Amy Search kalah kes saman

Saturday, May 01, 2010

Budak menang kes saman. Amy Search kalah.

Penyanyi rock terkenal, Amy Search diperintah oleh Mahkamah Sesyen Sivil di sini membayar ganti rugi berjumlah RM18,000 kepada seorang kanak-kanak lelaki yang melecur akibat terkena kuah tomyam di Restoran Laksamana Cheng Ho milik artis berkenaan dua tahun lalu.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Sabariah Othman setelah meneliti keterangan kedua-dua belah pihak semasa perbicaraan kes tuntutan saman tersebut.

Beliau dalam penghakimannya berkata, sebagai majikan, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 52, boleh dipertanggungjawabkan apabila kecuaian dilakukan oleh pekerjanya ketika bertugas.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI