Menurut Eja, nama Nur Eishal yang bermaksud cahaya bunga syurga itu mempunyai bulu mata lentik biarpun realitinya, dia dan suami tidak memiliki ciri-ciri itu.
"Rasa kelakar pula, apabila melihat bayi kami berbulu mata lentik kerana teringat zaman kontroversi dulu ketika menjayakan Seputeh Qaseh Ramadan.
"Gara-gara memakai bulu mata palsu, lakonan saya dikritik hebat. Tetapi, berkat 'kata-kata' orang itulah akhirnya anak saya memiliki bulu mata lentik.
"Selain bulu mata lentik, dia juga memiliki kegemaran sama dengan saya iaitu menyukai warna merah. Walaupun baru saja berusia tiga bulan, Nur Eishal sudah pandai mengenal orang dan bergurau senda mengikut caranya tersendiri.
0 Komen:
Post a Comment