Kesemua 12 penumpang serta krew termasuk dua wartawan Malaysia yang menaiki kapal MV Finch dilaporkan berada dalam keadaan selamat, sekali gus menafikan dakwaan laporan Al-Jazeera pada Selasa.
Stesen televisyen asing itu melaporkan bahawa berlakunya kematian dan kecederaan pada krew dan penumpang kapal itu.
Wartawan Bernama, Mohd. Faizal Hassan yang turut berada di dalam kapal itu melaporkan sehingga berita ini ditulis, kesemua individu di dalam kapal itu berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang kecederaan lanjutan serangan itu.
Kapal itu masih lagi berada di kawasan menunggu di perairan pelabuhan El-Arish, Mesir sejak tiba di sini, petang Isnin selepas dikawal oleh tentera Mesir dari kawasan serangan.
Kapal MV Finch itu dikemudi rakyat Malaysia, Kapten Abdul Jalil Mansor dengan dibantu empat krew iaitu Zainuddin Mohamad dan Mohd. Jaffery Ariffin dari Malaysia serta dua warga India iaitu Sharma Chandan Shimla dan Pal Satya Prakash.
Selain wartawan Bernama, turut berada di atas kapal itu ialah wartawan akhbar New Straits Times, Iskandar Alang Bendahara, petugas sukarela Felda, Mohd. Radzillah Abdullah dan tiga aktivis kemanusiaan iaitu Derek Graham dan Jenny Graham dari Ireland serta Julie Levesque dari Kanada. — Bernama
Kesemua penumpang kapal MV Finch selamat
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Kesemua penumpang kapal MV Finch selamat
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment