Kira-kira 200 pemain termasuk lima pemain utama negara akan menggalas cabaran pada Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur 2011 selama empat hari bermula Khamis depan.
Naib Presiden Persatuan Lawn Tenis Kuala Lumpur (KLLTA), Mirzan Tun Dr Mahathir berkata, kejohanan, yang kali terakhir diadakan pada 2005, akan berlangsung di dua venue iaitu Pusat Tenis Negara Jalan Duta dan Kompleks Tenis Taman Titiwangsa.
Kejohanan tersebut yang mempertandingkan 10 kategori termasuk acara terbuka lelaki dan wanita akan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM27,900, katanya di sini hari ini.
Katanya, KLLTA mengambil keputusan untuk menghidupkan semula kejohanan tersebut berikutan peningkatan minat dari komuniti tenis tempatan serta menggalakkan pembangunan sukan itu di Kuala Lumpur.
Selain itu, ia juga bagi memilih dan melatih pemain terbaik mewakili Wilayah Persekutuan pada kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan, katanya.
Mirzan berkata, lima pemain utama negara termasuk Si Yew Ming, Abd Hazli Zainuddin, Muhammad Ashaari Zainal Abidin, Ahmed Deedat Abd Razak dan Syed Mohamad Agil Syed Naguib dijangka menyertai kejohanan itu. – Bernama
Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur 2011
Entri Lain
- Christiano Ronaldo Pemurah, RM27 Juta Didermankan Kepada Mangsa Gempa Bumi Nepal
- Perak ikat Kelantan, lonjak pendahulu baharu Liga Super (6 MAC 2015)
- Malaysia Juara Piala Emas Bangabandhu 2015
- JDT buktikan kehebatan
- Bantuan Khas utk keluarga atlet paralimpik negara, Allahyarham Mohammad Azlan Mat Lazim
- Cristiano Ronaldo jadi pengemis gemuk
- Malaysia tunjuk taring, belasah Oman 7-0 (Pusingan Kedua Kejohanan Liga Hoki Dunia 2015)
- Jersi Terengganu FA 2015 + Gambar Jersi Terengganu FA 2015
- Keputusan Liga Perdana Inggeris MAN CITY vs Arsenal
- Keputusan Piala FA Inggeris
Permalink: Kejohanan Tenis Terbuka Kuala Lumpur 2011
Categories Sukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment