1.2..3...Tukar! Astro Ria setiap Rabu, jam 9.00 malam

Wednesday, December 15, 2010

Jom tengok program gaya hidup 1.2..3...tukar! dikendali Sarimah yang memberi peluang kepada para peserta membuat perubahan penampilan gaya dan fesyen setiap Rabu, jam 9.00 malam bermula 15 Disember ini menerusi Astro Ria (saluran 104).

Lebih best, program 1.2..3...tukar! turut membuka peluang kepada peserta mencapai impian seperti dalam soal kerjaya, percintaan dan masa depan.

Impian yang ditunaikan lebih kepada berbentuk emosional, dan bukannya material.

Sebagai contoh, peserta yang mengimpikan menjadi pelakon akan ditunaikan dan dia berpeluang merasakan pengalaman tersebut melalui set penggambaran Along Kamarudin. Mungkin impian itu kecil kepada orang lain, namun ianya impian yang besar pada mereka yang begitu inginkannya.



1.2..3...tukar! akan menyaksikan Sarimah Ibrahim dan pasukan transformasi imejnya berusaha memberi sentuhan magis dalam mengubah penampilan individu terpilih. Peserta akan menaiki kenderaan khas dan bermulalah episod perubahan gaya dan fesyen bersesuaian mengikut impian yang ingin dicapai. Sarimah akan dibantu Fitri, perunding imej dan Dr Azizan Osman, pakar motivasi.

1 Komen:

Anonymous said...

acam mane nk menyertai 1 2 3 tukar???
sy teringin...

Post a comment

 

ZONFINITI