Hias bilik ikut usia

Friday, August 07, 2009

Idea penataan bilik kanak-kanak perlu bergerak seiring dengan tahap usia dan kematangan mereka.

Bermula dengan pelan lantai yang fleksibel, anda boleh mengubah suasana bilik anak mengikut umur.

Dari usia tiga hingga lima tahun, dinding bilik wajar dilatari rona ceria yang tidak menyilaukan pandangan.

Pilih katil berukuran rendah untuk memudahkan anak turun naik dalam keadaan selamat.

Sebaiknya bilik dilengkapi kemudahan pembelajaran seperti meja, kerusi dan lampu.

Ini bagi membolehkan anak anda membaca, menulis dan bercerita dalam keadaan sempurna.

Sediakan kotak menyimpan barang permainan dan almari pakaian bagi memudahkan menyusun dan mengemas.

Bagi usia enam hingga lapan tahun, tampilkan rona dinding dengan cat atau kertas dinding ceria dan harmoni.

Saiz meja dan kerusi belajar perlu lebih besar serta selesa atau yang mempunyai laci menyimpan peralatan menulis.

Papan nota sesuai diletakkan kerana kanak-kanak gemar menampal atau menggunting gambar pilihan.

Kanak-kanak berusia antara sembilan dan 12 tahun pula sediakan katil dua tingkat kerana mungkin bilik dikongsi bersama adik atau kakak.

Pilih katil berasaskan kayu berbucu bulat atau plastik. Katil jenis logam sesuai untuk kanak-kanak bagi mengelak kecederaan.

Untuk kemasan dinding, pilih rona lebih matang.

Perabot jenis ringkas dan santai sesuai bagi memudahkan anak anda menguruskan diri.

Bagi anak remaja, suasana bilik perlu lebih selesa kerana mungkin rakan sekolah datang sekali-sekala.

Aksesori hiasan bilik bergantung kepada pilihan anak anda seperti piala kemenangan, gambar keluarga dan hadiah ulang tahun.

Beri peluang anak remaja anda memilih perabot untuk biliknya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI