Drama Seram Misteri Tower 13 , TV3

Sunday, August 09, 2009

Drama seram Tower 13 mula disiarkan 6 Ogos lalu. Diterbitkan Filmscape Production sebanyak 13 episod dan mendapat sentuhan pengarah berpengalaman, Kabir Bhatia.

Tower 13 mengetengahkan pelakon handalan tanah air termasuk Bront Palare, Azhan Rami, Dira Abu Zahar, Fara Aliya dan Rahim Omar.

Ia mengisahkan Adam Bakhtiar yang disoal siasat polis selepas berlaku pembunuhan di Menara Emerald. Dia bertugas sebagai pengurus bangunan itu dibawa ke balai polis untuk membantu siasatan diketuai Detektif Malik Ridhuwan.


Adam memulakan cerita bahawa pembunuhan yang berlaku disebabkan oleh entiti misteri seperti roh atau makhluk halus. Detektif Malik tidak percaya sama sekali pada cerita Adam, namun untuk meyakinkan beliau, Adam mula membuka cerita kematian misteri kemalangan yang berlaku di sekitar bangunan itu.

Ia bermula dengan kisah pasangan muda, isteri yang didera suaminya, Natalya dan Imri. Sejak berpindah, Natalya menjadi fokus utama dalam kejadian berhantu, bermula dari bilik air terutama di tab mandi.

Pada masa yang sama, Adam didatangi Ustaz Khalil yang sedang mengumpul dana surau dari penghuni Menara Emerald. Adam mengusir ustaz terbabit dari kawasan kondominium itu kerana ia kawasan persendirian.

Melalui Adam, watak utama dalam siri ini, penonton akan dibawa mengembara ke pelbagai kejadian misteri dan mistik berlaku di bangunan itu yang akhirnya membawakan kepada kematian. Setiap minggu kisah yang dipaparkan berbeza melalui penceritaan Adam.

Penerbitan dan penyiaran drama sebegini bukannya berniat untuk menakut-nakutkan penonton, sebaliknya ia lebih bertujuan memperingatkan orang ramai dari tertipu atau diperdaya oleh amalan tahyul.

Kepada peminat siri seram, jangan ketinggalan untuk menonton drama terbaru ini dan alami sendiri misteri alam mistik pada setiap Khamis, jam 9.30 malam hanya di TV3.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI