Semua pelajar Malaysia di Aceh dan Medan selamat daripada bencana gempa bumi berkekuatan 6.7 pada skala Richter yang melanda wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh awal hari ini.
Sehingga jam 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa 10 orang meninggal dunia dalam kejadian gempa pada jam 12.55 pagi waktu tempatan itu.
Atase Pendidikan, Education Malaysia (dulunya Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia, Ludinata Misnun berkata gempa itu tidak dirasakan oleh pelajar Malaysia di Aceh kerana kawasan penempatan mereka berada jauh di bahagian Utara Aceh.
Bagaimanapun pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dapat merasakan gegaran kuat kerana kedudukan pusat gempa yang lebih hampir dengan kawasan Kota Medan.
"Semua pelajar Malaysia seramai 176 orang di Aceh dan 612 orang pelajar Malaysia di Medan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini. - Bernama
Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat
Entri Lain
- Tak larang balik kampung untuk jimat minyak - Syed Abdul Aziz Al Qubra
- Amah Indonesia Mengaku Terima IC dan BR1M
- Top-up kad prabayar dikenakan GST 6%
- Tempoh rayuan BR1M dilanjut sehingga 15 April 2015
- Nahas Germanwings:Pembantu juruterbang alami putus cinta?
- Senarai barang dikecualikan GST
- Tiada kenaikan tarif elektrik tahun 2015
- Dubai International Airport World's Busiest A380 Hub
- SKMM Keluar 23 Kompaun RM1.01 Juta Kepada Telco
- Semua seks luar tabii dalam kesalahan liwat
Permalink: Gempa bumi di Aceh: Pelajar Malaysia selamat
Categories Isu Semasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment