Final Piala Suzuki AFF: Malaysia menang dengan agregat 4-2

Wednesday, December 29, 2010

KUALA LUMPUR 29 Dis. - Malaysia berjaya menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 mengalahkan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia dan mengakhiri kemarau 14 tahun.

Kemenangan Malaysia itu diperoleh selepas berjaya mengatasi Skuad Garuda dengan agregat 4-2.

Sila Baca Lagi: Hurray!!! Jumaat Cuti Umum - Malaysia Menang Piala Suzuki 2010

Pada perlawanan malam ini, Malaysia memperoleh gol pertama melalui Safee Salee pada minit ke-54 saingan separuh masa pertama, manakala Indonesia berjaya mendapat satu gol hasil sumbangan Mohammad Nasuha (m-72) dan gol sendiri pemain Malaysia, Mohamad Muslim Ahmad (m-88).

Paling menarik malam ini, sepakan penalti Firman Utina berjaya dihentikan oleh penjaga gawang negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Terdahulu pada aksi peringkat pertama perlawanan akhir di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia menang 3-0. - Utusan

1 Komen:

armouris on 30 December 2010 at 11:28 said...

tahniah Malaysia! Main bola jangan sampai cedera - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Post a Comment

 

ZONFINITI