Seorang wanita dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini selepas terminum racun semut yang disangkanya sirap yang dibancuh suaminya di rumah mereka di Kampung Rambutan Rendang di sini hari ini.
Norhafiza Badli Afendi, 27, mengalami kekejangan dan mulut berbuih selepas terminum racun itu dalam kejadian pada 11 pagi.
Suaminya, Mohd Din Yusof, 27, berkata sebelum itu beliau membancuh racun semut itu yang berwarna hijau dan memasukkannya dalam gelas dan diletakkan di atas meja makan.
"Saya keluar bagi mengambil pam penyembur racun dan tidak sangka isteri saya yang menyangka ia sejenis sirap pandan telah meminumnya ketika saya keluar sebentar itu.
"Isteri saya sukar bercakap dan terketar-ketar selepas meminumnya. Keadaan dia sekarang sukar untuk bercakap dan darah mengalir dari mulut dia," kata Mohd Din ketika ditemui di wad kecemasan hospital itu. - Bernama
Parah Terminun Racun Semut Disangka Sirap
Entri Lain
- Nekad sita rumah saudara sendiri selepas hutang RM1.25 juta tak dibayar
- Bayar RM5,000 jaminan ke Syurga
- Video bayi diikat pada stereng viral di internet
- Tweet Dia Bukan Anak Orang Kaya Jadi Viral
- Guru dibebaskan tuduhan edar gambar lucah
- Padah belasah isteri orang,lelaki dilibas dengan parang
- Keldai dadah bodoh lapor bagasi hilang
- Wanita gunting kemaluan teman lelaki hingga putus
- Berbogel depan kekasih kemudian diugut
- Ragam Manusia: Lelaki saman syarikat ubat gigi gagal pikat wanita
Permalink: Parah Terminun Racun Semut Disangka Sirap
Categories Ragam Manusia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment