Sudah tiga musim program realiti televisyen terbitan TV3, Mentor, bersiaran. Sepanjang tiga musim juga, program tersebut telah melahirkan banyak muka baru dalam persada seni tanah air termasuklah juara musim lalu, Black, yang telah menggondol pelbagai pengiktirafan.
Memasuki musim keempat, Mentor kini disifatkan lebih sistematik dan memuaskan dari segi pemilihan pesertanya.
Ini kerana, para pesertanya boleh memilih penyanyi kegemaran mereka sebagai mentor. Para pendidik musim terbaru ini Jeo Flizzow, Mas Idayu, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer dan Mus May pula berhak memilih protege masing-masing.
"Mentor mereka boleh menilai sendiri sejauh mana kebolehan dan kualiti yang dimiliki peserta itu memandangkan mereka yang akan bertanggungjawab untuk mengasah bakat protege pilihan mereka.
"Jadi dengan pemilihan bakat-bakat baru seperti Nani, Ayim, Ila, Shaq, Adi dan Thalia, kami berharap agar hubungan antara mentor dan protege akan lebih serasi. Ini kerana pemilihan yang dibuat adalah atas dasar penilaian sendiri," kata Pengarah Mentor, Mohamad Sufian Isa ketika ditemui pada sidang media memperkenal peserta program tersebut.
Mereka yang terpilih ialah Ila (Joe Flizzow), Shaq (Mas Idayu), Adi (Dayang Nurfaizah), Thalia (Ziana Zain), Nani (Azmeer) dan Ayim (Mus May).
Menjadi pilihan kepada mentor masing-masing, Shaq, Thalia, Nani, Ayim serta adik-beradik Ila dan Adi telah melalui pelbagai cabaran dan kesukaran semasa sesi uji bakat.
Menurut Joe, Ila atau nama sebenarnya, Ila Damiaa Johar, 21, yang berasal dari Sarawak menarik perhatiannya kerana mememiliki vokal yang baik. Selain daripada itu, sikap berdisiplin juga menjadi keutamaan Joe.
"Bagi saya Ila mempunyai ciri-ciri yang saya cari terutama dari segi suara. Saya akan mengasah bakat Ila dan yakin dia akan menyinar. Ila juga boleh membawa lagu orang lain dengan gaya tersendiri," kata Joe.
Bagi Dayang, dia yang memilih Adi Hamiz Johar, 23, atau dikenali dengan sebagai Adi juga atas kehebatan suaranya. Maka, Dayang tidak akan melakukan banyak perancangan untuk anak didiknya itu.
"Bakatnya perlu diasah lagi tapi Adi mempunyai bakat besar. Saya juga akan berkongsi pengalaman dan menurunkan ilmu terutama semasa membuat persembahan yang boleh dipakai ketika dia bertanding kelak," jelasnya.
Mas Idayu yang merupakan mentor kepada juara musim ketiga, Black, memberitahu dia pada mulanya agak sukar untuk memilih protege. Namun, kredibiliti Mohd. Shabini Ibrahim atau Shaq dari Kota Bharu, Kelantan telah mencuit hatinya.
"Ada sesuatu dalam persembahan Shaq yang membuatkan saya kagum lalu memilih dia sebagai protege saya," ujarnya.
Ingin ketahui siapa bakal membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000? Ikuti konsert mingguannya pada setiap Ahad bermula 2 Mei ini, pukul 9 malam di TV3.
Oleh AFIFI HAFIZ MOHD NOR
Mentor lebih sistematik
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Mentor lebih sistematik
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment