Pakatan Rakyat (PR) meletakkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Pemilihan Zaid, 59, anak kelahiran Kelantan yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, diumumkan Ketua Umum PR dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah di sini, malam semalam.
Turut hadir, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan PKR, Pas dan DAP yang lain.:
Pemilihan dilakukan selepas calon berkenaan melepasi kriteria yang ditetapkan parti dan diyakini dapat mengekalkan kemenangan dan menewaskan Barisan Nasional (BN).
Anwar berkata, pemilihan dibuat sebulat suara selepas meyakini calon berkenaan mampu untuk menang.
“Bertanding di gelanggang sendiri merupakan satu kelebihan kepada calon pilihan.
“Pilihan terhadap Zaid dilakukan juga selepas mendapati semangat rakyat yang ada padanya sangat luar biasa hinggakan sanggup melepaskan jawatan bertaraf menteri bagi mengetengahkan prinsip,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Komuniti, Serendah di sini.
Menurutnya, pilihan ini diibaratkan panglima yang akan berjuang demi nasib rakyat berdasarkan prinsip itu.
“Saya telah mengajak Zaid menyertai PKR pada hari yang sama beliau melepaskan jawatan itu,” katanya.
Beliau mengumumkan keputusan tersebut di hadapan kira-kira 3,000 penyokongnya.
Pakatan Rakyat Pilih Zaid Ibrahim
Entri Lain
- Calon Pas Dun Chempaka ialah Ahmad Fathan
- Anwar mengadu sakit belakang di Penjara Sungai Buloh
- PKR tak bersedia untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh
- Kelayakan Anwar Sebagai Anggota Parlimen Hilang Selepas 14 Hari Dari Tarikh Disabitkan
- Petisyen pembebasan Anwar di laman White House
- Wan Azizah akan teruskan perjuangan PKR walau Anwar dipenjara
- Keputusan Terkini Kes Liwat Anwar Ibrahim: Anwar didapati bersalah dan dihukum penjara 5 tahun
- Komplot guling Hadi: Hatta didakwa jadi dalang
- Keputusan rayuan kes liwat Anwar 10 Februari
- Apa maksud komitmen RM1 juta kerajaan kepada 1MDB? - Khairuddin
Permalink: Pakatan Rakyat Pilih Zaid Ibrahim
Categories Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment