Norazaliah Ramli menewaskan 30 peserta Pencarian Model Tudung Fareeda apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan yang berakhir di Plaza Shah Alam semalam.
Dengan kemenangan itu, Norazaliah yang bekerja sebagai pembantu tadbir di Jabatan Perdana Menteri membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000, 15 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000 dan trofi.
Beliau yang berasal dari Paka, Terengganu juga dilantik menjadi model tudung Fareeda.
Sementara itu, tempat kedua dirangkul seorang guru Sains dan Biologi Sekolah Sultan Alam Shah di Putrajaya, Norlizawaty Baharin. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan 10 helai tudung Fareeda bernilai RM2,000.
0 Komen:
Post a Comment