Kickdefella - SPRM ambil keterangan

Friday, April 30, 2010 0 Komen

Penulis blog sudah banyak ditahan polis sebab artikel yang ditulis. Sekarang giliran penulis blog Kickdefella.

Penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz, hari ini telah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan berhubung dakwaannya menerima lebih RM4 juta.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah Siasatan SPRM, Mustafar Ali, ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, Syed Azidi tiba di ibu pejabat SPRM di sini kira-kira jam 6 petang.
Baru-baru ini Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi .

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. - Bernama

Zigaz (Zigas) Lirik Lagu: Hidupmu Hidupku

Friday, April 30, 2010 0 Komen

Zigaz (Zigas)Lirik Lagu: Hidupmu Hidupku

Bening matamu
Pancarkan kesedihan
Tak pernah terlihat
Selama ini

Senyum pedihmu
Lukiskan air matamu
Perihnya hatimu
Menyentuh batinku

Reff:

Sungguh mati aku tidak bisa meninggalkan dia
Walaupun kau dekap aku
Ampun aku bila kini yang terkuak hanya pedih
Yang mungkin ‘kan menghantui
Hidupmu hidupku
Detak jantungmu
Tegaskan perih hatimu
Dan perih hatiku
Hidupmu hidupmu hidupku

Back to Reff:

Sungguh mati aku tidak bisa meninggalkan dia
Walaupun kau peluk aku
Ampun aku bila kini yang terkuak hanya pedih
Yang mungkin ‘kan menghantui
Hidupmu hidupku

Australia haram logo pada kotak rokok

Friday, April 30, 2010 0 Komen

Australia hari ini mengumumkan akan menjadi negara pertama di dunia mengharamkan logo atau jenama pada kotak rokok, sekali gus mencetuskan kemarahan industri tembakau.

Rokok akan dijual dengan corak yang kosong, hanya memaparkan grafik besar kesan merokok, dan undang-undang baru untuk meletakkan jenama dalam saiz yang kecil sedang diusulkan.

Kerajaan turut meningkatkan cukai ke atas rokok dengan mendadak sebanyak 25 peratus bermula tengah malam ini, meningkatkan harga rokok di negara ini sebanyak kira-kira dua dolar Australia (RM5.9) untuk sekotak rokok berisi 30 batang.

"Rokok tidak bagus, ia membunuh orang. Ini merupakan tindakan paling keras ke atas industri tembakau di dunia," kata Perdana Menteri Kevin Rudd.

Menurut Rudd, Australia turut merancang mengenakan kawalan baru ke atas pengiklanan rokok di Internet dan akan membelanjakan sebanyak 27.8 juta dolar Australia (RM82.3 juta) untuk kempen anti-merokok.

"Syarikat-syarikat tembakau gergasi akan membenci apa yang kami lakukan ini, tetapi kerajaan tidak akan memohon maaf kerana ini adalah keputusan yang betul," kata Rudd.

Imperial Tobacco Australia berkata, mereka merancang untuk mencabar tindakan ini atas dasar ia akan menjejaskan keuntungan mereka sambil menyatakan jenama mempunyai nilai komersial.

"Pengharaman ini menyebabkan pengguna tidak dapat membezakan antara jenama kami dengan jenama lain.

"Ia akan memberi kesan kepada nilai perniagaan kami sebagai pengusaha komersial dan kami akan menentangnya bagi melindungi hak harta antarabangsa kami," kata jurucakap syarikat itu kepada ABC radio.

Pengiklanan tembakau adalah diharamkan di Australia dan merokok turut tidak dibenarkan di kebanyakan kawasan awam seperti pejabat dan restoran. - AFP

Wanita masukkan jarum di kepala anak saudara

Thursday, April 29, 2010 0 Komen

Seorang wanita menunggu untuk dibicarakan kerana didakwa memasukkan tiga batang jarum ke dalam kepala anak saudaranya kerana keluarga mentuanya lebih menyukai budak lelaki itu berbanding anaknya.

Wanita berusia 35 tahun yang hanya dikenali sebagai Chung, berhadapan dakwaan cubaan membunuh, demikian menurut seorang pegawai polis bandar Tantzu, Tseng Chih-yung.

Polis mengesyaki wanita itu cemburu kerana mentuanya suka kepada anak lelaki abang iparnya yang berusia setahun berbanding dua anaknya, sebelum menolak masuk tiga batang jarum ke dalam kepala budak itu.

Tidak ada sesiapa menyedarinya sehinggalah ibu kanak-kanak itu membawanya untuk diimbas dengan sinar-x selepas dia terjatuh baru-baru ini.

"Imbasan mendapati tiga batang jarum tersekat di dalam kepala budak itu. Chung disyaki bertanggungjawab kerana pernah ditangkap memberi budak itu makan ubat dan memasukkan gam ke lubang hidung dan telinga budak itu ketika masih berusia dua bulan," kata Chih-yung.

Doktor semalam mengeluarkan jarum-jarum tersebut dari kepala kanak-kanak itu. - dpa

Kerana tunang, Karen memeluk Islam

Thursday, April 29, 2010 0 Komen

5 bulan sebelum detik paling bersejarah dalam hidupnya, iaitu hari bakal dinikahkan, Karen Meek hampir-hampir pengsan kerana terkejut mendengar pengakuan tunang kesayangan, Eric.


Pasti sesiapa juga akan terkejut setengah mati apabila insan yang bakal menjadi teman hidup mengaku telah bertukar agama.

Maka sukar bagi Karen mempercayai Eric kini merupakan seorang Muslim. Dahulu bakal suaminya Kristian selepas itu bertukar menjadi seorang yang tidak mempercayai tuhan atau ateis.

"Saya bagaikan disambar kilat dan petir apabila mendengar pengakuan Eric itu. Terlalu sukar untuk saya terima kerana bagaimana dengan saya sebagai tunangnya?

"Saya juga seperti ramai rakyat Rusia yang lain termasuk juga Eric sebelum ini, lebih senang untuk tidak mempercayai sebarang agama mahupun tuhan.

"Saya fikir otak Eric telah dicuci. Tiba-tiba sahaja kini beliau berhenti minum alkohol. Malah tidak pernah meninggalkan solat lima waktu sehari apatah lagi menjamah daging babi," cerita Karen mengenai perubahan perilaku tunangnya itu.

Sementara Eric, dilahirkan sebagai menganut Kristian Baptis.

Tetapi kemudian menjadi seorang ateis. Rupa-rupanya dia sudah berbulan-bulan lamanya mempelajari Islam tanpa pengetahuan Karen.

Sehingga secara rasmi telak memeluk Islam, baharu Eric memberitahu Karen bahawa Islam adalah kepercayaannya kini.

Meskipun terkejut, pengakuan Eric itu tidak membuatkan pasangan ini memutuskan hubungan. Karen tetap meneruskan rencananya untuk bernikah dengan Eric.

Namun, Karen terpaksa mencari pelbagai sumber rujukan terutamanya buku dan rakaman-rakaman video mengenai Islam, semata-mata untuk memahami agama baru anutan calon suaminya itu.

"Tetapi sama sekali saya tidak berharap akan masuk Islam apabila cuba mencari dan mengenali mengenai Islam itu," kata Karen.

Akibat dibesarkan dan meniti usia dewasa dengan pola pemikiran bahawa pegangan agama itu adalah sesuatu yang bodoh menyebabkan Karen langsung tidak mempercayai Tuhan dan agama.

"Saya tidak pernah memikirkan bagaimana dunia dan alam ini diciptakan, siapa yang menciptanya dan untuk apa diciptakan. Terus terang saya tidak pernah ambil peduli semua itu," katanya.

Namun walaupun dalam keadaan terpaksa untuk mempelajari Islam itu, akhirnya Karen menyedari dan mengakui bahawa penjelasan Islam mengenai wujudnya tuhan itu adalah paling logik atau masuk akal yang pernah beliau temui.

"Kewujudan Allah dan kekuasaan-Nya yang menciptakan mengenai alam semesta ini terlalu sukar untuk saya nafikan kebenarannya lagi.

"Tidak ada alasan untuk saya membantahnya lagi," tegas beliau.

Susunan SITI AINIZA KAMSARI

Mawi fobia selepas kena 'boo'?

Wednesday, April 28, 2010 0 Komen

KEJADIAN dicemuh penonton sewaktu menghadiri acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH_) awal bulan ini benar-benar mengejutkan penyanyi ini serta pelbagai pihak yang turut berada di lokasi kejadian. Siapa sangka bekas pemenang anugerah kategori Bintang Paling Popular selama tiga kali berturut-turut, Asmawi Ani atau lebih akrab disapa Mawi boleh dimalukan sebegitu rupa.

Apa sebenarnya yang berlaku sehingga membuatkan penonton tergamak untuk melakukan perkara mengaibkan itu kepada penyanyi popular ini. Adakah ia satu hukuman kepada penyanyi yang pernah popular dengan lagu Aduh! Saliha ini ataupun ia menandakan empayar Mawi yang cukup kukuh sejak empat tahun lalu kini sedang menuju ke zaman kejatuhan.

Biar apapun telahan serta spekulasi yang ditebarkan, Mawi ketika diminta mengulas hal ini berfikiran positif serta tidak menganggap perkara itu sedemikian. Sebaliknya dia mendakwa masih mempunyai peminat yang setia menyokong kerjaya seninya. Buktinya, sewaktu bertemu peminat di kawasan luar bandar khususnya, popularitinya masih bertahan di kalangan mereka.

Pun begitu, menyedari dunia hiburan sebenarnya boleh diumpamakan sebagai roda yang berputar, Mawi mengakui yang dia memang sudah lama bersedia untuk berdepan dengan zaman suramnya. Bukan hendak mendabik dada atau cuba bersikap berpura-pura apabila berkata demikian, tetapi Mawi lebih bersikap realistik dan sedar akan pasang dan surutnya populariti seseorang artis itu.

Hip: Apa perasaan Mawi apabila diboo penonton sewaktu ABPBH tempoh hari?

Mawi: Sebenarnya saya sendiri tertanya-tanya bagaimana boleh jadi sebegitu? Iyalah, tentunya saya tertanya-tanya juga apakah salah saya sehingga menyebabkan penonton bertindak sebegitu. Tapi apabila menyedari yang di dalam dewan itu dipenuhi dengan penyokong penyanyi lain juga jadi saya anggap perkara itu adalah normal. Tak semua orang minat kita dan tak semua orang benci kita. Kalau dulu sewaktu orang melaung dan menjerit nama saya, saya sendiri tertanya-tanya, jadi bila ada yang boo, saya juga memberikan reaksi yang serupa. Ia jelas tindakan di luar kawalan dan saya tidak salahkan penganjur dalam hal ini.
Tapi Mawi rasa tak yang ia bagaikan satu petanda yang populariti Mawi seakan merosot?

Mentor lebih sistematik

Wednesday, April 28, 2010 0 Komen

Sudah tiga musim program realiti televisyen terbitan TV3, Mentor, bersiaran. Sepanjang tiga musim juga, program tersebut telah melahirkan banyak muka baru dalam persada seni tanah air termasuklah juara musim lalu, Black, yang telah menggondol pelbagai pengiktirafan.

Memasuki musim keempat, Mentor kini disifatkan lebih sistematik dan memuaskan dari segi pemilihan pesertanya.

Ini kerana, para pesertanya boleh memilih penyanyi kegemaran mereka sebagai mentor. Para pendidik musim terbaru ini Jeo Flizzow, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer dan Mus May pula berhak memilih protege masing-masing.

"Mentor mereka boleh menilai sendiri sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki peserta itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab untuk mengasah bakat protege pilihan mereka.

"Jadi dengan pemilihan bakat-bakat baru seperti Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia, kami berharap agar hubungan antara mentor dan protege akan lebih serasi. Ini kerana pemilihan yang dibuat adalah atas dasar penilaian sendiri," kata Pengarah Mentor, Mohamad Sufian Isa ketika ditemui pada sidang media memperkenal peserta program tersebut.

Mereka yang terpilih ialah Ila (Joe Flizzow), Shaq (Mas Idayu), Adi (Dayang Nurfaizah), Thalia (Ziana Zain), Nani (Azmeer) dan Ayim (Mus May).

Menjadi pilihan kepada mentor masing-masing, Shaq, Thalia, Nani, Ayim serta adik-beradik Ila dan Adi telah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran semasa sesi uji bakat.

Menurut Joe, Ila atau nama sebenarnya, Ila Damiaa Johar, 21, yang berasal dari Sarawak menarik perhatiannya kerana mememiliki vokal yang baik. Selain daripada itu, sikap berdisiplin juga menjadi keutamaan Joe.

"Bagi saya Ila mempunyai ciri-ciri yang saya cari terutama dari segi suara. Saya akan mengasah bakat Ila dan yakin dia akan menyinar. Ila juga boleh membawa lagu orang lain dengan gaya tersendiri," kata Joe.

Bagi Dayang, dia yang memilih Adi Hamiz Johar, 23, atau dikenali dengan sebagai Adi juga atas kehebatan suaranya. Maka, Dayang tidak akan melakukan banyak perancangan untuk anak didiknya itu.

"Bakatnya perlu diasah lagi tapi Adi mempunyai bakat besar. Saya juga akan berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu terutama semasa membuat persembahan yang boleh dipakai ketika dia bertanding kelak," jelasnya.

Mas Idayu yang merupakan mentor kepada juara musim ketiga, Black, memberitahu dia pada mulanya agak sukar untuk memilih protege. Namun, kredibiliti Mohd. Shabini Ibrahim atau Shaq dari Kota Bharu, Kelantan telah mencuit hatinya.

"Ada sesuatu dalam persembahan Shaq yang membuatkan saya kagum lalu memilih dia sebagai protege saya," ujarnya.

Ingin ketahui siapa bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000? Ikuti konsert mingguannya pada setiap Ahad bermula 2 Mei ini, pukul 9 malam di TV3.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR

Bahtera Nabi Nuh ditemui

Wednesday, April 28, 2010 0 Komen



PEGAWAI Turki, Murat Guven menunjukkan spesimen kayu berusia 4,800 tahun yang didakwa tinggalan bahtera Nabi Nuh.

Sekumpulan penjelajah China dan Turki kelmarin mendakwa mereka mungkin telah menemui bahtera Nabi Nuh pada ketinggian 4,000 meter di sebuah lereng curam di Gunung Ararat, timur Turki.

Jurucakap pasukan berkenaan memberitahu, beberapa binaan kayu yang mereka temui di lokasi itu didapati berusia 4,800 tahun berdasarkan ujian penentuan tarikh karbon iaitu sama usianya dengan zaman banjir besar pada era Nabi Nuh.

"Penemuan ini bukan mengesahkan 100 peratus bahawa ia bahtera Nabi Nuh tetapi kami yakin ia 99.9 peratus adalah bahtera itu," kata seorang anggota pasukan penjelajah, Yeung Wing-cheung.

Menurutnya, binaan kayu itu dibahagikan kepada beberapa petak, sebahagiannya memiliki rasuk kayu yang dipercayai digunakan untuk menempatkan sejumlah haiwan dalam bahtera itu.

Lirik Lagu Akhir Cinta Siti Saerah

Wednesday, April 28, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Akhir Cinta Siti Saerah

Sebuah cinta terindah
Lahir sesudah pasrah
Melakar di cinta yang berdarah
Walau duka harus ku lewati
Walau sukar untuk mengakhiri...

c/o:
Ku menginginkan kemanisan akhir cinta kita
Bagaimana luka (hati) akan sembuh
Semua ini menjauh..
Telah ku hapuskan bayanganmu
Dengan lelah waktu
Terpergi dari perih cintamu
Kala hati membeku

Bridge:
Oh, bagai merah sang persona
Warna cinta yang bergelora
Kau berikan ku saksi
Kau berikan ku bukti
Cinta yang sejati
ooo..oooooo..
lalalalalala..
uuu..oooo

ooooo..OOoooo..

(ulang c/o 2x)

Lirik Lagu MISS STRONG - HUNNY MADU

Wednesday, April 28, 2010 0 Komen

MISS STRONG LYRICS - HUNNY MADU

WE like that so can you teach us that ssshhhh (2x)

Chorus 2x
I am miss strong
But maybe I am wrong
( you are miss strong)
( But maybe you are wrong)

Verse 1
Ooh hot face I I I I
I crawl up on your TV
I take on your radio
Well play this story
The kind in movies, Imma get this acting game on *ting
Throw the script we add on
Baby, hold my hair (tight *whisper)
Wave me side swept (right *whisper)
Let me do my thing (yes.)
Im the queen in this (nest, nest.)

Chorus 2x
I am miss strong
But maybe I am wrong
( You are miss strong)
( But maybe you are wrong)

Verse 2
I, Ill take a risk (I, I, I, I)
It aint like picking clothes
It aint like choosing to__________(mmm nyum nyum)
Im freaking licking picky
Get dressed and Ill be ready
Fricky licky, licky picky
Schbam I know Im pretty!!!

Chorus 2x
I am miss strong
But maybe I am wrong
( you are miss strong)
( but maybe you are wrong)

Breakdown
Eh ehh.. no no no
Bring the music back
Ya thats right
Turn the speakers up
Dance
We like that, so can you teach us that sshh (4x)

Bridge
Hey.Aint Nobody but you.
Aint Nobody but you.
Aint Nobody but you.
Aint Nobody but you.
I am miss strong
And maybe I am wrong
Aint Nobody but you.
I am miss strong
And maybe I am wrong

Chorus 4x
I am miss strong
But maybe I am wrong
( you are miss strong)
( but maybe you are wrong)

Lirik Lagu Bersamamu - Joe Flizzow ft Joeniar Arief

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Bersamamu - Joe Flizzow ft Joeniar Arief

Preman-preman cinta
Joe Flizzow, Joeniar Arief

(korus)
Ku ingin denganmu lewati malamku
Nikmati rasa mesranya bercinta bersamamu
Takkan ku meminta esok atau lusa
Yang ku ingin hanyalah malam ini saja
Temanmu habiskan malamku
Nikmati rasa mesranya bercinta bersamamu
Usahlah kau tanya jumpa esok lusa
Yang ku ingin hanyalah malam ini saja

KL ke JKT Airbus 320
Langsung loncat masuk ke tv9
Lampu kota berkerdipan kelihatan gemilang
Jadi bilang cewek-cewek semua Flizzow udah pulang
Dan sepatuku lebih putih dari dahulu
Pergelangan tanganku terus bersinar sudah tentu
Ku tahu kau rinduku dah lama tak ketemuku
Jangan buang waktu ayuh langsung aja ke kamarku

(ulang korus)

Kerna kau wanita yang sering di muka-muka majalah
Tapi malam ini raut mukamu bermasalah
Ku tahu kau dan dia sering bertengkar dan berbantah
Jika kita yang bersama falsafah takkan bercanggah
Percayalah tiada tipu daya
Izinkan ku bawa kau ke tempat-tempat yang terindah
Kan ku serahkan segalanya
Lupakan mereka malam ini kita kan bersama

(ulang korus)

Jika kau tahu ini yang kau mahu
Mengapa ragu tidak perlu malu
Dengarkan bisikan dan suara hati
Kerna malam ini cinta kita kan abadi
Usah risaukan cerita dulu-dulu
Kita sampai sahaja usah terburu-buru
Walau mata memandang dari setiap penjuru
Biarkan sahaja mereka cemburu

(ulang korus 2x)

Lupakan mereka hanya kita berdua
Lupakan mereka Flizzow kan ada

Lirik Lagu Kau Yang Satu (Ramli Sarip)

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Kau Yang Satu (Ramli Sarip)

Kaulah yang Maha Esa
Kaulah yang Maha Pengasih
Kaulah yang Maha Penyayang
Tiada hidup tanpamu

Kaulah yang Maha Agung
Kaulah yang Maha Mengetahui
Tuhan dunia akhirat
Tiada aku tanpamu

Bilaku rasa pilu
Bilaku rasa resah
Bilaku kekosongan
Kau tempatku mengadu
Oh tuhan yang satu
Engkaulah tuhan yang satu

Segala puji-pujianku
Tujukan padamu..padamu
Dan hidup dan matiku hanyalah
Untukmu..untukmu...untukmu

Diagnostik Fiq

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

“DIAGNOSTIK pasti menepati cita rasa para pengikut muzik rock tanah air.” Begitulah ungkapan yang dikeluarkan Fiq atau pemilik nama sebenarnya Mohd Firdaus Abdul Halim.

Kelahiran album Diagnostik memberikan satu kepuasan yang tidak terhingga kepadanya selepas terus diberikan kepercayaan oleh EMI dan Warner Music Malaysia untuk mencipta kejayaan berganda melalui lagu Tiga Malam Tanpa Bintang dan Bukti yang sehingga kini menjadi siulan pecinta muzik tanah air.

Mengambil masa selama lima bulan untuk disiapkan, kelahiran Diagnostik membuktikan bahawa Fiq masih mempunyai pengikut setia dalam industri muzik tanah air.

Konsep yang diketengahkan melalui album ini masih tidak jauh berbeza dari album sebelum ini, ditambah dengan elemen-elemen baru yang menunjukkan kematangannya selepas menjuarai program realiti Mentor musim kedua beberapa tahun lalu.

Mempertaruhkan Manifestasi Cinta sebagai single pertamanya, lagu berkonsepkan gothic rock digabungkan dengan elemen Asia Barat memperlihatkan kelainan dalam jenis repertoire yang diperjuangkan Fiq sebelum ini.

Gandingan bersama Mirwana, sebuah kumpulan nasyid tanah air memberikan satu cita rasa yang berbeza berbanding lagu-lagunya sebelum ini.

Manifestasi Cinta mengisahkan tentang dunia yang penuh dengan ranjau, onak dan duri, dengan adanya cinta, dalam erti kata lain cinta kepada Tuhan, cinta sesama manusia, kita akan dapat mengatasi, melalui liku-liku yang mendatang.

Melihat kepada repertoire yang disampaikan melalui album ini, menunjukkan kesungguhan Fiq dalam membuktikan genre rock masih berbisa dan mampu untuk terus memberikan impak yang besar dalam kerjayanya.

Album Diagnostik itu mendapat sentuhan daripada komposer-komposer terkenal seperti Kuncidemak menerusi lagu Manifestasi Cinta, Amir (Tragis dan Mas Jongkong, yang mengajak pendengar mendiagnosa diri, Acap (Mencari Arah) dan juga buat julung kalinya bekerjasama dengan BeatTheSystem dalam lagu Transisi yang berteraskan genre rap-rock berjaya mencorakkan album ini dengan keunikan muzik masing-masing.

Proses pemilihan lagu, rakaman lagu, rakaman video klip dan kulit album dibuat semenjak Oktober 2009 lagi bagi memastikan hasil yang memuaskan untuk album itu.

Dengan kelahiran album ini diharapkan menjadi penawar rindu kepada setiap pengikutnya yang telah sekian lama menantikan kemunculan semula Fiq dalam industri muzik tanah air.

Biodata Nina (Siti Fazurina Mohd Famir)

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

NAMA PENUH: Siti Fazurina Mohd Famir
NAMA PANGGILAN: Nina, Fazurina
TARIKH LAHIR: 9 Jun 1982
TEMPAT LAHIR: Sungai Petani, Kedah
KELUARGA: Anak kedua daripada lima beradik
KERJAYA: Pelakon
KELULUSAN: Diploma Pengurusan Perniagaan daripada Kolej Shahputra, Kuantan, Pahang
FILEM: Senario XX, Estet dan Hantu Bukit Cina
DRAMA: Puteri, Dunia Anita, Pusara Ku Pelamin Ayah, Ingin Terbang Jauh, Biarlah Rahsia, Cinta Rahsia, Rebab Tidak Bertali, Kelab Jeng Jeng dan Persona Rindu

'Ambil tahu' bantu atasi gejala sosial

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

Menjadi suatu kesilapan besar apabila menganggap Islam itu hanya menjurus persoalan ibadat semata-mata. Sedangkan persoalan akhlak merupakan agenda utama agama itu.

Lebih-lebih lagi syaitan dan iblis telah bersumpah dan berjanji di hadapan Allah agar hukuman terhadap mereka ditunda sehingga hari kiamat bagi membolehkan mereka untuk menyesatkan umat manusia.

Maka ini menyebabkan akhlak manusia akan teruk diancam oleh godaan dan bisikan was-was dari makhluk Allah yang ingkar itu.

Begitu pun ancaman dari makhluk ini sebenarnya tidaklah sehebat dari nafsu yang ada dalam diri manusia.

Felo Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (Infad) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Zulkifli Mohamad Albakri berkata, syaitan dan iblis akan menggoda manusia melakukan maksiat seperti zina tetapi yang mengerakkan seseorang dan memilih pasangan untuk diajak berzina itu adalah dorongan hawa nafsu manusia itu sendiri.

Katanya, sebenarnya syaitan adalah golongan yang lemah berbanding nafsu yang pengaruhnya terhadap manusia adalah lebih kuat.

Sebabnya, syaitan akan hanya menggoda manusia dari empat penjuru iaitu kiri, kanan, depan dan belakang. Tetapi tidak dari atas dan bawah.

"Ini kerana kedudukan Allah yang sangat tinggi karamah dan kemuliaan-Nya dan syaitan pula tidak bersifat tinggi manakala jika individu umat Islam itu bersifat kehambaan, tawaduk, rendah diri syaitan tidak mudah untuk menganggu individu seperti itu.

"Kerana itu kita sering menyebutkan mujahadah an-nafs (perangi nafsu) berbanding mujahadah as-syaitan (perangi syaitan)," jelas beliau.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan di Wacana Siri Muhadharah ke 10 anjuran Pusat Pengajian Sains Dakwah, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di ILIM, Bangi baru-baru ini.

Wacana kali ini bertajuk 'Gejala Sosial: Sejauh mana Keprihatinan Ummah?'

Terdahulu dalam ucapan perasmiannya, Pengarah ILIM, Paimuzi Yahya berkata, pelbagai gejala sosial yang kian membarah dalam masyarakat kini adalah sesuatu yang sangat mencemaskan dan menakutkan.

Katanya, macam-macam yang berlaku hari ini dan hampir kesemuanya gejala yang sebelum ini tidak terfikir akan berlaku, terutamanya kes membuang bayi yang malangnya secara majoritinya dilakukan oleh kalangan umat Islam kita sendiri.

"Namun zaman untuk kita saling menuding jari mencari kesalahan dan menghukum orang lain sudah berlalu kerana semua itu tidak dapat mengubah apa-apa kerana yang penting sekarang ini adalah apakah sumbangan kita semua bagi membanteras segala macam gejala sosial yang berlaku itu," katanya.

"Sebaik-baik manusia adalah yang memberikan manfaat kepada orang lain terutama dalam sama-sama menangani kerosakan akhlak yang berlaku dalam masyarakatnya sendiri," katanya.

Sementara itu, Dr. Zulkifli mengajak masyarakat memahami sepenuhnya hakikat mengenai maksiat yang jika tidak dibendung akan menjadi satu sifat yang kuat melekat, sukar untuk ditanggal dan lebih teruk lagi, iaitu sifat maksiat itu suka melahirkan maksiat yang lain.

