Nik Suriyani, penyampai berita TV3 kena rompak

Saturday, August 08, 2009

Seorang wartawan dan juga penyampai berita TV3 menghadapi detik cemas apabila dia bukan saja disamun malah cuba diseret masuk ke sebuah rumah kosong di sebuah apartmen di Danau Kota di sini semalam.

Semasa kejadian pada pukul 7.50 pagi, Nik Suriyani Megat Deraman, 29, baru memasuki lif di aparment kediamannya untuk pergi ke Shah Alam bagi membuat liputan inkues kematian setiausha politik kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock.

Turut memasuki lif bersamanya ketika itu ialah seorang lelaki tidak dikenalinya.

Katanya, ketika berada dalam lif, dia tidak menghiraukan lelaki itu sehingga suspek berkulit gelap itu tiba-tiba menolaknya ke dinding lif.

"Lelaki itu kemudian merampas komputer riba dan telefon bimbit saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nik Suriyani memberitahu, suspek yang menahan pintu lif dengan kakinya bagi mengelakkan pintu lif tertutup kemudian memaksa dia mengikuti ke sebuah rumah kosong di apartmen itu kerana mendakwa mahukan duit.

"Saya merayu tidak diapa-apakan sebelum menjerit menyebabkan satu keluarga yang kebetulan mahu turun ke lif nampak kejadian yang menimpa saya," katanya.

Lelaki itu terus melarikan diri bersama komputer riba dan telefon bimbitnya.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI