Kisah Corazon Aquino

Friday, August 07, 2009

Kematian bekas Presiden Filipina, Corazon Aquino minggu lalu akibat penyakit barah usus menghadirkan khabar duka kepada rakyat negara itu.

Ikon demokrasi atau nama sebenarnya, Maria Corazon Sumulong Cojuangco, 76, memang disanjung rakyat negara itu kerana memulihkan demokrasi di Filipina selepas me ngetuai pemberontakan kuasa rakyat pada 1986.

Kebangkitan itu menyaksikan pemimpin diktator, Fer dinand Marcos disingkirkan dan beliau dipilih presiden ke-11.

Selain diiktiraf sebagai presiden wanita pertama Filipina, beliau turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi wanita Asia pertama mengetuai tampuk pemerintahan yang mengamalkan demokrasi sepenuhnya.

Bapanya, Jose Cojuangco dan ibu, Demetria Sumulong, adalah antara pasangan yang terkaya di negara berkenaan.

Corazon mendapat pendidikan awal di Manila sebelum menyambung pengajian di Akademi Ravenhill, Philadephia dan Kolej Mount Saint Vincent, Amerika Syarikat.

Wanita yang gemar pakaian berwarna kuning ini pernah mempelajari bidang perundangan di Universiti Far Eastern, tetapi berhenti apabila berkahwin dengan anak bekas Speaker Perhimpunan Kebangsaan, Benigno Servillano ‘Ninoy’ Aqui no Jr pada 1954.

Ketika karier politik suaminya sedang memuncak, Corazon, memilih menjadi suri rumah dan membesarkan anak-anak.

Beliau tidak gemar berada di depan sebaliknya memilih menyokong suaminya dari belakang.

Pergolakan politik di negara itu sekitar tahun 1972 memberi kesan kepada keluarga Corazon apabila suaminya ditahan dan dikenakan hukuman mati.

“Corazon mencari kekuatan melalui sembahyang dan menghadiri perjumpaan bersama orang ramai yang simpati dengan nasib mereka sekeluarga.

“Anak-anaknya dihalang menghadiri majlis dan beliau berhenti mengunjungi salun kecantikan atau membeli pa kaian baru.

“Situasi itu berlaku agak lama, tetapi akhirnya Corazon berubah selepas paderi menasihati beliau menjalani ke hidupan asal,” kata seorang kenalan rapatnya.

Dalam pada itu, penahanan suaminya di penjara turut mendorong Corazon membantu kempen suaminya dan buat kali pertama dalam hidup beliau berucap di depan orang ramai pada pilihan raya Batasang Pambansa pada 1978.

Tidak lama kemudian, Presiden Amerika ketika itu, Jimmy Carter membenarkan Corazon sekeluarga untuk tinggal dalam buangan di Amerika ketika suaminya menerima rawatan perubatan.

Menurut Corazon, saat bersama keluarganya di Amerika adalah antara detik terindah pernah berlaku dalam hidup mereka.

“Kami termasuk lima anak (Benigno Simeon Aquino III, Maria Elena, Aurora Corazon , Victoria Eliza dan Kristina Bernadette) hidup gembira selama tiga tahun di Boston.

“Namun, semua itu hilang sekelip mata apabila suami ditembak di tangga Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik saja pulang ke Filipina pada Ogos 1983,” katanya.

Selepas mengundur diri daripada politik, Corazon me nerima pelbagai anugerah dan penghargaan termasuk di abadikan dalam buku 100 wanita yang mengubah sejarah dunia, tulisan Gail Meyer Rolka.

Mendiang turut menerima Anugerah J William Fulbright untuk Kerjasama Antarabangsa menyaingi penerima se belumnya seperti Jimmy Carter dan Nelson Mandela.

Wanita itu turut dipilih antara 20 pemimpin berpengaruh di Asia pada abad ke 20 oleh majalah Time.

Jasa dan sumbangan Corazon kepada rakyat Filipina me mang sukar untuk dilupakan dan tidak hairanlah jika ratusan ribu rakyat negara itu keluar melaungkan ‘Salaaat...hindi ka namin malilimutan Madam President’ (terima kasih, kami tidak akan melupakan kamu, puan presiden) sambil meng angkat tangan ketika lori yang membawa jenazah Corazon Aquino melalui dataran Palacio del Gobernador, Isnin lalu.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI