Charlie Hebdo pernah usik Islam
Syarikat akhbar satira, Charlie Hebdo, banyak mengetengahkan sentimen keagamaan dalam kartun dan majalah terbitannya.
Syarikat yang ditubuhkan pada 1970 berkenaan popular dengan kartun dan penulisan keras yang membabitkan ahli politik dan pelbagai agama.
Kartun menggambarkan Nabi Muhammad SAW yang pernah dicetak syarikat berkenaan telah menimbulkan kemarahan umat Islam dan sesetengah pihak menjadikan syarikat tersebut sebagai sasaran.
Walaupun begitu, motif sebenar serangan pada tengahari Rabu semalam tidak diketahui.
Popular kerana kontroversi
Pada November 2011, pejabat Charlie Hebdo dibakar kerana menerbitkan kartun Nabi Muhammad SAW pada muka depan majalah mereka.
Kartun berkenaan menyelitkan lawak sinis mengenai hukuman rotan.
Pada 2012, dunia dikejutkan dengan filem 'Innocent of Muslims' dan Charlie Hebdo mengambil kesempatan tersebut untuk menerbitkan kartun Nabi Muhammad SAW, sekali lagi.
Susulan penerbitan kartun tersebut, sekolah dan kedutaan Amerika dan Perancis ditutup di lebih 20 negara sebagai langkah berjaga-jaga.
Memetik laporan BBC, seorang kakitangan Charlie Hebdo, Laurent Leger mempertahankan majalah tersebut, atas alasan kartun tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan kemarahan.
"Di Perancis, kami ada hak untuk menulis dan melukis," kata Laurent.
"Jika ada yang tersinggung, samanlah kami dan kami akan mempertahan hak kami. Ini demokrasi."
"Tapi jangan baling bom," tambahnya.

0 Komen:
Post a Comment