Dalam pokok tertanam ribuan duit syiling (Pelik tapi benar)

Sunday, November 16, 2014

Syiling bagai tumbuh di atas pokok

Pepatah mengatakan wang tidak tumbuh di atas pokok.

Tetapi mungkin ia benar kerana terdapat ribuan syiling disemat di dalam batang pokok misteri yang terletak di sekitar hutan di UK.
Pelik tapi benar

Fenomena aneh pokok lama dengan syiling tertanam di seluruh kulit pokok telah ditemui pada laluan dari Daerah Peak ke Tanah Tinggi Scotland.

Pelik tapi benar
Duit syiling biasanya diketuk ke dalam batang pokok yang ditebang menggunakan batu oleh pejalan kaki, yang mengharap ia akan membawa mereka nasib yang baik.

Tradisi ini menarik kerana 'pokok-pokok hajat' tersebut sering mempunyai syiling dari abad yang lalu tertanam di dalam kulit mereka dan syiling bertukar oleh peredaran masa.

Tradisi membuat persembahan kepada dewa-dewa di pokok-pokok besar bermula sejak beratus-ratus tahun dahulu, tetapi fenomena pokok hajat ini lebih menarik kerana kombinasi dari perbuatan manusia dan semula jadi yang jauh lebih jarang berlaku.

Duit syiling yang tertanam membuat batang pokok kelihatan hampir seperti timbunan harta

Di zaman silam masyarakat mempercayai bahawa roh-roh kudus tinggal di pokok-pokok, dan pokok-pokok tersebut sering dihiasi dengan gula-gula dan hadiah - seperti yang masih dilakukan hari ini pada sambutan Krismas.

Ia mengingatkan kepada kepercayaan dan mitos melemparkan syiling ke dalam kolam untuk nasib yang baik, atau trend pasangan kekasih untuk menguncikan 'mangga cinta' kepada jambatan dan pagar untuk melambangkan cinta sejati.

Di kampung Portmeirion yang indah , di Wales, terdapat tujuh batang pokok yang ditebang didapati dipenuhi dengan syiling di batang pokok.

Meurig Jones, seorang pengurus ladang di destinasi pelancongan itu, berkata kepada BBC: 'Kami tidak tahu mengapa ia dilakukan apabila kita mula-mula perasan batang pokok itu dipenuhi dengan syiling.

'Saya melakukan sedikit kajian dan mendapati bahawa pokok-pokok tersebut telah dijadikan sebagai "pokok hajat" (wishing trees).

Di Britain tradisi ini bermula sejak tahun 1700-an.

Katanya, orang yang sakit telah mengetuk duit syiling ke dalam pokok dengan kepercayaan penyakit mereka akan sembuh.

'Jika sesiapa mengambil duit syiling tersebut keluar, mereka pula akan jatuh sakit.'

Source: Dailymail

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI