Inkues Beng Hock: Pakar sahkan mati akibat jatuh

Tuesday, August 11, 2009

Shah Alam 11 Ogos - Setiausaha politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock disahkan meninggal dunia disebabkan kecederaan berganda akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Dr. Khairul Azman Ibrahim berpendapat Beng Hock yang mengalami kecederaan dalaman yang parah jatuh dan terhempas dalam keadaan badan condong ke kanan.

Beliau turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan akibat pergelutan atau mempertahankan diri dijumpai pada badan Beng Hock semasa bedah siasat dilakukan.

- Utusan

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI