Kumpulan Sepah malam ini dinobatkan Raja Lawak musim ketiga sekali gus menjadi peserta berkumpulan pertama menerima gelaran itu pada pertandingan akhir program realiti tersebut.
Juara untuk dua musim terdahulu dimenangi oleh peserta solo iaitu Yusry Edoo pada musim pertama dan Nabil Ahmad yang menjulang gelaran itu tahun lalu.
Kumpulan Sepah yang dianggotai Shahmira Muhamad, Mohd. Nadzri Zainal Abidin dan Mohd. Noor Murad itu berjaya mendapat undian sebanyak 48 peratus untuk melayakkan mereka bergelar juara.
Tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa dan Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi.
Kumpulan Sepah berasal dari Johor itu membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kereta berjenama Citroen Picasso serta wang tunai RM20,000.
Mereka juga menerima barangan elektrik dan trofi sumbangan Astro yang disampaikan oleh tiga pelawak veteran iaitu Datuk Yahya Sulong, Hamid Gurkha dan Param.
"Kami bersyukur dengan kemenangan ini dan terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong terutama sekali peminat setia kami yang tidak pernah henti mengundi," kata mereka ketika ditemui di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu.
Undian sebanyak 30 peratus pula telah melayakkan Jihan menduduki tempat kedua dan membawa pulang sebuah motosikal Naza Blade 250R, wang tunai RM14,000, barangan elektrik dan sebuah trofi.
Meskipun hanya menduduki tempat ketiga dengan undian sebanyak 21 peratus, Amir yang tampil dengan persembahan menarik membawa pulang wang tunai RM8,000, barangan elektrik dan trofi.
Kesemua persembahan peserta yang mengambil tema bebas dan lagu jenaka itu diadili tiga juri tetap iaitu Fauziah Nawi, Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau serta Adlin Aman Ramlie selaku juri undangan.
Pertandingan akhir Raja Lawak musim ketiga turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Prima (saluran 105 Astro).
Sepah juara Raja Lawak musim ketiga
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Sepah juara Raja Lawak musim ketiga
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment