Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Muzium 3D Langkawi tarikan pelancongan terbaru

Sunday, February 08, 2015 0 Komen

Muzium 3D Langkawi tarikan pelancongan terbaru

Muzium 3D yang mempunyai kira-kira 200 lukisan itu kini dibuka setiap hari kepada pengunjung bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang dengan harga tiket RM30 bagi dewasa dan RM20 kanak-kanak pemegang MyKad.

---------------

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini merasmikan Muzium 3D Art of Paradise Langkawi di Oriental Village dekat sini yang merupakan muzium seni tiga dimensi kedua terbesar di dunia.


Muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat itu terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

Menurut Dr. Mahathir, muzium itu merupakan satu usaha terbaik untuk mempromosi aktiviti pelancongan khususnya di Oriental Village yang turut menjadi lokasi perkhidmatan kereta kabel yang popular.
Advertisement

“Pameran lukisan yang luar biasa ini dapat dirasai seolah-olah berada dalam keadaan sebenar yang terdapat dalam pelbagai jenis kehidupan seperti di dasar laut, hutan bersama binatang dan juga alam fantasi.

“Dengan adanya pameran yang istimewa seperti ini akan menambah lagi daya penarik kepada pelancong apabila berkunjung ke negara ini khususnya di pulau pe­ranginan ini.

“Pertambahan produk pelancongan juga dapat menaikkan taraf hidup penduduk tempatan yang menjalankan perniagaan dalam industri pelancongan,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas me­rasmikan muzium tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Tan Sri Khalid Ramli berkata, projek Muzium 3D itu mengambil masa hanya lima bulan untuk disiapkan dan dibuka kepada orang ramai bermula 31 Januari lepas.

Menurutnya, Lada juga sedang berusaha untuk membina sebuah muzium coklat selain menambahkan aktiviti rekreasi lain di kawasan Oriental Village yang telah berjaya menarik kira-kira 1.5 juta pengunjung tahun lepas.


Restoran D’ Limau Nipis buat penggemar selera kampung

Monday, January 05, 2015 0 Komen

Restoran D’ Limau Nipis buat yg gemar selera kampung

Makanan laut merupakan antara hidangan lauk-pauk kegemaran semua dan gaya masakan yang popular adalah dibakar bersama sos istimewa.

Apa sahaja jenis ikan air masin mahupun air tawar, ia sangat sesuai dimasak dengan cara ini.

Jika anda gemarkan hidangan ikan bakar dan mencari kelainan, Restoran D’ Limau Nipis  yang terletak di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi merupakan lokasi tepat.

Sebaik kaki melangkah masuk ke dalam restoran, kehadiran anda disambut oleh puluhan pinggan yang berisi ikan bakar di ruang pemanggang.

Sebut sahaja ikan yang anda inginkan, pasti ia ada dalam senarai ikan bakar di sini.

Kembung, kerapu, jenahak, pari, tilapia muara organik, keli organik, siakap dan banyak lagi sedia dipilih pelanggan yang menjamu selera di sini.

Pengurus Operasi, Mohd Kusuhaizi Daud berkata, ikan bakar merupakan daya tarikan  pelanggan ke Restoran D’ Limau Nipis.

“Terdapat beberapa jenis ikan organik seperti ikan keli dan tilapia turut dijual di sini,” katanya.

Bukan hanya setakat ikan bakar, sotong bakar juga sedia menanti pengunjung.

“Ia merupakan sotong tempatan yang segar diperap dengan rempah istimewa sebelum dibakar dan dihidang kepada pengunjung,” katanya.

Menurutnya, bekalan bahan mentah seperti ikan dan sotong diambil setiap hari daripada pembekal bagi menjamin kualiti dan kesegarannya.

“Ada sesetengah barang, kami mengambilnya sendiri daripada pembekal. Untuk bahan kering seminggu sekali kami akan tambah stok,” katanya.

Aneka sambal

Restoran D’ Limau Nipis turut menyajikan lebih 30 hidangan selera kampung yang menjadi kegemaran semua.

“Ada sesetengah lauk-pauk ditukar setiap hari bagi memberi kelainan kepada pelanggan,” katanya.

Menyentuh mengenai penyediaan masakan, isterinya Nurul Huda Mohd Yunus mempunyai kepakaran dan pengalaman yang diperturunkan resipi dari turun temurun.

“Kesemua hidangan yang ada adalah resipi asli yang diwarisi oleh isteri saya daripada emak dan neneknya.

“Walau bagaimanapun ada menu yang diolah sedikit supaya semua lapisan masyarakat boleh menikmatinya,” katanya.

Untuk menjamin kualiti dan rasa asli masakan, isterinya akan menguji terlebih dahulu menu semasa dalam proses penyediaan.

“Walau kita mempunyai kepakaran, tetapi rasa makanan perlu dititik berat supaya ia tidak berubah,” katanya.

Uniknya di sini, restoran ini menyediakan tujuh jenis pilihan sambal yang enak seperti sambal belacan, budu, cencaluk, sambal mangga, sambal tempoyak, sambal bilis tumbuk, sambal nyor, sambal kuini dan juga sambal belimbing.



Teringin hendak menikmati sayuran kampung seperti gulai pisang, gulai pucuk ubi, gulai rebung dan bermacam lagi? Jangan risau pelanggan boleh mendapatkannya sehingga 10 jenis sayuran kampung tidak termasuk ulam-ulaman setiap hari di sini.

“Pelanggan sangat sukakan selera kampung. sebab itu kami ketengahkan konsep ini dalam restoran ini,“ katanya.

Tawaran separuh harga


Dibuka pada jam 7 pagi hingga jam 6 petang, restoran ini terus dikunjungi pelanggan untuk menikmati hidangan tengah hari seawal jam 10 pagi.

“Sebaik sahaja kami meletakkan menu, pelanggan terus boleh menjamu selera,“ katanya.

Apa yang menariknya, bermula jam 4 petang, tawaran separuh harga diberikan kepada pelanggan.



“Walaupun terpaksa menanggung kos, kami menjanjikan perkhidmatan dan kualiti terbaik kepada pelanggan yang datang menjamu selera di sini,“ katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, selain makanan, restoran ini turut menjadi pilihan pengunjung untuk membasahkan tekak dengan menikmati air minuman Dl 03.

“Dl 03 merupakan signature D'Limau Nipis. Ia merupakan jus limau nipis yang dikisar bersama ais diletakkan bersama jeli hijau dan ais krim vanila di atasnya.

“Cubalah, rasanya memang unik dan tersendiri,“ katanya.

Ditanya mengenai perancangan untuk mengembangkan lagi cawangannya, Mohd Kusuhaizi berkata, pihaknya mahu menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap restoran ini dahulu.

“Perancangan itu tetap ada, tapi bukan dalam tempoh setahun dua ini kerana bukan mudah untuk mengendalikan restoran berkonsepkan hidangan kampung. Penelitian dan kajian perlu dilakukan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan,“ katanya. ~ SH

The Malaysia Ramadan Buffet 2014 at Palm Garden Hotel,Putrajaya

Wednesday, July 09, 2014 0 Komen

The Malaysia Ramadan Buffet 2014 at Palm Garden,Putrajaya

As Ramadan signifies the opportunity to get together with family and friends, Palm Garden in Putrajaya is having a buka puasa buffet promotion from now till July 27 at its Palms Cafe.

Themed "The Malaysia Ramadan Buffet", the buka puasa offered an exquisite selection of dishes that promises a memorable dining experience throughout Ramadan.

Executive Chef Ibrahim and team has a prepared a myriad of cuisine from the states of Malaysia such as laksa Kedah, patin masak asam tempoyak Pahang, rendang ayam Minang Negeri Sembilan and ayam percik Kelantan.

Other popular favourites include kambing panggang, varieties of ikan bakar, kari kepala ikan, bubur lambuk and more.

As for desserts, the culinary team has prepared mouthwatering ice cream, Malay kuih, pulut durian, tapai, sago gula Melaka, bread pudding and more.

To quench your thirst, the selection of beverages include cold sirap selasih, sugar cane, cincau and hot coffee and teh tarik, just to name a few.


With more than 80 types of dishes from appetisers to desserts and beverages, the buffet will certainly fulfill your palate after a day of fasting.

While you dine, be entertained by the resident Mahligai Ghazal band. For the convenience of the guests, surau facilities are also available.

The Malaysia Ramadan Buffet is priced at RM90 nett per adult and RM45 nett per child.

For the first week only from June 28 to July 4, a special first week rate is available at RM70 nett per adult and RM35 nett per child.

For more information and reservations, call Palm Garden Hotel at 03-8943 2233.

During Ramadan, you can also organise your private Ramadan buffet and Hari Raya celebrations at the hotel's multi-sized function rooms.

Palm Garden Hotel's catering team is also ever ready to cater for your private buka puasa in the comfort of your own home, office or outdoor venue.

You can also enjoy attractive room and meeting rates during Ramadan. A special room rate from RM215 nett (single/twin) in a Heliconia Room inclusive of sahur/breakfast is available for booking from Saturday until Aug 3.

For reser vations for your private event, outside catering, room and seminar packages, call the Sales and Marketing Department at 03-8943 2233 or email at sales@palmgarden.com.my.

Ramadhan Buka Puasa Buffet "Cahaya Ramadan at PWTC"

Wednesday, July 09, 2014 0 Komen

Ramadhan Buka Puasa Buffet "Cahaya Ramadan at PWTC"

This Ramadan, head to Riverside Restaurant at Putra World Trade Centre (PWTC) for a sumptuous spread of local favourites.

Themed "Cahaya Ramadan at PWTC", the buffet spread will feature more than 250 dishes, with an addition of 20 hawkerstyle dishes prepared to suit your taste. Chef Suzaini Mohamed Salih has created six special menus which will be rotated daily.

Diners can expect appetisers such as 16 types of ulam and salads, assorted crackers, seven types of salted fish, eight types of pickles, 18 types of sambal, 13 types of kerabu and 12 hot dishes featuring rice, sambal fried chicken, prawn with pineapple in yellow gulai, curry squid with jackfruit, and many more.

Other interesting dishes include, bubur lambuk, mushroom soup, Szechuan sweet and sour soup, oxtail soup, fried kway teow, rice noodle, yellow noodle, laksa served in different kinds of gravies such as tom yam, chicken and duck rice, roti canai and murtabak, a variety of grilled fishes such as stingray, mackerel, squids and otak-otak.

The chefs will roast five lambs each day served with a special gravy of black pepper and mushroom.

For dessert, diners can satisfy their sweet tooth with a spread of Malay kuih, French chocolate tart, peach bread butter pudding, cendol with coconut milk pudding, strawberry cheese cake, black forest mousse cake, blueberry cheese tart and fresh fruit.

The beverages stall will offer hot and cold drinks such as bandung syrup, seagrass, soya bean teh tarik and kopi tarik.

Sri Mawah, a traditional singing group will be performing ghazal and qasidah music to entertain diners.

The buffet will be avalalable from June 30 to July 25 from 7pm to 10.00pm. It is priced at RM60++ for adults, RM15++ for children aged 7 to 12. There will be a complimentary seat for a senior citizen (accompanied by a paid adult).

Diners stand a chance to win an umrah package for two in the slogan competition.

Diners can perform their Maghrib, Isyak and Tarawikh prayers in congregation with an imam at Surau Ar-Rahman at level 3, PWTC.

In addition, PWTC's Sales and Events Department is offering a special Banquet Halls package for as low as RM46++ per pax with a minimum of 50 pax per order. The package consists of more than 40 food selections, goodies for sahur, a reserved hall for more privacy equipped with an audiovideo and microphone system and a praying area. There is a flat rate of RM4 for parking from 6.00pm onwards.

For reservation and voucher purchase, customers can proceed to Cahaya Ramadan at the PWTC buffet sales counter at level 2 or call Riverside Restaurant at 03-2614 6701, 03-2614 6702 or 03-2614 6262.

10 destinasi pilihan percutian di Malaysia

Sunday, April 06, 2014 0 Komen

10 destinasi pilihan percutian di Malaysia

Malaysia menyasarkan 28 juta pelancong sepa nja ng tahun ini dengan pendapatan RM76 bilion, sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 seterusnya tersenarai antara 10 destinasi pelancongan popular dunia.

Di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia, sektor pelancongan dijangka menarik sehingga 36 juta pelancong dan mampu menjana RM168 bilion menjelang tahun 2020.

Berdasarkan anggaran itu, pelbagai aktiviti dan program dirancang sepanjang TMM dengan lebih 600 pakej pelancongan antarabangsa yang menawarkan 1,001 pakej pelancongan domestik dan lebih 200 acara mega, tahun ini .

Minggu ini, KEMBARA menyenaraikan 10 lokasi menarik yang perlu dilawati ketika bercuti di negara ini.

1. Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Bukan hanya menjadi mercu tanda negara, menara berkembar ini menjadi lokasi idaman ramai apabila melancong ke negara ini. Pelancong boleh menaiki lif selama seminit untuk sampai ke menara tinjau di jambatan yang menghubungkan keduadua menara. Dengan ketinggian 451.9 meter, menara berkembar paling tinggi di dunia ini dan bangunan kelima tertinggi di dunia ini dibina daripada kaca dan besi keluli diinspirasi daripada bentuk geometri yang ditemui dalam seni bina Islam.


2. Segitiga Emas Kuala Lumpur Bukit Bintang - KLCC (BBKLCC)

BB-KLCC terletaknya tiga daripada 10 pusat beli belah terbesar di Kuala Lumpur. Mengunjur dari Jalan Bukit Bintang ke Kuala Lumpur City Centre (KLCC), pelancong menikmati pelbagai pilihan daripada fesyen, makanan hingga kepada pelbagai perkhidmatan dan hiburan. Kawasan belibelah ini juga dilengkapkan dengan laluan pejalan kaki yang berbumbung dan rangkaian pengangkutan awam yang cekap.

3. Jalan Alor, Kuala Lumpur

Terletak di tengah ibu kota, Jalan Alor terkenal sebagai lokasi cari makan untuk pelancong di Malaysia. Jika inginkan pengembaraan makanan dan mahu menikmati pengalaman makanan asli, di sinilah tempatnya. Nikmati sepinggan char kuey teow atau kepak ayam BBQ dalam suasana bingit dan hiruk pikuk bunyi masakan kuali dan laungan pesanan pelayan.

4. Pasar Seni , Chinatown dan Little India, Kuala Lumpur

Sejak sekian lama tiga daerah ini menerima kunjungan ramai pelancong dalam dan luar negara, malah destinasi popular jika ke Kuala Lumpur. Selain tidak pernah sunyi dengan aktiviti penduduk setempat, Pasar Seni menjadi mercu tanda warisan yang terkenal dengan gaya dekorasi 1930an. Tidak jauh dari Pasar Seni di hujung jalan, terletaknya Chinatown atau dulunya dikenali sebagai Jalan Petaling. Sementara itu, Little India di Brickfields menawarkan kemeriahan gaya hidup masyarakat India.

5. Genting Highlands, Pahang

Terletak di atas Gunung Ulu Kali kira-kira 1,800 meter (m) di atas paras laut, Genting Highlands adalah sebuah resort bukit yang terulung dengan hotel, taman tema, kasino, tempat makan, hiburan dan membelibelah. Cuaca sejuk dan dekat ke Kuala Lumpur kirakira satu jam pemanduan.

6. George Town, Pulau Pinang

Dianugerahkan gelaran berprestij sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2008, bandar ini mempunyai lebih daripada 200 tahun sejarah dan warisan budaya. Bangunan kolonial dipelihara dengan baik dan seni bina sejarahnya menarik minat karyawan. George Town juga terkenal dengan makanan enak, menarik minat mereka yang gemarkan makan ketika melancong.

7. Langkawi, Kedah

Terkenal dengan mitos dan legenda lama. Pulau ini dipenuhi keindahan alam semula jadi. Diberi status Geopark Global oleh Pertubuhan Pendidikan Saintifik dan Kebudayaan, Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (UNESCO) pada tahun 2007 kerana memiliki kepelbagaian warisan geologi yang mengagumkan, berusia 500 juta tahun.

8. Taman Kinabalu, Sabah


Diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, di Taman Kinabalu terletaknya gunung tertinggi di Malaysia dan salah satu puncak tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Menjadi destinasi pilihan pelancong yang gemarkan cabaran dan ketinggian, pemandangan dari puncak Gunung Kinabalu. Taman ini menampilkan keajaiban khazanah ekologi yang dipenuhi ribuan spesies tumbuhan dan haiwan, termasuk sebilangan besar spesies serangga.

9. Pulau Sipadan, Sabah

Diklasifikasikan sebagai medan menyelam paling indah di dunia, Pulau Sipadan menawarkan satu pengalaman dalam air yang menakjubkan. Terletak di tengah-tengah Lembangan Indo-Pasifik. Dikelilingi tempat menyelam yang menarik seperti Taman Tergantung, Titik Barracuda dan Gua Penyu, pulau ini menjanjikan pengalaman menyelam yang menyeronokkan.

10. Hutan Simpan Kabili-Sepilok, Sabah


Dinamakan bersempena dua sungai yang mengalir melaluinya, Hutan Simpan Kabili Sepilok adalah rumah kepada pelbagai hidupan liar dan tumbuhtumbuhan yang menarik, seperti Dipterokarpa dan hutan bakau. Hutan simpan di sini juga menjadi rumah bagi Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok yang terkenal di dunia, dan pelancong berpeluang melihat spesies Orang Utan secara lebih dekat lagi.

`African Savana' tarikan baru Zoo Taiping, Night Safari

Thursday, February 06, 2014 0 Komen

`African Savana' tarikan baru Zoo Taiping, Night Safari

Kunjungan ke Zoo Taiping dan Night Safari akan lebih menarik apabila tiga projek bagi meningkatkan kemudahannya hampir siap sepenuhnya dalam usaha menjayakan sasaran sejuta pelawat ke situ.

Pengarahnya, Dr Kevin Lazarus, berkata satu daripada projek itu iaitu trend baharu yang lebih selesa kepada pengunjung untuk mengelilingi laluan hampir tiga kilometer dalam zoo bagi melihat haiwan di situ sudah siap dan beroperasi.

Projek penambahbaikan siap tidak lama lagi

Beliau berkata, dua lagi projek penambahbaikan iaitu Gajah Sungai Perak dalam kawasan 0.6 hektar dan `African Savana' yang terletak di tengah-tengah zoo dijangka siap tidak lama lagi.

Katanya, ketiga-tiga projek itu membabitkan kos RM3.8 juta yang dibiayai melalui peruntukan di bawah projek Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER).

"Gajah Sungai Perak menempatkan kumpulan gajah di habitat yang sesuai termasuk sungai yang airnya mengalir dan akan memberi kemudahan kepada haiwan itu untuk berendam, sekali gus menggambarkan kepada pengunjung mengenai kehidupan sebenar gajah.

"African Savana pula memperlihatkan kehidupan binatang di Savana Afrika secara realiti," katanya ketika ditemui di sini.

Lazarus berkata, lokasi `African Savana' dan Gajah Sungai Perak dilengkapi dengan laluan tren dan stesen bagi memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat dan mengambil gambar dengan lebih dekat haiwan berkenaan.

Beliau berkata, pihak Zoo Taiping dan Night Safari juga akan meningkatkan prasarana 12 kandang haiwan di zoo berkenaan yang akan dilaksanakan dan siap selewat-lewatnya pertengahan tahun ini.

"Semua projek yang dilaksanakan di Zoo Taiping dan Night Safari bertujuan menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara untuk berkunjung ke zoo ini sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

Kira-kira 800,000 pengunjung tempatan dan luar negara mengunjungi zoo berkenaan sepanjang tahun lalu.

Lat's Place, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour

Monday, October 07, 2013 0 Komen

Lat's Place, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour

Jika inginkan kelainan ketika menikmati hidangan, silalah berkunjung ke Lat's Place, Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, Johor.

Pengunjung akan merasai kehidupan seperti di kampung di restoran bertemakan animasi dan paling menarik watak Lat's The Kampung Boy dan rakan-rakannya `hidup' secara animasi.

Tetamu pasti gembira dengan pengalaman unik dan interaktif apabila menikmati hidangan istimewa sambil menyaksikan Lat dan rakan-rakannya, menari, menyanyi dan membuat persembahan.

Lat's Place adalah restoran bertema animasi pertama seumpamanya di dunia dan anda pasti seronok sepanjang berada di situ.

Penyelaras Khidmat Pelanggan dan Tiket Lat's Place, Hilmi Hassan, berkata restoran itu memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi dan bercakap dengan watak animasi berdasarkan buku cerita Lat yang berkisar kepada persiapan untuk menyambut perayaan dan aktiviti masyarakat.

"Jadi sudilah berkunjung ke Lat's Place untuk menikmati menu ala carte setiap hari dari jam 11 pagi hingga 5 petang," katanya.

Tetamu boleh memilih daripada senarai hidangan utama sehinggalah kerana makanan ringkas yang disediakan dari dapur Lat's.

Malam waktu kemuncak


Pelbagai hidangan tempatan pasti menambat selera kepada pengunjung yang julung kali singgah di Lat's Place.

Kemuncak di Lat's Place ialah sewaktu makan malam.

"Waktu makan malam ini kita ada buat persembahan.

Tapi tempahan perlu dibuat lebih awal kerana tempat adalah terhad.

"Pengunjung dihiburkan dengan persembahan selama sejam 45 minit dan pastinya pengalaman menarik kerana watak animasi ini bercakap dan mengajak anda menjayakan persembahan.

"Di Lat's Place, pengunjung boleh melihat dan bermesra dengan karakter kartun sambil menjamu selera dengan hidangan ala kampung," katanya.

Hilmi berkata, setakat ini sambutan amat menggalakan kerana pengunjung dapat merasai hidangan ala kampung disediakan chef terkenal sambil berinteraksi dengan animasi Lat's The Kampung Boy, tarian, nyanyian dan bilik khas yang menyediakan teknik pencahayaan bagi menghidupkan suasana kampung.

Bertema keriangan

Sememangnya Lat's Place bukan sekadar restoran biasa, sebaliknya dipenuhi kecanggihan yang bertemakan keriangan menerusi penampilan LAToon.

Sementara itu, masa yang sama, pengunjung dapat menghargai karya Datuk Lat selama hampir 50 tahun dan diabadikan pada Lat' Place.

Tidak ketinggalan, peluang untuk memperkenalkan kartun tempatan yang menggambarkan suasana kampung kepada masyarakat terutama pelancong asing dan juga mereka yang tidak pernah hidup di kampung.

Malah masakan ala kampung dapat diperkenalkan kepada pelancong yang berkunjung ke Lat's Place.

Lat's Place

- Taman Tema Keluarga Puteri Harbour, Johor

- Operasi: Dibuka setiap hari

- Tempahan: +6072913550, +6072913550 atau layari www.latsplace.com.my

- GPS: N1 25.0 E103 39.5



Oleh Saufi Hamzah

Resort Wadi Samrah, Kg Janda Baik

Wednesday, October 02, 2013 0 Komen

Resort Wadi Samrah, Kg Janda Baik

Kampung Janda Baik yang terletak di Bentong, Pahang sebenarnya sarat dengan kehijauan hutan hujan tropika pada ketinggian 600 hingga 800 meter dari aras laut.

Malah, perkampungan yang tidak didiami ramai janda ini pasti menggamit sesiapa sahaja terutamanya para peminat alam semula jadi yang ingin lari daripada kebisingan kota.

Usah khuatir kerana anda tidak sempat untuk mabuk perjalanan kerana lokasinya yang terletak hanya kurang sejam dari Kuala Lumpur.

Namun, kampung itu ada tarikannya yang tersendiri selain terdapat banyak papan tanda di tepi jalan raya bermula dari Kawasan Rawat dan Rehat, Genting Sempah, Lebuh Raya Karak.

Papan tanda itu memberitahu para pengunjung kampung tersebut tentang kewujudan pelbagai calet dan resort.

Resort Wadi Samrah yang terletak di hujung perkampungan ini ada cerita yang tersendiri untuk menggamit kehadiran pengunjung.

Seluas 2.42 hektar, kesunyian ternyata menjadi identiti utama Wadi Samrah yang dapat membuang aura negatif akibat tekanan kerja seharian di kota.

Sebaik sahaja memasuki resort ini, anda akan disambut dengan bunyi alunan aliran sungai dan pokok-pokok buluh.

Menurut pengurus resort itu, Ammirul Miskam, Wadi Samrah menawarkan konsep privasi dan eksklusif untuk para tetamunya tetapi ia tidak meminggirkan ciri-ciri kedesaan.

“Kami mahu pelanggan dapat berehat di sini terutamanya mereka yang telah berkeluarga.

“Terdapat empat buah vila. Vila utama ialah Damai Hati yang mempunyai empat buah bilik, dua ruang tamu, ruang makan, dapur, beranda dan surau mini,” katanya.

Ammirul memberitahu, Damai Hati mampu memuatkan sehingga 20 orang dengan harga sebanyak RM1,800 untuk penginapan dua hari satu malam.

Tambahnya, terdapat tiga buah vila lain untuk kemudahan tetamu di resort yang mula dibuka kepada umum pada awal tahun 2000 itu.

“Kemudahan lain yang disediakan ialah kafe makan, kolam renang dan gelanggang bola keranjang.

“Cuma tetamu tidak boleh membawa minuman keras. Kemudahan karaoke juga ada disediakan tetapi terhad sehingga pukul 12 tengah malam. Ia dilarang selepas pukul 12 tengah malam bagi memastikan tiada gangguan terhadap ketenteraman penduduk kampung,” katanya.

Kru Jurnal turut berpeluang menetap satu malam di Damai Villa di dalam resort tersebut.

Ternyata, ruang di dalam vila itu cukup luas dan selesa.

Suhu pada waktu malam cukup sejuk sehingga alat penyaman udara dan kipas perlu ditutup manakala badan disaluti dengan selimut tebal kerana kesejukan.

Ammirul memberitahu, 90 peratus resort itu dibina dengan menggunakan kayu jati dan cengal.

“Semua kayu tersebut diimport dari Bali, Indonesia. Seperti yang kita sedia maklum, kayu hutan itu tahan lama dan tidak mudah rosak.

“Namun, ia ibarat alat penyaman udara semula jadi yang membuatkan suhu di dalam bilik rendah dan tidak panas semasa matahari memancar dengan terik,” ujarnya.

Aura tersendiri cuba diwujudkan oleh pemilik Wadi Samrah apabila resort itu mempunyai menara pemandangan setinggi empat tingkat.

Ammirul yang baru berusia 24 tahun itu memberitahu, menara pemandangan tersebut memberikan akses kepada para tetamu resort ini untuk melihat Banjaran Titiwangsa secara jelas selain meninjau pemandangan Wadi Samrah.

“Selain itu, ramai yang menaiki menara pemandangan pada waktu pagi dan petang untuk menyaksikan burung-burung berterbangan selain menyaksikan matahari terbenam.

“Angin bertiup pada setiap masa sekali gus memberikan ketenangan yang tersendiri. Bagi kami, pengurusan resort dapat memantau pergerakan para pekerja bagi mengelak mereka curi tulang.

Kadar sewa vila berharga antara RM900 hingga RM1,800.

Menu tradisional

“Tetapi, kami hanya mempunyai dua orang pekerja untuk menguruskan resort ini,” jelas Ammirul sambil tersenyum.

Tempat yang menarik, selesa tetapi, jika perut berbunyi kelaparan semua nikmat keindahan seperti ditarik balik.

Justeru, Ammirul menjelaskan, pihak resort turut menyediakan menu makanan istimewa kepada para pelanggan mengikut pilihan mereka.

“Pelanggan-pelanggan boleh memilih makanan yang mereka inginkan. Sebagai contoh, jika tetamu yang berasal dari Perak inginkan gulai tempoyak dan rendang dinding untuk makanan tengah hari atau malam, kami akan sediakan untuk mereka.

“Jika tetamu dari Negeri Sembilan pula teruja untuk menikmati gulai asam pedas manakala pengunjung dari Pahang pula mahukan gulai tempoyak ikan patin, kami akan sediakan,” katanya.

Jelas Ammirul, mereka lebih mementingkan makanan tempatan berbanding ala Barat.

“Pengunjung mendapat dua perkara dalam masa yang sama iaitu menikmati suasana kampung dan makan makanan tradisi mereka,” katanya. ~ Kosmo

Tip Melancong Ketika Jerebu

Thursday, June 20, 2013 0 Komen

Jerebu yang melanda beberapa negara di rantau ini bukan saja menyebabkan pemandangan indah kota raya semakin kabur tetapi juga mengundang pelbagai gejala kepada kesihatan.

Tidak kira di mana pun anda bercuti, masalah jerebu boleh memberi masalah.

Bagaimanapun, itu tidak bermakna aktiviti melancong perlu diketepikan kerana segala perancangan, tiket penerbangan dan penginapan sudah ditempah.

Justeru, tip melancong kali ini membantu anda yang akan bercuti ke destinasi idaman ketika berlaku jerebu.

* Pilihan destinasi

Cuba cari destinasi percutian yang bebas daripada masalah jerebu. Bagi sesetengah anda yang belum melakukan pembayaran terutama untuk tempahan bilik hotel, pakej melancong dan sebagainya. Ia pastinya lebih mudah untuk menukar destinasi percutian.

Tetapi bagi yang membuat pembayaran dan hanya perlu membawa diri, teruskanlah percutian anda.

* Minta nasihat doktor
Sebelum berangkat ke destinasi percutian, dapatkanlah nasihat doktor mengenai masalah yang anda hadapi.

Dengan meminta nasihat doktor, secara tidak langsung anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku atau boleh mengelaknya.

* Banyak minum air
Terasa gatal di bahagian kerongkong dan batukbatuk adalah salah satu gejala disebabkan jerebu. Keadaan ini akan menyebabkan anda tidak selesa, sekali gus membuatkan anda tidak gembira.

Justeru, banyakkan minum air terutama air mineral atau air kosong supaya sepanjang bercuti terutama apabila anda banyak menghabiskan masa di luar.

* Memakai topeng

Jika keadaan jerebu semakin teruk dan anda perlu untuk keluar, gunakanlah topeng penutup mulut yang bersesuaian untuk mengelak anda mendapat gejala jerebu.

Keluar tanpa menggunakan topeng terutama ketika jerebu di tahap bahaya boleh menyebabkan mata terasa pedin dan berair, hidung berair dan kerap bersin serta banyak lagi.

* Membasuh muka dan bahagian kulit

Apabila terdedah kepada jerebu, sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit dengan air bersih. Ia perlu dilakukan bagi mengelak kulit anda terasa gatal.

* Bawa ubatan

Dalam apa juga situasi, bekalan ubat-ubatan harus dibawa ke mana saja terutama ketika melancong.

Sediakan ubat-ubatan asas seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sebagainya. Dengan meminta nasihat doktor, dia juga boleh memberikan ubatubatan yang bersesuaian dengan gejala yang akan dihadapi ketika jerebu.

Jadi, anda sudah bersedia

Oleh Suliati Asri

Pakej melancong ke Pulau Krismas

Thursday, March 14, 2013 0 Komen

Kris International Travel Tour juga menawarkan pakej yang menarik pada harga yang berpatutan sempena MATTA Fair 2013 pada 15 hingga 17 Mac 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Hubungi 03-2284 1021, 03-2282 2580 atau layari www.krisinternational.com untuk maklumat lanjut mengenai pakej lawatan ke Pulau Krismas.

Pulau Krismas terletak di Lautan Hindi dan 2,360 kilometer dari Perth, Australia. Penduduknya dianggarkan 1,600 orang dan menghuni di beberapa penempatan seperti Flying Fish Cove, Silver City, Kampong, Poon Saan dan Drumsite.

Pulau ini mempunyai topografi asli yang unik sehingga menjadi perhatian ahli sains dan geografi, ekoran kewujudan sebilangan spesies tumbuhan dan haiwan endemik yang berevolusi secara terpencil tanpa diganggu manusia.

Paling menarik, dari bulan November hingga ke Januari setiap tahun, kita dapat melihat migrasi berjuta ketam merah dari kawasan hutan ke lautan untuk bertelur. Hanya di sini saja kita berpeluang menyaksikan fenomena migrasi ketam terbesar di dunia. Bagi penulis, ia juga adalah salah satu keajaiban dunia.

Selain itu, penduduk di sini juga bekerja sebagai pelombong galian fosfat iaitu bahan galian kegunaan industri. Jangan terkejut kerana kebanyakan pelombong di sini adalah berbangsa Melayu warga negara Australia dan mereka mempunyai pertalian saudara dengan orang di Alai, Melaka dan Pulau Pinang.

Ini menjadikan Pulau Krismas bukan saja menarik dengan air Lautan Hindi yang jernih serta kaya dengan hidupan laut, tetapi juga mempunyai tarikan budaya yang pelbagai iaitu budaya tempatan, Melayu dan Cina.

Lokasi yang sesuai untuk berbulan madu dan juga untuk aktiviti bina semangat ini hanya dua jam 30 minit penerbangan terus dari Kuala Lumpur oleh Penerbangan Malaysia (MAS).

Menurut Pengurus Besar, Kris International Travel Tour, Foo Kok Teng, berkata menerusi Penerbangan Malaysia, pengembara tidak perlu terbang ke Perth yang mengambil masa kira-kira lapan jam sehala untuk datang ke sini.

"Mereka boleh terbang terus pergi dan pulang dari Kuala Lumpur. Kami (Kris International Travel Tours) baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman dengan Sunwise Nominee Pty. Ltd untuk bekerjasama dalam menguruskan pelancong dari Malaysia dan Pulau Krismas," katanya.

Perjanjian ini disaksikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Mirza Mohd Taiyab serta Gabenor Pulau Krismas, Jon Stanhope.

"Kerjasama ini akan menarik lebih ramai penduduk pulau ini yang berminat untuk berkunjung dan membeli belah di Malaysia selain boleh melawat sanak saudara di sini," kata Foo.

Sempena lawatan itu, Tourism Malaysia menganjurkan Malam Malaysia yang menampilkan persembahan kebudayaan selain pertunjukan fesyen pakaian tradisional.

Oleh K Azhan Hamdin

Keunikan kota Bandung

Wednesday, February 20, 2013 0 Komen

Keunikan kota Bandung

Bandung, kota ketiga terbesar di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya bukan asing kepada orang Malaysia. Kota yang mempunyai lebih tujuh juta penduduk, dianggap kaya dengan budaya, sejarah, kesenian dan keindahan semula jadi.

Ibu kota Jawa Barat yang diasaskan sekitar 1488 itu turut dikenali sebagai gedung yang menyimpan 1,001 keunikan.


Datang ke sini ketika bertembung dengan cuti persekolahan di sana, secara tidak langsung penulis bersama rakan media pelbagai agensi dari Pahang, berpeluang merasai sendiri keadaan trafik yang sesak atau `machet' di sana sini dengan pelbagai jenis kenderaan terutama motorsikal, teksi dan bajaj yang menjadi pengangkutan awam utama kerana bas amat kurang mungkin disebabkan jalan rayanya yang sempit.

Pembangunan pesat di kota yang terkenal dengan jolokan Paris Van Java ini menyebabkan setiap inci tanah kosong dimanfaatkan sepenuhnya sehingga yang tinggal hanyalah untuk laluan kenderaan dan `mobil kecil bertayar dua' yang ditolak peniaga. Memang menyesakkan!

Di mana sahaja jalan utama yang dilalui, pasti kelihatan deretan peniaga makanan dan barangan keperluan harian serta `peniaga jalanan' yang mundar mandir memegang barang jualan mencari rezeki.

Paling menyentuh perasaan apabila melihat anakanak kecil merayu simpati kepada pemandu kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas tanpa memikir keselamatan diri. Begitu juga anak-anak yatim yang `membaluti' tubuh mereka dengan cat perak mohon simpati mendermakan wang untuk tabung mereka!

Begitupun, pasti `darah mudah menyirap' kerana terlalu ramai `peniaga bergerak' mengganggu perjalanan tatkala menyusuri jalan untuk bersiar-siar apatah lagi ketika membeli-belah.

Perasaan dicengkam rimas dan membosankan kerana kehadiran mereka di sekeliling kita akhirnya mengganggu urusan yang hendak dilakukan terutama waktu kita dalam `zon membeli-belah'!.

Beli-belah satu kemestian

Jika di Malaysia, peniaga mempunyai bengkel untuk membaiki kenderaan tetapi di sini, ramai peniaga beroperasi di tepi jalan sahaja membaiki motor atau basikal serta mengisi angin pada tayar kenderaan. Nampak mudah dan menjimatkan.

Bandung sejak sekian lama sinonim dengan jolokan kota fesyen. Dan sejak lebih 12 tahun lalu, penduduk Bandung semakin `dipengaruhi' dengan fesyen yang lebih moden dan `trendy', menjadikan Jalan Cihampelas dan Cibaduyut sebagai lokasi utama untuk membeli-belah.

Paris Van Java ini semakin mengukuhkan kedudukan dengan kewujudan hampir 50 factory outlet (FO) yang menawarkan pelbagai jenama kelas dunia, eksklusif dan mewah tetapi dijual dengan harga murah.

Pelbagai nama dicipta untuk melambangkan keunikan FO seperti For Men (barangan lelaki), Sahara (baju untuk muslimah), Oasis, Terminal Tas (barangan kulit), Secret (baju kanakkanak), Heritage, Rumah Mode, Rich & Famous, Big Proce Cut dan The Summit Boutique Outlet.

Hampir 70 peratus FO menampilkan barangan import dan kebanyakannya dari Amerika Syarikat, China, Filipina, India, Korea, Thailand, Hong Kong dan Jepun manakala selebihnya adalah produk tempatan berkualiti antarabangsa.

Kunjungan ke Bandung kurang lengkap kalau tidak menjejakkan kaki ke Pasar Baru Trade Center. Suasananya seumpama Nilai 3, Tangkak, mahupun Jalan Chow Kit ataupun Gulati's serta Jakel dan Alamoda.

Mengiringi perjalanan kami, dua pemandu pelancong, Opick dan Ruli yang tetap setia melayani setiap permintaan memperkenalkan kami dengan hidangan istimewa, mi baso. Penulis dan rakan juga dibawa menikmati hidangan tengah hari di Rumah Makan Saung Balibu yang menghidangkan makanan Sunda termasuk ikan gourami gorengnya selain berpeluang menjamu selera nasi padang, mi baso Semar, Kedai Makan Sangkuriang dan berkunjung ke Kartika Sari di Dago, untuk membeli brownies.

Lagenda Sangkuriang

Jika ke Bandung, kunjungan pelengkap mungkin ke gunung berapi Tangkuban Perahu, sekitar 30 km ke utara Kota Bandung di mana pelawat boleh melihat kawah gunung berapi dan panorama indah di sekelilingnya.

Bandung dengan lagenda Tangkuban Perahunya memang tidak dapat dipisahkan. Biarpun sudah terlalu lama berlalu kisah lagenda Sangkuriang dan ibu kandungnya, Dayang Sumbi sentiasa bermain di bibir pelancong.

Nama Tangkuban Perahu adalah didalam bahasa Sunda yang membawa maksud Perahu Terbalik. Asalusul Gunung Tangkuban Perahu dikaitkan dengan Sangkuriang yang jatuh cinta dengan Dayang Sumbi selepas hidup terpisah selama bertahun-tahun. Selepas mengetahui Sangkuriang anak kandungnya berdasarkan kesan luka di kepala, Dayang Sumbi mengenakan syarat supaya Sangkuriang membuat perahu jika ingin mengahwininya.

Helah Dayang Sumbi tidak berhasil kerana Sangkuriang hampir sahaja berjaya menyiapkan perahunya. Apabila diketahui hasratnya menikahi Dayang Sumbi gagal, Sangkuriang terlalu marah lalu ditendangnya perahunya sekuat hati sehingga terbalik. Perahu itulah yang kemudiannya membentuk Gunung Tangkuban Perahu setinggi 2,084 meter.

Bau belerang menusuk hidung

Berdasarkan fakta sejarah seperti yang diceritakan pemandu pelancong, Dedi Setiadi, gunung berapi itu pernah meletus buat pertama kalinya pada 1829 dan mengorbankan kirakira 2,000 penduduk di kawasan sekitar.

Gunung Tangkuban Perahu adalah antara gunung berapi yang masih aktif di Pulau Jawa. Kali terakhir gunung itu meletus pada 1983.


Bau sulfur atau belerang yang keluar dari kolam begitu menusuk hidung dan boleh menyebabkan pengunjungnya pening. Penulis mengambil kesempatan merendam kaki sambil membalut kaki dengan lumpur yang disediakan oleh pemandu pelancong untuk merasai sendiri selepas diceritakan rakan yang pernah pergi sebelumnya walaupun tidak mengetahui apakah kebaikannya berbuat demikian!

Untuk keluar dari kawasan itu, pengunjung perlu berjalan sejauh 1.5 km lagi sebelum tiba ke `garis penamat'. Dan berjaga-jagalah dengan kata-kata manis dan pujuk rayu peniaga yang menawarkan cenderahati dengan harga mahal walhal nilainya tidaklah setinggi manapun. Ini juga satu pengalaman yang cukup merimaskan! Difahamkan ramai pelancong Malaysia yang pernah datang ke Bandung akan mengelak daripada datang semula ke Tangkuban Perahu kerana rimas dengan gelagat penjajanya yang suka mendesak membeli barang jualan mereka.


Bandung

- Bandung berasal dari perkataan bendung, bermaksud empangan dan fakta geologi menunjukkan Bandung adalah bekas tasik yang kering sejak 16,000 tahun dahulu.

- Pada ketinggian 768 meter dari paras laut dikelilingi pergunungan Parahyangan, Bandung diselubungi suhu sejuk antara 25 hingga 30 darjah Celsius sepanjang tahun.

- Berkeluasan kira-kira 16, 767 hektar.

- Majoriti penduduk Bandung adalah Melayu Sunda yang turut menggunakan bahasa Sunda dalam pertuturan seharian.

Oleh Ainal Marhaton Abdul Ghani

PRINZPARK Terengganu

Sunday, December 30, 2012 0 Komen

PRINZPARK Terengganu, kewujudannya bagaikan bersatu dengan alam. Bukan sahaja diselimuti bayu Laut China Selatan yang terhampar di depan mata tetapi lagun yang dipenuhi keindahan semula jadi termasuk pohon-pohon bakau dan ru menambahkan lagi kedamaian.

Pulau Kapas yang sayup-sayup kelihatan di gigi langit menambahkan lagi penyatuan resort terbaharu di Kuala Terengganu itu dengan alam.

Hotel itu bukan sahaja menyajikan keunikan pemandangan tetapi pelbagai tarikan lain bagi memenuhi semua cita rasa tetamu sama ada datang bersendirian, berteman atau berkeluarga serta bagi mengisi percutian atau tuntutan tugasan.

Kedudukannya di dalam kompleks Terengganu Equestrian Resort (TER) menjadikan Prinzpark hampir dengan mercu tanda terkenal lain seperti masjid terapung, Masjid Tengku Intan Zaharah yang menjadi tumpuan ramai untuk singgah bersolat sambil merehatkan lelah dalam perjalanan.

Ia juga terletak tidak jauh dari Kompleks Budaya yang kerap mengatur persembahan secara percuma dan memberikan kesempatan menjengah seni budaya negeri.

Kelebihan itu menjadikan Prinzpark sukar ditandingi. Tidak keterlaluan dikatakan semua tarikan utama pelancongan di Kuala Terengganu bagaikan bersatu di Prinzpark.


Ini sekali gus menjadikan ia lokasi paling ideal bersantai, mencari ketenangan dengan alam sekitar, riadah, memancing, berenang, bersukan, bersiar-siar atau membeli-belah dan beribadah.

Dibangunkan dengan kos RM48 juta oleh syarikat bumiputera, Marina Point Sdn. Bhd, Prinzpark yang bertaraf resort mewah empat bintang akan mula beroperasi secara rasmi pada ambang tahun baru 2013 serentak dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu 2013.

Biarpun sudah memulakan operasi di peringkat prapembukaan dua minggu lalu, sambutan cukup memberangsangkan malah pertanyaan dan tempahan mula banyak diterima termasuk dari luar negara.

Situasi itu membuktikan tengkujuh bukan lagi musim yang menjauhkan pelancong untuk menjengah negeri ini.

Kewujudan Prinzpark, kira-kira 15 minit pemanduan dari pusat bandar raya mengukuhkan nama Kuala Ibai, sebagai satu lagi lokasi pelancongan mesti dilawati ketika Terengganu terus menggerakkan usaha menjadikan pelancongan sebagai tunjang ekonominya.

Pengarah Urusan Prinzpark, Mohd. Fuzai Mohd. Rahim berkata, Prinzpark merupakan satu-satu resort di negara ini yang mempunyai semua keunikan di dalam satu lokasi.

''Menjelang operasi penuhnya kelak, kita merancang untuk menyiapkan jambatan gantung, taman tema air, aktiviti sukan air tidak bermotor, pusat selam dan pusat hiburan keluarga manakala di dalam premis hotel pula dilengkapi spa tradisional Melayu," ujarnya.

Resort setinggi enam tingkat dengan bumbung terbuka ini yang memberi ruang kepada anda untuk bersantai dalam elus angin sambil bebas menatap pandangan langit tanpa sebarang hadangan.

Prinzpark muncul dengan pilihan terbaru, menawarkan 207 bilik luas dan selesa berkonsep moden terdiri daripada 162 bilik deluxe, 30 bilik premier, sembilan suite bulan madu dan enam bilik eksekutif.

''Keselesaan dalam bilik dapat dipastikan dengan perhiasan yang direka khas di samping kelengkapan wi-fi dalam setiap bilik serta bilik khas untuk perokok.

''Untuk menjamu selera, restoran terapung yang dinamakan resortan Santai dengan pandangan 180 darjah sekitar lagun menyajikan masakan tempatan, Continental dan Asia di samping kafe pastri," ujar Fuzai.

Prinzpark juga mempunyai satu dewan yang dinamakan Prinz Hall boleh menampung sehingga 300 orang dan empat bilik persidangan yang boleh menampung 80 orang setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan audio visual.

Kemudahan ini memberikan kesenangan kepada penganjur menjalankan majlis keraian, seminar, mesyuarat, persembahan dan juga upacara perkahwinan melalui pakej menarik yang disediakan oleh Prinzpark bagi memeriahkan detik bersejarah dalam kehidupan itu.

Restoran Nasi Ayam Pak Mal, Seksyen 10

Tuesday, November 13, 2012 0 Komen

Restoran Nasi Ayam Pak Mal , Seksyen 10

Sebut sahaja nama restoran ini, pasti ramai yang mengetahuinya kerana ia sudah terkenal sejak 30 tahun lalu. Bermula dari berniaga tepi jalan, kemudiannya ke gerai, kini ia terus mengorak langkah dengan membuka restoran di Seksyen 10 sejak tiga tahun lalu.

Seperti namanya, nasi ayam hasil resipi Kamarul Hilal atau lebih dikenali sebagai Pak Mal terus mendapat sambutan.

Nasi ayam yang ditawarkan di sini cukup berbeza di tempat lain kerana ia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri, mampu menarik ramai pelanggan sama ada sedia ada mahupun baru.

Restoran Pak Mal Nasi Ayam
Nasi Ayam
Restoran Nasi Ayam Pak Mal di Seksyen 10 ini diuruskan oleh anaknya, Ameerul Izham, 27, yang komited dengan segala urusan berkaitan.

Nasi ayam dihidangkan di dalam pinggan berasingan dengan lauknya bagi membolehkan anda menikmatinya dengan mengikut selera sendiri.

Di dalam pinggang berasingan, potongan ayam diletakkan bersama sos istimewa.

“Resipi Nasi Ayam Pak Mal menggabungkan kicap dan sambal untuk memberi kelainan rasa ketika anda menikmatinya,” katanya.

Bagi memenuhi permintaan pelanggan, sos tambahan juga disediakan di setiap meja.

“Pelanggan sangat menggemari sos ini dan kami sediakan sos tambahan kepada mereka yang inginkannya,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 50 ekor ayam atau 600 pinggan habis dijual setiap hari dan ia akan meningkat jika terdapat tempahan.

“Rata-rata pelanggan yang datang memilih untuk menikmati nasi ayam,” katanya.

Restoran Pak Mal Nasi Ayam mesra pelanggan

Waktu makan tengah hari merupakan masa kemuncak di sini. 42 meja yang disediakan di dalam dan luar dipenuhi pelanggan.

“Kesemua 20 kakitangan restoran ini akan bertugas pada waktu makan tengah hari, termasuk saya kerana kami mahu memberikan yang terbaik kepada pelanggan,” katanya.

Walaupun sibuk, anda boleh menikmati makanan yang dipesan kurang daripada lima minit.

“Kakitangan di sini dilatih untuk terus melayan pelanggan sebaik memasuki restoran ini,” katanya.

Anda pasti kagum melihat pelayan restoran mampu membawa banyak pesanan dengan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka. Ini sekali gus mempercepatkan lagi hidangan sampai ke meja pelanggan.

“Nasi ayam dijual pada harga RM4.50 sepinggan atau sebungkus,” katanya.

Selain nasi ayam, Restoran Pak Mal Nasi Ayam turut menawarkan pilihan kegemaran lain seperti nasi kukus, nasi ayam goreng berempah, mi kari, soto dan banyak lagi.

“Menu ini menjadi pilihan kepada pelanggan yang mahu mencuba selera lain,” katanya.

Nasi kukus didatangkan bersama ayam goreng, semangkuk kecil gulai daging, sambal belacan serta sayuran seperti salad menjadikannya hidangan lengkap.

“Selain nasi ayam, nasi kukus ini turut menjadi pilihan pelanggan,” katanya.

Kerja-kerja memasak nasi ayam dimasak secara berperingkat untuk menjamin kualiti setiap hidangan.

“Kami bukan sekadar menghidangkan hidangan, tapi juga kualiti,” katanya.

Sebagai tambahan, pengunjung boleh menikmati hidangan Barat dan tempatan pada sebelah malam.

“Banyak pilihan hidangan Barat seperti steak, chicken chop, fish and fries, nasi goreng dan juga selera Thai seperti tomyam,” katanya.

Francais jenama Restoran Pak Mal Nasi Ayam

Beliau berkata, selain makanan, terdapat beberapa minuman yang menjadi pilihan pelanggannya antaranya sirap bandung, air jagung, air batu campur (ABC).

“Warna merah sirap dan susu diasingkan bagi memberi kelainan dalam food presentation. Bukan sahaja menarik, namun ia juga sedap.

“Kelainan pada air jagung adalah dengan meletakkan bijian jagung bagi menambahkan lagi rasa asli,“ katanya.

Beliau berkata, sewaktu memutuskan untuk membuka restoran ini, beliau dan keluarga bersama-sama membuat kajian mengenai konsep yang ingin diketengahkan.

“Jadi, inilah hasilnya setelah dikaji. Konsep ini lebih santai dan dengan ruang terbuka. Pelanggan boleh menikmati hidangan dengan selesa,” katanya.

Menyentuh mengenai perancangan masa depan Restoran Pak Mal Nasi Ayam, Ameerul Izham berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan restoran ini sebagai francais di seluruh negara dengan konsep centre kitchen.

“Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan bagi memudahkan urusan francais dilaksanakan. Jadi saya sasarkan lima tahun lagi, konsep ini akan diperkenalkan dan dilancarkan,” katanya.

10 Tempat Menarik Pelancongan Perak (Tahun Melawat Perak)

Sunday, February 26, 2012 0 Komen

Tahun Melawat Perak
Negeri Perak merupakan salah sebuah negeri di Malaysia yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain ialah seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat bersejarah.

Tahun 2012 adalah Tahun Melawat Perak dan pasti pelbagai destinasi menarik yang diketengahkan. Justeru, minggu ini Santai menyenaraikan 10 Ikon Pelancongan Perak yang merangkumi tarikan pelancongan utama yang terdapat di negeri itu.


1. Taman Negeri Royal Belum

Taman Negeri Royal Belum adalah hutan dara yang luas dan salah satu kawasan hutan simpan terbesar di Semenanjung.

Antara haiwan liar di hutan ialah gajah, badak sumbu, tapir dan harimau.

Royal Belum juga kaya dengan biodiversiti di mana tiga daripada 20 spesies bunga Rafflesia boleh dijumpai dan kesemua 10 spesies enggang Malaysia berkampung di situ.

Selain keindahan alam semula jadi, Taman Negeri Royal Belum juga adalah perkampungan Orang Asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar.

Taman Negeri Royal Belum dikatakan lebih tua berbanding Hutan Amazon.

2. Hutan Paya Bakau Matang

Diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal pada tahun 1906, Hutan Paya Bakau Matang ini berkeluasan kira-kira 40,000 hektar.

Ia adalah rizab hutan paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia.

Matang kaya dengan pelbagai hidupan liar dan habitat yang tinggal di kawasan paya bakau dan dataran lumpur.

Pengunjung juga boleh menaiki bot menyusuri sungai pada waktu malam untuk melihat kelip-kelip atau kunang-kunang.

Antara aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan di situ ialah melihat kehijauan pokok bakau dan memerhati burung yang pelbagai spesies.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat proses menghasilkan arang.


3. Gua Tempurung

Gua Tempurung adalah sebuah gua batu kapur di Gopeng. Namanya diambil sempena bentuknya seperti tempurung kelapa. Panjang gua ini mencapai 1.9 kilometer dan dipercayai wujud sejak 8,000 SM.

Gua Tempurung terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa, dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza.

Selain itu, setiap kubah berbeza dari segi suhu, aras air, dan kandungan batu kapur dan marmar.

Di pertengahan gua ini terdapat satu stalagmit yang berbentuk seperti gergasi.

Selain menyimpan khazanah alam, gua ini turut tertulis dalam sejarah Malaysia di mana ia menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950 hingga 1960.

Pada satu masa dahulu Gua Tempurung ini juga dijadikan lombong bijih timah dari tahun 1970.

4. Taman Herba Negeri Perak

Taman Herba Negeri Perak seluas 22 hektar terletak di Kampung Kepayang di sepanjang Jalan Simpang Pulai-Batu Gajah adalah tempat penanaman pelbagai herba yang kini dipenuhi lebih 525 spesies pokok herba.

Spesies popular yang boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak ialah misai kucing, kunyit bonglai, kacip fatimah dan tutup bumi rimba.

Selain itu, spesies seperti emas cotek, jerangau, rempah padang, kunyit, serai wangi, bungah cengkih turut ditanam di sini.

Keindahan kawasan Taman Herba Perak dengan haruman herba yang pelbagai sememangnya mendamaikan selain dapat menyenangkan jiwa selain mempelajari pelbagai jenis spesies herba yang ada.

Sungai Klah Hot Springs

5. Sungai Klah Hot Springs

Dikelilingi bukit bukau serta gunung yang menghijau, Sungai Klah Hot Springs menawarkan sesuatu yang cukup unik.

Dibuka pada 2003, ia bukan saja menawarkan keseronokan mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air gunung tetapi pemandangan indah yang cukup menyenangkan.

6. Pulau Orang Utan, Bukit Merah Laketown Resort

Dengan kawasan seluas 14 hektar, Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort menawarkan pengunjung keterujaan melihat gelagat dan aksi orang Utan.

Berasal dari Malaysia dan Indonesia, Orang Utan adalah spesies beruk terancam dan akhirnya akan dilepaskan ke dalam hutan selepas melalui program pemulihan khas.

Dengan hanya menaiki feri selama lebih kurang 10 minit dari Bukit Merah, anda berpeluang melihat anak-anak Orang Utan dengan pelbagai aksi.


7. Zoo Taiping & Night Safari

Terletak di kawasan semula jadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill), Zoo Taiping & Night Safari mempunyai keistimewaan tersendiri.

Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah satu-satunya zoo di Utara Semenanjung Malaysia.

Ia mengambil masa kira-kira 45 minit dengan 2.5 kilometer trek berjalan kaki.

Berkeluasan lebih 8.5 hektar, Zoo Taiping mempamerkan 1,300 haiwan daripada 180 spesies, antaranya harimau, singa, gajah, badak air, zirafah, enggang, orang utan, kambing gurun, rusa ubi, badak tampung, kijang, pelanduk, kanggaru merah, angsa hitam dan angsa magpie.

Dirasmikan pada 15 Jun 2003, Night Safari antara pertama seumpamanya di negara ini.

8. Ipoh - The Limestone Wonder

Ipoh adalah bandar yang cukup unik kerana ia dikelilingi bukit-bukau dan gua batu kapur yang cukup unik. Pembentukan stalaktit dan stalagmit selama berjuta-juta tahun pasti membuatkan sesiapa saja terpegun keindahannya.

Di sini, anda boleh melihat keunikan Gua Tempurung, Gua Puncak, Sam Poh Tong Temple, Perak Tong Temple, Gua Tambun, Taman Rekreasi Gunung Lang dan Taman Tema Lost World Of Tambun.

Di Gua Tempurung dan Gua Puncak, anda pasti terpegun melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang unik selain laluan di sepanjang penjelajahan di dalam kedua-dua gua itu.

Di Gua Tambun, sekitar tahun 1959, lukisan batu zaman Neolitik yang berusia lebih kurang 5,000 tahun dahulu dijumpai di pinggir Ipoh.

Taman Rekreasi Gunung Lang pula menawarkan pemandangan bukit batu kapur dan tasik bekas lombong.

Dikelilingi kehijauan alam semula jadi serta bukit batu kapur yang menakjubkan, Lost World of Tambun (LWOT) menjanjikan keunikan.

9. Lumut & Pulau Pangkor

Terletak lebih kurang 84 kilometer (km) dari Ipoh, Lumut cukup terkenal dengan keindahan koleksi siput dan kraf tangan yang diperbuat daripada batu karang.

Ia juga sering dikunjungi pelancong yang mahu bercuti ke Pulau Pangkor yang hanya mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 45 minit dengan menaiki feri.

Pulau Pangkor kaya dengan bahan sejarah, antaranya Kubu Belanda yang dibina pada abad ke-17 bagi menyelia industri perdagangan timah di Perak.

'Pang Ko' yang bermaksud pulau cantik dalam bahasa Thai adalah destinasi percutian ideal bagi yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan di kota.

Jangan lepaskan peluang melihat proses penghasilan makanan laut segar di Kampung Sungai Pinang Kecil, Kampung Teluk Gedung dan Teluk Dalam.

10. Kuala Kangsar Bandar Diraja

Bandar Diraja Kuala Kangsar yang berusia 150 tahun itu adalah antara destinasi wajib dikunjungi jika melancong ke Perak. Bandar yang hanya mengambil masa selama 30 minit pemanduan dari Ipoh punya pelbagai mercu tanda.

Kuala Kangsar mendapat namanya daripada pokok Kangsar yang tumbuh di tebing sungai. Ada juga mengatakan nama Kuala Kangsar sempena 99 kuala anak sungai di Sungai Perak iaitu kurang 100, maka ia diberi jolokan nama 'Kuala Kurang Sa'.

Anda yang meminati sejarah mungkin boleh melakukan jejak warisan dengan hanya berjalan kaki menaiki Bukit Chandan.

Jangan lupa mengunjungi Masjid Ubudiah, Istana Iskandariah dan Galeri Sultan Azlan Shah.

Jangan lepaskan peluang melihat bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih kurang 100 tahun iaitu Kolej Melayu dan Clifford School serta melihat sendiri pokok getah tertua di Jalan Raja Chulan.

Selain tarikan sejarahnya, Kuala Kangsar juga adalah pusat menghasilkan Labu Sayong.

Untuk makan, laksan di medan selera Sungai Perak antara destinasi paling popular.

Facebook Aktiviti Ipoh: https://www.facebook.com/pages/Aktiviti-Di-Ipoh/487765931296975

5 hotel terbaik milik selebriti

Wednesday, February 10, 2010 0 Komen

Clint Eastwood
Hotel Mission Ranch
Carmel, California

Pada 1986, cetusan idea Eastwood merubah tanah seluas 22 ekar menjadi sebuah hotel 31 bilik. Eastwood menetap di sebuah rumah berhampiran dan kerap melawat hotelnya itu.

Pemandangan daripada hotel yang terletak di Semenanjung Monterey ini amat menarik, padang yang hijau ke selatan dan bersambung dengan Pantai Sungai Carmel dan kawasan paya. Point Lobos turut boleh dilihat di seberang teluk semenanjung itu.

Eastwood menyelamatkan ladang itu daripada menjadi tapak pembinaan projek kondominium dan beliau mendapatkan khidmat tukang kayu mahir yang meniru kembali reka bentuk asal bangunan. Binaan bangunan asal menyebabkan pengunjung berada pada era 1850-an.


Selain idea lama, lanskap baru di sekitar hotel ini menjadikan ia lebih menarik lagi.


Robert Redford
Resort Sundance
Utah

HOTEL ini terletak di kaki Gunung Timpanagos dan sesuai untuk pencinta ski dan kegiatan luar. Bandar Park City ini turut menjadi penganjur Festival Filem Sundance diadakan setiap dan diasas pada 1978 dengan sokongan Robert Redford.

Sundance turut memikat pengunjung luar musim ski terutama pada musim luruh.

Robert Redford membeli tapak tanah hotel ini pada 1969 dan kemudian mendirikan Sundance. Beliau menolak nasihat pelabur New York untuk membina pelbagai hotel mewah dan kondominium di jurang itu kerana berasa tanah barunya itu sesuai untuk mewujudkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar.

Hakikatnya, selepas pelbagai eksperimen dilaksanakan, Sundance kini menjadi pusat ski, memiliki pemandangan mengkagumkan dan penginapan yang selesa untuk semua peringkat usia. Majoriti pengunjung Sundance adalah pencinta alam yang berasa bertanggungjawab melindungi keindahannya.

Padah kendali laman lucah

Tuesday, February 09, 2010 0 Komen

Seorang pengendali laman lucah dihukum penjara 13 tahun dan didenda YEN100,000 (RM50,443), semalam.

Mahkamah Guangdong di selatan China mendapati Huang Yizhong bersalah menciplak dan menyiarkan kandungan rakaman video berunsur lucah di laman web yang diuruskannya.

Agensi berita Xinhua melaporkan, laman web Huang memiliki 4,300 ahli berdaftar dan beliau memperoleh pendapatan YEN3.414 juta (RM1.7 juta) sejak mula beroperasi pada 2005 dengan menggunakan pelayar beribu pejabat di Amerika Syarikat.

Beliau dilapor memuat turut 1,000 filem lucah dan menyunting filem-filem itu kepada 3,600 klip video yang kemudian dimuatkan di laman webnya.


Polis berjaya menahan Huang Julai tahun lalu dan perbicaraan terhadap kesnya itu bermula 6 Januari lalu.

Menurut statistik, 5,394 pemilik laman web lucah berjaya ditahan pihak berkuasa pada tahun lalu dalam usaha kerajaan membanteras operasi laman web lucah di seluruh China.

Hingga kini 9,000 laman web lucah yang diharamkan disekat daripada beroperasi.

China melaksanakan undang-undang ketat terhadap laman web, termasuk lucah, judi dan ganas yang didakwa membawa kesan negatif terhadap rakyatnya.

Beijing mendakwa pelaksanaan polisi itu bertujuan mengekalkan kestabilan negara dan juga memerangi jenayah yang berlaku di alam maya.


Bagaimanapun, sesetengah pihak mendakwa tindakan ini hanyalah sebagai helah buat China memantau dan menyekat laman web yang menyiarkan maklumat sensitif atau mengkritik kerajaan.

Tindakan itu yang dilabel Tembok Firewall China bertanggungjawab memantau 384 juta pelayar Internet tempatan, jumlah terbesar di dunia. - AFP

 

ZONFINITI