Larangan Pembakaran Terbuka - Selangor, KL, Putrajaya

Sunday, June 17, 2012

Larangan Pembakaran Terbuka - Selangor, KL, Putrajaya
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengisytiharkan perintah larangan pembakaran terbuka di semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa dengan serta merta.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Halimah Hassan berkata larangan itu berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan aktiviti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan aktiviti barbeku.

"Mereka yang sabit kesalahan melanggar perintah larangan itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan.

Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka. ~ BERNAMA

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI