Orang Islam makin dibenci di Eropah

Monday, April 30, 2012 0 Komen

Trend benci Islam di Eropah
Amnesty International (24 April 2012) telah mendedahkan tentang diskriminasi terhadap penduduk Islam di Eropah bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Cuma, kali ini ia satu pengesahan bahawa kerajaan-kerajaan Eropah dan tokoh-tokoh politik mereka mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk Islam di negara mereka.

Diskriminasi ini bukan lagi dibuat secara rahsia, tetapi secara terbuka seperti dalam kempen pilihan raya Presiden Perancis, baru-baru ini, apabila pemimpin-pemimpin yang bertanding termasuk Presiden Nicolas Sarkozy sendiri menjadikan penduduk Islam sebagai isu utama dalam kempennya.

Amnesty menyenaraikan Belgium, Perancis, Belanda, Sepanyol dan Switzerland sebagai negara yang kuat mengamalkan diskriminasi terhadap penduduk Islam.

Menurut Amenesty, wanita Islam tidak mendapat pekerjaan dan kanak-kanak perempuan Islam dihalang menghadiri kelas, semata-mata kerana mereka berpakaian tradisional, seperti memakai tudung kepala, sementara pekerja lelaki dipecat kerana menyimpan janggut yang dikaitkan dengan Islam.

Sebenarnya, kempen anti-Islam terhadap penduduk Islam di Eropah sudah lama berlaku dan ia kini semakin meluas.

Kebencian terhadap Islam di Eropah bukan setakat kata-kata, tetapi ia ditunjukkan dalam bentuk tindakan dan perbuatan seperti dalam insiden serangan bom dan tembakan rambang oleh seorang fanatik Kristian, Anders Behring Breivik di Oslo, Norway pada 22 Julai 2011 yang mengorbankan lebih 87 orang.

Trend anti-Islam di Eropah kini lebih dipengaruhi oleh ketakutan mereka kepada pengaruh Islam yang semakin berkembang di benua itu dan bukan kerana mereka membenci Islam ataupun agama itu dilihat sebagai agama berbahaya.

Bila disebut tentang trend anti-Islam di Eropah, Belanda merupakan negara paling lantang menyemai sentimen anti-Islam di benua itu.

Pada awal tahun lalu, Parlimen Belanda telah mengemukakan cadangan mengharamkan penyembelihan haiwan mengikut cara Islam dan Yahudi, yang dianggap tidak mesra haiwan dan kejam.

Cadangan itu datang daripada seorang pemimpin Parti bagi Haiwan, Mariane Thieme.

Ini bukan kali pertama, Parlimen Belanda mengemukakan cadangan-cadangan berbaur kebencian terhadap Islam, kerana sebelum ini, negara itu pernah mengharamkan burqa.

Thieme bukan satu-satunya ahli politik Belanda yang dipengaruhi fahaman anti-Islam di negara itu, tetapi ramai lagi terutama ahli-ahli politik yang menyertai Parti bagi Kebebasan (PVV), yang dipimpin seorang ahli politik berhaluan kanan Geert Wilders, yang kuat sikap anti-Islamnya.

Wilders mendokong fahaman membenci agama Islam, menentang agama Islam malah membenci penganut Islam, walaupun beliau menafikan membenci orang Islam.

Wilders berselindung di sebalik perjuangan kebebasan bersuara, kerana daripada segala kempen yang dijalankannya jelas beliau bukan berjuang menegak kebebasan bersuara tetapi berjuang menegakkan kebebasan menentang Islam.

Kebenciannya terhadap Islam dapat dilihat daripada kritikan kerasnya terhadap Islam dan juga sikapnya yang sering menghina al-Quran dan Nabi Muhammad.

Beliau bukan sahaja menggunakan kebebasan berucap sebagai platform untuk mengkritik Islam tetapi juga menghasut bagi menyemai kebencian terhadap Islam dan diskriminasi kaum, terutama penduduk Arab beragama Islam dari Afrika dan Asia Barat.

Ahli politik kontroversi ini yang memimpin parti ketiga terbesar di Belanda yang menyokong kerajaan Belanda, bukan sahaja seorang yang anti-Islam tetapi juga seorang pendendam terhadap Islam.

Beliau pernah mengeluarkan filem pendek bertajuk Fitna yang disiarkan secara online pada Mac 2008 yang menyiarkan gambar-gambar keganasan dengan disertakan ayat-ayat al-Quran bagi menggambarkan Islam sebagai agama yang mengancam masyarakat Barat.

Wilders dikatakan mempunyai keturunan berasal dari Indonesia di sebelah neneknya dan dilahirkan di Venlo, wilayah Limburg di tenggara sempadan Belanda dengan Jerman pada 6 September, 1963 sebagai seorang Roman Katolik.

Kebenciannya terhadap Islam bermula semasa beliau melawat Israel semasa zaman remajanya dan tinggal di sana selama dua tahun.

Wilders menyatakan: "Saya telah melawat banyak negara menarik di Asia Barat dari Syria hingga ke Mesir, dari Tunisia ke Turki, dari Cyprus ke Iran - tetapi tidak ada negara di mana saya mempunyai perasaan istimewa tentang perpaduan penduduknya apabila saya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion (Israel).

Program berita Netwerk saluran televisyen awam Belanda Nederland 2 melaporkan banyak penyokong Israel di Amerika membiayai parti PVV dan secara terbuka menyokong kenyataan-kenyataan jahat Wilders berhubung Islam dan keganasan Islam.

Wilders berpendapat, "Kami (di Barat) semua bersama Israel.

Beliau juga pernah berkata: "Israel adalah benteng pertama pertahanan Barat terhadap ancaman yang dibawa Islam.

Beliau juga merupakan ahli politik Belanda yang menentang keras kemasukan Turki menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Beliau menyamakan al-Quran dengan doktrin Mein Kampf yang dikeluarkan oleh Adolf Hitler dan menjalankan kempen mengharamkan kitab suci itu di Belanda.

Selain itu, beliau juga menggesa kerajaan Belanda mengambil langkah menyekat penghijrahan penduduk Islam dari Asia Barat ke Belanda dan menentang pembinaan masjid baru di negara itu.

Sikap pendendam Wilders terhadap Islam bermula dengan sejarah hitam yang dilalui bapanya yang lari daripada kekejaman Nazi dan merasakan bangsa Yahudi dizalimi oleh Hitler.

Semasa berada di Israel beliau terpengaruh dengan kempen Israel yang mengkaitkan 'keganasan dengan Islam' sebelum melawat Asia Barat dan pulang ke negaranya.

Maka tidak hairan mengapa Wilders menjadi 'sahabat setia' Yahudi dan sangat benci kepada perkataan 'jihad' kerana menyamakan 'jihad' dengan keganasan.

Wilders sering menggunakan nama samaran seperti 'Mozart' dan 'Captain Peroxide' kerana flamboyan dengan stail rambut blondnya yang keperang-perangan. Radio Belanda menggelarkkannya 'stail rambut blond paling popular selepas Marilyn Monroe'.

Pada Julai 2010, majalah Inspire mengumumkan bahawa Wilders, serta Ayaan Hirsi Ali, Kurt Westergaard dan Salman Rushdie, dimasukkan dalam 'senarai bunuh' sebuah rangkaian pengganas Islam antarabangsa.

Beliau sering berselindung di sebalik kata-katanya: 'Saya tidak membenci orang Islam, saya benci Islam" dan mempertikaikan bahawa ''tidak wujud Islam sederhana''.

Wilders mencadangkan supaya orang Islam 'mengoyakkan separuh daripada al-Quran, jika mereka mahu tinggal di Belanda" kerana mendakwa ia mengandungi ''perkara-perkara dahsyat' dan Muhammad "... jika berada pada hari ini akan diburu sebagai pengganas.'

Dalam satu ucapannya di Parlimen Belanda, Wilders berkata: Islam ialah Kuda Trojan di Eropah. Jika kita tidak menghentikan Islamifikasi sekarang, Eropah dan Belanda akan menjadi Eurabia dan Netherabia satu masa kelak.

Wilders juga mempersoalkan bahawa Islam bukan satu agama, tetapi merupakan satu ideologi politik totalitarian, sama seperti komunisme dan fasisme.

Selepas pilihan raya Belanda pada 2010, di mana PVV muncul parti ketiga mendapat kerusi paling banyak di Belanda, Wilders berkata, Jordan perlu diberi nama Palestin.

Wilders berkata: "Jordan ialah Palestin. Menukar namanya kepada Palestin akan menamatkan konflik di Asia Barat dan menyediakan penduduk Palestin dengan negara alternatif.

Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan Belanda merujuk Jordan sebagai Palestin dan mencadangkan kedutaan Belanda dipindahkan ke Baitulmaqdis

Maka kerana itu, al-Qaeda telah mengeluarkan arahan bagi pembunuhan Wilders selepas filem Fitna disiarkan, manakala Jordan menyaman Wilders kerana merujuk Jordan sebagai Palestin.

Collodictyon, organisma hidupan tertua

Monday, April 30, 2012 0 Komen

Saintis telah menemui satu daripada organisma hidupan tertua dan mempunyai kaitan dengan manusia selepas dua dekad menjalankan penyelidikan ke atas sejenis mikroskopik yang tinggal di sebuah tasik di Norway.

Organisma yang dipanggil Collodictyon itu turut dikelaskan dalam kategori baru kerana ia didakwa bukan haiwan, tumbuhan, parasit, kulat atau alga.

Penyelidik dari Universiti Oslo, Dr. Kamran Shalchian-Tabrizi berkata, penemuan organisma satu sel yang wujud kira-kira berbilion tahun dahulu dianggap sebagai sesuatu yang sangat unik.

"Setakat ini, kita belum menemui kumpulan organisma yang dekat dengan kehidupan manusia selain spesies ini," katanya.

Saintis percaya penemuan ini akan memberi satu dimensi baru mengenai kehidupan di bumi beratus-ratus juta tahun dahulu.

Collodictyon hidup di sebuah tasik kecil berlumpur bernama As, 30 kilometer dari sini dan memiliki empat ekor seperti kipas yang digunakan untuk bergerak yang dipanggil flagella.

Struktur organisma tersebut mengandungi sel nuklei yang dilitupi membran, yang membuatkan ia tidak menyerupai bakteria, namun lebih kepada eukaryotes yang wujud pada tumbuhan, kulat, alga dan haiwan, termasuk manusia.

Menggunakan karakteristik tersebut, Dr. Tabrizi beranggapan, Collodictyon merupakan makhluk yang mempunyai struktur seperti jejari yang digunakan bagi menangkap mangsa dan ia juga merupakan sejenis organisma menyendiri.

"Penemuan ini sangat menakjubkan selepas beberapa tahun kajian dijalankan," katanya yang membiakkan berjuta-juta organisma ini bagi tujuan kajian. - AGENSI

---------------------------

After two decades of examining a microscopic algae-eater that lives in a lake in Norway, scientists on Thursday declared it to be one of the world’s oldest living organisms and man’s remotest relative.

The elusive, single-cell creature evolved about a billion years ago and did not fit in any of the known categories of living organisms — it was not an animal, plant, parasite, fungus or alga, they said.

“We have found an unknown branch of the tree of life that lives in this lake. It is unique!” University of Oslo researcher Kamran Shalchian-Tabrizi said.

“So far we know of no other group of organisms that descends from closer to the roots of the tree of life than this species”, which has been declared a new category of organism called Collodictyon.

Scientists believe the discovery may provide insight into what life looked like on earth hundreds of millions of years ago.

Collodictyon


Collodictyon lives in the sludge of a small lake called As, 30 kilometres (18 miles) south of Oslo.

It has four flagella — tail-like propellers it uses to move around, and can only be seen with a microscope. It is 30 to 50 micrometers (millions of a metre) long.

Like plants, fungi, algae and animals, including humans, Collodictyon are members of the eukaryote family that possess cell nuclei enclosed by membranes, unlike bacteria.

Using the characteristics of Collodictyon, scientists can now infer what prehistoric eukaryotes looked like, said Tabrizi — probably a single-cell organism with fingerlike structures that it used to catch microscopic prey.

“They are not sociable creatures,” added co-researcher Dag Klaveness, who bred millions of the tiny organisms for the study.

“They flourish best alone. Once they have eaten the food, cannibalism is the order of the day.”

They have not been found anywhere but in Lake As.

“It is quite fascinating that we can still find these kinds of organisms after so many years,” Tabrizi told AFP.

“It has been outside our living rooms for millions of years and we haven’t seen it.”

Collodictyon was first found in the lake about 20 years ago by University of Oslo scientists who recognised it was unusual but “didn’t know how important it was”, he added.

Koala maskot Australia makin pupus di dunia

Monday, April 30, 2012 0 Komen

Anda suka koala, maskot Australia yang comel itu? Berita buruk bagi anda kerana Koala kini di ambanng kepupusan.

Haiwan herbivor, koala, disenaraikan sebagai spesis terancam selepas bilangannya semakin berkurangan berikutan kemusnahan habitatnya dan juga perubahan iklim kawasan setempat.

Koala

Beberapa kajian di Sydney menunjukkan, bilangan haiwan itu kini kurang 80,000 ekor, turun 75 peratus sejak 1993.

Menteri Alam Sekitar Australia, Tony Burke menjangka, habitat koala di Queensland, tenggara Australia berada dalam keadaan 'terancam' manakala haiwan itu yang berada di timur New South Wales pula terdedah kepada kepupusan.

Ketua Eksekutif Yayasan Koala Australia, Deborah Tabart memberitahu Australia Broadcasting Corp, Burke sudah membayangkan bahawa beliau tidak mampu untuk menyelamatkan koala di habitat tersebut.

Sementara itu, pakar ekologi, David Paull yang menjalankan penyelidikan di sebuah lagi habitat koala, Gunnedah, kira-kira 400 kilometer di barat laut Australia menyatakan, kepupusan habitat tersebut berpunca daripada kemarau dan cuaca panas yang berlaku sejak sedekad lalu.

"Banyak koala mengalami kekurangan air dan saya fikir ia petanda awal kepada perubahan iklim.

"Koala di kawasan-kawasan lain di Australia juga hilang habitat, berpunca daripada pembangunan perumahan, kemalangan jalan raya dan juga serangan anjing,'' ujar Paull.

Penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (April 2012)

Saturday, April 28, 2012 0 Komen

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Mohamed Suffian Awang, Setiausaha Politik Kanan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Abdul Karim Mustafa serta penyanyi terkenal, Hattan adalah antara 155 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka adalah sebahagian daripada 358 penerima darjah kebesaran dan pingat pada majlis istiadat sempena ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairung Seri, Istana Abu Bakar, di sini, semalam.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan penganugerahan itu pada majlis yang diadakan dalam dua sesi.

Penerima DIMP lain ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching, Mohd Zaili Besar; ADUN Tanah Rata, Ho Yip Kap; Ketua Pemuda Pahang, Abu Jimi Samat; Pegawai Khas Menteri Besar, Mustapa Long dan Ahmad Jaafar serta Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof.

Hattan bergelar Datuk

Pegawai Khas Perdana Menteri, Irmohizan Ibrahim; Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi; Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Selwyn Vijayarajan Das; dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Penyiaran) Jabatan Penyiaran, Abu Bakar Ab Rahim.

Turut menerima DIMP ialah Eksekutif Kanan Wartawan Penyiaran TV3, Karam Singh Walia; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan, Datuk Poziah Abd Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat, Amer Yusof; Profesor Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Ismail Sahid; Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti Masterskill (Sains Kesihatan), Prof Dr Ahmad Pauzi Md Yusof; Ketua Automotif dan Pertahanan Sektor DRB Hicom Berhad, Abdul Harith Abdullah serta Timbalan Ketua Eksekutif MATRADE, Zakaria Kamarudin.

Tengku Mahkota turut berkenan menganugerahkan pingat Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) dan Setia Mahkota Pahang (SMP), masing-masing kepada 23 penerima manakala 24 individu menerima Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), Ahli Mahkota Pahang (AMP) seramai 38 penerima, Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) 23 individu dan 36 penerima, masing-masing bagi Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan Pingat Jasa Keberanian (PJK).

Turut berangkat Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

10 fakta menarik Bubba Watson ( pemain golf profesional)

Friday, April 27, 2012 0 Komen

10 fakta menarik mengenai penyarung terbaru Jaket Hijau Augusta,Bubba Watson

* Bubba Watson dilahirkan dengan nama Gerry Lester Watson Jr di Bagdad, Florida pada 5 November 1978. Dia menduduki tempat kelima dalam Terbuka AS 2007 dan menjadi naib juara Kejuaraan PGA pada 2010 tetapi kemenangan di Masters hujung minggu lalu adalah gelaran Major pertama sepanjang kariernya. Gelaran Bubba diperoleh sempena nama bekas pemain American Football, Bubba Smith.

Bubba Watson

* Biasanya barangan paling mahal yang dibawa seseorang pemain golf adalah driver tetapi Bubba pula memakai aksesori paling mahal di pergelangan tangan kirinya.

Watson menyarung jam yang direka secara ekslusif oleh Richard Mille, sepanjang kejohanan itu. Mille hanya membuat 38 utas jam berkenaan dan ia dinamakan "RM 038". Dengan harga setinggi AS$525,000 (RM1.6 juta) anda mungkin perlu menjadi seorang juara untuk memilikinya.

* Watson secara rasminya adalah pemukul drive paling jauh dalam PGA sepanjang 2012 dengan purata 309.9 ela. Dia memberi gelaran "Bubba Long" kepada dirinya sendiri kerana kemampuan membuat pukulan jauh dari tee tetapi tahun ini dia menggelar dirinya "Bubba Long in Pink" kerana menggunakan driver yang dicat warna merah jambu.

* Dia bekerjasama dengan penaja dan pembekal driver PING untuk menubuhkan "Bubba and Friends drive to a million" di mana syarikat itu mendermakan AS$300 (RM923) untuk 300 pukulan awal sejauh 300 ela dalam kejohanan sepanjang 2012.

* Watson memiliki kereta paling popular dalam sejarah televisyen, sebuah kereta Dodge Charger jingga edisi 1969 atau dikenali sebagai "The General Lee", popular dalam siri televisyen The Dukes of Hazzard.

Dia membelinya selepas membuat perjanjian dengan isterinya bahawa dia akan membeli kereta itu selepas memenangi acara PGA pertamanya. Kereta itu dibeli pada harga AS$110,000 (338,569).

* Isterinya, Angie Watson adalah bekas pemain bola keranjang di Amerika Syarikat. Angie bermain mewakili Universiti Georgia sebelum bermain secara profesional di Eropah dan NBA Wanita di AS.

* Dua minggu lalu, pasangan berkenaan memulakan hidup berkeluarga selepas mengambil anak angkat, Caleb. Selepas kemenangan Masters, Watson berkata: "Saya tidak sabar untuk kembali. Saya belum pernah menukar lampin dan mungkin akan melakukannya tidak lama lagi.

"Saya tidak mahu menukar lampin. Diharap ini memberi peluang kepada saya untuk bersamanya dalam tempoh seminggu dua."

* Watson menyertai kumpulan nyanyian bernama The Golf Boys yang disertai rakan pemain golf iaitu Hunter Mahan, Ben Crane dan Rickie Fowler. Mereka merekodkan single 'Oh Oh Oh' lengkap dengan muzik video yang dihasilkan secara profesional.

* Sensasi pop dunia, Justin Bieber mendedahkan dalam satu wawancara baru-baru ini bahawa dia dan Watson kini bersahabat baik selepas bertemu pada hari selebriti golf.

Ketika bercakap kepada Access Hollywood Live, Bieber berkata: "Bubba Watson adalah seorang daripada sahabat baik saya. Saya bercakap dengannya hampir setiap hari. Dia seorang yang baik. Saya boleh bermain golf meskipun bukan yang terbaik. Bubba berkata saya bermain dengan teruk!"

* Watson berdepan kontroversi yang tidak disengajakan Julai lalu apabila komennya kerana gagal melepasi had kelayakan Terbuka Perancis dikritik media dan peminat.

Cara terbaik bina keinsafan diri

Sunday, April 22, 2012 0 Komen

Mengingati mati adalah cara terbaik dan paling mudah untuk membina keinsafan selain menanamkan sikap positif di dalam diri seseorang.

Analisis kajian saintifik menunjukkan kesedaran mengenai kematian boleh memperbaiki kesihatan fizikal dan membantu orang ramai meletakkan semula keutamaan matlamat dan nilai hidup.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam. Malah pemikiran secara tidak langsung mengenai kematian seperti berjalan berhampiran kawasan perkuburan boleh mencetuskan perubahan positif dan menggalakkan seseorang membantu orang lain, kata pakar psikologi.

Laporan menyatakan kajian terdahulu mengaitkan memikirkan mengenai kematian dengan bahaya dan keinginan melakukan keganasan tetapi jarang menyelongkar faedah mengingati kematian.

“Kecenderungan mengaitkan tindak tanduk negatif dan perangai membahayakan sudah terlalu taksub dalam penyelidikan kesedaran mengenai kematian dan disifatkan sebagai punca kemusnahan sosial.

“Tidak banyak kajian dilakukan untuk melihat bagaimana mengingati kematian boleh memberi motivasi dan tindak tanduk positif yang boleh meminimumkan bahaya kepada diri sendiri dan orang lain serta menggalakkan orang ramai berkelakuan baik,” kata ketua penulis kajian, Kenneth Vail, dari Universiti Missouri.
Kajian disiarkan dalam edisi online Personality and Social Psychology Review bulan ini.

Penulisan merujuk kajian yang dibuat oleh Matthew Gailliot dan pasukannya dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial pada tahun 2008 yang menguji bagaimana kesan fizikal berada dekat dengan kawasan perkuburan mendorong individu membantu orang asing.

“Penyelidik mendapati jika budaya membantu dijadikan penting kepada orang ramai, peningkatan kesedaran mengenai kematian akan memberi motivasi dalam meningkatkan keinginan tanduk untuk membantu,” kata Vail.

Penyelidik memantau orang ramai yang sama ada melintasi kawasan perkuburan atau tidak melalui kawasan itu.

Sukarelawan pada setiap lokasi bercakap dengan orang ramai mengenai nilai membantu orang lain atau topik lain, dan beberapa saat kemudian, seorang sukarelawan lain menjatuhkan buku notanya.

Penyelidikan kemudian menguji dalam setiap keadaan bagaimana orang ramai membantu orang asing.

“Apabila nilai membantu orang lain dijadikan ciri utama, bilangan orang ramai yang membantu orang tidak dikenali 40 peratus lebih baik di kawasan perkuburan berbanding kawasan jauh daripada situ,” katanya.

Mengingati kematian juga mempromosikan kesihatan yang lebih baik. Kajian baru-baru ini menunjukkan apabila mengingati mati orang ramai memilih gaya hidup lebih baik seperti kurang merokok atau lebih bersenam.

10 jenis kanser payudara dikesan

Saturday, April 21, 2012

Saintis telah berjaya mengenal pasti kanser payu dara atau barah buah dada yang terdiri daripada 10 jenis berbeza.

Penemuan tersebut dapat membantu para doktor mengenali jenis kanser payu dara yang dihidapi oleh setiap individu.

Ia juga akan membantu menghasilkan rawatan dan ubatan baru untuk setiap jenis kanser tersebut.

Wakil Breakthrough Breast Cancer Center, Dr. Julia Wilson berkata, penyelidikan iu berpotensi untuk mengubah cara membuat diagnosis dan merawat kanser payu dara.

Ia bagaimanapun, masih memerlukan kajian lanjut yang mungkin memakan masa antara tiga dan lima tahun sebelum rawatan dan ubatnya dapat dihasilkan.

Kira-kira 130 wanita di dunia dikesan menghidap kanser payu dara setiap hari, peningkatan lebih 50 peratus berbanding 25 tahun lalu.

Ini bermakna seorang wanita hari ini mempunyai kebarangkalian satu daripada lapan untuk menghidap penyakit itu. - AGENSI

Wanita Jepun mati dibaham beruang

Saturday, April 21, 2012

Dua wanita terbunuh selepas seekor beruang terlepas dari kurungan di sebuah taman di utara jepun hari ini, lapor media tempatan.

Dalam kejadian tersebut, pekerja wanita yang berusia 70 tahun meninggal dunia selepas dibaham binatang buas tersebut, manakala rakannya pula yang berumur 60 tahun ditemui mati selepas beberapa jam hilang.

Taman yang terletak di wilayah Akita itu membela kira-kira 38 ekor beruang, lima yang dilaporkan terlepas dari kandang manakala enam lagi ditembak oleh pemburu di kawasan tersebut. - dpa

Pemenang Pemimpin Muda Anugerah Kepimpinan Global (GLA) 2012

Saturday, April 21, 2012

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza Datuk SM Faisal SM Nasimuddin dinamakan sebagai pemenang Pemimpin Muda Anugerah Kepimpinan Global (GLA) 2012.

Pengiktirafan itu susulan kejayaan Faisal, 32, memperkukuhkan Naza, sebagai konglomerat terbesar Malaysia yang setakat ini memiliki 43 syarikat.

Pengerusi Eksekutif Westports Malaysia Tan Sri G. Ganalingam dan Pengarah Urusan Malaysia Airport Holdings Berhad Tan Sri Bashir Ahmad pula masing-masing menerima Anugerah Pencapaian Seumur Hidup.

Datuk SM Faisal SM Nasimuddin


Turut menerima anugerah ialah Presiden dan Ketua Eksekutif Permodalan Nasional Berhad Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (Sektor Pelaburan), Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Westports Malaysia Ruben Emir Gnanlingam (Sektor Logistik), CEO Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) Zulkefli Sharif (Sektor MICE), Presiden dan CEO Return 2 Green Sdn Bhd Prof. Ramaness Parasuraman (Sektor Tenaga Diperbaharui) serta Pengasas dan CEO Kumpulan Sedania Datuk Azrin Mohd Noor (Sektor Teknologi).

Pengerusi Kumpulan Syarikat Al Khonji dan Omani Group for Contracting Materials,  Khalil Abdullah Mohammed Al Khonji dinamakan pemenang  "Philanthropist of the Year", Pengarah Pengurusan Bersama Apollo Hospitals Group, Suneeta Reddy (Masterclass Woman Entrepreneur of the year) sementara Pengasas dan Pengerusi Gusi Peace Prize Foundation, Duta Barry Gusi (International CSR Award of the Year).

GLA merupakan anugerah berprestij yang diberi sebagai pengiktirafan kepada pemimpin syarikat sebagai peneraju dalam industri masing-masing Anugerah dianjurkan oleh majalah Leaders International dan diuruskan MY Events International. - Bernama

Ikrar Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong

Wednesday, April 11, 2012 0 Komen

Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara, hari ini.

"BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG. DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA."

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: "BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG." - BERNAMA

Gempa Bumi 8.6 skala Richter melanda Sumatera 11 April 2012

Wednesday, April 11, 2012 0 Komen

Satu gempa bumi magnitud tinggi melanda luar pantai barat Indonesia mencetuskan amaran tsunami bagi negara-negara di seluruh Lautan Hindi pada hari Rabu,11 April 2012.

Kerana panik, penduduk melarikan diri sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas dengan deretan kereta dan motosikal.

Gempa Bumi Sumatra

Dua jam selepas dilanda gempa bumi itu, bagaimanapun, tidak ada tanda tsunami akan melanda. Kerosakan yang dialami juga tidak teruk.

Kajian Geologi Amerika Syarikat berkata gempa 8.6 skala Richter berpusat 33km bawah dasar laut di sekitar 434km dari wilayah Aceh.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata amaran tsunami telah dikeluarkan bagi Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan lain-lain pulau-pulau Lautan India, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.

Tetapi beberapa jam kemudian, ancaman tsunami ditarik balik kerana keadaan makin stabil dan tidak ada susulan gempa yang melanda.

Gegaran turut dirasai di Malaysia, Singapura, Thailand dan India.

Katanya, bangunan pencakar langit, pangsapuri dan pejabat di Malaysia merasai gegaran itu untuk tempoh seminit susulan kejadian terbabit.

Forex diharamkan Fatwa Kebangsaan Malaysia

Tuesday, April 10, 2012 0 Komen

Walaupun Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam dari mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing (forex) sejak Februari lalu, masih ada yang enggan menerimanya dengan alasan pengharaman hanya dilakukan di negara ini.

Mereka berpendapat, jika benar perniagaan itu haram ia perlu diharamkan di seluruh dunia membabitkan negara lain seperti Indonesia, Arab Saudi dan Mesir, namun statusnya di negara asing masih belum dipastikan.

Hakikatnya, pemain berkenaan sebenarnya bimbang untuk terbabit dalam bidang lain kerana mampu mengaut keuntungan berlipat ganda menerusi forex.

Mendedahkan kejahilan itu, Pengerusi Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia, Norizam Tukiman berkata, dia menerima maklumat ramai pemain forex masih aktif walaupun mereka sedar ia diharamkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan.

Katanya, pemain terbabit aktif memperdagangan forex di Internet dan berpendapat mereka tidak perlu menurut garis panduan ditetapkan pihak berkuasa.

"Apabila ditanya, mereka akan mempersoalkan mengapa forex hanya diharamkan di Malaysia sedangkan banyak negara Islam lain tidak melakukan tindakan sama.

"Saya tidak mahir soal agama dan pada saya, alasan diberikan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan munasabah dan mengikut arahan dikeluarkan.

"Bagaimanapun, sebagai umat Islam saya berpendapat kita perlu mengikut arahan dikeluarkan," katanya.

Februari lalu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharamkan perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing kerana tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Keputusan dibuat selepas kajian Jawatankuasa mendapati perniagaan itu membabitkan spekulasi mata wang selain banyak isu meragukan.

Bandar terkecil Amerika dibeli ahli perniagaan Vietnam

Saturday, April 07, 2012 0 Komen

2 ahli perniagaan Vietnam disahkan menjadi pemilik baru bandar Buford di Wyoming selepas memenangi bidaan bernilai AS$900,000 (RM2.76 juta) dalam sesi lelongan semalam.

Agensi berita Vietnam melaporkan, bandar terkecil di AS itu memiliki keluasan 40,500 meter persegi dan menempatkan sebuah rumah tiga bilik tidur, sebuah stesen minyak dan beberapa bangunan lama.


Puluhan orang mengambil bahagian dalam lelongan itu yang dibuka dengan harga permulaan AS$100,000. Media melaporkan, kedua-dua pembeli itu terbang dari Vietnam untuk menyertai lelongan berkenaan selepas membaca mengenainya di Internet. Pemilik Buford sebelum ini, Don Sammons, berpindah ke bandar itu pada 1980 bersama isterinya.

Dia membeli Buford sedekad kemudian, tetapi menjadi penghuni tunggal bandar itu selepas isterinya meninggal dunia dan anaknya berpindah. - Bernama

Kapal (Tsunami) Hantu Jepun (Ryou-Un Maru) akhirnya tenggelam bak Titanic

Saturday, April 07, 2012 0 Komen

Kapal Ryou-Un Maru berasal dari Jepun digelar kapal hantu kerana dikesan terapung tanpa anak kapal di perairan Kanada pada 24 Mac lalu, kerana dihanyutkan ombak beribu-ribu kilometer merentasi Lautan Pasifik selepas kejadian tsunami pada Mac tahun lalu.




Akibat bimbang kapal hantu tersebut menganggu kelancaran kapal-kapal lain yang melalui laluan yang sama, Kapal Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), semalam telah melepaskan tembakan ke arah kapal hantu tersebut.

Tindakan menenggelamkan kapal Ryou-Un Maru terpaksa diambil kerana kapal Jepun itu boleh membahayakan kapal-kapal lain.


Kapal sepanjang sekitar 50 meter terbakar dan tenggelam dalam tempoh empat jam.

Ia tenggelam ke dasar laut pada kedalaman lebih 1,830 meter, 290 kilometer ke barat daya perairan Alaska.

# saya pasti pemilik kapal hantu tersebut sayu melihat kapal yang pernah digunakannya mencari rezeki sebelum bencana tsunami tenggelam bak titanic di depan kaca TV....huhuhu




Kempen Earth Hour 2012

Sunday, April 01, 2012 0 Komen

Ramai penduduk dunia menyertai kempen Earth Hour pada Sabtu 31 Mac dengan menutup lampu dalam usaha global meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim.

Kempen Earth Hour 2012

Kempen Earth Hour 2012

Dari Dataran Tahrir, Mesir sehingga Bangunan Empire State, New York, beribu-ribu bandar raya menutup lampu selama 60 minit dari 8.30 malam waktu tempatan.Kempen di seluruh dunia tersebut disaksikan dan direkodkan oleh angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Seorang angkasawan yang berkongsi gambar dan mengulas secara langsung ketika kempen itu bermula, Andrea Kuipers berkata, tiada cara terbaik untuk meningkatkan kesedaran demi planet paling cantik di alam semesta ini.

Sejak kempen itu bermula di Sydney pada 2007, Earth Hour disifatkan oleh penganjurnya, Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) sebagai demonstrasi menyokong mengambil tindakan terhadap pencemaran karbon.Sebanyak 5,251 bandar raya mengambil bahagian dalam kempen itu tahun lepas dan pergerakan itu disertai 1.8 bilion orang di 135 negara.

Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah

Sunday, April 01, 2012 0 Komen

Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah

Almarhum Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah diputerakan pada 28 Disember 1958 di Pulau Pinang. Almarhum merupakan putera kedua dan anakanda ketiga Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Datuk Seri Raja Azureen, Datuk Seri Raja Eleena dan Datuk Seri Raja Yong Sofia.

Adik-beradik Raja Ashman:
Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja (Dr) Nazrin Shah
Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Azureen
Yang Amat Mulia Allahyarham Raja Kechil Sulong Perak, Raja Ashman Shah
Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Eleena
Yang Amat Mulia Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Baginda telah berkahwin dengan Datin Seri Noraini Jane Kamarul Ariffin pada 26 September 1991 dan dikurniakan seorang putera Datuk Ahmad Nazim Azlan Shah, 18, serta dua puteri Raja Eminah Alliyah, 20, dan Raja Bainunisa Safia, 17.

Raja Ashram dilantik sebagai Raja Kechil Bongsu Perak pada 11 Mei 1987 diikuti Raja Kechil Tengah Perak pada 10 Mac 1998 dan Raja Kechil Sulung Perak pada 16 Mac 2010.

Di kalangan rakyat jelata, Raja Ashman dikenali sebagai putera raja bersifat mesra rakyat dan merendah diri.

Baginda memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of Nottingham, Britain pada 1981 diikuti Diploma Pentadbiran Undang-Undang Perniagaan University of London serta Sarjana Undang-Undang dari Cambridge University pada 1985.

Almarhum Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah

Raja Ashman juga memegang Ijazah (permission of investure) dalam Naqshbandiya Haqqaniya Order of Sufism dari Shaykh as-Sayyid Muhammad Nazim Adil al-Haqqani iaitu Grand Mufti dari Cyprus dan Imam of the Naqshbandiya-Haqqaniya Order of Sufism.

Sepanjang hayat Almarhum aktif dalam sektor korporat dan memegang pelbagai jawatan penting dalam beberapa syarikat antaranya Pengarah Bebas Bukan Eksekutif di KKB Engineering Bhd dan Kian Joo Can Factory Bhd., Pengarah Eksekutif Kanzen Berhad, Pengerusi Dwitasik Sdn Bhd dan Pengarah Sanyo Industries Malaysia.

Raja Ashman penyokong setia pasukan hoki negara selain aktif dalam aktiviti sosial dan kebajikan terutama di bawah Yayasan Sultan Azlan Shah.

Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah

Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah

Pada 30 Mac 2012, Datuk Seri Raja Ashman Shah Sultan Azlan Shah mangkat akibat serangan asma di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, kira-kira jam 1.30 pagi ketika usia 54 tahun.

Jenazah Almarhum dibawa pulang ke Kuala Kangsar dan ditempatkan di makan di raja Bukit Chandan.


Olga bekas Johan Pidato Bahasa Melayu kahwini jejaka Melayu

Sunday, April 01, 2012 0 Komen

Olga Vadimovna Vasilevskaya, 24, yang memegang Ijazah Bahasa Malaysia dan Pengajian Sejarah Melayu dari Universiti Moscow, Rusia bertemu jodoh dengan seorang usahawan tempatan, Shahabudeen Jalil Kamarul Jaman, 29.

Olga Vadimovna Vasilevskaya
Foto kredit: Utusan


Untuk rekod, 5 tahun lalu Olga memilih untuk menyertai Pidato Bahasa Melayu, Piala Perdana Menteri 2007 dan muncul juara.

Siapa sangka,gadis kelahiran Rusia itu akhirnya memilih jejaka Melayu sebagai pasangan hidup.

Bukan hanya mencintai bahasa Melayu dan jejaka Melayu, Olga turut mengambil keputusan memeluk agama Islam pada 9 Mac lalu di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan nama Islam, Azizah Abdullah.

 

ZONFINITI