Pada mulanya kata beliau, seseorang akan rasa bersalah apabila melakukan maksiat, rasa berdosa dan rasa hina tetapi apabila tidak diubati dengan taubat nasuha maka jadilah bagai pepatah Melayu ada mengatakan 'alah bisa tegal biasa'.

"Tidak menjadi apa malah terus menjadi sebahagian dari sifat hidup seseorang itu, suka buat maksiat," katanya.

100 sebatan

Maka tidak menghairankan jika dalam kes menggugur dan membuang bayi secara haram terkadang melibatkan perbuatan yang dilakukan berulang kali tanpa mengenal erti serik dan taubat.

Ini berdasarkan tafsiran terhadap ayat dari surah an-Nur ayat 21: Azzaniyyatu (Penzina perempuan) dan Wazzani (Penzina lelaki) yang dimulakan dengan huruf alif dan lam itu tidak sahaja bermakna perkataan khas tetapi juga bagi menunjukkan perbuatan zina itu telah menjadi sebati dan 'kebiasaan' bagi individu lelaki dan perempuan itu.

Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan 100 sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kamu terhadap mereka berdua mencegah kamu untuk (menjalankan) agama (hukum) Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari kemudian. Dan hendaklah (pelaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman. (an-Nur: 2)

Kata Dr. Zulkifli, tabiat banyak makan dan tidur adalah antara punca nafsu bermaharajalela dalam diri di samping tidak mempunyai identiti Islam yang sejati dengan membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pelbagai budaya yang tidak sihat.

"Namun keruntuhan institusi rumah tangga turut memberi sumbangan terbesar kepada akhlak yang dikuasai oleh nafsu, iaitu sedari dari pemilihan pasangan hidup itu sendiri," tambahnya.

Dr. Zulkifli menaruh harapan agar dikembalikan institusi masjid dan surau kepada peranan yang lebih ampuh dan efektif untuk menangani apa juga permasalahan ummah.

Katanya, sebagai institusi yang penting dalam masyarakat, rumah-rumah ibadat itu perlukan pengisian silibus yang baru dan lebih relevan dengan kehendak dan keperluan kesemua latar belakang masyarakat Islam.

"Ini kerana silibus-silibus masjid yang ada hari ini hanya mesra kepada golongan tua, senja dan renta.

"Ini menyebabkan yang sering mengunjungi masjid yang kita nampak hanya dua golongan sahaja, iaitu sama ada yang paling tua dan yang paling muda, kanak-kanak.

"Mereka yang berada antara golongan tua dan kanak-kanak ini, tidak ada, tidak nampak (mengunjungi masjid).

"Kalau ada pun apabila mereka datang ke masjid, kuliah-kuliah pengajian agama yang berlangsung mengenai dari kitab-kitab lama, maka tidak menjadi daya tarikan kepada golongan muda tersebut," katanya.

Dr. Zulkifli menambah, kawalan perlu terhadap pengaruh-pengaruh media yang turut mencetuskan fenomena kelemahan akal dan lebih memberikan kekuatan kepada nafsu.

"Ini termasuk juga kerap ditayangkan mengenai kisah-kisah hantu pada hari ini, tentu sahaja ia tidak memberikan sebarang faedah terutama yang menontonnya kanak-kanak dan fenomena ini wajar mendapat perhatian semua pihak," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, yang dikendalikan oleh Biro Wanita Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Rosmawati Zainal turut menarik perhatian pendengar dengan berkongsi pengalaman beliau mengendalikan pusat pemulihan terutamanya kepada kalangan yang terjebak dalam gejala mengandung luar nikah di kalangan umat Islam ini.

Namun yang jelas beliau meminta kepada seluruh umat Islam supaya mengambil sikap 'menjaga tepi kain' sebagai antara jalan penyelesaian gejala sosial malah sikap itu sendiri dibenarkan dan digalakkan dalam Islam.

"Apa sahaja perlakuan sumbang yang berlaku di hadapan mata, mesti ditegur tanpa kita perlu rasa bimbang atau was-was.

"Ramai yang bimbang takut diapa-apakan jika cuba bertindak membetulkan keadaan. Tetapi semua itu tidak akan terjadi selagi kita tidak mencuba dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan," katanya.

Sebagaimana pengalaman beliau menegur seorang pemuda yang meraba-raba paha seorang pelajar perempuan yang masih dalam pakaian seragam sekolah di sebuah medan selera.

Perbuatan yang sangat menjolok mata itu sangat menarik perhatian orang lain sehinggalah Rosmawati datang menegur pemuda tersebut.

Tentu sahaja pasangan tersebut tidak mempunyai status hubungan suami isteri namun dengan nada menyindir tetapi penuh keibuan Rosmawati meminta supaya pasangan itu segera bernikah.

Pola maksiat

"Kalau sudah menikah, kamu nak buat apa, tak jadi masalah. Tetapi itu tentunya bukan tujuan saya tetapi dengan pelaku-pelaku maksiat ini kita memerlukan penggunaan bahasa yang berterus terang sahaja dengan mereka, supaya mereka sedar dan akhirnya malu sendiri," katanya.

Rosmawati menasihat ibu bapa supaya mengawasi sepenuhnya perlakuan anak-anak mereka sebelum mereka menyesal di kemudian hari.

"Bukan sahaja kita mesti tahu ke mana anak-anak itu keluar ke mana pergi tetapi ibu bapa perlu menjejaki anak-anak itu bagi memastikan mereka tidak melencong yang rupa-rupanya membuang masa lepak bercampur lelaki perempuan di kompleks-kompleks beli belah," katanya.

Menurut beliau, terdapat pola maksiat yang teruk di kalangan remaja-remaja perempuan yang hamil ini.

Terpedaya janji manis

"Kalau dahulu mereka terjebak dalam perlakuan seks luar nikah akibat terpedaya dengan kata manis dan janji teman lelaki malah tunang mereka sendiri.

"Tetapi kini mereka boleh mendongak langit, sambil membilang jari kerana memikirkan jumlah lelaki yang telah menjadi pasangan seksnya selama ini. Ini bermakna jenayah seks rambang benar-benar menjadi trend mereka kini," katanya.

Raudhatus Sakinah katanya, bukan bertujuan selama-lamanya menjadi alternatif melindungi remaja Islam yang berzina dan hamil.

Katanya, pada tahun 2020, pihaknya berhasrat mencapai maksiat sifar bagi membolehkan semua cawangan Raudhatus Sakinah di seluruh negara ditutup.

"Kita tidak mahu pusat ini sentiasa diperlukan perkhidmatannya bagi setiap kali berlakunya remaja hamil luar nikah seolah-olah zina dibiarkan berterusan.

"Hasrat murni itu sama sekali tidak akan tercapai jika kita mengambil sikap bagaikan enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing, kita tidak bersama dalam membanteras apa juga gejala maksiat ini," katanya.

Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Saingan hebat Vokal Lelaki Terbaik

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

Saban tahun, kategori vokal antara yang menjadi tumpuan dan menarik perhatian ramai sementelah calon-calon yang dipertandingkan bukanlah calang-calang.


Manakan tidak, menerusi kategori ini peminat akan dapat melihat lima calon yang tersenarai di mana kesemua mereka mempunyai kredibiliti dan kemampuan vokal masing-masing.

Bukan itu sahaja, sesuatu yang menarik untuk diperkatakan tentang vokal apabila kita akan dapat melihat calon-calon yang bertanding adalah dari kalangan mereka yang senior atau masih mentah dan hijau sebagai seorang penyanyi.

Begitu juga dengan Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) yang sekali lagi memperlihatkan saingan yang cukup sengit menerusi kategori Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Lagu.

Lima calon yang tersenarai tahun ini ialah Faizal Tahir yang dicalonkan bagi lagu Bencinta, Hazami (Survivor), Jamal Abdillah (Tak Hilang Cinta Di Dunia), Riz (Kehilangan Kamu) dan Vince Chong (Buah Hati).

Sekadar menyingkap sejarah, dahulunya kategori ini dinilai menerusi album yang dilahirkan oleh seseorang artis itu.

Namun, memandangkan industri muzik tempatan kini tidak mampu lagi bergantung kepada penghasilan album, maka pihak penganjur bersetuju untuk menilainya dari penyampaian lagu sahaja.

Tahun lalu, menyaksikan penyanyi serta komposer muda yang semakin meningkat naik, Aizat memenanginya menerusi karyanya sendiri berjudul Lagu Kita.

Siapakah pula yang akan menjulangnya tahun ini dan daripada senarai di atas, pastinya peminat sendiri berasa sukar untuk meramal siapakah yang akan membawa pulang gelaran idaman ramai ini.

Daripada lima calon tersebut, hanya dua daripada mereka yang pernah mengungguli kategori ini iaitu Faizal dan Jamal.

Barangkali ramai yang terlupa, Jamal merupakan pemenang kategori Vokal Lelaki Terbaik AIM yang pertama pada tahun 1994 dan beliau memenanginya menerusi album 15 Tahun Bersama.

Adakah tahun ini rezeki akan berpihak kepada Jamal sekali lagi selepas pernah dicalonkan beberapa kali sebelum ini?

Kehebatan vokal juara Bintang RTM 1979 ini sememangnya tidak perlu disangkal lagi dan sehingga kini, suara emasnya itu tiada tandingan.

Berbekalkan suara azimatnya itulah, menjadikan Jamal satu dalam sejuta dan membuatkannya bertahan selama tiga dekad sebagai penghibur terbilang.

Calon kegemaran

Sementara itu, Faizal juga merupakan salah seorang calon kegemaran untuk mengungguli kategori ini berdasarkan nyanyiannya yang penuh bertenaga menerusi Bencinta.

Sebelum ini, penyanyi dan komposer berusia 31 tahun ini pernah diiktiraf pada tahun 2008 berdasarkan albumnya, Aku.Muzik.Kamu.

Ketika itu, kemampuan vokal Faizal dinilai berdasarkan keseluruhan album tetapi kali ini penilaian juri berdasarkan lagu sahaja.

Lalu, adakah Bencinta sudah cukup kuat untuk menjulang nama Faizal sekali lagi di pentas AIM?

Kalaulah dia menang pada malam itu, Faizal akan menjadi penyanyi lelaki kelima selepas Amy, Anuar Zain, M. Nasir dan Reshmonu yang pernah memenangi kategori ini sebanyak dua kali.

Penyanyi dan komposer berbakat besar bernama Hazami ini juga berpotensi besar untuk memenangi kategori Vokal Lelaki Terbaik tahun ini.

Pernah dicalonkan sebanyak dua kali sebelum ini, tidak mustahil pertaruhan Hazami menerusi album Inggeris pertamanya mampu membawa tuah buat anak seni serba boleh ini.

Teknik nyanyian dan penghayatan Hazami menerusi lagu Survivor sememangnya cukup bagus dan tidak keterlaluan, ia hampir sempurna.

Harus diingatkan sekali lagi, AIM adalah tentang kualiti dan populariti bukanlah faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan seseorang artis itu.

Seandainya Hazami menang pada malam itu, pastinya ia akan meninggalkan momen indah buatnya yang selama ini bagaikan dipandang sepi oleh segelintir pihak.

Apabila nama naib juara Akademi Fantasia musim keenam ini tersenarai sebagai salah seorang calon Vokal Lelaki Terbaik, ramai yang tergamam dan terkejut.

Mungkin kerana ramai tidak menyangka Riz mampu menembusi tembok kebal AIM yang semua sedia maklum begitu sukar membolosinya.

Itulah AIM yang sentiasa penuh dengan kejutan dan siapa sangka, untuk artis baru seperti Riz mampu tercalon sebaris dengan artis senior yang lain.

Mungkin juri melihat keunikan vokal Riz menerusi lagu Kehilangan Kamu lalu sepakat untuk menyenaraikannya dalam kategori ini.

Kalaulah Riz menang, rasanya tidak perlulah untuk dipertikaikan kerana AIM sendiri sudah pernah mencipta sejarah menobatkan mereka yang bukan dari kalangan calon pilihan.

Masih ingat bagaimana Shanon Shah memenangi kategori Vokal Lelaki Terbaik pada tahun 2006 yang telah menimbulkan perdebatan untuk beberapa ketika?

Pertikaian timbul oleh segelintir mereka yang melihat dua calon hebat ketika itu, Hazami dan Jamal yang lebih layak memenanginya daripada Shahon.

Keputusan juri adalah muktamad. Haruskah ia dipertikaikan? Kalau juri rasa artis itu layak diangkat sebagai pemenang, itu adalah keputusan mereka kerana mereka lebih bijak menilai.


Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Mentor 4 janji lebih saingan

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

SETELAH tiga musim bersiaran, rancangan realiti nyanyian yang telah berjaya mengangkat nama Pija, Fiq dan Black di arena seni suara tempatan, Mentor kini kembali untuk musim yang keempat.

Menyemarakkan lagi persada seni tempatan, enam mentor, iaitu Ziana Zain, Dayang Nurfaizah, Joe Flizzow, Mas Idayu, Mus May dan Azmeer dengan satu matlamat mengembangkan bakat protege masing-masing dalam bidang seni suara.

Memulakan sesi perkenalan peserta, konsert pengenalan bakal diadakan pada 2 Mei ini bersiaran langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam.

Antara 3,000 peserta yang hadir ke peringkat uji bakat di seluruh tanah air pada 21 Februari hingga 21 Mac lalu, hanya enam peserta sahaja berjaya diserap ke pertandingan tersebut.

Mereka ialah Nurhadzwani Salleh, 24, (Nani); Haimie Napsun, 19, (Ayim); Ila Damiaa Johar, 21, (Ila); Adi Hamiz Johar, 23, (Adi); Mohd Shabini Ibrahim, 25, (Shaq); dan Ketty Natalia Rasul, 23, (Thalia).

Dengan mengekalkan tiga bahagian format pemarkahan iaitu 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian khidmat pesanan ringkas (SMS), manakala 20 peratus lagi merupakan undian daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar jurusan muzik, wartawan serta golongan semi-profesional dalam bidang muzik.

Seperti musim-musim yang telah lalu, keenam-enam peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan B. Oleh itu, setiap protege berpeluang membuat tiga persembahan mengikut kumpulan masing-masing.

Berdasarkan konsert yang diadakan secara berselang-seli setiap minggu antara kumpulan A dan B, markah daripada tiga persembahan akan digabungkan bagi menentukan dua peserta yang memperoleh markah tertinggi untuk bertarung di peringkat separuh akhir.

Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor 4, Mohamad Sufian Isa memberitahu, sejak rancangan itu diperkenalkan, pemilihan peserta untuk musim kali ini dibuat lebih sistematik memandangkan peserta sendiri menjalani uji bakat berdasarkan penyanyi kegemaran mereka.

"Dengan itu, secara tidak langsung mentor sendiri dapat melihat sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki oleh protege mereka.

"Apa yang kami harapkan, hubungan antara mentor dengan peserta yang berjaya terpilih iaitu Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia akan lebih serasi setelah mengadili sesi saringan penilaian dan uji bakat dari kaca mata mereka (mentor) sendiri," katanya.

Mentor 4 sekali lagi menampilkan pengacara yang tidak asing lagi, Ally Iskandar sebagai hos program dan Jurnal Mentor manakala wartawan sensasi, Nas Ahmad pula bakal mencungkil kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir Mentor 4 pada konsert mingguan.

Antara lain, turut memeriahkan Mentor 4 ialah bekas mentor untuk musim yang ketiga iaitu Ajai yang kali ini bertindak sebagai penasihat vokal manakala Sazlan Mat Adnan sebagai penasihat persembahan dan Faizal Uzir atau Loq-U sebagai pengarah muzik.

Ayu tidak tertekan

Berbanding mentor-mentor lain yang bertanding untuk musim kali ini, Mas Idayu atau lebih mesra disapa Ayu sudah punya pengalaman mendidik protegenya pada musim lalu.

Apatah lagi, bakat Black yang dahulunya menurut Ayu begitu sukar mendapat perhatian ramai berikutan tiada pakej dari segi rupa kini sudah mampu berdiri atas kakinya sendiri.

Tidak mahu menganggap tugasan dalam menggilap bakat anak didik sebagai sesuatu yang mendatangkan tekanan, Ayu sebaliknya menerima amanah yang diberikan seikhlas hati.

"Pada peringkat awal ditawarkan sekali lagi sebagai mentor untuk musim kali ini, saya sebenarnya sudah menolak.

"Sebabnya saya tidak mahu ada sebarang spekulasi atau tanggapan negatif orang ramai terhadap saya yang kononnya sudah menang masih mahu bertanding.

"Bagaimanapun, pihak TV3 sendiri mengharapkan satu lagi kerjasama dengan saya untuk musim kali ini," kata Ayu.

Memilih protege Shaq, mampukah memberi saingan sehebat Black yang berjaya menjuarai pertandingan itu pada musim lalu.?

Namun, bagi penyanyi bertubuh kecil ini, dalam mendidik matlamatnya hanya satu iaitu berkongsi bakat.

"Saya akui tahap keyakinan Shaq amat rendah sebab dia kosong pengalaman dan tidak pernah langsung mencuba untuk memasuki mana-mana pertandingan sebelum ini berbanding Black.

"Bagaimanapun, ada sesuatu dalam diri Shaq yang boleh diketengahkan. Dan saya percaya jika kebolehan seseorang itu bagus dengan sendirinya akan menutupi segala kelemahan yang ada," kata Ayu lagi mengulas tentang protegenya.

Selain mengajar sendiri vokal kepada protegenya, Ayu turut mencari seorang penasihat muzik bagi membantu sesi latihan protegenya dengan iringan piano.

Platform untuk berkongsi pengetahuan - Ziana

Berbanding Ayu, pertama kali berpeluang menjadi mentor tentunya bakal memberi pengalaman baru buat penyanyi bersuara lantang, Ziana Zain ini.

Memilih Thalia, seorang peserta yang juga mempunyai vokal lantang, Ziana bagaimanapun tidak menafikan ada bahagian-bahagian tertentu yang perlu diperbaiki pada diri protegenya.

"Saya memang mencari protege yang mempunyai suara yang lantang.

"Pada sesi uji bakat tidak lama dahulu, memang saya tak nafikan ramai yang berkebolehan menyanyi tetapi nak mencari seperti apa yang saya inginkan memang susah.

"Saya telah carikan guru vokal dan guru tari untuk memantapkan lagi persembahan dan mutu nyanyian Thalia nanti.

"Saya nak mengajar pun agak susah sebab saya sendiri pun belajar sendiri bagaimana cara nak mencuri nafas dan menyampaikan sesebuah lagu," katanya.

Bagi penyanyi yang berasal dari Kuching, Sarawak, Dayang Nurfaizah inilah kali pertama dia berhadapan situasi berkongsi pengetahuan dalam menggilap bakat nyanyian seseorang.

Memilih Adi sebagai protege, kata Dayang, protegenya itu sudah boleh menyanyi cuma yang tinggal perlu memberi tunjuk ajar tentang teknik-teknik tertentu dalam nyanyian.

Biarpun dikatakan seorang yang lemah lembut dan sukar marah, ia bukan halangan kepada pelantun lagu Dayang Sayang Kamu itu dalam berkongsi pengalaman.

"Saya rasa sebagi mentor bukanlah begitu tertumpu pada mengajar menyanyi semata-mata, tetapi bagaimana kita berkongsi pelbagai pengalaman dan cara menyanyi.

"Selain itu, saya akan ajar bagaimana untuk menyeimbangkan stamina serta meningkatkan keyakinan diri protege saya," kata Dayang lagi.

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA

"Pengalaman empat tahun macam 10 tahun"

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

PEMBABITANNYA dalam lapangan seni sebagai penyanyi solo baru hendak menjangkau usia empat tahun.

Tetapi, selama tempoh dia membina dan jenamanya sehingga berjaya meletakkan dirinya di puncak kegemilangan, ia bukan laluan yang mudah.

Kontroversi dan cerita kurang enak tentang dirinya pantas bertebaran di segenap maya sehingga pada satu ketika, namanya hampir tersungkur gara-gara kesilapan dirinya sendiri.

Bahkan, personalitinya itu juga sering mengundang tanggapan negatif apabila ada yang melabelkannya sebagai seorang yang bongkak dan gemar membangga diri.

Tidak cukup dengan itu, Ahmad Faizal Mohd. Tahir atau lebih dikenali dengan nama pentasnya, Faizal Tahir juga dikatakan mudah melenting dan tidak boleh menerima sebarang kritikan yang berbaur negatif dilemparkan kepadanya.

Bertemu dengan anak jati Kuala Lumpur ini dalam satu satu fotografi di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Mega mengambil peluang untuk menyelami dan merungkai isi hati Faizal.

Wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi tidak selesa sebaliknya segala persoalan dijawab dengan tenang dan baik oleh Faizal.

Penyanyi dan komposer berusia 31 tahun ini dengan pantas meningkah cerita negatif tentang dirinya apabila membabitkan tentang kritikan.

Jelas Faizal, dia seorang yang cukup terbuka untuk menerima komen dan kritikan khususnya daripada pihak media kerana itulah yang menjadi tunjang kekuatannya untuk terus berada dalam industri.

Malah, dia juga menafikan dia seorang yang mudah melenting sebaliknya Faizal memberitahu ada kalanya jiwanya mudah tersentuh dan kerana itu dia cepat menjadi emosional.

"Saya juga seperti manusia biasa lain yang mempunyai hati dan perasaan. Apatah lagi, mereka yang berjiwa seni ini naluri mudah tersentuh.

"Tetapi, saya harus akui saya amat memerlukan kritikan yang seimbang kerana saya bimbang jika saya sering mendapat pujian tanpa sebarang kritikan ia boleh membuatkan saya menjadi leka.

"Alhamdulillah, saya memiliki keluarga, isteri, anak-anak, teman rapat dan juga peminat yang sentiasa menyokong serta cepat menyedarkan saya seandainya saya sedikit terpesong dari matlamat asal.

"Saya cukup takut kalau saya menjadi seorang yang lupa diri kerana saya tahu kalau ia menguasai diri saya, tanpa ragu ia pasti akan membawa kerugian besar," luah Faizal yang juga bekas anggota kumpulan nasyid, Mirwana ini penuh jujur.

Anak kepada pasangan Mohd. Tahir Abd. Rahman dan Muzlipah Aishah Pa'wanteh ini juga sedar beberapa insiden yang berlaku dalam hidupnya sebelum ini membuktikan bahawa dia menjadi leka sebentar dengan glamor dan populariti.

"Saya menjadi seronok dan tidak menyangka pula, ia mengundang rasa tidak puas hati kepada masyarakat.

"Mungkin apa yang berlaku, semuanya dalam keadaan saya tidak sedar kerana hanya fikirkan tentang diri saya sahaja tanpa pedulikan tentang orang lain.

"Daripada situ, saya belajar dan cuba memperbaiki kelemahan serta melihat apa yang terbaik perlu saya lakukan demi kebaikan saya," ujar bapa kepada Ahmad Mikaeel Zidane, 5; Siti Raudhah Nur Iman, 3, dan Ahmad Rifa'ie Zidane, setahun ini lagi.

Menjadi seorang artis ternama dan popular seperti Faizal memang beruntung kerana memiliki kelompok peminat yang sentiasa mempertahankan dirinya.

Seorang yang rasional sepertinya, Faizal juga sering kali mengingatkan peminatnya agar jangan terlalu emosional sekiranya ada kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Sebaliknya, apa sahaja berita tentang dirinya yang dipaparkan di media massa perlu dilihat secara positif demi kebaikan karier seninya.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Nur Kasih versi filem

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

TIDAK dinafikan drama bersiri Nur Kasih mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat drama tempatan sehingga rating tontonan mencecah 4.3 juta dan tayangan ulangannya pula mencecah dua juta penonton di TV3.

Itu satu angka yang cukup membanggakan bukan sahaja buat pihak stesen televisyen tetapi juga seluruh pihak yang terlibat dalam menjayakan drama yang diarahkan oleh pengarah terkenal Kabir Bhatia.

Tempias populariti drama tersebut juga dengan pantas mengangkat nama pelakon yang terlibat ke satu aras yang lebih tinggi.

Lihat sahaja nama pelakon Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Ke mana sahaja mereka pergi, kini mereka menjadi kegilaan dan pujaan peminat yang larut dengan watak mereka dalam drama Nur Kasih sebagai Adam dan Nur Amina sehingga mereka berdua dipilih sebagai Pelakon TV Lelaki dan Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular baru-baru ini.

Mengambil kesempatan di atas aura drama dan pelakonnya yang masih panas, penerbit eksekutif produksi Filmscape Sdn. Bhd., Frank Lewis yang menerbit drama tersebut dengan kerjasama pihak Grand Brilliance Sdn. Bhd. bakal menerbitkan Nur Kasih dalam bentuk filem.

Sambutan

Menurut Frank yang ditemui pada majlis ramah mesra bersama produksi Nur Kasih minggu lalu menjelaskan, idea untuk menghasilkan filem Nur Kasih apabila melihat sambutan luar biasa yang diterima drama tersebut.

"Idea untuk buat filem timbul selepas episod ke-26 drama tersebut ditayangkan. Dalam filem, jalan ceritanya berkisar kepada masa depan watak utamanya serta watak-watak yang lain.

"Bagi mengekalkan minat penonton untuk menonton filem ini, kami mengekalkan semua watak yang ada dalam drama tetapi akan ada watak-watak baru yang membuatkan filem ini lebih menarik daripada drama," ujarnya.

Tambahnya, selain barisan pelakon dikekalkan, pihaknya turut mengekalkan krew produksi yang menjayakan drama tersebut termasuklah pengarahnya Kabir Bhatia dan penulis skrip, Mira Mustaffa cuma watak aktres Ummi Nazeera sebagai Siti Sarah tidak akan muncul dalam filem kelak.

"Penggambaran filem akan dimulakan pada penghujung bulan Mei atau awal Jun di Malaysia dan Timur Tengah. Jadual Ummi pula tidak mengizinkan kerana dia kini sedang melanjutkan pelajaran di Australia.

"Watak Siti Sarah lakonan Ummi tidak akan digugurkan dan tidak akan diganti dengan pelakon lain. Penulis skrip akan buat sesuatu dengan watak itu supaya nampak relevan dengan ketiadaan Siti Sarah dalam filem," katanya dengan penuh yakin filem Nur Kasih bakal menarik menonton ke pawagam apabila ditayangkan pada penghujung tahun ini.

Pelakon utamanya Remy Ishak juga cukup teruja dengan filem Nur Kasih. Meskipun masih tidak memperolehi skrip filem, Remy menyatakan dia sudah bersedia seratus peratus untuk melakonkan watak Adam di layar perak.

"Sekarang saya masih sibuk dengan penggambaran drama bersiri Arjuna dan ia akan habis pada hujung bulan ini. Selepas itu saya akan berehat dalam dua hingga tiga minggu sebelum memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembikinan filem Nur Kasih.

"Semasa berehat, saya cuba mencari kembali watak Adam. Sebenarnya watak Adam itu dekat dengan diri saya kerana ada sedikit persamaan dalam kehidupan saya yang sebenar seperti suka menyimpan perasaan dalam diri," ujarnya.

Disoal tidakkah dia berasa tertekan dek harapan tinggi yang diberi kepadanya terutama peminat setia Remy serta drama Nur Kasih. Jawapnya dalam tenang, dia menyerahkan kejayaan filem Nur Kasih pada tangan peminat dan juga rezeki.

"Memanglah harapan semua orang tinggi dalam filem ini begitu juga dengan saya sebagai pelakon. Apa yang saya boleh lakukan adalah buat yang terbaik. Kalau saya fikir sangat nanti saya pening pula.

"Lebih baik saya beri fokus terhadap lakonan. Saya sendiri sudah tidak sabar untuk meneliti skrip daripada Mira kerana bagi saya skrip Mira benar-benar mempunyai kelas yang tersendiri," luahnya lagi yang hanya menumpukan satu kerja pada satu-satu masa.

Melonjak nama


Bagi Tiz Zaqyah pula, dia mengakui sungguh cemas saat mengetahui drama yang melonjakkan namanya itu bakal difilemkan.

Bukan tidak mampu membawakan watak Nur Amina sekali lagi, terang Tiz memandangkan filem Nur Kasih merupakan filem pertamanya, jiwa Tiz kalut buat seketika.

"Jika hendak dibandingkan saya dengan pelakon yang lain dalam drama Nur Kasih, saya satu-satunya pelakon yang tidak pernah berlakon dalam filem.

"Saya tidak ada pengalaman sebab itu saya takut tetapi dalam masa yang sama saya turut bersyukur kerana sokongan peminat drama Nur Kasih menyebabkan saya dapat menimba pengalaman berlakon filem," tuturnya yang sedang hangat dengan drama Asmaradana di TV3.

Jelas Tiz lagi, dia tidak mahu menjanjikan apa-apa buat peminat yang bakal menonton lakonannya dalam filem Nur Kasih kerana bimbang janjinya itu tidak terlaksana.

"Sama seperti pelakon yang lain, saya juga mengharap dan akan beri lakonan yang terbaik. Selepas itu terserah kepada penonton untuk menilai lakonan saya," bicaranya lagi yang sedang cuti sebulan sebelum memulakan penggambaran filem tersebut.

Selain Remy dan Tiz, filem Nur Kasih bakal ditayangkan secara serentak di pawagam seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura pada Disember depan menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datuk Jalaluddin Hassan (Ustaz Hassan), Fizz Fairuz (Aidil), Sharifah Sofea (Katrina) dan Liza Othman (Hajjah Khadijah).

Bukan setakat filem, atas permintaan ramai, set DVD drama Nur Kasih telah dilancarkan serentak dengan waktu tayangan episod terakhir drama tersebut. Set DVD Nur Kasih boleh didapati di semua cawangan Speedy Video seluruh Malaysia dengan harga RM 99 bermula 1 April lalu.

Oleh HARYATI KARIM

Makhluk asing wujud – Hawking

Tuesday, April 27, 2010 0 Komen

Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.

“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.

Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yang dihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untuk mencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendiri habis digunakan.

“Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yang mengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalam jangkauan mereka,” kata Hawking.

Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into the Universe with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang mula disiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.

“Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahaja menjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhluk asing.

“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.

Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.

Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.

Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulan Beatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesej keamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasan Polaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP

Tentang Ayu Damit

Monday, April 26, 2010 0 Komen

Tentang Ayu Damit


# Nama sebenar Ayu ialah Norayu Damit berasal dari Kampung Ketiau, Putatan, Sabah adalah anak sulung daripada lima beradik.

# Sebelum bergelar juara OIAM2, Ayu pernah menyanyi di lounge dan kafe terbuka di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah untuk mencari pendapatan tambahan bagi menampung keluarga.

# Pernah mencuba nasib pada OIAM musim pertama, tetapi namanya gagal membolosi pertandingan itu.

# Sudah berkahwin dengan Syed Fauzi Syed Baharuddin, 23 dan mempunyai seorang anak, Syed Nashrul Haikal.

Lirik Vidi Aldiano – Cemburu Menguras Hati

Monday, April 26, 2010 0 Komen

Vidi Aldiano – Cemburu Menguras Hati Lirik

Tiga hari ku nanti
jawabanmu oh kasih
setiap saat ku harap
ada keajaiban dalam dirimu

* indahnya masa lalu
tergores amarahku
cemburu menguras hati
galau kini menyiksa diri

** kembalilah kau kekasihku

jangan putuskan kau tinggalkan aku
sekalipun sering ku menyakitimu
tapi hanya kaulah pengisi hatiku

reff:

ooo maafkan aku
ooo maafkan egoku
ooo maafkan diriku

repeat *, **

repeat reff [2x]

Lirik Lagu Soulful Corp – Ketika Kau Menyapa

Monday, April 26, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Soulful Corp – Ketika Kau Menyapa

Di sudut hariku
kau datang hadir sentuh hampaku
yang dulu tak pernah ku cari
kini menghampiri

Sinarilah aku mentari
hangatkan relung-relung jiwaku
kini ku sadari oh kasih
kau tercipta untukku

* ketika kau datang
buyarkan jenuhku
senyummu candamu
hangatkan mimpiku

** cinta datang tiba-tiba
cinta adalah anugerah yang kuasa
cinta takkan sia-sia
ketika kau menyapa

di sudut hariku
kau datang hadir sentuh hampaku
yang dulu tak pernah ku cari
kini menghampiri

sinarilah aku oh kasih
hangatkan relung-relung jiwaku
kini ku sadari oh kasih
kau tercipta untukku

repeat *, **
repeat *, **

ketika kau menyapa

Lirik Lagu Aku Terjatuh ST12

Monday, April 26, 2010 0 Komen

Lirik Lagu ST12 – Aku Terjatuh

Aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu
aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu

Ku sadar dirimu tak pernah dalam jiwa
ku bosan menunggu dirimu yang tak bisa

* Aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu (di pelukanmu)
aku terjatuh, aku terjatuh lagi di pelukanmu

reff:
Sudah ku bilang hapus air mata
cinta ku hilang meninggalkanmu
kamu tlah berbeda setengah gila
hidupku terasa terasa mimpi

sudah ku bilang hapus air mata
cinta ku hilang meninggalkanmu
kamu tlah berbeda setengah gila
hidupku terasa terasa hampa

repeat *
repeat reff [2x]

Jaclyn Victor - Ku Tak Bisa Lirik

Monday, April 26, 2010 0 Komen

Ku Tak Bisa Lirik - Jaclyn Victor

Benarkah itu cinta
Cinta yang ku cari
Jika benarlah ia ku bersyukur
Saatku bersamamu
Sungguh ku hargai
Kau penawar segala buatku
Sungguh ku tak menyangka
Ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

(korus)
Ku tak bisa
Melupakan kisah cinta kau dan aku
Ku tak bisa
Menyayangi selain dirimu
Ku tak bisa
Menghadapi hari mendatang tanpamu
Ku tahu ini benar berlaku
Inilah kenyataannya

Ku tabahkan hati ini
Ku mohon padamu
Berikan ku kekuatan mengharunginya
Ini semua terjadi takdir yang menentukan
Ku kuatkan semangat
Untuk meneruskan

Sungguh ku tak menyangka ini semua terjadi
Namun ku rela pemergianmu

(ulang korus)

Aku redha apa yang berlaku
Berikan ku petunjuk
Agar ku sejahtera

(ulang korus)

Ruffedge Mahu bangkit dari kegagalan

Monday, April 26, 2010 0 Komen

Satu ketika dahulu, nama Ruffedge berada di puncak kegemilangan dan menjadi kegilaan peminat.

Terima kasih kepada lagu Tiada Lagi Cinta yang telah membawa kemasyhuran kepada kumpulan yang sudah ditubuhkan lebih sedekad yang lalu.

Kelangsungan daripada lagu tersebut, Ruffedge terus menyambung hayat populariti mereka dengan lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Da' Bomb, Goyang dan Bila Rindu.

Namun, entah di mana silapnya, populariti yang dikecapi mula pudar dan peminat seakan-akan sudah melupakan kumpulan ini.

Mereka bagaikan dipinggirkan dan ramai yang mula mengandaikan kumpulan ini sudah pun menamatkan hayat mereka.

Hakikat sebenarnya, tidak! Mereka masih lagi bernyawa dan jenama Ruffedge sekali-kali tidak akan berkubur.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang anggotanya, Azan Addin Abd. Wahab atau lebih popular dengan panggilan Azan yang memberitahu Ruffedge masih lagi aktif.

Tegas Azan, untuk meletakkan batu nisan kepada kumpulannya dalam waktu terdekat ini, ia tidak mungkin akan berlaku.

Jelasnya, apa yang berlaku Ruffedge tetap bersatu biarpun anggota kumpulannya bersilih ganti.

"Kami sedar nama kami tidak sepanas sewaktu kami mula-mula muncul dulu dan kami menerima hakikat itu.

"Sebenarnya, banyak yang telah kami lalui sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan kami tidak malu akui bahawa kami menjadi lupa diri atas kemasyhuran serta kemewahan yang dinikmati.

"Lalu, apabila semuanya ditarik balik oleh Sang Pencipta dalam sekelip mata, ia telah memberi kesedaran kepada kami bahawa apa yang telah kami lakukan sebelum ini banyak silapnya.

"Kini, kami mahu bangkit semula dan memperjuangkan muzik yang telah menjadi darah daging kami sejak sekian lama," luah Azan mewakili teman-temannya yang lain sewaktu sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Azan, tiga anggota Ruffedge lain yang turut hadir ialah Mohd. Kamaruzaman Zain Abdul Hamid atau Zain; Irwan Iskandar Abidin (Iwan) dan Mior Zulkarnain Mohd. Zamhuri (Nine).

Permainan politik

Tambah Azan lagi, dugaan dan cabaran yang menimpa mereka memang cukup hebat dan ia ditambah lagi dengan pengunduran Cat Farish, Sein dan Amer Munawer yang merupakan anggota kumpulannya.

Namun, dia sedar Allah Maha Berkuasa dan dia ditemukan dengan dua individu yang berbakat besar iaitu Iwan dan Nine yang akhirnya menjadi keluarga Ruffedge.

Dalam masa yang sama juga, Azan yang juga salah seorang pengasas kumpulan Ruffedge ini memberitahu 'kehilangan' mereka dalam industri ada kena-mengena dengan permainan politik syarikat rakaman.

Ceritanya, selepas muncul dengan album Ruffera, mereka sepatutnya melahirkan album baru.

Tetapi, syarikat rakaman mereka ketika itu, EMI bagaikan main tarik-tali dengan mereka sehinggalah peluang itu terus ditutup apabila EMI berkubur.

Tidak menyesali apa yang berlaku, jelas Azan, semuanya dianggap sebagai rencah dan asam garam dalam gelanggang seni yang sememangnya penuh mencabar.

Tahun lalu, Ruffedge muncul dengan empat buah lagu terbaru iaitu Pemuja Dari Jauh, Ke Udara, Jangan Berhenti dan Rintihan Pengemis yang menyaksikan sentuhan berbeza mereka.

Jika dulu, muzik mereka lebih sesuai dan menyentuh muda-mudi sebaya mereka tetapi kini, Ruffedge mahu tampil dengan muzik yang lebih matang seiring dengan usia serta status mereka sebagai seorang suami dan bapa.

Biarpun sudah muncul dengan beberapa buah lagu terbaru, ia masih belum cukup untuk mengukuhkan kedudukan mereka di dalam industri.

Jauh di sudut hati mereka, keinginan untuk merakamkan album masih lagi tebal dan mereka sendiri tidak pernah putus asa untuk mencari peluang.

Mengakui zaman ini penuh mencabar apabila album fizikal semakin disisihkan dan fokus lebih kepada muat turun yang menjadi trend masa kini, Ruffedge enggan cepat menyerah kalah.

Jelas Zain, memang ada beberapa syarikat yang mahu melamar Ruffedge menjadi artis naungan mereka.

Tetapi, sebagai artis berkumpulan yang bertahan lama dalam industri, mereka mahukan sesuatu yang berbeza daripada apa yang pernah diberikan oleh bekas syarikat rakaman mereka.

"Bukan mahu bersikap angkuh tetapi setidak-tidaknya biarlah tawaran itu setimpal dengan bakat serta kesungguhan yang kami perjuangkan menerusi muzik Ruffedge.

"Pun begitu, kami tidak akan berputus asa untuk melahirkan muzik dan lagu terbaru buat peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami," kata Zain yang juga aktif sebagai seorang pelakon.

Sebetulnya, benar juga apa yang diperkatakan Zain itu kerana sehingga kini, tiada sebuah pun kumpulan vokal berharmoni yang mampu kekal di dalam industri.

Rakan seperjuangan mereka, V.E. sudah pun menamatkan perjuangan seni mereka apabila masing-masing kini lebih selesa bergerak solo serta mencuba cabang seni yang lain.

Lantaran itu, apabila nama mereka tersenarai sebagai salah seorang finalis kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) pada 2 Mei ini, mereka hanya bersyukur dan menarik nafas lega.

Kelegaan mereka membawa seribu satu makna yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

Setidak-tidaknya kata mereka, dengan satu pencalonan itu ia diharapkan dapat membuka mata ramai pihak khususnya peminat bahawa mereka tidak pernah berkubur.

Perjuangan mereka masih belum selesai dan banyak lagi yang mahu mereka kecapi sebagai seorang penghibur.

"Kami memang tidak menyangka alunan vokal kami masih lagi mendapat tempat di hati juri yang menghargai bakat kami.

"Ucapan terima kasih juga harus diberikan kepada KRU kerana inisiatif mereka dalam mempromosikan lagu Pemuja Dari Jauh yang akhirnya mendapat pencalonan AIM17.

"Ini adalah perangsang buat kami untuk terus menghasilkan lagu-lagu yang berkualiti demi peminat dan mengubat kekecewaan yang pernah kami alami sebelum ini," jelas Azan dan Zain sewaktu diminta mengulas tentang pencalonan mereka.

Untuk kategori ini, Ruffedge akan ditentang hebat oleh empat calon lain yang tidak sewajarnya dipandang sebelah mata.

Mereka yang dimaksudkan ialah gandingan DJ Fuzz, Malique dan Salam yang mempertaruhkan lagu Cerita Kedai Kopi selain dua kumpulan nasyid popular, Inteam dan Rabbani yang masing-masing dicalonkan menerusi lagu Allahu Rabbi serta Kejora Sinar Zaman.

Dua nama besar industri muzik Nusantara, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti juga tercalon dalam kategori ini menerusi lagu Amarah yang dipetik dari album CTKD.

Nama Ruffedge bukanlah asing di pentas AIM kerana sebelum ini mereka juga pernah dicalonkan pada AIM12 (2005) bagi kategori Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album dan Album Pop Terbaik menerusi album Defined.

Bahkan, nama mereka juga pernah dijulang di pentas AIM pada tahun 2003 apabila memenangi kategori Artis Harapan yang sekali gus membuatkan nama mereka meniti di bibir peminat.

"Kami harus akui AIM telah menganjakkan karier kami ke peringkat yang lebih tinggi dan ia membuatkan masyarakat menerima muzik kami dengan baik.

"Mahu atau tidak, AIM sebenarnya banyak mengubah hidup artis yang menang mahupun sekadar dicalonkan kerana ia membuktikan hasil kerja keras kita diiktiraf.

"Bohong kalau kami kata tidak mahu menang tetapi apabila melihat nama kami dicalonkan tahun ini, ia sudah membuatkan kami teruja," kata Ruffedge yang akan menjadi salah seorang penyampai anugerah AIM17.

Ayu Damit sudah berkahwin

Saturday, April 24, 2010 0 Komen

Kalau tidak bersalah mengapa perlu lari? Itulah persoalan yang berlegar dalam minda wartawan hiburan tempatan mengenangkan tindakan Norayu Damit (Ayu), 21, melarikan diri daripada pihak media usai konsert amal Kau Di Hatiku anjuran Adibah Noor Entertainment di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah gempar, Ayu dikatakan menanggalkan kasutnya, berlari sambil berkaki ayam. Mengapa sampai begitu dan apa rasional dia bersikap demikian? Hanya Ayu saja memahami itu semua. Apa yang jelas, kejadian itu seolah mengiyakan segala desas-desus berhubung pelbagai spekulasi dan khabar angin kurang enak membabitkan dirinya, akhir-akhir ini.

Sebelum ini kehilangan Ayu secara tiba-tiba sememangnya menimbulkan tanda tanya. Ada khabar angin mengatakan Ayu kononnya hamil sebelum berkahwin dan mahu menutup aib keluarga. Kesan daripada tindakan (menghilangkan diri) itu, Ayu dikatakan banyak menyusahkan pihak pengurusan The8Unit dan wakil syarikat rakaman, Monkey Bone apabila jejaknya sering gagal dihidu.

Lantaran daripada pelbagai kenyataan yang dikeluarkan, ia membangkitkan keinginan ramai untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku kepada juara One In A Million (OIAM) bagi musim kedua itu.

Sekian lama membiarkan segala spekulasi berlegar, akhirnya Ayu tampil keluar daripada sarang persembunyian sekali gus menjelaskan segala spekulasi mengenai 'kehilangannya' selama ini.

"Pertemuan pada hari ini selain untuk menyatakan bahawa saya sudah bersedia untuk aktif semula. Kesempatan ini juga digunakan untuk meleraikan segala spekulasi yang pernah diperkatakan sebelum ini. "Saya akui saya sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki. Saya berharap jawapan ini dapat mengakhiri segala persoalan yang timbul. "Kehilangan saya selama ini adalah disebabkan kesibukan menguruskan rumah tangga dan anak saya yang masih kecil," jelas Ayu.

Ayu berkata, tindakannya menyembunyikan perkahwinan daripada pengetahuan umum bukan untuk mencabar mana-mana pihak sebaliknya menghormati permintaan keluarganya serta suami yang enggan perkara itu disensasikan.

"Saya terpaksa mengambil keputusan itu atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak. Sebagai anak, saya perlu menghormati dengan permintaan mereka dan berharap peminat memahaminya.

"Kalau ikutkan hati, memang saya ingin berkongsi kegembiraan saya dengan semua orang perkembangan diri saya sekarang sebagai isteri dan ibu. "Namun atas permintaan keluarga khususnya pihak lelaki yang tidak mahu perkara (perkahwinan) ini dihebahkan saya terpaksa akur. Bagi mereka, cukuplah saya seorang saja yang ke depan dan rasanya wajarlah saya menghormati keputusan mereka.

"Pada hari ini, saya tampil membuat pengakuan kerana saya tidak mahu peminat dan pihak media terus-terusan membuat spekulasi. Lagipun, sudah sampai masanya untuk saya kembali kembali aktif menyanyi," katanya.


Tidak mahu menyatakan secara terperinci bila tarikh perkahwinannya, Ayu menikahi duda beranak dua Syed Fauzi Syed Baharuddin, tahun lalu dan majlis dilangsungkan di Kuala Kangsar, Perak secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak. Hasil perkahwinan itu, pasangan muda ini dikurniakan seorang cahaya mata, Syed Nashrul Haikal.

Ayu menyifatkan Syed Fauzi seorang suami kerana dia seorang yang baik, memahami dan banyak memberi sokongan kepadanya selama ini.

"Saya datang dari kampung dan sememangnya bukan mudah hidup di kota besar ini yang penuh cabaran ini. Saya mengaku pernah terkena kejutan budaya.

"Ketika saya tidak mempunyai sesiapa di sini, dia selalu ada bersama saya. Perkenalan kami cukup singkat sebelum akhirnya mengambil keputusan mendirikan rumah tangga," katanya.

Mengulas dakwaan kononnya kehilangan Ayu itu disebabkan berbadan dua sebelum berkahwin, penyanyi bersuara lantang itu menafikan perkara berkenaan. Pun begitu, dia akui tidak berupaya menutup mulut orang ramai.

Belum sedia untuk mendedahkan identiti suami dan anaknya, Ayu berkata, kesepakatan bersama keluarga masing-masing sudah diputuskan. Malah, Ayu tegar untuk tidak mengheret suami dan anak menjadi tatapan umum.

Popular dengan lagu Hanya Di Mercu, Ayu turut melahirkan kekesalannya kerana banyak menyusahkan pihak pengurusan The8Unit dan syarikat rakaman Monkey Bone sejak kehilangannya itu.

Dia juga memohon maaf diatas tindakannya 'melarikan diri' daripada pihak media usai konsert amal Kau Di Hatiku anjuran Adibah Noor Entertainment di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini.

"Saya merasakan malam itu bukanlah waktu yang sesuai untuk saya memberikan kenyataan kerana tidak mahu cerita peribadi saya menenggelamkan kehebatan majlis anjuran Adibah itu sendiri.

"Kak Adibah sudah bekerja keras dan bertungkus-lumus untuk menganjurkan majlis berkenaan. Justeru wajarlah liputan lebih diberikan kepada majlis itu. Berkenaan saya berlari sambil menanggalkan kasut, saya sebenarnya sakit tumit kerana sudah lama tidak memakai kasut tinggi," katanya.

Berkongsi pengalamannya bergelar ibu, jelas kehadiran Nashrul yang dilahirkan melalui pembedahan mengubati segala lara. Meskipun kekok pada mulanya menguruskan anak, Ayu bersyukur kerana Nashrul tidak banyak ragam.

Kemunculan Ayu dalam sidang media diadakan di pejabat 8TV, Khamis lalu bukan saja untuk menjelaskan kehilangannya tetapi juga menandakan kesediaannya untuk aktif semula dalam nyanyian.

"Selepas agak lama berehat, saya sudah bersedia mental dan fizikal untuk aktif kembali dalam bidang seni. Sekarang ini saya sibuk dengan persiapan untuk menjayakan persembahan di Anugerah Industri Muzik ke 17 (AIM17) yang bakal berlangsung 2 Mei nanti.

"Selain itu, saya akan kembali sibuk merakamkan album kedua yang kini sedang dalam proses mengumpul material. Saya berharap dengan permohonan maaf ini juga semua pihak sudi memaafkan saya sekali gus menerima saya kembali dalam industri," katanya. Pengarah Eksekutif Metropolitan TV Sdn Bhd, Ahmad Izham Omar, yang turut menyaksikan sesi temubual itu berkata, meskipun Ayu pernah menimbulkan masalah kepada pihaknya, mereka sudah pun memaafkan Ayu.

"Kami sayangkan bakat yang ada padanya disebabkan itu kami masih memberikan peluang kepada Ayu. Mengenai tindakan sebelum ini, kami menganggap ia sebahagian daripada pengajaran yang akan mematangkannya," kata Izham sambil disaksikan Pengurus Label Monkey Bone, Edris Adrian dan Ketua The8Unit dan Monkey Bone, Jacynta Au Yong.

Lirik Lagu Merelakan Segala - Maximus

Saturday, April 24, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Merelakan Segala - Maximus

Pandanglah mata ini
Agar kau kan mengerti
Tak terlintas aku untuk menyakiti

Andai mampu ku beri
Sebuah cinta yang abadi
Pada dirimu kan mampu ku beri

Tanpamu diriku keliru
Dan tanpamu tak terjawab cintaku

Jauh di sudut hatiku aku memerlukanmu
Terpaksa aku hapuskannya
Untukku merelakan segala

Pandanglah mata ini
Agar kau kan mengerti
Tak terlintas aku untuk menyakiti

Andai mampu aku beri
Sebuah cinta yang abadi
Pada dirimu kan mampu ku beri

Tanpamu diriku keliru
Dan tanpamu tak terjawab cintaku

Jauh di sudut hatiku aku memerlukanmu
Terpaksa aku hapuskannya
Perit tetap ku mencuba
Ku tahu kau lebih bahagia
Kerna ku hanya mampu berdoa
Untukku merelakan segala

Dan tanpamu diriku keliru
Dan tanpamu tak terjawab cintaku

Jauh di sudut hatiku aku memerlukanmu
Terpaksa aku hapuskannya
Perit tetap ku mencuba
Ku tahu kau lebih bahagia
Kerna ku hanya mampu berdoa
Merelakan segala

Insan Ku Sayang Kini Menghilang – Spin Lirik

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Lirik Insan Ku Sayang Kini Menghilang – Spin

Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama

Tergamaknya kau tinggalkan
Kau biarkan hidupku sepi
Mengapa sayang mengapa katakan

Dahulu hanya diriku
Kau berikan pengharapan
Ku serah cinta yang sepi
Tak pernah ku ragui

Kini ku rayu memujuk hatimu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata
Kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Chorus
Apakah ini suratan takdir
Suka duka kita
Dalam nafas cinta berdua
Insanku sayang kini menghilang
Musnahlah sudah harapan cinta selamanya

Tidakkah kau ingat dulu kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri
Bersaksi rembulan

Ku sangka kau setia
Rupanya engkau berpura-pura
Setelah kasih ku serah
Diriku kau tinggalkan

Kini ku rayu memujuk hatimu
Tidakku terdaya
Lantaran berulang kali kau kata
Kebencian hatimu
Mengapa sayang beginikah akhirnya

Ulang Chorus

Tidakkah kau ingat dulu kenangan bersama
Indah cinta yang kau beri
Bersaksi rembulan

Mengapakah sayang
Engkau sanggup hancurkan
Cinta kita yang dibina bersama

Lirik Lagu Resepi Berkasih – Achik & Nana

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Resepi Berkasih – Achik & Nana

Benarkah cinta
Membawa bahagia
Ceriakan hidup insan
Benarkah katamu
Hidupkan derita
Jika tiada rasa sayang
Tiada kekasih

Cinta yang sejati
Membawa cahaya
Menyinari hidup kita
Tunjukkan setia
Karamkan di jiwa
Tanda bahagia

Dah lama ku tanam kasih
Mengapa orang tak setia
Sabarlah sabarlah sayang
Pasti kan bersemi jua

Dugaan pasti kan mendatang
Walaupun bukan diundang
Hilanglah nikmatnya bercinta
Itu mainan bercinta

Rayu merayu pujuk memujuk
Aku tak tahu aku jemu
Bukan ku mahu gagal bercinta
Tidak ku mahu hidup melara

Saling percaya
Saling mengerti
Hindarilah cemburu buta
Usah prasangka
Hilangkan rajuk
Moga tercapai saat bahagia

Akan ku cuba hidup bahagia
Akan ku tempuh lumrahnya bercinta
Akan ku cuba hidup bahagia
Akan ku tempuh lumrahnya bercinta

Lirik Lagu Achik Spin & Nana - Adat Berkasih

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Achik & Nana - Adat Berkasih

Andai engkau merindu
Pastinya ku renung bulan
Ada apa pada rembulan
Tentunya ada wajahmu
Kiranya ada awan
Pastiku menangis mencarimu

Dulu gurau gurauan
Kini kita bercinta
Memori kasih berkasih
Menjadi resipi kasih

Kekalkan nikmat bercinta
Jangan dinoda lagi
Istana idaman kita
Pasti terbina jua

Anak sembilang di tapak tangan
Orang menjauh kita berangan
Burung merpati terbang sekawan
Orang membisu kita berangan
Berarak mega di kala senja
Orang berkasih bermanja-manja
Adat yang lama jangan dilupa
Jadi pedoman di hari muka

Andai aku lautan
Akan ku jadi pantainya
Bila ku menjadi bintang
Ku terbang menemanimu
Andaiku di gunung salji
Pastiku daki
Bahagia

Benang Emas - Achik dan Nana Lirik

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Benang Emas - Achik dan Nana Lirik

Benang emas benang suasa
Sayang selasih hamba lurutkan
Kerna cinta badan binasa
Kerna sayang diri terbuang
Sampai di sini hubungan kita
Tidak mungkin bertemu kembali

Inilah cerita duka
Aku yang hanya emas sesaga
Tak terbeli cintamu dara
Aku musafir tiada berharta
Aku musafir tiada berharta
Aku musafir tiada berharta

Aku bukan memandang harta
Apa daya ku seorang wanita
Ayah bonda tak restui kita
Semua berakhir di sini saja
Hanyalah di sini saja

Biar ku simpan kenangan lalu
Jadi pelangi penghias senjaku
Apa dayaku kasih terhalang
Terlukalah hati muda yang malang

Kita bersanding di tirai mimpi
Disaksikan pungguk sendu bernyanyi
Andai sejarah ditulis semula
Kita genggam pelamin yang nyata

Aku tak akan lupa
Cerita duka mengguris jiwa
Apa lagi nak ku kata
Andai cinta kita di sini saja
Andai kasih kita di sini saja

Aku bukan memandang harta
Apa daya ku seorang wanita
Ayah bonda tak restui kita
Semua berakhir di sini saja
Hanyalah di sini saja

Aku tak akan lupa
Cerita duka mengguris jiwa
Apa lagi nak ku kata
Andai cinta kita di sini saja
Andai kasih kita di sini saja

Benang emas benang suasa
Sayang selasih hamba lurutkan
Kerna cinta badan binasa
Kerna sayang diri terbuang
Sampai di sini hubungan kita
Tidak mungkin bertemu kembali

Benang emas benang suasa
Sayang selasih hamba lurutkan
Kerna cinta badan binasa
Kerna sayang diri terbuang
Sampai di sini hubungan kita
Tidak mungkin bertemu kembali

Lirik Lagu Rahsiaku Milikmu – Siti Nurhaliza

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Rahsiaku Milikmu – Siti Nurhaliza
Sekian lamanya ku tunggu
Bersabar berdoa agar dia berlaku
Ko pohon selalu arahmu

Chorus

Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Telah ku curahkan kasihku padamu
Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Rahsiaku kini milikmu
Kini milikmu percayalah

Lembutnya membelai wajahku
Jadi indah melakarkan senyuman di bibirku
Impian telah aku temu

Ulang Chorus

Hanya satu yang ku ingini
Tetapkanlah di dalam hati
Mensyukuri kurniaan Illahi
Bila kau perlu aku nanti
Ku kan terus setia di sini
Menemani dikau sepenuh hati
Percayalah

Ulang Chorus

Rahsiaku kini milikmu

Siti Nurhaliza - Rahsiaku Milikmu Lirik

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Lirik Lagu Rahsiaku Milikmu – Siti Nurhaliza

Sekian lamanya ku tunggu
Bersabar berdoa agar dia berlaku
Ko pohon selalu arahmu

Chorus
Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Telah ku curahkan kasihku padamu
Percayalah segala yang ku berikan tiada bandingan
Rahsiaku kini milikmu
Kini milikmu percayalah

Lembutnya membelai wajahku
Jadi indah melakarkan senyuman di bibirku
Impian telah aku temu

Ulang Chorus

Hanya satu yang ku ingini
Tetapkanlah di dalam hati
Mensyukuri kurniaan Illahi
Bila kau perlu aku nanti
Ku kan terus setia di sini
Menemani dikau sepenuh hati
Percayalah

Ulang Chorus

Rahsiaku kini milikmu

The Overtime - Dansa Hati Lirik

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

The Overtime - Dansa Hati Lirik

Kau sangkakan aku lemah
Apakah mata kau buta
Kau katakan aku gila
Adakah itu benar belaka

(bridge)
Salahkah aku
Terus menghibur

(korus)
Kini ku menyanyi dengan semua kata-kata hati
Yang ku karang
Dengan kejujuran dan ketulusan
Dansa hati yang ku cipta
Segala masalah dilupakan

Takkan pernah kau membantu
Untuk mancapai impianku
Kini ku harungi sendiri
Akan ku terbang tinggi ke langit

(ulang bridge and korus)

Kini ku menyanyi berdiri di sini
Jejaki naluri diriku yang pasti
Mengukir sebuah khalayan dunia
Mencuba jejaki takdirku yang indah

Diriku dirimu tak akan serupa
Cara ku caramu tak ada yang kena
Lupakan semua

(ulang korus)

IRM usaha kumpul barangan terpakai

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Melihat kepada Islam tidak sukakan pembaziran, Islamic Relief Malaysia (IRM) merencanakan program bagi individu yang berminat mendermakan barangan terpakai milik peribadi untuk tujuan amal.

Usaha murni itu secara tidak langsung dapat mengelakkan pembaziran dan menyumbang kepada ganjaran pahala.

Konsep yang diamalkan oleh IRM bukanlah perkara baru dalam masyarakat kita. Namun pendedahan dan penerimaan masyarakat tempatan masih kurang berbanding masyarakat di Eropah di mana konsep ini telah guna pakai dalam kehidupan seharian seperti di rangkaian Islamic Relief di United Kingdom (UK).

Di UK, Islamic Relief telah bergerak aktif menjalankan aktiviti mengumpul barangan terpakai ini sejak 20 tahun lalu. Barangan ini dikumpul hasil sumbangan orang ramai yang prihatin melalui masjid, pusat komuniti , sekolah dan juga peti kutipan yang disediakan di tempat strategik di tempat awam.

Lebih menarik, barang-barang yang dikumpulkan itu akan dihantar ke pusat atau gudang saringan Islamic Relief yang terletak di Birmingham. Ia bagi proses penyaringan dan juga proses pembersihan yang akan dilakukan oleh para sukarelawan.

Hakikatnya, aktiviti sedemikian bukan sahaja dapat membantu menyelamatkan alam sekitar, ia juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat serta membantu masyarakat yang susah di seluruh dunia.

Hasil daripada pakaian yang disaring itu, 40 peratus boleh dipakai semula, 15 peratus akan dikitar semula bagi dijadikan pakaian baru, 15 peratus dijadikan kekabu bantal dan peralatan rumah lain, 20 peratus dijadikan kain pengelap manakala baki 10 peratus adalah yang tidak boleh dipakai langsung.

Pakaian yang telah dibersihkan dan disaring akan dihantar ke beberapa cawangan kedai Islamic Relief UK yang menjalankan aktiviti khusus menjual barangan terpakai. Ada juga pakaian yang dihantar ke negara-negara miskin atau negara-negara yang mengalami bencana alam seperti Aceh yang dilanda tsunami pada tahun 2004.

Realitinya, konsep Islamic Relief UK adalah jauh berbeza daripada konsep yang dilaksanakan oleh IRM. Ini kerana faktor kesesuaian penggunaan sistem yang dijalankan dan juga faktor skala yang dipraktikkan jauh lebih kecil berbanding di UK.

Di Malaysia, program unik yang menghimpunkan barang-barang terpakai dari seluruh negara dijalankan secara berperingkat dan bermusim. Pada kebiasaannya, kesemua barangan yang dikumpul akan disaring dan akan dijual semula kepada orang ramai.

Hasil jualan akan digunakan untuk projek kebajikan IRM.

Pada 12 April lalu, IRM dengan kerjasama KL StarRail Sdn. Bhd. menganjurkan program 'Jualan Barangan Terpakai Untuk Kebajikan' di Stesen Monorel Hang Tuah, Kuala Lumpur.

Melalui program itu, IRM menyediakan platform kepada masyarakat Malaysia yang prihatin mendermakan barangan terpakai. Ia untuk dijual semula dan hasil jualan itu akan digunakan untuk projek Perpustakaan Rumah Anak Yatim. Ia berlangsung mulai 12 hingga 16 April.

Usaha murni ini mendapat sokongan dan kerjasama KL StarRail Sdn. Bhd di bawah program 'KL Star Rail Kami Prihatin'.

Ketua Pemasaran & Pembangunan Perniagaan KL StarRail, Elzak Shafarrino Mohamed Anuar berkata, progarm itu adalah sejajar dengan moto 'Kami Prihatin'.

Katanya, KL StarRail sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab sosial bagi memastikan kebajikan pekerja, pemegang saham, rakan korporat dan masyarakat sentiasa terjaga.

"Program-program kebajikan juga sentiasa dijalankan secara berterusan melalui kerjasama dengan pelbagai pihak di dalam usaha untuk memenuhi tanggungjawab ini," katanya.

Melalui program yang istimewa ini, pelbagai barangan terpakai seperti pakaian, barang perhiasan, buku-buku dan lain-lain peralatan dijual pada harga serendah RM2.

Ajai dapat anak perempuan

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Komposer dan penyanyi terkenal, Ajai dikurniakan seorang anak perempuan hasil perkahwinan keduanya dengan Norliza Mohamad Ilias di sini semalam.


Bayi yang diberi nama Danisha itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.9 kilogram pada pukul 5.10 petang di Pusat Perubatan Roopi, Jalan Ipoh di sini.

Menurut Ajai atau nama sebenarnya Faizal Maas, 35, yang sentiasa berada di sisi isterinya, bayinya dilahirkan dua minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana anak perempuan kedua saya ini lahir dengan selamat dan sihat. Saya terlalu gembira dan teruja, tidak tahu hendak digambarkan perasaan saya ketika ini," ujarnya.

Keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diketahui jam 11 malam - SPR

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Keputusan pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dijangka diketahui pada pukul 11 malam, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada pelbagai faktor termasuk kesemua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan mengikut jadual iaitu pada jam 9 malam.

"Sekiranya kesemua 136 peti undi tiba di pusat pengiraan pada 9 malam, maka kita jangka dapat umumkan keputusan pada jam 11 malam. Tetapi kita tak dapat pastikan sebab mungkin akan berlaku pengiraan semula undi di pusat pengiraan undi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Wan Omar berkata, undi pos untuk pilihan raya kecil itu juga telah diagihkan kepada pasukan polis dan tentera dan mereka yang terlibat akan mengundi pada esok dan Jumaat ini.


Proses membuang undi pos akan dijalankan di ibu pejabat polis daerah dan kem tentera di Kuala Kubu Bahru, katanya.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional P. Kamalanathan dan Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat.

Wan Omar turut merayu kepada semua pihak agar menghormati pihak penguat kuasa SPR memandangkan banyak aduan diterima membabitkan pekerja-pekerja pilihan raya daripada parti yang bertanding tidak mendengar arahan SPR.

"Ini sebenarnya satu kesalahan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya," katanya yang menasihatkan kesemua pihak agar mematuhi peraturan pilihan raya.


-Bernama

Pilihanraya Hulu Selangor ujian genting untuk konsep 1Malaysia

Thursday, April 22, 2010 0 Komen

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini bakal menjadi medan ujian bagi mengukur penerimaan rakyat terhadap konsep 1Malaysia yang mengutamakan perpaduan nasional.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang berkata pilihan raya itu akan menentukan sama ada pengundi di Hulu Selangor benar-benar mahu konsep itu diterjemahkan dalam kehidupan mereka atau sebaliknya.

"Saya tetap yakin pengundi di Parlimen Hulu Selangor bukan setakat memahami konsep IMalaysia, malah tidak akan memberi peluang lagi kepada parti pembangkang untuk menjadi wakil rakyat mereka," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Yang Dipertua Negeri pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini hari ini.

Karim berharap Barisan Nasional (BN) akan kembali merampas kerusi Parlimen Hulu Selangor, sekali gus membuktikan kepada seluruh rakyat negara ini bahawa konsep 1Malaysia mampu menjadi landasan utama pembentukan masyarakat lebih bersatu padu dan bertoleransi demi kemajuan negara yang berkekalan.

"Kita sememangnya berkongsi pandangan, hasrat dan cita-cita untuk melihat masyarakat pelbagai kaum di negara ini mempunyai satu cita-cita iaitu menjadi masyarakat yang saling menghormati antara satu sama lain sambil tidak mengabaikan apa-apa yang sudah dipersetujui dalam Perlembagaan Negara," katanya.

Mengenai pembangunan, Karim menyokong ucapan dasar Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadsah Abdullah yang mengingatkan kerajaan negeri supaya menilai semula pencapaian sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan mengkaji segala kekuatan dimiliki selain mengenal pasti ruang yang boleh ditambah baik.

Beliau berkata pesanan itu wajar dan tepat pada masanya terutama dalam memantapkan pelaksanaan RMK-10, sekaligus memberi laluan kepada negara mencapai hasrat bergelar negara maju menjelang 2020.

Katanya, walaupun RMK-9 menyaksikan negara berdepan krisis kewangan global, rakyat Sabah berada dalam kelompok bertuah kerana mencatatkan pelaburan baru berjumlah RM15.6 bilion antara tahun 2006 dan 2009, dengan sebahagian besarnya tertumpu pada sektor harta tanah, insuran dan pembinaan.

Sementara itu, Karim mencadangkan agar penggunaan bot 'pump' diharamkan di perairan Sabah bagi membantu usaha kerajaan membanteras kegiatan penyeludupan, mengebom ikan dan jenayah lain yang dilakukan dengan menggunakan bot itu.-Bernama

Pelakon remaja Barat berpendapatan paling lumayan

Wednesday, April 21, 2010 0 Komen

Remaja siri filem Harry Potter mengetuai senarai kumpulan paling berjaya dalam industri lakonan.

Daniel Radcliffe
Tarikh Lahir: 23 Julai 1989
Asal: Hammersmith, London
Emma Watson
Tarikh Lahir: 15 April 1990
Asal: Paris, Perancis
Rupert Grint
Tarikh Lahir: 24 Ogos 1988

Asal: Harlow, Essex
Kutipan karier: AS$4.4 bilion (RM14.1b)

Daripada enam filem dalam siri itu, Filem Harry Potter and the Prisoner of Azkaban mencatat kutipan paling rendah, tetapi masih mencatatkan jualan tiket berjumlah AS$800 juta (RM2.6 bilion). Buku terakhir dibahagikan kepada dua filem yang akan ditayangkan di pawagam pada musim luruh tahun ini dan musim panas tahun depan.


Dakota Fanning
Tarikh Lahir: 23 Februari 1994
Asal: Conyers, Georgia
Kutipan karier: AS$2 bilion (RM6.4b)

REMAJA berusia 16 tahun ini mula berlakon sebagai anak aktor Sean Penn dalam filem I Am Sam pada 2001. Pada 2007, dia berdepan dengan kontroversi dalam filem Hounddog yang kemudian dikenali sebagai filem rogol Dakota. Namun, pelbagai pihak memuji lakonan mantapnya sebagai penyanyi rock remaja dalam filem The Runaways.

Kristin Stewart
Tarikh Lahir: 9 April 1990
Asal: Los Angeles, California
Kutipan karier: $1.5 bilion (RM4.8b)

KRISTIN terkenal hasil lakonan mantapnya sebagai Bella Swan dalam filem Twilight. Dia mula berlakon sejak 2002 dalam filem Panic Room arahan David Fincher bersama aktres Jodie Foster. Selepas ini dia akan muncul bersama Dakota dalam filem The Runaways.

Taylor Lautner
Tarikh Lahir: 11Februari 1992
Asal: Grand Rapids, Michigan
Kutipan karier: AS$900 juta (RM2.9b)

NAMA Lautner dikenali ramai selepas membawa watak lelaki serigala jadian, Jacob dalam filem New Moon. Dia kini antara remaja paling laris di Hollywood. Bintang muda ini bakal membintangi dua filem, Max Steel diterbitkan Paramount dan Stretch Armstrong. Dia dilapor memperoleh bayaran AS$7.5 juta (RM24 juta) untuk setiap filem.



Abigail Breslin
Tarikh Lahir: 14 April 1996
Asal: New York
Kutipan karier: AS$516 juta (RM1.65b)

AKTRES berusia 13 tahun ini terkenal dengan lakonan mencuit hati ramai dalam filem Little Miss Sunshine pada 2006. Abigail membawa watak Olive dan sejak itu namanya dilihat bakal menyinar di Hollywood. Hingga kini Abigail sudah berlakon dalam lapan filem sejak muncul dalam filem Signs lapan tahun lalu.

Michael Cera
Tarikh Lahir: 7 Jun 1988
Asal: Brampton, Ontario, Kanada
Kutipan karier: AS$513 juta (RM1.64b)

KARIER Cera dalam dunia lakonan bermula dengan siri televisyen, Arrested Development. Lakonannya sebagai anak lelaki Jason Bateman, George Michael memikat penerbit filem dan sejak itu dia membintangi filem box office, seperti Juno dan Superbad. Khabar angin bertiup kencang menyatakan Cera akan membawa watak Gilligan dalam filem terbaru yang diadaptasi daripada siri televisyen popular 1970-an itu.

Emma Stone
Tarikh Lahir: 6 November 1988
Asal: Scottsdale, Arizona
Kutipan karier: AS$350 juta (RM1.12b)

EMMA berjaya memegang watak gadis remaja yang matang dalam filem Superbad. Tahun lalu dia berlakon di samping Woody Harrelson dalam filem Zombieland yang mencipta kejutan di pasaran. Filem itu memperoleh kutipan tiket AS$102 juta (RM326.3 juta) dan lakonannya berjaya meletakkan namanya di antara lapan aktres remaja terbaik di majalah Vanity Fair.

Miley Cyrus
Tarikh Lahir: 23 November 1992
Asal: Nashville, Tennessee
Kutipan karier: AS$226 juta (RM723j)

AKTRES remaja ini belum mampu keluar daripada kepompong watak Hannah Montana yang dibawanya tapi pada masa sama mengambil kesempatan terhadap populariti itu. Dua filem Hannah Montana lakonannya mengaut kutipan tiket AS$226 juta (RM723 juta). Filem terbarunya, The Last Song bakal menjadi pentas buat Miley membuktikan bakatnya.
19xxrema8

Saoirse Ronan
Tarikh Lahir: 12 April 1994
Asal: New York
Kutipan karier: AS$191 juta (RM611j)

SAOIRSE dicalonkan untuk anugerah Oscar pada 2007 hasil lakonan mantapnya dalam filem Atonement ketika usianya baru mencecah 13 tahun. Bakatnya berjaya memikat pengarah terkenal, Peter Jackson yang mengambilnya berlakon dalam filem arahannya, The Lovely Bones pada musim sejuk lalu. Filem itu gagal cemerlang di anugerah Oscar seperti diharapkan dan The Lovely Bones hanya memperoleh kutipan tiket AS$62 juta (RM198.3 juta).
19xxrema9

Emma Roberts
Tarikh Lahir: 10 Februari 1991
Asal: Rhinebeck, New York
Kutipan karier: AS$127 juta (RM406j)

MESKIPUN Emma adalah anak saudara bintang Hollywood, Julia Roberts, dia bagaimanapun memiliki kelebihan tersendiri untuk menjadi bintang remaja. Filem lakonannya, Hotel for Dogs tahun lalu mengaut kutipan tiket memberangsangkan, AS$73 juta (RM233.5 juta). Kini, dia bakal tampil dalam beberapa filem lagi, termasuk filem seram What's Wrong With Virginia yang turut dibintangi Jennifer Connelly.

Album Apresiasi Saida - Saerah

Wednesday, April 21, 2010 0 Komen

Lama mereka berdua menantikan saat-saat manis seperti ini. Jika sebelum ini mereka hanya menumpang bangga melihat darah daging sendiri menempa nama di persada seni tanah air, kini giliran mereka untuk merasai suasana seperti itu.

Tertunai juga impian Saida dan Sairah untuk bergelar penyanyi meskipun ada yang menyifatkan tindakan mereka untuk berada di arena hiburan adalah sia-sia dan tidak akan ke membawa mereka ke mana-mana hanya kerana mempunyai seorang adik dan juga kakak yang turut berkecimpung dalam bidang yang serupa.


Bukan lagi rahsia malah sudah terang lagi bersuluh bahawa dua bakat baru iaitu Saida dan Saerah mempunyai pertalian darah dengan penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza. Dan dek kerana pertalian darah itulah membuatkan ramai yang agak skeptikal dengan bakat mereka berdua sehingga sanggup membandingkannya dengan penyanyi yang baru saja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 4 April lalu.

Mengakui laluan mereka untuk menjadi penyanyi tidak semudah yang di sangka, Saida memohon kepada mereka di luar sana supaya memberi peluang untuk mereka mengetengahkan bakat yang ada dalam diri tanpa perlu membandingkannya dengan Siti.

"Saya akui memang bukan mudah apabila ramai yang mengetahui kami adik beradik. Pasti akan ada yang cuba membandingkan kami. Jadi, pinta Saida kepada mereka di luar sana, jangan tengok Siti, tapi pandanglah bakat yang Saida ada ini biarpun Saida tahu ia adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan," luah Saida mohon pengertian.

Biarpun muncul di persada seni agak lewat iaitu selepas mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, namun menurut penyanyi yang pernah bergelar pelajar AF6 ini itu bukanlah halangan untuknya mencapai impiannya bergelar penyanyi.

"Ini adalah momen paling manis dalam hidup Saida apabila berjaya tampil dengan sebuah album selepas hampir dua tahun Saida keluar dari Akademi Fantasia. Biarpun sekadar berkongsi album dengan Sairah tetapi Saida puas hati kerana Saida sudah mencurahkan sepenuh usaha Saida dalam album ini.



"Biarpun sudah bergelar isteri namun Saida tak rasakan yang Saida sebenarnya agak lewat untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya memang serius untuk bergelar penyanyi kerana itulah cita-cita Saida sejak dulu lagi. Sekali Saida sudah melangkah, Saida tidak akan menoleh lagi," kata ibu kepada tiga cahaya mata ini ketika ditemui pada majlis pelancaran album Apresiasi dan sambutan ulang tahun ke-15 Datuk Siti Nurhaliza dalam bidang seni yang berlangsung di Penthouse, Suite 4, Cattleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Shah Alam malam Jumaat lalu.

Justeru, walaupun sesibuk mana pun Saida mengejar impian untuk bergelar penyanyi namun tanggungjawabnya sebagai ibu dan isteri tidak pernah diabaikannya.

"Tugas harian berjalan seperti biasa. Kalau ada undangan persembahan, Saida akan bawa bersama anak-anak Saida bersama. Mujurlah suami Saida juga amat memahami dan turut membantu Saida dalam pelbagai perkara," kata Saida yang semakin yakin berbanding dulu.

Dalam album ini juga terselit sebuah lagu yang didedikasikan khas buat arwah bapa mereka yang meninggal dunia Februari tahun lalu. Lagu ciptaan Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad itu diberi judul Kini Dikau Jauh.

"Pada mulanya hanya kami bertiga saja yang sepatutnya merakamkan lagu itu. Tetapi apabila sampai di studio, emak hendak kami berlima merakamkannya. Jadi itulah sebabnya abang Ayie dan adik saya Ali turut serta merakamkan lagu ini.

"Ia satu pengalaman menyeronokkan kerana kami adik beradik dapat muncul dalam sebuah album walaupun hanya untuk merakamkan sebuah lagu," cerita Saida lagi.
Seperti juga Saida, album ini adalah lambang kejayaan buat Sairah yang memang bercita-cita untuk bergelar penyanyi.

"Ini memang sesuatu yang Sairah idamkan sejak dulu lagi. Memang ini yang Sairah mahukan dan alhamdulillah, Tuhan makbulkan permintaan Sairah. Kehadiran album ini adalah satu kepuasan buat Sairah.

"Jadi Sairah harap peminat yang selama ini bertanyakan di mana album Sairah, inilah hasilnya dan Sairah juga berharap peminat dapat menerima kehadiran album ini dan menyukainya," katanya yang muncul dengan single pertama berjudul Hero Wayang.

Biarpun teruja apabila album yang dinantikan itu akhirnya berada di pasaran, namun pada masa yang sama perasaan berdebar tetap wujud di dalam hati.

"Album ini juga ibarat satu pertaruhan kami dalam bidang seni. Jika ia mendapat sambutan hangat, label kami Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn Bhd tidak teragak-agak untuk menghasilkan album solo penuh untuk kami berdua," katanya sambil mengakui berdebar menunggu reaksi peminat terhadap album itu.
Album ini memuatkan enam buah lagu termasuk album duet Sairah dan Saida berjudul Tinta Bukan Luka.

Idam album Inggeris, konsert tradisional

TURUT berkongsi kegembiraan malam itu adalah Siti yang mengambil kesempatan untuk meraikan hari bersejarahnya itu dengan mereka yang selama ini menjadi tulang belakang kerjaya seninya seperti keluarga, penaja, komposer, penulis lirik, media dan juga peminat. Satu demi satu visual perjalanan seni Siti sepanjang 15 tahun bergelar anak seni dipertontonkan kepada tetamu.

Semua itu mengimbas memori manis buat penyanyi berdagu lekuk ini. Siapa sangka dari seorang anak kampung yang bukan sesiapa, kini nama Siti terus terpahat sebagai penyanyi nombor satu negara. Sepanjang pembabitan Siti dalam bidang ini, apa saja yang tidak dilakukannya. Bukan saja konsert di dalam negara, malah penyanyi ini pernah melakar sejarah apabila menjadi penyanyi Malaysia pertama membuat konsert di Royal Albert Hall, April empat tahun lalu.

Pun begitu, masih ada impian yang diinginkan penyanyi ini yang sehingga kini masih belum menjadi kenyataan.

"Siti menyimpan hasrat untuk merakamkan album Inggeris dan juga mengadakan sebuah konsert tradisional. Itulah impian Siti yang masih belum tertunai,"kata Siti ketika ditemui sejurus selepas acara itu berakhir.

Mengulas desas-desus yang mengatakan dia akan berehat seketika dalam bidang seni mulai pertengahan tahun ini, Siti berkata perkara itu dilakukan kerana mahu menumpukan perhatian dalam bidang bisnes kecantikan yang baru dijalankannya itu.

"Memang Siti akan berehat tetapi ia disebabkan Siti mahu tumpukan perhatian terhadap bisnes SimplySiti yang baru saja dilancarkan itu. Maklum sajalah, projek baru jadi Siti kena memberikan komitmen sepenuhnya terhadap perniagaan ini. Bagaimanapun, bukanlah bermakna Siti meninggalkan terus bidang nyanyian. Jika ada kesempatan, Siti tetap akan muncul dalam mana-mana persembahan," kata Siti yang bakal muncul bersama Krisdayanti untuk persembahan Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 27 dan 28 April ini.

Ditanya apakah peluangnya untuk mempertahankan gelaran Persembahan Vokal Terbaik Wanita menerusi AIM ke-17 yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) 2 Mei depan, Siti seperti biasa menyerahkan perkara itu kepada juri yang bertugas.

"Mempunyai dua album dicalonkan untuk tahun ini termasuk album duet CTKD, itu sudah cukup membanggakan Siti. Bagi Siti kekalahan atau kemenangan, Siti tetap gembira kerana pencalonan album itu ibarat sejarah peribadi buat Siti," katanya yang juga akan membuat persembahan pada malam kemuncak itu.

Oleh Farihad Shalla Mahmud

 

ZONFINITI