Rizab Air Bersih Di Selangor, KL, Putrajaya Kritikal
Rizab bekalan air bersih di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya minggu ini berada dalam keadaan kritikal iaitu 1.06 peratus, menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Syabas dalam kenyataan pada Jumaat berkata, pada minggu ini, purata permintaan bekalan air bersih berada pada tahap yang tinggi iaitu 4,324.79 JLH (Juta Liter Sehari).
Pengeluaran air bersih daripada loji rawatan air diuruskan Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd., Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd dan Konsortium ABASS masih berada di tahap pengeluaran maksimum iaitu 4,371 JLH.
Kenyataan itu menyebut Syabas akan terus mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan bagi Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang untuk memantau situasi itu secara berterusan.
“Pengguna dinasihat mengurangkan penggunaan air dan menggunakannya dengan penuh hemah sepanjang menghadapi cuaca panas kering ini," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Rizab Air Bersih Selangor, KL, Putrajaya Kritikal,1.06 %
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Rizab Air Bersih Selangor, KL, Putrajaya Kritikal,1.06 %
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment