Param meninggal dunia

Friday, August 14, 2009

Pelakon komedi, P Paramasivam atau dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia kerana sakit jantung di rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Beliau diserang penyakit jantung pada 1992 dan sejak itu, pelawak yang bukan saja fasih berbahasa Melayu tetapi mampu bertutur loghat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan tidak stabil.

Pelawak veteran itu mencipta nama sezaman dengan AR Badul, Wazata Zain, Allahyarhamah Yusni Jaafar,Yahya Sulong dan Allahyarham R Jaafar.

Param begitu terkenal di zaman 70an dan awal 80an dan banyak berlakon filem-filem Melayu dan drama-drama TV waktu itu.

Param kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 80an. Filem-filem lain yang turut dilakonkannya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Mendiang turut dikenali menerusi siri Hang Setia yang pernah disiarkan di RTM pada tahun 80an.

Pelawak Param pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana menghidap penyakit jantung koronori dan telah menjalani operasi pintasan jantung tidak lama dulu.

Nama sebenar pelakon komedi veteran yang berasal dari Negeri Sembilan ini ialah P. Paramasivam.

Param adalah anak bongsu dari lima beradik, yang kesemuanya perempuan. Mendiang tidak berkahwin.

Mendiang Param memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

Mendiang akan disemadikan pada Ahad ini di Hindu Krematorium, Cheras

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI