Kajian Tabiat Bercukur Di Kalangan Lelaki Malaysia

Sunday, August 09, 2009

Banyak rahsia lelaki ketika bercukur terbongkar selepas pengeluar jenama pisau cukur terkemuka, Gillette mengumumkan laporan kaji selidik, Asian Grooming Report, baru-baru ini.

Kajian itu menghimpunkan 430 lelaki dari China, India, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam yang secara terbuka berkongsi maklumat berhubung tabiat bercukur.

Responden dari sembilan negara memberi pelbagai definisi dan pemahaman secara subjektif termasuk dari aspek cita rasa dan pendapat mereka terhadap rutin bercukur.

Apa yang penting, kajian itu mendapati lelaki Malaysia amat mementingkan penampilan walaupun berat mengakuinya. Ini dibuktikan melalui maklum balas berdasarkan kecenderungan bercukur dan pemilihan produk grooming di kalangan lelaki tempatan.

Biarpun mewakili kelompok lelaki Asia, faktor gaya hidup dan kecenderungan memilih produk menunjukkan perbezaan ketara. Ini membuktikan keadaan ekonomi, budaya dan gaya hidup mampu membentuk keperibadian dan identiti lelaki biarpun berasal dari mana-mana negara sekalipun.

Antara lain kaji selidik ini mengumpul maklum balas lelaki mengenai amalan bercukur, kekerapan dan jenis bilah pisau cukur kegemaran. Daripada rutin bercukur harian hingga mencabut bulu hidung, lelaki Asia tidak segan silu berkongsi maklumat.

Jom lihat hasil kaji selidik ini...

# 35 peratus daripada 99 responden lelaki Malaysia bercukur setiap hari manakala tujuh peratus daripada mereka hanya melakukannya sebulan sekali.

# Lebih separuh daripada lelaki Malaysia lebih selesa bercukur sendiri. Namun, ada juga yang suka jika dicukur isteri atau si tukang gunting.

# Daripada 430 responden lelaki Asia, 43 peratus (185 responden) menggunakan buih pencukur setiap kali bercukur. Ada juga yang hanya menggunakan air, sabun malah tanpa produk bercukur.

# Berbanding produk krim dan buih pencukur, lelaki Asia kurang menggunakan produk selepas bercukur. Ini sangat ketara apabila hanya 27 peratus responden (116 orang) menggunakan campuran produk jenis kologne, buih, gel, krim dan losyen.

# Seramai 211 lelaki Asia (49 peratus) lebih gemar membersihkan wajah dengan air selepas bercukur bukannya menggunakan produk selepas bercukur.

# Kaji selidik mendapati lelaki Asia jarang bercukur bulu badan.

# Seorang daripada empat lelaki Malaysia mencabut bulu hidung manakala empat dari 10 lelaki negara ini mencukur bulu ari-ari.

# Dari aspek penampilan diri, lelaki Indonesia dan Vietnam berkongsi cita rasa dalam bergaya. Lelaki di kedua-dua negara ini memilih gaya sederhana dengan menggunakan produk asas pembersih diri, dandanan rambut dan bercukur dalam rutin harian.

# Lelaki Thailand dan Malaysia berkongsi kecenderungan cita rasa dari segi penggunaan produk seperti wax rambut, pelembap kulit wajah, gel bercukur hinggalah produk losyen selepas bercukur.

# Majoriti lelaki Malaysia memilih bercukur dalam keadaan basah. Ini juga digemari lelaki di Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina.

# Lelaki berusia dalam lingkungan 35 tahun hingga 44 tahun memilih bercukur secara kering.

# Jangan tidak tahu lelaki Malaysia paling kerap bercukur setiap hari berbanding purata lelaki dari negara Asia lain.

# Sembilan peratus daripada 99 responden memilih bercukur dengan pencukur elektrik.

# Lapan puluh empat peratus lelaki Malaysia lebih gemar mencukur bersih wajah. Lapan hingga 10 peratus yang lain memilih menyimpan janggut.

# Dua hingga enam peratus lelaki Malaysia memilih memiliki kumis.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI