Pengasas WikiLeaks, Julian Assange dipilih menjadi bintang rock

Tuesday, December 14, 2010

Julian Assange,pengasas WikiLeak dipilih menjadi bintang rock sepanjang tahun oleh sebuah majalah muzik Amerika Syarikat (AS) edisi Itali, Rolling Stone.

Majalah itu tidak menyatakan kenapa Assange dipilih menjadi bintang rock sepanjang tahun itu.

Namun, ia menggambarkan bahawa Assange yang dilahirkan di Australia mempunyai persamaan dengan bintang pop Britain, David Bowie yang berlakon dalam filem The Man Who Fell To Earth pada 1976.


Menurut majalah itu, Assange akan berasa gembira bersama majalah itu sepanjang tahun depan.

Asange kini dipenjarakan di Britain berhubung dakwaan dia mencabul dan merogol dua wanita di Sweden.

"Assange merupakan seorang ikon seperti Che Guevera pada baju T. Dia (Assange merupakan seorang pemimpin pop pada era penamat diplomasi dan keselamatan empayar," menurut majalah itu.

Laman web WikiLeaks telah membocorkan lebih 250,000 kabel diplomatik yang melibatkan maklumat AS dengan banyak negara di dunia. - dpa

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI