Gadis dilacur mak nyah

Wednesday, April 14, 2010

Seorang gadis yang dipaksa menjadi pelacur oleh seorang mak nyah berjaya diselamatkan setelah disedari sepupunya, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris berkata, tindakan mak nyah yang dikenali sebagai ‘Kak Dahlia’ itu terbongkar apabila sepupu gadis berkenaan datang ke rumah suspek di Taman Soga.

Menurutnya, sepupu gadis itu terkejut apabila mendapati mangsa yang dilaporkan hilang hampir sebulan berada di rumah mak nyah itu di mana mangsa dipaksa melacur di situ.

“Sepupu mangsa melaporkan kejadian itu kepada abang mangsa dan satu laporan polis dibuat ke atas suspek.

“Suspek kemudiannya ditahan ketika membuat laporan di Balai Polis Daerah Senggarang mengenai abang mangsa mencederakannya,” katanya di Ibu Pejabat Polis Batu Pahat, semalam.

Menurut Ibrahim, mangsa berusia 19 tahun telah ke Dataran Penggaram pada 3 Mac lalu sebelum berkenalan dengan mak nyah berkenaan dan dipujuk tinggal di rumah suspek.

Katanya, semasa menetap di rumah suspek, mangsa diberikan pakaian dan dihias cantik untuk melacur di rumah berkenaan dengan bayaran sebanyak RM100 bagi satu pelanggan.

“Mangsa diugut dikenakan hukuman seperti didera dan dipukul jika tidak mengikut kehendak suspek,” katanya.

Dalam siasatan yang dilakukan di rumah suspek, beliau berkata pihak polis menemui wang berjumlah RM2,247 dan kondom yang masih belum digunakan.

Turut ditemui, 20 klip video rakaman seks dalam telefon bimbit suspek yang menunjuk setiap sesi melibatkan mangsa.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324, Seksyen 372 (A), Seksyen 377 (B), Seksyen 347 dan Seksyen 292 (A).

Ibrahim berkata, siasatan juga mendapati suspek pernah mempunyai rekod lampau bersabit kes mengikut Seksyen 292 (A) pada 2005 dan dua kes pada 2009 yang masih dalam siasatan.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI