Buat julung kali, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) turut memperkenalkan format undian menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS pada penganjuran edisinya yang ke-23.
Seandainya sebelum ini pembaca Berita Harian dan Berita Minggu mahupun peminat hanya membuat undian menerusi borang yang disiarkan kedua-dua akhbar berkenaan, kali ini mereka juga berpeluang menghantar undian menerusi SMS.
Bentuk undian baru itu diperkenalkan bagi membolehkan lebih ramai pembaca, terutama golongan muda, untuk turut sama mengambil bahagian dalam anugerah hiburan yang dianggap terbesar di negara ini. Pada masa yang sama, undian SMS juga dilihat bertepatan dengan perkembangan semasa teknologi maklumat hari ini.
Undian yang dibuat menerusi telefon bimbit itu juga cara yang menyenangkan pembaca serta peminat dalam usaha mereka memilih calon kegemaran untuk ke peringkat seterusnya dalam ABPBH2009.
Jika percaturan membuahkan hasil, maka dapatlah peminat melihat kemunculan pelakon, penyanyi, pengacara televisyen dan penyampai radio kesukaan masing-masing pada malam kemuncak ABPBH2009 yang dijadualkan berlangsung pada 4 April tahun depan di Arena of Stars, Genting Highlands.
Berita Harian tidak ketinggalan menghargai pembaca dan peminat yang menghantar undian dengan mengadakan kuiz SMS yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Antara lain, kuiz SMS itu menyediakan 20 telefon bimbit, lima komputer riba dan lima kamera digital untuk dimenangi.
Ketua Teknologi Maklumat, Jabatan Teknologi Maklumat The New Straits Times Press (NSTP), A Rahman Hashim, undian secara SMS cukup mudah dan mereka hanya perlu mengikut cara sebagaimana ditunjukkan dalam borang yang disiarkan.
"Selepas SMS undian dihantar, peminat akan menerima satu lagi SMS bagi mendapatkan soalan kuiz. Sekiranya bersetuju untuk menyertai kuiz terbabit, seterusnya memenangi hadiah, satu lagi SMS yang mengandungi soalan mudah dihantar kepada mereka," kata Rahman.
Menurutnya, setiap SMS yang dihantar pembaca dikenakan bayaran RM0.50. Pembaca boleh menghantar sebanyak mana undian menggunakan sebarang perkhidmatan talian sedia ada di negara ini.
Katanya, berbeza dengan undian menerusi borang, yang mana pembaca perlu mengumpulkan tujuh borang lengkap yang disiarkan selama seminggu berturut-turut, mereka yang mengundi melalui SMS tidak perlu menunggu sehingga 16 kategori.
"Pembaca Berita Harian boleh menghantar SMS mengikut kategori yang disiarkan dalam borang di ABPBH tetapi mereka perlu mengundi lima calon pilihan dalam setiap kategori yang dipertandingkan.
“Secara kasarnya, jika seseorang pembaca memilih lima calon bagi setiap kategori, mereka boleh mengundi untuk kira-kira lapan kategori menerusi sesebuah SMS (setiap SMS boleh memuatkan 140 karakter)," jelas Rahman yang menjangkakan sebanyak 400,000 undian SMS bakal diterima penganjur sepanjang proses undian ABPBH2009 dibuka.
Kata Rahman lagi, pembaca juga boleh mengundi sebanyak mana calon yang disenaraikan dengan syarat setiap SMS hanya mempunyai lima calon pilihan bagi setiap kategori yang diundi.
"Kami mempunyai dua pusat simpanan data, dengan satu daripadanya untuk undian dan satu lagi untuk kuiz. Pembaca boleh menghantar sebanyak mana undian yang mereka suka, selagi mematuhi syarat yang diberi.
"Lebih banyak penyertaan, lebih besar peluang pembaca memenangi habuan disediakan. Hadiah pula diberikan kepada pembaca yang menyertai kuiz, bukan pembaca yang sekadar menghantar undian," katanya.
Antara hadiah yang disediakan untuk pemenang kuiz melalui SMS adalah 20 telefon bimbit, lima komputer riba dan lima kamera digital.
Cara undian SMS:
Tapi BHABP[Kategori][Artis]seterusnya.
Hantarkan ke 32728
Contoh:
BHABPA01,02,03,04,05B01,02,03,04,05C01.02,03,04,05D01,02,03,04,05E01,02,03,04,05
FAKTA:
# Pembaca perlu mengundi lima calon dalam setiap kategori.
# Tidak perlu menunggu sehingga 16 kategori disiarkan untuk mengundi seperti mana undian melalui keratan akhbar.
# Boleh menghantar sebanyak mana SMS bagi setiap kategori tetapi tidak melebihi 140 karakter. Secara kasarnya, pembaca boleh menghantar undian untuk lapan kategori bagi satu SMS.
# Setiap SMS adalah dikira satu untuk setiap artis yang dipilih. Contohnya, jika dalam satu SMS, ada 10 nama artis dalam dua kategori, maka undinya dikira satu bagi setiap artis.
Cara Undian SMS Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Entri Lain
Permalink: Cara Undian SMS Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment