Keluarga Din Beramboi pindah rumah

Saturday, April 17, 2010

Keluarga arwah Din Beramboi atau nama sebenarnya, Mior Ahmad Fuad Mior Badri mengambil keputusan untuk berpindah dari rumah lama mereka di Taman Sentosa, Sungai Buaya, Kuala Kubu Bharu ke rumah ibunya di Taman Ehsan, Kepong di sini.


Menurut balu Din Beramboi, Suhaini Che' Man, 42, dia mengambil keputusan untuk menetap di rumah ibunya, Saenah Abdullah, 59, kerana bimbang kejadian pecah rumah yang berlaku di rumah lamanya di Sungai Buaya berulang.

Beliau yang tinggal di Taman Ehsan sejak suaminya meninggal dunia pada 2 April lalu memberitahu, kawasan rumah lama mereka di Sungai Buaya sering berlaku kes seumpama itu.

Oleh AFIFI HAFIZ MOHD. NOR

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI