Filem Michael Jackson dibenarkan terbit

Tuesday, August 11, 2009

Para penonton berpeluang menyaksikan sekali lagi persembahan Michael Jackson selepas hakim membenarkan penerbitan filem dari rakaman raptai terakhir Raja Pop itu.

Hakim Mahkamah Atasan Los Angeles, Mitchell Beckloff meluluskan perjanjian antara penjaga pusaka Michael Jackson, promoter konsert AEG Live dan Columbia Pictures Jumaat.

Beliau turut memaklumkan beberapa perjanjian lain akan didengar Isnin.

Cadangan kontrak penerbitan filem yang mengandungi rakaman terakhir Jackson pada raptai terakhir untuk konsert penampilan semula beliau di London.

Filem itu turut mengandungi video persiapan untuk ditayangkan ketika persembahan "This is It".

AEG Live berkata, terdapat lebih 100 jam rakaman mengenai persiapan dan raptai untuk persembahan tersebut.

Suntingan terakhir filem itu dijangka siap akhir Oktober tetapi tarikh tayangannya tidak dimaklumkan.

Columbia Pictures membayar RM210 juta untuk mendapatkan hak ke atas filem tersebut dan 90 peratus keuntungan akan diserahkan kepada pusaka Jackson.

Michael Jackson meninggal dunia pada 25 Jun, beberapa hari sebelum beliau bersiap-sedia untuk berangkat ke England bagi mengadakan konsert kemunculan semulanya. - AP

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI