Setelah lebih tujuh tahun berkecimpung dalam industri lakonan, Zaryn Min akui dirinya masih kurang dikenali.
Mungkin kerana dirinya yang bersih daripada gosip liar membuatkan dia kurang mendapat publisiti media.
“Saya akui kurang mendapat tawaran untuk berlakon filem. Andai kata suatu hari nanti saya ditawar berlakon filem, saya mahu watak heroin yang tidak klise.
“Namun, ramai pula peminat yang berpendapat saya lebih sesuai melakonkan watak komedi,” beritahunya yang telah berlakon lebih 20 buah drama.
Antaranya drama lakonan Zaryn Min ialah Tangisan Bulan Madu, Kaber Hero Kaber Zero, Rafflesia, Cahaya, Elly, Sahabat, Annum, Yusuff, Dari Mata Arissa dan Hati Ini Milik Siapa. Sementara filem lakonannya adalah Anak Mami The Movie dan Dunia Baru The Movie.
0 Komen:
Post a Comment