Showing posts with label Peraduan. Show all posts
Showing posts with label Peraduan. Show all posts

Peraduan Transformasi Kecantikan bersama Hanis Zalikha, SAFI Balqis White Trilogy

Thursday, April 24, 2014 0 Komen

Peraduan Transformasi Kecantikan bersama Hanis Zalikha

Sahabat-sahabat SAFI yang suka #selfie tu, anda ada 3 hari saja lagi untuk sertai peraduan Transformasi Kecantikan bersama Hanis Zalikha! Hanya ambil gambar sendiri bersama produk SAFI Balqis White Trilogy dan menangi Hadiah Utama bernilai RM10,000! Jom sertai sekarang!

Tarikh tutup peraduan: 23 April 2014


Untuk maklumat lanjut, sila layari www.safi.com.my

Peluang menyanyi dan menari bersama Hi-5

Friday, November 01, 2013 0 Komen

Berdasarkan sambutan diberikan di laman Facebook Dumex Mamil, boleh dikatakan golongan kanak-kanak dan ibu di negara ini memang meminati kumpulan Hi-5.

Justeru, untuk tidak menghampakan peminat mereka, jenama terkenal itu bakal membawa kumpulan muzik kanak-kanak dari Australia berkenaan ke Malaysia untuk menghiburkan mereka.

Peminat cilik di negara ini bukan saja dapat menikmati persembahan secara langsung kumpulan ini pada 27 Disember nanti, malah mereka juga boleh mempelajari kepentingan diet seimbang dengan cara yang menyeronokkan.

Lebih menarik, pencarian bakat secara online juga akan diadakan bagi memberi peluang kepada lima kanak-kanak bertuah untuk melakukan persembahan bersama mereka di atas pentas.

Pengarah Urusan Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd, Connie Ang berkata, Hi-5 ialah pilihan yang tepat untuk menyemarakkan minat dan semangat kanak-kanak mengenai nutrisi makanan.

"Kami berharap, dengan melihat sendiri idola mereka, golongan peminat muda ini dapat mengamalkan pemakanan yang betul, malah ia akan memberi ilham dan menggalakkan kanak-kanak memulakan tabiat pengambilan diet seimbang.

"Aktiviti ini adalah antara rancangan kami untuk menjadikan pendidikan mengenai kepentingan lima kumpulan makanan dan nutrisi kanak-kanak sebagai topik yang menghiburkan, melalui kempen Give Me 5," kata Connie.

Video didik peminat kecil

Sebahagian daripada kerjasama bersama Hi-5 pula ialah penghasilan video pendidikan eksklusif bagi menyampaikan pesanan penting mengenai lima kumpulan makanan dan juga lagu istimewa 5 Food Groups yang bakal dipersembahkan pada konsert terbabit.

Lagu yang menceritakan mengenai lima kumpulan makanan iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, karbohidrat, protein, susu dan lemak itu membolehkan kanak-kanak mempelajari mengenai nutrisi secara interaktif.

Justeru, untuk memenangi tiket ke konsert berkenaan, ibu bapa dan kanak-kanak hanya perlu menyertai peraduan yang dianjurkan, iaitu dengan membeli mana-mana pek Dumex Mamil All `n One dan jawab soalan mudah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Peminat yang menghantar jawapan betul akan memenangi dua tiket percuma bernilai RM200.

Peraduan istimewa ini berlangsung dari 28 Oktober hingga 24 November depan.

Peluang menyanyi bersama Hi-5

Pada masa yang sama, jenama terbabit turut memulakan pencarian bakat muda di seluruh negara, bagi membolehkan mereka membuat persembahan di atas pentas bersama kumpulan muzik pop kegemaran mereka itu.

Bagi kanak-kanak yang berusia antara 3 hingga 10 tahun yang berminat untuk menyertainya, mereka boleh berbuat demikian dengan merakam video pendek mempersembahkan lagu dan tarian 5 Food Groups dan memuatnaik video terbabit ke laman Facebook Dumex Mamil.

Seterusnya, lima video paling menarik akan dipilih dan pemenang berpeluang menyanyi dan menari bersama Hi-5 pada 27 Disember nanti. Maklumat lanjut mengenai peraduan boleh didapati di laman Facebook Mamil atau menerusi talian pelanggan Danone Dumex di 1800381038.

Peraduan Go Gourmet with Carnation

Friday, November 01, 2013 0 Komen

Peraduan Go Gourmet with Carnation

Minum susu amat digalakkan sebagai antara diet seimbang mengikut piramid makanan. Bagaimanapun, pemilihan susu juga perlu bijak kerana sesetengahnya mengandungi gula dan lemak yang tinggi hingga boleh menjejaskan kesihatan.

Krimer adalah pilihan susu rendah lemak dipilih sebagai pengganti susu pekat manis. Boleh digunakan untuk membuat minuman dan menjadi penambah rasa dalam kopi, teh, coklat dan sebagainya, ia juga kini banyak dimanfaatkan dalam kreativiti memasak.

Menjanjikan kenakan pada campuran minuman atau makanan, jenama krimer tidak asing lagi, Carnation kini tampil mendekati penggemarnya menerusi peraduan Go Gourmet with Carnation.

Menawarkan pelbagai hadiah menarik, peserta hanya perlu menghantar dua label krimer sejat Carnation bersama borang penyertaan dan jawapan ditetapkan untuk peluang membawa pulang pakej percutian ke Korea bersama dua orang dan hadiah lumayan lain.

Buku resipi menarik

Menjadi kepercayaan dalam kalangan peminatnya, sejak empat tahun lalu, Carnation sudah bergabung tenaga dengan chef terkenal, Amy Beh untuk menyajikan pelbagai masakan enak dengan mempelbagaikan kegunaan krimer Sejat Carnation.

Kini, penggemarnya boleh mengumpul resipi menarik menerusi Buku Masakan Edisi Terhad.

Sementara itu, untuk menyemarakkan lagi seisi keluarga memasak menggunakan produk itu, bengkel memasak bertemakan Kit chen Secrets turut dianjurkan di seluruh Semenanjung Malaysia bermula Mei hingga September lalu.

Selain itu, kelembutan tekstur krim, rasa dan aroma krimer itu menyelerakan, krimer sejat Carnation juga sesuai untuk menyediakan juadah dan manisan. Ia juga pilihan alternatif makanan sihat untuk pelbagai masakan.

Terkenal dalam kalangan peminat mi kari kepala ikan kerana mampu menjad ikan masakan menambat selera, krim itu juga enak digunakan untuk tambahan sup berkrim, telur dadar dan sos berkrim.

Contest Period :
15th September till 30th November 2013

Link website: http://www.fndairies.com/Carnation-Go-Gourmet-Contest.html

Peraduan Nama Siapa Hebat Proton

Thursday, July 11, 2013 0 Komen

Peraduan Nama Siapa Hebat Proton

Tahu tak Proton telah keluarkan kereta kompak baru!


Jom kita namakan kereta kompak baru Proton! Peluang anda untuk memenanginya dan hadiah lumayan dalam peraduan ini!


Jika anda bangga menjadi rakyat Malaysia, anda MESTI masuk peraduan ni!

Peraduan berakhir pada: 25 July 2013

Info lanjut peraduan klik sini: http://bit.ly/11CPBy9 

Kisah Hero untuk Hero Award (Anugerah Hero) 2013

Monday, July 08, 2013 0 Komen

Orang ramai dijemput menghantar coretan mengenai hero mereka sebagai tanda menzahirkan penghargaan kepada insan yang banyak berjasa hingga sanggup menggadai nyawa.

Kisah Hero itu yang seharusnya tidak mengenal batas kaum, akan disiarkan dalam akhbar termasuk Berita Harian yang mana enam coretan menampilkan kisah terbaik akan dipilih sebagai pemenang dan masing-masing akan membawa pulang tunai RM3,000 serta hadiah iringan.

Hero Award atau Anugerah Hero, adalah projek anjuran Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCCCI) dengan kerjasama akhbar Nanyang Siang Pau manakala BH dan Sunday Times sebagai akhbar rasmi.

Ahli Majlis KLSCCCI, Tan Tian Meng, berkata jawatankuasa penganjur akan memilih enam coretan mengisahkan hero mereka yang sanggup berkorban untuk menyelamatkan nyawa, termasuk menderma organ kepada insan lain.

"Penganjuran program ini adalah sebahagian usaha kami untuk menyemarakkan lagi perpaduan berbilang kaum menerusi kisah hero daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Antara kisah hero yang boleh dipaparkan termasuk mengenai sifat ihsan seorang Melayu umpamanya yang sanggup mendermakan organ kepada seorang gadis China atau India yang memerlukan atau kisah seorang peniaga Melayu bersabung nyawa menyelamatkan perempuan Cina terperangkap dalam keretanya ketika dihanyutkan arus banjir kilat.

Jawatankuasa penganjur akan menerima coretan mulai Isnin ini hingga 16 Ogos depan. Panel pemilih akan memutuskan kisah hero terbaik menjelang 1 Oktober depan.

Semua enam kisah hero terbaik akan ditemuramah wartawan dan laporannya akan mula disiarkan dalam akhbar ini selama enam minggu mulai 28 Disember.

Selain itu, KLSCCCI yang meraikan sambutan ulang tahun ke-110 tahun depan turut menganjurkan projek 'Titian Perniagaan' bagi mencari enam syarikat tempatan yang memberi penekanan kepada etika perniagaan baik, mempraktikkan penyatuan nasional serta memiliki pekerja daripada berbilang kaum.

Kongsikan kisah hero dalam hidup anda bersama pembaca. Hubungi Veronica Cheong di 03-4253 2135 untuk maklumat lanjut dan faks Kisah Hero anda ke 03-4253 2524 atau emel ke inquiry@chinesechamber.org.my.

Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Sarawak 2013 Kategori Cerita Teladan

Thursday, May 23, 2013 0 Komen

Cerita rakyat Sarawak

Peraduan Penulisan Semula Cerita Rakyat Sarawak 2013 Kategori Cerita Teladan dibuka sehingga 30 Jun ini dan karya mestilah asli dan tidak diciplak daripada cerita yang pernah diterbitkan dalam buku, majalah atau penerbitan lain, selain ditulis dalam bahasa Melayu baku, ditaip jarak langkau dua baris dengan saiz fon 12.

Karya yang dihantar untuk peraduan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) ini mestilah benar-benar wujud dalam masyarakat atau etnik, bukan direka mengikut imaginasi penulis, selain penulisannya memberi kepada mutu penyampaian dan menggunakan gaya bahasa lancar.

Panjang setiap cerita tidak melebihi lapan halaman dan setiap peserta dibenarkan menghantar lebih daripada satu karya, tetapi hanya tiga saja layak dipertimbang untuk penilaian serta perlu menggunakan borang rasmi peraduan yang boleh didapati dalam laman sesawang DBP.

Johan peraduan akan menerima hadiah RM1500, kedua (RM1200), ketiga (RM800), lima hadiah sagu hati (RM350), selain 20 hadiah penyertaan layak menerima sijil dan RM50 setiap seorang.

Keterangan lanjut, hubungi Abdul Rasid Subet atau Mohamad Shafiq Rohaizad Buyong di talian 082-444711, sambungan 308, faksimile 082-440260 atau emel kepada rassid12@dbp.gov.my. 

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Mac 2012

Thursday, March 15, 2012 0 Komen

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Mac 2012 ini terbuka kepada pelajar sekolah menengah di seluruh negara. Karangan adalah mengenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk diberikan di bawah:

Tajuk: "Tohmahan tidak berasas terhadap industri sawit perlu disangkal. Bincangkan"

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5.

Tiga pemenang utama setiap bulan akan menerima;

Hadiah Pertama : RM250

Hadiah Kedua : RM200

Hadiah Ketiga : RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran April 2012 akan datang.

Syarat Penyertaan

Terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5

Panjang esei di antara 450 - 600 patah perkataan. Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah, alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan sertakan sekeping gambar berukuran pasport (sekiranya ada)

Keputusan juri adalah muktamad.

Tarikh tutup pada 23 Mac 2012

Hantarkan penyertaan ke alamat

Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit

Ibu Pejabat MPOB

6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor

u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Perhubungan Awam)

Keputusan Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Februari 2012.

Pemenang

Hadiah Pertama

Farah Atiqah binti Jamil

(No. K/P: 950124-14-6992)

MRSM Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah

Hadiah Kedua

Mohd Adib Abd Samad

(No. K/P: 950813-09-5019)

SM Teknik Kuala Lumpur, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur

Hadiah Ketiga

Nur Hidayah Yusoff

(No. K/P: 960803-03-5230)

SMK batu Muda, Kg. Batu Muda, 51100 Kuala Lumpur

 

ZONFINITI