Donald Trump mahu saman Miss Pennsylvania

Friday, June 08, 2012

Donald Trump yang merupakan Ketua organisasi pertandingan ratu cantik Miss Universe, berjanji akan menyaman jelitawan Sheena Monnin semalam selepas dia mendakwa pertandingan Miss USA yang diadakan baru-baru ini sudah diatur.

Perbalahan mengenai pertandingan itu yang menyaksikan wanita cantik berpakaian gaun labuh dan bikini di depan juri bermula apabila Sheena, Ratu Pennsylvania yang berambut hitam mendedahkan dalam Facebook bahawa dia mendapat tahu peserta lima teratas dipilih “sebelum pertandingan bermula lagi”.



“Saya tidak mahu lagi mempunyai kaitan dalam cara apa sekali pun dengan organisasi yang saya anggap penipu, kurang bermoral, tidak konsisten dan teruk dalam kebanyakan hal,” tulisnya dalam facebook, sebagaimana dilaporkan akhbar New York Daily News.

Tulisannya mengenai perkara itu kemudian dibuang, tetapi puluhan penyokongnya meninggalkan mesej mengucapkan tahniah kepada Sheena atas pendiriannya.

Trump menegaskan juri nyata bebas dan mengecam Sheena sebagai seorang yang kecewa dan berjanji akan menyamannya. - NYT

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI