 'mati pucuk' selain risiko kematian mengejut.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan (KKM) Mazlan Ismail berkata, ramai lelaki negara ini tidak menyedari masalah lemah syahwat dihadapi berpunca daripada penyakit diabetes tanpa merujuk masalah itu kepada doktor.

Menurutnya, golongan ini mudah terpengaruh dengan kehebatan iklan pelbagai produk seks haram sebelum mencubanya tanpa mendapatkan nasihat doktor.

Bagaimanapun, pil atau ubat rangsangan seks haram ini hanya menambah kemudaratan apabila pesakit yang menghidap penyakit diabetes mengalami kesan sampingan.

Mereka sepatutnya berjumpa doktor bagi menjalani rawatan kesihatan dan memulihkan penyakit kencing manis yang menjadi punca gejala mati pucuk, katanya.

Menurutnya, pengambilan ubat-ubatan seks haram tidak akan menyelesaikan masalah itu jika penyakit diabetes dialami tidak disembuhkan terlebih dulu.

Penurunan keghairahan seks boleh diatasi sebaik masalah penyakit diabetes pulih. Perkara ini yang perlu diketahui lelaki yang rata-ratanya tidak menyedari punca masalah seksual dihadapi.

Ramai lelaki tidak sedar ubat-ubatan seks ini berbahaya kerana mengandungi analog sildenafil iaitu sejenis bahan kimia yang boleh menyebabkan kematian mengejut, katanya.

Menurutnya, BPF setakat ini merampas pelbagai produk seks haram bernilai RM18 juta antara Januari hingga September lalu.

Saya dapati pengedar dan penyeludup ubat seks haram cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan pelbagai taktik, antaranya menukarkan warna pil atau kapsul selain kotak produk.

Mungkin produk ubatan seks berbentuk bebola kecil ini sukar dikesan dan memudahkan ia dibawa ke mana-mana untuk dijual kepada orang ramai, katanya.

Mazlan turut meminta golongan lelaki tidak mudah terpedaya dengan iklan memaparkan kehebatan dan keberkesanan ubat-ubatan seks dalam mengukuhkan ikatan suami isteri.

Sementara itu, Pakar Sakit Tuan Hospital KPJ Ipoh, Dr Kalidasan Govindan berkata, sukar mengesan jenis kandungan bahan kimia beracun di dalam produk rangsangan seks haram berikutan ia sengaja diadunkan bersama pelbagai bahan rangsangan lain.

Tidak dinafikan, kebanyakan produk ubat-ubatan rangsangan seks yang dibeli pada harga murah mengandungi bahan kimia berat dan beracun yang mudah ditemui, terutama pada produk yang diseludup dari luar negara, katanya.

Keputusan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013

Saturday, June 15, 2013 0 Komen

Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2013
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 56 telah berjalan lancar.

Qari Perak, Anuar Hasin dan qariah Pahang, Hanimzah Jalaluddin dinobat sebagai johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan ke-56 yang berlangsung di Dewan Balai Islam Kompleks Islam Darul Naim, Lundang, Kota Bharu.

Tahniah kepada Johan Qari dari Negeri Perak En. Anuar Hasim dengan markah 92.33%. Manakala johan qariah disandang oleh Cik Hanimzah Jalaluddin dari Pahang dengan markah 88.34%. Johan keseluruhan disandang oleh negeri Perak Darul Ridzuan


Masing-masing membawa pulang sebuah Proton Preve, yang juga hadiah tambahan tajaan Tabung Haji pada tahun ini, selain RM15,000 tunai beserta piala iringan, cenderamata dan sijil penyertaan. FOTO Fathil Asri

Jihad menentang hawa nafsu

Friday, June 14, 2013 0 Komen

Firman Allah SWT: Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). (Surah Maryam, ayat 59)

Petanda kemusnahan sahsiah masyarakat dan umat ialah apabila mereka begitu mudah mengikut hawa nafsu. Mereka akan berusaha memenuhi kehendak hawa nafsu dan menghapuskan segala rintangan yang menghalang mereka daripada memperoleh apa dikehendaki.

Sabda Rasulullah SAW: Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu. (Riwayat Al-Baihaqi)

Erti lawan hawa nafsu


Sheikh Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, berkata melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu supaya mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara. Apabila nafsu dapat dikalahkan, seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali berkata, antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin.

Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Perkara utama ditekankan al-Quran bagi menentang hawa nafsu yang mendorong kepada kejahatan dan maksiat kepada Allah ialah menunaikan ibadah solat.

Jika dilakukan dengan konsisten dan harapan mendapatkan keredaan-Nya, ia akan menghasilkan satu kekuatan luar biasa untuk menghadapi godaan hawa nafsu. Menentang nafsu untuk menunaikan fardu solat pada waktu ditetapkan menjadi asas teguh bagi kesempurnaan diidamkan.

Perlu masa perbetul tabiat

Sesungguhnya jiwa dan diri manusia memerlukan masa yang panjang untuk membetulkan tabiat serta sikap selain mempunyai tenaga mencukupi bagi membendung hawa nafsu. Umpamanya, untuk menundukkan perasaan tamak haloba memerlukan perjuangan yang panjang.

Seandainya sasaran untuk dicapai oleh jiwa manusia itu ialah keadaan di mana mereka mencintai kebaikan, merasai kelazatannya dan membenci kejahatan serta mengejinya, maka ia memerlukan perjuangan yang kental untuk mencapainya.

Firman Allah SWT: Kamu wahai orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang yang tetap menurut jalan yang lurus. (Surah al-Hujurat, ayat 7)

Sifat hawa nafsu perlu dikawal, disekat dan ditentang. Keadaannya berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. Di sana terdapat pelbagai sifat manusia antaranya cintakan diri, wanita, harta, nama dan kemasyhuran. Ini adalah contoh jenis naluri yang kebiasaannya dimiliki manusia.

Ada yang mencintai dirinya dan tidak lagi mahu melihat orang lain. Ada pula sangat mencintai harta kekayaan, malam dan siang bertungkus-lumus mengumpulkan harta. Walau bagaimanapun, tamaknya kepada harta itu bukan untuk membelanjakannya seperti tuntutan agama.

Seseorang itu tidak akan berjaya dalam pertarungan jihadnya melainkan apabila dia melatih dirinya menentang hawa nafsu dan berjalan terus menuju jalan yang lurus dalam keadaan sabar serta tabah.

Rasul sendiri diingatkan Allah mengenai hawa nafsu ini.

Jihad menentang hawa nafsu

Firman Allah SWT: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, maka jalankanlah hukum di antara manusia dengan (hukum syariat) yang benar (yang diwahyukan kepadamu) dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana yang demikian itu akan menyesatkanmu dari jalan Allah.

Sesungguhnya orang yang sesat dari jalan Allah, akan beroleh azab yang berat pada hari hitungan amal, disebabkan mereka melupakan (jalan Allah) itu. (Surah Sod, ayat 26)

Allah SWT mendedahkan ramai yang apabila hati mereka diselaputi karat hawa nafsu maka segala pancaindera mereka diselubungi selaput-selaput sehingga mereka tidak dapat melihat dan mendengar selain apa yang keluar dari hatinya yang diselaputi hawa nafsu itu.

Firman Allah SWT: Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yang dipuja lagi ditaati? Apakah engkau akan menjadi pelindungnya? (Surah al-Furqan, ayat 43)

Ulama memberi kita bimbingan untuk menghalang diri terjebak dengan pengaruh hawa nafsu dan antara saranan mereka ialah memperkuatkan rasa takut kepada Allah SWT serta selalu mengingati seksaan Allah di akhirat kelak.

Meninggalkan segala sebab yang membuatnya terjatuh kembali kepada hasutan hawa nafsu, menjarakkan rakan yang tidak baik, menjauhi tempat menjerumuskannya kepada hasutan nafsu, menyibukkan diri dengan zikrullah, membaca al-Quran dan mendekatkan diri dengan majlis ilmu.

Sesungguhnya takwa hasil hidayah daripada mujahadah atau perjuangan melawan hawa nafsu. Orang Mukmin ialah orang bijak yang sentiasa mengawasi hawa nafsu supaya tidak terpesong dari jalan kebenaran dan berusaha mencari jalan untuk menambahkan cinta Allah SWT kepadanya.

Oleh Ahmad Shukri Yusoff
Perunding motivasi Islam Fitrah Power Resources

Projek mega LPB dalam perbincangan fasa terakhir

Friday, June 14, 2013 0 Komen

Projek mega LPB dalam perbincangan fasa terakhir
Projek mega Lebuhraya Pantai Barat (LPB), menghubungkan Banting-Changkat Jering sejauh 316 kilometer yang tertangguh sekian lama kini di fasa terakhir perbincangan dan bakal dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, projek berkenaan membabitkan kos RM7.07 bilion itu sepatutnya bermula Mac lalu tetapi tertangguh disebabkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) 5 Mei lalu.

Sekarang kami sedang mencari masa dan tarikh sesuai untuk majlis perasmian memulakan projek itu. Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof dijangka menyempurnakan majlis perasmian itu, katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, di sini.

Seramai 183 penerima Anugerah JKR Malaysia 2012, Prestasi Cemerlang 2012 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 menerima sijil berkenaan.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharudin; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Puhat Mat Nayan dan Pengarah JKR Perak, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad.

Dr Zambry yang turut melancarkan Program `Pavement Management System' bagi jalan negeri yang dibangunkan JKR berkata, kerajaan menerusi jabatan dan agensi berkaitan sentiasa berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk menyiapkan Projek LPB yang juga antara janji yang dikemukakan kepada rakyat ketika PRU-13.

Seperti yang kita sedia maklum, JKR sentiasa terdedah dengan kritikan sama ada membina atau sebaliknya. Jadi, kita perlu berusaha dan sentiasa memperbaiki perkhidmatan yang ada, katanya.

Jambatan Sungai Choh jadi 4 lorong

Friday, June 14, 2013 0 Komen

Jambatan Sungai Choh jadi 4 lorong
Projek menaik taraf jambatan Sungai Choh yang menjadi penghubung laluan dari Ipoh ke pekan Tanjung Rambutan dijangka siap Mei tahun depan.

Projek Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui peruntukan kerajaan negeri sebanyak RM3.3 juta itu membabitkan kerja menaik taraf dan menyelenggara jambatan serta pelebaran jalan dilakukan di persimpangan Batu 8 berdepan Masjid An-Nur.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah berkata, pembinaan jambatan itu antara usaha kerajaan dalam meningkatkan kemudahan asas, sekali gus menjamin keselamatan serta keselesaan penduduk menggunakan laluan berkenaan.

Jambatan sedia ada sekarang sempit dan tidak sesuai dengan bilangan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan.

Justeru, jambatan sedia ada yang mempunyai dua lorong akan dirobohkan dan dinaik taraf menjadi empat lorong untuk memudahkan penduduk dari Ipoh ke pekan Tanjung Rambutan, katanya pada sidang media selepas membuat lawatan kerja, baru-baru ini.

Katanya, projek pembinaan jambatan itu sudah bermula Disember lalu dengan pihaknya melakukan pemantauan berterusan untuk memastikan projek berjalan lancar dan siap mengikut jadual ditetapkan.

Untuk sementara waktu, jambatan besi dibina sebagai laluan alternatif sehingga projek berkenaan selesai, katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Batu 8 Mohd Tahir Zakaria berkata, projek naik taraf itu tepat pada masanya seiring dengan pembangunan dan pertambahan penduduk.

Projek berkenaan tepat pada masanya dan bersesuaian dengan kehendak penduduk, katanya.

Ombak kerang bulu

Friday, June 14, 2013 0 Komen

Ombak kerang bulu
Di sebalik fenomena ombak besar yang menyebabkan sebahagian nelayan tidak dapat ke laut sejak tiga hari lalu, rezeki lain pula muncul apabila puluhan ribu kerang bulu dihanyutkan ombak ke tepi pantai, sekali gus menjadi santapan selain dijual kepada peraih.

Kerang bulu mirip kerang diternak, tetapi kemunculan hidupan laut itu susulan fenomena ombak besar agak mengejutkan kerana kebanyakannya bersaiz besar.

Walaupun isinya dikatakan agak liat, namun tidak menjadi penghalang kepada penduduk di tepi pantai mengutip 'rezeki' yang berada di depan mata.

Tinjauan Harian Metro di Pantai Robina, Teluk Air Tawar, dekat sini, semalam mendapati lebih 100 orang mengambil kesempatan mengutip kerang bulu yang ditolak ombak ke pantai berikutan sukar mendapatkan hidupan laut itu.

Rozanani Ramzan, 27, berkata, dia tidak melepaskan peluang mengutip kerang bulu apabila melihat ramai orang berbuat demikian.

Sebelum ini, kerang bulu memang ada di kawasan ini, tetapi sukar mendapatnya berikutan ia hidup dalam selut di tengah laut.

Hari ini (semalam) rezeki depan mata kerana hidupan laut ini ditolak ombak ke pantai, katanya.

Selain untuk hidangan keluarga, ada juga menjualnya pada harga antara RM3 dan RM5 sekilogram.

Kemunculan begitu banyak hidupan laut itu juga mengimbau kembali kejadian tsunami pada 2004 apabila beribu ikan dan kepah muncul di tepi pantai sebelum ombak besar melanda.


Geng Toreh kelar beg tangan warga emas di Ipoh

Thursday, June 13, 2013 0 Komen

Geng Toreh kelar beg tangan warga emas
Sekumpulan penjenayah seluk saku digelar Geng Toreh mengganas apabila menggunakan sejenis pisau tajam bagi mengelar beg tangan dibawa golongan wanita warga emas di sekitar kawasan pasar raya dan pasar awam di Bercham, di sini.

Sindiket yang bergerak secara berkumpulan itu bertindak licik melakukan kegiatan jenayah di kawasan tumpuan ramai dengan menoreh beg mangsa tanpa disedari sebelum melarikan barang berharga di dalam beg itu.

Kebanyakan mangsa tidak menyedari kehilangan barang masing-masing berikutan penjenayah mampu menoreh beg mangsa tanpa langsung disedari.

Dalam kejadian terbaru kelmarin, seorang warga emas turut menjadi mangsa apabila beg bimbitnya ditoreh dengan pisau ketika mangsa berada di pasar awam Kampung Bercham, kira-kira jam 8.30 pagi.

Mangsa, Chaw Lai Kuen, 62, mendakwa kejadian berlaku ketika dia ke pasar awam berkenaan untuk membeli barang keperluan harian.

Setiap pagi saya akan bersenam berhampiran Dewan Komuniti Bercham sebelum berjalan kaki ke pasar awam berkenaan yang terletak sejauh 300 meter.

Saya yang mahu mengeluarkan wang untuk membayar harga sayur dibeli, terkejut apabila mendapati beg galas yang dibawa ada kesan lubang akibat toreh sepanjang lebih 22 sentimeter, katanya.

Dia mengesyaki perkara itu dilakukan kumpulan penjenayah yang cuba melarikan barang berharga termasuk beg duit dan telefon pintar yang disimpan di dalam beg galas itu.

Mujur saya menyimpan wang tunai dan telefon bimbit dalam satu lagi beg kecil berasingan di dalam beg galas itu menyebabkan penjenayah berkenaan sukar mengambilnya.

Saya dimaklumkan beberapa wanita lain turut pernah menjadi mangsa dan modus operandi sama. Ada kemungkinan ia dilakukan oleh penjenayah wanita, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rukun Tertangga (RT) kawasan Bercham, Tan Swee Kong berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika membeli barang keperluan harian di kawasan sesak.

Tangkis anasir murtad

Wednesday, June 12, 2013 0 Komen

Kuatkan akidah untuk tangkis anasir murtad

Pendedahan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengenai anasir luar dan dalaman yang menggunakan laman sosial sebagai gelombang kedua untuk memurtadkan umat Islam di negara ini perlu diberi perhatian serius semua pihak.

Selain pihak berkuasa yang bertanggungjawab, masyarakat Islam sendiri perlu sedar mengenai ancaman terbaru terhadap akidah mereka. Jelas, dalang yang mahu memurtadkan umat Islam di negara ini tidak pernah berputus asa menjayakan agenda jahat mereka.

Jika dulu mereka melakukan gerakan itu secara tersembunyi dengan mendekati orang Islam yang bermasalah termasuk golongan remaja dan wanita serta kelompok di perkampungan dan pedalaman, kini mereka semakin berani melakukannya secara terang-terangan dengan bantuan pihak tertentu, termasuk dari luar negara yang dikatakan membiayai gerakan itu.

Lebih membimbangkan, mereka kini mengambil kesempatan daripada kepercayaan dan kegilaan sebahagian besar penduduk negara ini terhadap apa yang disebarkan menerusi media sosial untuk menjayakan gerakan murtad itu tanpa mudah dikesan pihak berkuasa.

Kita sudah melihat kesan buruk media sosial terhadap pemikiran orang ramai berhubung aspek sosial dan politik negara, terutama menjelang dan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lalu.

Media baru itu bukan saja menjadi saluran untuk menyebarkan pelbagai fitnah untuk orang ramai membenci kerajaan tetapi juga medan hasutan untuk mencetuskan huru hara dan menggugat ketenteraman awam. Malah, ada kelompok mereka yang semakin biadab sehingga berani mengecam institusi negara termasuk mempersenda titah Yang di-Pertuan Agong.

Gejala ini jika tidak dibendung akan merosakkan sahsiah sebilangan besar rakyat ini dan kerukunan negara. Bayangkan apa yang akan terjadi jika gerakan memesong akidah atau memurtadkan umat Islam di negara ini menerusi media sosial tidak dibendung?

Justeru, tindakan tegas dan berkesan perlu segera diambil bagi menghalang gelombang kedua gerakan itu. Pihak berkuasa berkaitan perlu berani bertindak kerana gerakan jahat seumpama itu jelas menyalahi undang-undang dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalang gerakan jahat itu perlu ditentang habis-habisan dan ancaman mereka itu didedahkan kepada umum untuk mencetuskan kesedaran dan kebangkitan umat Islam. Hanya tindakan tegas pihak berkuasa dan kebangkitan umat Islam yang mampu menumpaskan ancaman gerakan murtad itu. Bagaimanapun yang lebih utama ialah kekuatan akidah umat Islam.

Jika kita berpegang kuat kepada dua kalimah syahadat yang sentiasa dilafazkan serta akidah Islam, nescaya iman tidak mudah tergugat walau apa anasir sekali pun yang datang.

Kolej Antarabangsa TAJ (TIC), Ipoh ambilan pelajar sesi Jun 2013

Wednesday, June 12, 2013 0 Komen

Kolej Antarabangsa TAJ (TIC), institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang terkenal di Ipoh, Perak kini membuka peluang kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang diminati bagi sesi pengambilan pelajar baru bermula bulan ini.

Pilihan kursus ditawarkan di TIC bertepatan dengan kehendak pasaran kerja masa kini bermula daripada peringkat sijil, diploma, ijazah, sehingga peringkat sarjana.

Ketua Pegawai Eksekutif TIC, Tina Tajuddin (gambar) berkata, kolej itu satu-satunya IPTS di Perak menawarkan subjek pengajian khusus seperti Pendidikan Awal Kanak-Kanak dari peringkat sijil hingga ijazah sarjana.

Kekuatan utama TIC adalah bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. Selain itu, TIC turut menawarkan kursus Diploma Teknologi Automotif kepada pelajar aliran kejuruteraan yang bertepatan dengan kehendak pasaran kerja kejuruteraan masa kini.

Bagi pelajar yang memilih aliran sains, TIC turut menawarkan program Sains Kesihatan Bersekutu di bawah kerjasama Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), katanya.

Beroperasi sejak 1996, TIC sudah melahirkan ribuan graduan yang berjaya dalam kerjaya masing-masing dan kini TIC akan meluaskan sayapnya dengan membuka kampus cawangan baru di Puchong, Selangor pada September depan.

Tina berkata, TIC menyediakan kemudahan asrama dilengkapi kemudahan asas dan kondusif kepada pelajar khususnya yang tinggal berjauhan dengan kolej dan sentiasa dikawal pihak pengawal keselamatan 24 jam sehari.

TIC sentiasa menjaga reputasi akademik pelajarnya dengan menganjurkan hari anugerah kecemerlangan kepada pelajar cemerlang dalam bidang akademik. Pemberian biasiswa turut ditawarkan kepada pelajar mengekalkan rekod kecemerlangan setiap semester pada setiap tahun, katanya.

Selain kaedah pembelajaran di bilik kuliah, TIC turut mengaplikasi sistem e-learning iaitu menerusi laman Learning Management System (LMS) yang memudahkan pelajar memahami subjek dipelajari, memuat turun nota dan menghantar tugasan di laman berkenaan.

TIC memenuhi kriteria sebagai institusi pengajian tinggi pilihan kerana menawarkan yuran pengajian yang mampu dibiayai semua golongan malah yuran keseluruhan adalah berpatutan jika dibandingkan dengan IPTS lain selain tiada sebarang yuran tambahan untuk kolej.

Justeru, pelajar yang gagal menempatkan diri ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dinasihatkan agar tidak putus harapan sebaliknya merebut peluang melanjutkan pelajaran di TIC.

Kursus ditawarkan di TIC bukan saja mendapat pengiktirafan pihak Kementerian Pendidikan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) malah bantuan kewangan daripada pihak MARA, PTPTN dan FELDA turut disediakan.

Ambilan Jun kini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan mereka berminat boleh menghubungi talian 05- 5286666 dan mendaftar online di www.tic.edu.my.

Manakala peluang mendapat Dermasiswa anak Yayasan Negeri juga terbuka khasnya untuk ambilan ini mengikut terma dan syarat.

Spa urut tawar khidmat seks

Sunday, June 09, 2013 1 Komen

`Topeng' si ibu ayam

Spanya berlesen, manakala pelanggan pula kebanyakannya wanita yang mahu mendapatkan khidmat urut selepas bersalin, menghilangkan sakit dan sengal badan atau bagi meredakan stres selepas penat bekerja.

Kalau ada pun pelanggan lelaki, kebanyakannya ditemani isteri atau saudara perempuan masing-masing bagi mengelak pandangan buruk masyarakat ketika berurut.

Imej 'bersih' spa milik wanita dikenali sebagai Zila yang berusia lewat 30-an ini menyebabkan premisnya di Kajang, dekat sini, sering dikunjungi pelanggan pelbagai peringkat umur.

Bagaimanapun, tanpa disedari kebanyakan pelanggan tetapnya, Zila turut menjadi orang tengah dengan menawarkan khidmat urutan berahi dan seks kepada lelaki.

Tawaran 'urut istimewa' itu biasanya dibuat kepada lelaki yang berada di ruang tamu spanya kerana menunggu isteri atau teman wanita mereka berurut.

Ketika si isteri diurut pekerjanya, Zila pula cuba menjerat si suami dengan khidmat urutan dan seks daripada tujuh pelajar kolej di bawah jagaannya.

Zila mendakwa hanya menjadi ejen atau lebih dikenali sebagai 'mummy' kepada gadis kolej terbabit dan menerima komisen bagi setiap langganan diperolehnya.

Bagaimanapun, lelaki hidung belang yang mahu mendapatkan khidmat urutan gadis kolej terbabit akan dibawa ke sebuah hotel bajet kira-kira dua kilometer dari spanya.

Dia mendakwa tidak membenarkan pelajar kolej terbabit mengurut di premisnya untuk menjaga reputasi spa berkenaan, terutama di kalangan pelanggan tetap.

Rata-rata gadis yang menawarkan khidmat itu bekerja separuh masa pada sebelah malam dan sebilangan mereka dikatakan baru habis menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kegiatan tidak bermoral ini dikesan selepas seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Razman, 30, mendedahkan perkara itu kepada Metro Ahad, baru-baru ini.

Razman berkata, dia mengenali Zila ketika membawa isterinya untuk mendapatkan rawatan selepas bersalin di spa milik wanita itu.

Katanya, ketika menunggu isterinya mendapatkan rawatan, Zila mendekatinya dan menawarkannya perkhidmatan seks daripada pelajar kolej, namun ia hanya diadakan secara 'outcall' (dibawa keluar).

Ibu ayam itu kata dia ada 'contact' dengan tujuh perempuan, semua masih 'fresh', budak kolej dan baru lepas sekolah. Namun, semua budak tu tak bekerja di spa (milik ibu ayam), dia orang buat di luar di hotel murah.

Setiap pakej kena bayar RM200 sejam, termasuk sewa bilik hotel. Kalau nak urut saja, urut badan ke badan dan urut batin pun boleh, bayar RM150, katanya.

Bagi mendapatkan gambaran tepat mengenai kegiatan wanita terbabit, wartawan Metro Ahad melakukan penyamaran dengan cuba menghubungi pemilik spa terbabit.

Ketika menghubunginya, Zila keberatan melakukan tawar-menawar dan asyik bertanya dari mana kami memperoleh nombor telefonnya.

Selepas memberitahu memperoleh nombor itu daripada Razman, dia kemudian menjelaskan mengenai perempuan yang ingin kami tempah.

Akak terus terang dengan kamu. Kalau minta urut saja, dia orang tak pandai sangat. Setakat usap, sapu, urut sikit-sikit tu bolehlah. Apapun, sembang dulu dengan dia orang nanti. Dia orang nak buat apa pun boleh. Tak apalah, nanti bila dah setuju, bayar dulu dekat akak, katanya.

Selepas itu, wartawan diarah menunggu di satu kawasan dan dibawa ke sebuah hotel bajet sebelum diperkenalkan dengan gadis yang kononnya pelajar kolej dan wanita terbabit memberitahu harga dikenakan tinggi disebabkan status gadis terbabit.

Ikuti perbualan wartawan bersama gadis yang diperkenalkan wanita terbabit.

Ros, 18, dari Bangi

Ingin mencari pendapatan lebih serta keluarga bermasalah menjadi alasan Ros, 18, memilih bekerja dengan Zila.

Mula menjual tubuh sejak berusia 17 tahun melalui perantaraan ibu ayam terbabit, Ros berkata, dia lebih senang bekerja dengan Zila kerana bayaran diterimanya lumayan berbanding tempat lain.

Dia yang berasal dari Kuantan, Pahang mendakwa mula membawa diri ke ibu kota selepas tamat SPM disebabkan tidak tahan tekanan daripada keluarganya, tambahan pula ayahnya penagih dadah.

WARTAWAN (W): Sebab apa kamu pilih kerja ini, sedangkan kamu belajar di kolej?

ROS (R): Saya kerja macam ini sebab mudah dapat duit. Kalau kerja di tempat lain, sebulan baru dapat gaji, ni (ini) setiap hari saya dapat.

W: Bila mula bekerja dengan Kak Zila?

R: Mula kerja dari umur 17 lagi, time (masa) tu (itu) saya lari dari rumah dan Kak Zila yang jaga saya.

W: Macam mana boleh kenal Kak Zila?

R: Kawan saya kenalkan. Kak Zila baik, dia bagi tempat tinggal sebelum saya diterima belajar di kolej.

W: Tak kisah ke kerja macam ni?

R: Tak kisah sebab saya memang dah hilang kesucian sejak umur 16 tahun lagi dengan teman lelaki saya.

ANI, 20, dari Cheras

Walaupun Zila memberitahu Ani pelajar kolej, gadis itu cuba menafikannya ketika bersembang dengan wartawan.

Ani mendakwa dia kini bekerja tetapi mengakui sudah lama mengenali Zila selepas menduduki SPM, tiga tahun lalu.

Dah dekat dua tahun kenal Kak Zila, dia banyak tolong saya selama ni. Kalau bukan dia, mana saya nak dapat pelanggan, katanya.

WARTAWAN (W): Tak takut kena cekup, hotel bajet ni selalu kena serbu?

ANI (A): Dulu ada juga kenal seorang yang ikut Kak Zila, dia dah kena tangkap khalwat sebab buat kerja macam ini.

W: Kena tangkap khalwat dengan pelanggan?

A: Ya... saya dengar dia orang dah kahwin.

W: Kenapa Ani kerja macam ni?

A: Eh, apa hal tanya pula. Sebab duitlah, sebab apa lagi.

W: Sekarang ni, kalau nak tempah awak, berapa kena bayar?

A: Bukan sepatutnya tanya Kak Zila, apa-apa bincang dengan dia.

W: Dia minta RM200?

A: Apa-apa pun bincang dulu dengan Kak Zila, saya okey saja.


~ MA, Jun 9, 2013
AOleh Shamran Sarahan; Mohd Hafizee Mohd Arop

Baju dalam diharamkan dalam peperiksaan di China

Friday, June 07, 2013 0 Komen

Baju dalam diharamkan dalam peperiksaan di China
Lebih dari sembilan juta pelajar memenuhi dewan peperiksaan di seluruh China bagi hari pembukaan peperiksaan kemasukan universiti negara pada Jumaat -- dengan cubaan untuk menghentikan penipuan dengan pengharaman kancing logam baju dalam.

Pelajar di timur laut wilayah Jilin diharamkan memakai pakaian yang mempunyai bahagian logam dan pihak berkuasa pendidikan memasang pengesan logam di pusat-pusat peperiksaan untuk mengetatkan kawalan ke atas "peranti penipuan tanpa wayar", lapor Global Times.

Pihak berkuasa telah menjadi sedikit bimbang mengenai risiko pelajar menggunakan peranti seperti telefon pintar – yang sekarang lebih kecil dan senang untuk disembunyikan – sebagai bantuan sewaktu peperiksaan.

Sekitar 9.12 juta pelajar sekolah tinggi didaftarkan diseluruh China untuk mengambil peperiksaan dua hari yang dikenali sebagai ‘gaokao’, menurut menteri pendidikan.

Tujuan pegawai adalah bagi melumpuhkan "jualan peralatan berteknologi tinggi untuk menipu, dan penipuan berkaitan gaokao," kata Global Times.

Sesetengah langkah bagi memastikan pelajar sampai di tempat peperiksaan tepat pada masanya sangat mencabar. Gambar yang diletakkan di dalam talian menunjukkan kereta bomba meredah air untuk menghantar budak berpakaian seragam sekolah ke tempat peperiksaan di bahagian terpencil di Inner Mongolia.

Selatan bandar Guangzhou menyediakan laluan khas kepada kenderaan yang membawa pelajar ke ‘gaokao’, media tempatan berkata, manakala ibu bapa yang mempunyai hub perniagaan China Shanghai, telah menempah teksi selama seminggu untuk anak-anak mereka.

Ibu bapa di seluruh negara melawat kuil untuk memberikan persembahan bagi kejayaan anak-anak mereka, kata Global Times, sementara mereka yang lain dilihat menunggu di luar dewan peperiksaan dengan makanan dan minuman disediakan kepada anak-anak mereka.

Peperiksaan tersebut mendapat kritikan teruk di China dengan meletakkan tekanan besar terhadap pelajar, dan sebagai simbol ketidaksamaan pendidikan, dengan ramai pelajar yang ibu bapa berpendapatan rendah telah berhijrah ke bandar-bandar dihalang daripada mengambil peperiksaan di rumah baru mereka.

Perompak larikan mesin ATM di Johor

Friday, June 07, 2013 0 Komen

Mesin ATM lesap lagi!
Sekumpulan lelaki bertindak memecah masuk sebuah bank di Jalan Ros Merah di Taman Johor Jaya di sini, sebelum melarikan satu mesin pengeluaran wang automatik (ATM), dipercayai berisi wang lebih RM10,000 dalam kejadian awal pagi semalam.

Kumpulan penjenayah berkenaan dipercayai memecah masuk premis itu menggunakan pintu utama bank berkenaan memandangkan ia tidak berkunci.

Selain itu, kumpulan penjenayah berkenaan menyembur cat berwarna hitam pada tujuh kamera litar tertutup (CCTV) di dalam bank itu, sebelum mengeluarkan mesin ATM berkenaan dan melarikannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintendan Mohd Roslan Zainuddin berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian itu pada jam 5.50 pagi semalam.

Kami kurang pasti sama ada mereka mengikat mesin itu dengan tali dan menariknya menggunakan kenderaan lain kerana imej tidak jelas.

Rakaman CCTV bertukar malap dipercayai kerana dirosakkan dan hingga kini, kami belum menerima maklumat jumlah wang yang terdapat di mesin ATM itu, namun akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti suspek dalam kejadian itu, katanya.

Menurut Roslan, polis akan menjalankan siasatan sama ada kejadian itu didalangi penjenayah sama dengan beberapa kes pecah ATM di sekitar bandar raya Johor Bahru sebelum ini kerana ia menggunakan modus operandi hampir sama.

Difahamkan, premis yang menempatkan beberapa mesin ATM termasuk mesin deposit wang selama 24 jam di cawangan itu bagi memudahkan pelanggan berurusan di situ.

Dipercayai, mesin berkenaan menjadi sasaran kumpulan penjenayah selepas petugas bank memasukkan sejumlah wang di dalamnya, kelmarin.

Kejadian semalam berlaku selang 12 hari lalu apabila sekumpulan penjenayah melarikan RM400,000 daripada sebuah mesin ATM di pusat beli-belah di Aeon Jusco Jalan Pendidikan, Taman Universiti di sini, pada 26 Mei lalu.

Dalam kejadian itu, kumpulan penjenayah berkenaan cuba memecah tiga mesin ATM, namun hanya dapat melarikan wang daripada dua mesin.

Susur Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh

Friday, June 07, 2013 0 Komen

Susur Jambatan Kedua Pulau Pinang  Runtuh

Empat maut selepas tanjak penyambung jalan sepanjang kira-kira 50 meter di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung di sini, runtuh dan menghempap sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam ini.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada tanjak atau `ramp' di bawah kerja-kerja pembinaan dalam pakej 3A yang giat dijalankan.

Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut telah ditimpa runtuhan besi dan konkrit binaan jambatan berkenaan dari ketinggian 30 meter.

Sehingga pukul 11 malam ini, belum dapat disahkan jumlah mangsa yang terperangkap dalam kejadian berkenaan.

Update:
Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan terdapat seorang mangsa dalam kereta Kelisa yang terperangkap dalam kejadian runtuhan struktur penyambung Jabatan Kedua Pulau Pinang berhampiran Batu Maung di Lebuhraya Tun Dr. Lum Chong Eu petang semalam.

Mangsa dikesan melalui peralatan kamera mencari dan menyelamat kira-kira pukul 12.30 pagi. Bagaimanapun, tiada sebarang pengesahan di buat mengenai keadaan mangsa. - UTUSAN ONLINE

Tarian Sumazau - tarian tradisi rakyat Sabah

Thursday, June 06, 2013 0 Komen

Tarian Sumazau
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa sentimeter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan.

Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.


Tarian ini ditarikan oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6 buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan desa.

Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan, namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Mirzan Mahathir tiada saham dlm Petron Malaysia

Thursday, June 06, 2013 0 Komen

Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd (Petron Malaysia) menjelaskan bahawa Mirzan Mahathir tidak memiliki sebarang saham atau mempunyai sebarang jawatan dalam syarikat itu.

Anak syarikat Petron Corporation (Petron Corp) dari Filipina itu menjelaskan demikian kepada Bursa Malaysia semalam bagi menjawab soalan seorang pemegang saham pada Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) baru-baru ini berhubung pegangan kepentingan Mirzan dalam Petron Malaysia, syarikat induknya serta syarikat pegangan utamanya iaitu San Miguel Corporation.

Petron Malaysia menjelaskan bahawa Mirzan ialah Ahli Lembaga Pengarah syarikat induknya iaitu Petron Corp.

Beliau dilantik sebagai Pengarah Petron Corp pada 13 Ogos 2010 dengan mempunyai hanya 1,000 saham.

“Di bawah peraturan sampingan syarikat itu (Petron Corp), seorang individu mestilah menjadi pemegang saham untuk melayakkannya menjadi Pengarah,” kata Petron Malaysia dalam kenyataan berkenaan sambil menambah Petron Corp mempunyai sejumlah 9.4 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina.

Syarikat itu menjelaskan, sebelum dilantik menjadi Pengarah dalam Petron Corp, Mirzan adalah Pengarah San Miguel Corp dalam tempoh singkat antara 1 September 2009 hingga 15 April 2010.

Beliau kini, katanya hanya mempunyai 5,000 saham dalam San Miguel.
San Miguel mempunyai sejumlah 3.3 bilion saham yang disenaraikan di Bursa Saham Filipina, kata syarikat itu.

Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petron Corp, Ramon S Ang dalam kenyataan berkata, maklumat dan penjelasan itu diharap dapat menghentikan spekulasi berhubung Mirzan yang dilihat tidak adil kepada keluarga mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, saham yang dimiliki Mirzan dalam San Miguel Petron Corp pada asasnya hanya untuk melayakkan beliau untuk dilantik sebagai Pengarah syarikat Filipina itu.

“Mirzan ialah Pengarah Petron Corp disebabkan inisiatif saya sendiri. Kami bertemu pada 1990-an dan menjadi rakan sejak itu. Tambahan pula, pencapaian profesional Mirzan menjelaskan segala-galanya,” katanya.

Ang menegaskan, San Miguel, Petron Corp dan Petron Malaysia adalah syarikat senaraian awam yang mematuhi standard tadbir urus yang paling ketat.

“Justeru, adalah mudah bagi sesiapa saja untuk melihat bahawa Mirzan tidak memainkan sebarang peranan dalam pengurusan syarikat berkenaan,” katanya.

Pameran `Keluarga Bijih Timah' di Pusat Warisan `Falim House'

Wednesday, June 05, 2013 0 Komen

Pameran `Keluarga Bijih Timah' tiga bulan
Satu pameran memaparkan era dan kehidupan keluarga tauke pelombong bijih timah di Perak diadakan di Pusat Warisan `Falim House', di sini, selama tiga bulan bermula 12 Mei lalu hingga 11 Ogos ini.

Pameran `Keluarga Bijih Timah' anjuran sebuah syarikat swasta, Amber Synergy Sdn Bhd dengan kerjasama Ipoh World Sdn Bhd itu diadakan sebagai satu tarikan pelancongan selain memperkenalkan sejarah perlombongan di Perak khususnya di Bandaraya Ipoh.

Pengarah Urusan Ipoh World mera ng kap pengerusi pameran berkenaan, Komander Ian Anderson, berkata pameran itu adalah hasil kerjasama berterusan dengan Tenby School Ipoh sejak 2006 yang mengumpul pelbagai koleksi aktiviti pelombongan termasuk artifak dan perkakasan yang digunakan keluarga pelombong, sebelum 1900.

Pameran itu mampu memberi gambaran kepada orang ramai mengenai gaya hidup pelombong serta pihak yang terbabit secara langsung dalam aktiviti itu seperti golongan usahawan, peniaga dan dermawan.

Penganjuran pameran itu juga selaras rancangan pelancongan kerajaan negeri dalam usaha mengembangkan tapak warisan dan sejarah di Perak, sekali gus menarik perhatian pelancong untuk datang ke negeri ini, katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Pameran itu dibuka bermula jam 10 pagi hingga 6 petang setiap hari dan kemasukan adalah percuma. Pengunjung berpeluang melihat lebih 200 koleksi gambar lama dan perkakas tradisional yang digunakan dalam aktiviti pelombongan zaman dulu.

Pengunjung turut berpeluang menikmati dokumentari mengenai perlombongan bijih timah di Lembah Kinta sebelum dan selepas zaman perang yang akan dimainkan berterusan sepanjang pembukaan pameran.

Penganjur turut menyediakan perkhidmatan bas dari stesen kereta api Ipoh ke Falim House bagi setiap hujung minggu bagi memudahkan pengunjung ke pameran itu.

Sementara itu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim ketika dihubungi berkata, penganjuran pameran itu memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui dengan lebih mendalam aktiviti perlombongan yang dijalankan masyarakat dulu.

Malah, pameran itu memberi keistimewaan dengan membawa kembali nostalgia lama selain memberi pendidikan kepada generasi muda hari ini, katanya.

Seorang pendaki misi Everest Malaysia meninggal dunia

Tuesday, June 04, 2013 0 Komen

Seorang pendaki misi Everest Malaysia meninggal dunia
Seorang pendaki Malaysia yang menyertai misi ke Base Camp Everest dilaporkan meninggal dunia, dipercayai akibat penyakit akut ketinggian (Acute Mountain Sickness)

Jurucakap Kedutaan Malaysia di Kathmandu, Nepal mengesahkan mangsa, Mohammad Shahrulnizam Ahmad Nazari, 25, yang juga kakitangan Perbadanan Putrajaya (PPj) sedang mengikuti ekspedisi anjuran PPj, sementara seorang lagi rakannya sedang dalam keadaan kritikal selepas menderita simptom sama.

Mayat mangsa difahamkan kini berada di Labuche pada ketinggian 4,100 meter dari aras laut dan operasi untuk membawa turun mangsa sukar kerana cuaca buruk.

Sementara itu, PPj akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat.

Difahamkan, kumpulan ekspedisi yang disertai 13 peserta berkenaan memulakan pendakian pada 28 Mei lalu.

Kesihatan negara miskin semakin baik

Tuesday, June 04, 2013 0 Komen

Kesihatan negara miskin semakin baik

LAPORAN Countdown To 2015 mendedahkan, sebahagian negara termiskin di dunia berjaya mengurangkan kadar kematian kanak-kanak dan ibu muda lebih separuh atau lebih daripada statistik dicatatkan sekarang.

Antara lain, laporan itu mengetengahkan kejayaan dan peningkatan kesihatan ibu dalam mengurangkan kematian kanak-kanak di sesetengah negara.

Ketua Pegawai Program Kesihatan UNICEF, Dr Mickey Chopra, berkata kejayaan ini menyerlahkan apa yang boleh dicapai melalui komitmen politik dan meningkatkan pelaburan dalam campur tangan yang berkesan untuk kesihatan ibu, bayi dan kanak-kanak.

Usaha lebih besar diperlukan untuk memperbaiki liputan lain termasuk campur tangan menyelamatkan nyawa, rawatan antibiotik seperti paru-paru dan penjagaan selepas bersalin untuk wanita serta bayi yang baru lahir, katanya.

Nilai kemajuan

Laporan itu mendedahkan Rwanda, Botswana dan Kemboja mencapai kemajuan yang ketara dalam mengurangkan kadar kematian sejak tahun 2000. Iaitu kedudukan lima teratas dalam kalangan 75 negara yang terbabit dalam laporan mengenai kadar pengurangan kematian.

Kejayaan ini amat ketara, bagaimanapun, kadar kematian meningkat disebabkan oleh konflik dan ketidakstabilan politik pada 1990an. Kami amat gembira melihat banyak negara membuat lonjakan besar ke hadapan dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa dalam tempoh yang agak singkat, katanya.

Countdown To 2015 dihasilkan dengan kerjasama global ahli akademik dan profesional kesihatan dari Johns Hopkins University, Aga Khan University, Universiti Persekutuan Pelotas di Brazil, Universiti Harvard, London Kebersihan dan Perubatan Tropika, UNICEF, Pertubuhan Kesihatan Sedunia, UNFPA, Family Care International, Save the Children, dan institusi lain dari seluruh dunia.

Diwujudkan bertujuan menilai kemajuan 75 negara menyumbang lebih 95 peratus daripada semua kematian ibu dan kanak-kanak.

Ia bertujuan menyokong kemajuan lebih besar ke arah mencapai Matlamat Pembangunan Milenium PBB (MDG) pada 2015. MDG mempunyai matlamat untuk mengurangkan kematian ibu dengan tiga suku dan kematian kanak-kanak di bawah umur lima tahun sebanyak dua pertiga berbanding 1990.

Sementara itu, Dr Mason berkata, dengan kurang daripada 1,000 hari untuk mencapai MDG 2015, semua pihak perlu memaksimumkan kuasa yang ada, termasuklah isu penyusuan bayi, kemudahan air bersih, kemudahan ubat-ubatan dan teknologi terbaru untuk memastikan ibu dan kanak-kanak cepat sihat.

Ini kerana sewaktu hamil dan melahirkan, bukan saja bayi, tetapi ibu juga lemah. Persekitaran bersih dan sihat memacu kesihatan tubuh badan, katanya.

COUNTDOWN TO 2015


Antara penemuan laporan

* Bilangan ibu mati setiap tahun akibat komplikasi kehamilan atau melahirkan anak yang berkaitan menurun dengan ketara daripada 543,000 pada 1990 kepada 287,000 pada 2010.

* 30 daripada 75 negara mundur menunjukkan pengurangan sebanyak 50 peratus atau lebih nisbah kematian ibu antara 1990 hingga 2010.

* Sembilan negara sub-Sahara Afrika, kadar jangkitan HIV dalam kalangan wanita tinggi ini.

* Kematian kanak-kanak bawah lima tahun menurun daripada hampir 12 juta pada 1990 kepada kira-kira 6.9 juta pada 2011. 30 negara mengurangkan kematian kanak-kanak kepada separuh atau lebih 1990-2011 dan dua pertiga daripada negara itu menunjukkan kemajuan mereka sejak tahun 2000 berbanding dekad sebelumnya

Rai hari lahir percuma di Kidzania (5 Jun 2013)

Tuesday, June 04, 2013 0 Komen

Rai hari lahir percuma di Kidzania
Adakah hari lahir anda dan juga anak anda jatuh pada 5 Jun ini? Sekiranya anda bercadang untuk meraikan bersama keluarga, Kidzania Kuala Lumpur memberi peluang kepada mereka yang menyambut hari lahir pada 5 Jun meraikan secara percuma di Kidzania.


Apa yang perlu dilakukan hanya menunjukkan kad pengenalan, MyKid, MyKad atau pasport dan anda akan menikmati kemudahan eksklusif sambutan hari jadi bersama hidangan ringan di KidZania.

Bagi mereka yang membawa rakan bersama, potongan tiket sehingga 50 peratus akan diberikan. Lebih menarik apabila menerima cenderahati gambar istimewa dengan potongan harga 50 peratus sebagai hadiah hari jadi serta diskaun 20 peratus untuk koleksi barangan Vita.

Sempena sambutan Hari Alam Sekitar 5 Jun ini, pengunjung turut berpeluang menikmati aktiviti menggembirakan sebagai proses pembelajaran cara menjaga alam sekitar.

Untuk maklumat lanjut boleh melayari www.facebook.com/Kid Zania Kuala Lumpur.

Empat Lagi Produk Makanan Taiwan Dicemari Asid Maleik

Tuesday, June 04, 2013 0 Komen

Empat Lagi Produk Makanan Taiwan Dicemari Asid Maleik

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik.

Produk berkenaan ialah Green Tea Tapioca Ball dan Yam Tapioca Ball keluaran syarikat Full Free Co Ltd dan Vegetarian Instant Rice Noodle dan Rice Noodle With Thick Soup keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Noraini Mohd Othman berkata walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.

"Selain itu KKM juga mengenakan tindakan Tanah, Uji, dan Lepas terhadap produk makanan yang sama keluaran syarikat-syarikat lain di Taiwan (yang hendak diimport ke dalam negara), melainkan pengimportnya dapat mengemukakan sijil analisa daripada makmal yang diiktiraf olah FDA Taiwan, yang mengesahkan bahawa produk itu bebas asid maleik," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, KKM juga sedang memantau dengan rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan menelefon 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau layari laman web kementerian.

Rabu lepas, KKM menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa syarikat makanan Taiwan, termasuk 'Tapioca Balls' atau 'Tapioca Pearls' yang diguna dalam penyediaan minuman 'Bubble Tea' kerana dilaporkan mengandungi asid maleik.

Penggunaan bahan itu tidak dibenarkan mengikut Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi, ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang. BERNAMA

 

ZONFINITI