Sinopsis Drama Hani,slot Lestary setiap Selasa jam 9 malam

Tuesday, December 07, 2010

Sinopsis Drama Hani

UMMU Hani (Nur Fathia) mengimpikan masa depan yang cerah seperti kebanyakan gadis remaja lain. Hani seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik serta kegiatan kokurikulum, selain menyimpan cita-cita menyambung pelajaran ke luar negara.

Segala-galanya berubah apabila Hani disahkan mempunyai penyakit ketumbuhan dalam otak sebelum menghadapi peperiksaan SPM. Lebih menyedihkan, Hani berdepan risiko menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.

Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun. Hani hilang semangat dan emosinya amat tertekan selepas menjadi orang buta. Ibu bapanya, Mariam (Rozita Che Wan) dan Mokhtar (Esma Daniel) sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Hani.

Hani menyimpan perasaan kepada rakan sekelasnya, Irfan (Ryzal Jaafar). Ibu bapa Irfan, Dr Adib dan Shafinaz pula sengaja merancang Aliah (Siti Fathiya) untuk mendekati Irfan. Mereka tidak mahu pelajaran Irfan terganggu kerana terlalu mengambil berat terhadap Hani. Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.

Selepas tujuh tahun, Ummu Hani masih mengharap dan menunggu kepulangan Irfan. Hubungan Irfan dan Aliah selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Hani. Hani mendaftarkan diri di Pusat Latihan Orang Buta dan sedang membantu merealisasikan projek Quran Braille.

Takdir menemukan semula Hani dengan cinta pertamanya, Irfan. Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah menjadi suri hati Irfan? Saksikan kisah cinta Ummu Hani menerusi slot Lestary menerusi siri drama 13 episod terbitan Layar Consult Sdn Bhd arahan Heykal Hanifah mulai 7 Disember ini, setiap Selasa jam 9 malam.


Rahsia Doa Pengasih. Klik sini.

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI