Bekas Presiden Filipina Corazon Aquino meninggal dunia

Sunday, August 02, 2009

Bekas presiden yang juga ikon pemimpin domokrasi Filipina, Corazon Aquino meninggal dunia awal pagi tadi selepas bertarung dengan penyakit barah usus, sejak lebih setahun lalu.

Beliau berusia 76 tahun.

"Ibu kami menghembuskan nafas terakhir dengan tenang jam 3.18 pagi ini (waktu tempatan Filipina) kerana barah," kata anaknya, Senator Benigno Aquino Jr dalam satu kenyataan di luar Pusat Perubatan Makati, di mana ibunya dirawat.

"Ibu semestinya mahu mengucapkan terima kasih kepada setiap mereka yang mendoakan kesihatannya," katanya.

Aquino, balu kepada pemimpin pembangkang yang dibunuh, Benigno Ninoy Aquino menjadi tumpuan pada 1986 apabila beliau mengetuai satu pergerakan kuasa rakyat yang menumbangkan pemimpin diktator ketika itu, Ferdinand Marcos.

Beliau yang pada masa itu adalah seorang suri rumah pada mulanya enggan menjadi presiden, tetapi kemudian akur dan mengembalikan demokrasi serta merombak semula perlembagaan negara.

Sejak empat minggu lalu, bekas pegawai memberikan sokongan kepada keluarga Aquino dan merayu kepada masyarakat umum untuk tidak mengganggu bekas keluarga wanita pertama itu. - AFP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI