Marion dah sah jadi isteri SM Nasarudin

Monday, December 20, 2010

Marion Caunter selamat menjadi isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif Naza Kia, SM Nasarudin SM Nasimuddin .

Majlis pernikahan diadakan secara private,hanya dihadiri famili dan teman rapat.

Marion, pengacara cantik E! News Asia memilih busana baju kurung moden putih rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim.





Hotel Mandarin pula menjadi majlis resepsi perkahwinan. Marion mengayakan pakaian rekaan Vera Wang.

Sebuah lagi majlis bakal diadakan bagi meraikan pengantin di kepulauan Maldives.

Media tempatan tak dijemput untuk membuat liputan. Hanya E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.

Menyingkap perkenalan mereka, pengacara kelahiran Pulau Pinang itu telah pun saling mengenali pewaris kumpulan Naza itu sejak lima tahun lalu.

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI