Avon Voices,Ujibakat Nyanyian & Ciptaan Lagu Online Pertama Avon

Thursday, December 09, 2010

Avon Products, Inc. melancarkan Avon Voices, ujibakat nyanyian secara ”online” yang hanya dibuka kepada para wanita, manakala peraduan penciptaan lagu dibuka untuk komposer wanita dan lelaki ini adalah salah satu program sambutan ulang tahun 125 bagi Avon di seluruh dunia. Program ini akan dilancarkan di 60 negara, bersama 6.2 juta wakil Avon; gabungan usaha demi wanita melalui muzik.

Avon menjemput wanita dari lebih dari 60 negara, bersama-sama dengan 6,2 juta wakil Avon, untuk mencetuskan gerakan global melalui muzik. Sebuah panel juri terkenal pemimpin industri muzik dari seluruh dunia meliputi: Fergie; enam kali pemenang Grammy, pencipta lagu legenda, Diane Warren, Natasha Bedingfield, pencalonan Grammy penyanyi/penulis lagu; sensasi dari Rusia, Valeriya.

Gambaran keseluruhan dari program tahunan akan merangkumi perjalanan ke destinasi yang menarik selama hampir 200 pesaing global untuk menerima latihan profesional dan makeover Avon, dan video rekod prestasi. Tujuan ujibakat (talent search) ini adalah untuk mencari dua penyanyi berbakat – dan seorang Wakil Avon yang berbakat menyanyi - yang berpeluang untuk merakam album yang dihasilkan secara profesional.



"Selama 125 tahun, Avon telah memberi peluang kepada para wanita untuk mencari suara mereka yang tersendiri; bersama Avon dan untuk mencapai impian mereka. Kami amat gembira apabila memberikan wanita peluang untuk berkongsi suara mereka, lagu mereka dan kisah mereka melalui uji bakat ini.” kata Andrea Jung, CEO dan Chairman Avon Products, Inc". Avon Voices akan merayakan warisan Avon dan masa depan kita , menaikkan taraf kehidupan wanita melalui kecantikan, inspirasi dan lagu. "



Mulai 1 Disember lalu, laman rasmi program - AvonVoices.com – dilancarkan dan dibuka untuk pendaftaran. Terdapat tiga cara untuk mengambil bahagian, iaitu :

• Nyanyian : Para wanita dijemput untuk menyertai dalam ujibakat ini dengan memilih lagu dari website dan ‘upload’ video penghantaran sebelum 13 Februari 2011 di AvonVoices.com.

• Undi (Vote): Orang ramai boleh menjadi seorang pencari bakat dan merekrut (recruit) sesiapa yang berbakat yang mereka kenal. Anda cuma perlu menonton video (di Avon Voices) dan memilih peserta kegemaran mereka. Pemilihan Avon Voices akan diadakan antara April dan Oktober. Pemilihan akan dijalankan dalam empat peringkat; gabungan pemilihan juri dan undian orang ramai.

• Mencipta Lagu : Para wanita dan lelaki layak mengambil bahagian dalam Pertandingan mencipta lagu ini . Tulis lagu yang asli yang diilhamkan optimisme kepada dunia. Hantarkan fail digital dan lirik di AvonVoices.com (antara 20 Mei 2011 dan 1 Julai 2011).



"Saya amat syukur atas pencapaian impian saya melalui muzik. Saya sedar begitu ramai wanita yang ingin suara mereka didengar - sekarang mereka boleh, "kata Fergie. "Avon Voices akan memberi peluang kepada wanita untuk berkongsi suara merdu mereka dengan seluruh dunia."



Para selebriti hiburan antarabangsa juga akan bergabung usaha untuk menyokong Avon Voices di peringkat kebangsaan di setiap sudut dunia. Pelanggan tempatan dan acara promosi akan berlangsung sepanjang tahun. Avon Voices juga akan dipaparkan di lebih daripada 40 juta risalah Avon yang akan diagihkan secara global selama Disember 2010 dan Januari 2011.



Download muzik untuk memberi sumbangan kepada Yayasan Avon Wanita (Avon Foundation). Avon Voices bukan sekadar program ujibakat sahaja, malah di sepanjang tahun 2011, muzik juga akan sedia untuk dimuaturun secara digital, dengan sebahagian daripada sumbangan disalurkan ke Yayasan Avon (Avon Foundation) untuk kempen global Wanita, demi menamatkan keganasan terhadap wanita. Kini, Avon telahpun berjaya menderma lebih dari USD$ 30,000,000 untuk program Pencegahan Keganasan terhadap Wanita.

Untuk menyokong Kempen Global Avon, Warren akan melancarkan album single beliau “ Until U Love U, dirakamkan oleh Valeriya dan diterbitkan oleh David Pack. Lagu ini juga boleh dibeli secara muat turun (download) di bulan Januari 2011.

"Sebagai penulis lagu, saya tahu apa rasanya menyentuh hati dan kehidupan orang-orang melalui kekuatan muzik." Kata Warren. "Saya benar-benar dapat inspirasi atas komitmen Avon dalam usaha membantu wanita melalui bahasa muzik universal.”

Di akhir program Avon Voices, Warren juga akan menyediakan sebuah lagu tema bagi Avon Voices, untuk dinyanyikan bersama 10 peserta peringkat akhir dan selebriti lain di majlis Gala Avon Foundation 2011.

1 Komen:

Avon Malaysia on 17 December 2010 at 09:28 said...

terima kasih zon infiniti

Post a Comment

 

ZONFINITI