Paris Hilton tinggal bersama ibu bapa

Monday, April 19, 2010

Paris Hilton kini tinggal bersama ibu bapanya selepas berpisah dengan Doug Reinhardt.

Perpisahan pewaris hotel itu dengan bintang The Hills yang menjadi temannya selama 14 bulan, disahkan berada di rumah ibu bapanya, Kathy dan Richard di sini ketika cuba menenangkan diri selepas perpisahan itu.

Beliau menulis dalam Twitter: “Saya kini berada di rumah ibu bapa saya, dan bersedia untuk berparti!”

Namun, tuah nampaknya tidak menyebelahinya, sudahlah dia kembali solo, telefon Blackberry miliknya pula pecah.

Paris kelihatan tenang bersama keluarganya akibat perpisahan itu yang berlaku beberapa minggu lalu.

Malam Rabu lalu, beliau makan malam bersama keluarganya termasuk datuknya, Barron Hilton dan Kathy di restoran Hollywood, Dan Tana’s.

Dalam satu tulisan, beliau berkata: “Saya seronok makan bersama datuk dan keluarga saya di sebuah restoran kegemaran Itali. Saya sayangkan datuk saya, kami berkongsi saat gembira bersamanya. Beliau adalah datuk paling baik!”
Sementara itu, Doug Reinhardt mengesahkan perpisahannya dengan Paris. Bintang realiti televisyen itu mendedahkan hubungan selama 14 bulan dengan pewaris hotel itu sudah berakhir, namun menegaskan perpisahan itu dicapai dengan persetujuan bersama.

Beliau berkata: “Walaupun ramai wartawan tabloid memperkatakannya, Paris dan saya bertemu di rumahnya malam tadi dan mengambil keputusan berpisah.
“Agak malang banyak perkara diperkatakan mengenai kami tidak benar. Saya hanya berharap yang terbaik untuknya.”

Sebelum ini Paris didakwa meninggalkan Doug awal bulan ini kerana bimbang teman lelakinya itu hanya menggunakannya untuk membantu kerjayanya.

Wanita berambut perang itu berang selepas didedahkan bahawa teman lelakinya ditawarkan menjadi produser dalam rancangan realiti televisyen untuk kakaknya dan mahukan Paris mengambil bahagian. – Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI