Pertandingan akhir Pilih Kasih

Friday, August 14, 2009

Program realiti televisyen Pilih Kasih yang diterbitkan menerusi usaha sama Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Suhan Movies kini berada di kemuncaknya selepas hampir empat bulan disiarkan. Pertandingan akhir dilangsungkan di Kompleks Penyiaran Tuanku Mohammad, Senawang, Negeri Sembilan, jam 8.30 malam pada 16 Ogos ini.

Pada peringkat akhir yang bakal disiarkan secara langsung dari Senawang, sebanyak 50 peratus markah ditentukan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala 50 peratus lagi ditentukan Rosyam sendiri. Bagaimanapun kuasa menentukan juara Pilih Kasih pula ditentukan oleh Rosyam Nor sepenuhnya manakala pemenang kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik pula ditentukan tenaga pengajar Pilih Kasih terdiri daripada Along Kamaluddin dan Amy Maziah (Drama Pendek bersiri), Rohani Yusof (Seni Lakon), Rusminah Tahir (Monolog) dan Erma Fatima (Teater Muzikal).

Sebaik program ini melabuhkan tirainya kata Rosyam, finalis akan mula sibuk di lokasi. Mereka bakal membintangi sebuah muzikal khas raya, selain itu juga mereka bakal muncul di dalam drama muzikal sebanyak 26 episod. Mereka juga bakal muncul di dalam drama terbitan Suhan Movies dan terikat dengan saluran RTM selama setahun. Dalam itu kata Rosyam, mereka tidak dibenarkan berlakon di dalam mana-mana produksi yang dibuat untuk stesen televisyen lain.

Siri yang menjejak bakat baru dan generasi muda dalam lakonan sama ada lelaki mahupun wanita untuk diangkat menerusi filem satu hari nanti. Kekuatan 'Pilih Kasih' adalah kerjasama pintar kerajaan dan swasta yang dijalin di antara Suhan Movies dan RTM.

Program itu berjaya menarik jumlah penonton (rating) yang tinggi iaitu sebanyak dua juta serta bilangan penonton yang ramai sehingga memenuhi auditorium iaitu kira-kira seribu orang.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI