Google semalam melancarkan Projek Bahasa Terancam untuk menyelamatkan pelbagai bahasa di dunia ini daripada dilupakan.
Syarikat aplikasi enjin carian terbesar itu melancarkan laman web Projek Bahasa Terancam dengan kerjasama ahli akademik dan pakar bahasa.
Ia membolehkan pengguna mencari, berkongsi dan menyimpan maklumat mengenai dialek yang semakin dilupakan.
"Orang ramai boleh berkongsi pengetahuan dan kajian mereka secara langsung melalui laman web ini dan membantu mengemas kini kandungannya.
"Mereka yang terdiri daripada pelbagai latar belakang telah mula menyumbang kandungan daripada bahasa dalam manuskrip kurun ke-18 sehinggalah bahasa moden seperti sampel bahasa video dan audio selain artikel,'' kata pengurus projek itu, Ciara Rivera Rodriguez dan Jason Rissman dalam blog Google.
Laman web endangeredlanguages.com itu direka dengan membenarkan pengguna memuat naik video, audio atau fail teks dan menggalakkan mereka menghafal rakaman dialek yang jarang didengari.
Menurut laman web itu, hanya separuh daripada 7,000 bahasa yang digunakan hari ini dijangka kekal sehingga akhir kurun ini.
"Mendokumenkan bahasa terutama yang hampir pupus merupakan langkah penting dalam memulihara kepelbagaian budaya, menghormati pengetahuan warisan dan memperkasakan golongan muda,'' kata Rissman. - AFP
Google lancar Projek Bahasa Terancam: endangeredlanguages.com
Entri Lain
- ZTE lancar telefon pintar siri Blade terbaru, Blade S6
- 5 ramalan siber 2014
- 2,753 Laman Web Disekat Dalam Tempoh Januari-Oktober 2013
- Samsung NX, harga jualan RM4,199 seunit
- Media Prima pemilik aset media digital terbesar
- Permainan Amok (Terato) game buatan tempatan dikemas kini
- Apple iPhone 5S dan iPhone 5C diperkenal
- Telur ayam rendah kolesterol
- Video kini di Instagram
- Groupon lancar aplikasi percuma untuk iPad
Permalink: Google lancar Projek Bahasa Terancam: endangeredlanguages.com
Categories Teknologi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment