Setelah mendapat ‘lampu hijau’, remaja pintar yang menyamar sebagai anak angkat Tengku Mahkota Pahang dengan memakai gelaran ‘Tuan Muda’ akhirnya meminta ampun secara rasmi kepada pihak istana semalam.
Permohonan maaf itu dinyatakan oleh Zul Ariff Abdullah, 18, dalam sepucuk surat yang dia sendiri serahkan melalui Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Leftenan Kolonel (B) Nor Hashim Abdul Aziz kepada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Dalam surat tersebut, remaja berasal dari Bera itu telah membuat aku janji tidak akan mengulangi perbuatan itu pada masa akan datang.
Nor Hashim berkata, remaja terbabit juga menyatakan rasa kesal dengan perbuatannya.
“Dia memohon ampun kepada Tengku Abdullah serta semua anggota kerabat diraja dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan serupa.
“Remaja itu juga mengaku bahawa dia melakukan perbuatan tersebut seorang diri atas kehendaknya sendiri tanpa pengetahuan saudara-maranya yang lain.
“Berikutan itu kita telah menarik balik laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini petang kelmarin berhubung kes tersebut,” katanya di sini semalam.
Zul Ariff Abdullah (Tuan Muda) Mohon Ampun
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Zul Ariff Abdullah (Tuan Muda) Mohon Ampun
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment