Hajat Natasha lari bersama kekasih tak kesampaian

Wednesday, September 07, 2011

Hajat seorang pondan, Natasha yang mahu membawa diri bersama temannya, Mohd. Hafizuddin Johari, 20, yang menerima aib setelah disimbah asid ekoran cemburu dengan perhubungan mereka, nampaknya terpaksa ditangguhkan sementara.


Ini kerana, menurut jurujual tersebut yang berusia 28 tahun, rancangan mereka untuk menjalani kehidupan baharu di negeri lain tidak menjadi apabila Mohd. Hafizuddin ‘dirampas’ daripadanya oleh ahli keluarga pemuda itu kelmarin.

Katanya, Mohd. Hafizuddin telah dibawa pulang oleh bapa saudaranya ketika mereka berdua sedang menikmati minum petang di sebuah gerai makan di Padang Besar dekat sini.

“Kejadian tersebut berlaku dengan pantas, bapa saudara Hafizuddin bersama seorang lagi rakannya yang menaiki kereta telah menghampiri kami di gerai tersebut.

“Tanpa bercakap sepatah, tiba-tiba tangan Hafizuddin ditarik oleh bapa saudara mereka ke dalam kereta dan mereka meninggalkan saya,” katanya ketika ditemui dirumahnya di Taman Seri Bakau, di sini semalam.

Mengimbas kejadian tersebut, Natasha memberitahu, dia amat terkejut dan takut dengan insiden tersebut ekoran Mohd. Hafizuddin dibawa dengan paksaan oleh ahli keluarga tersebut.

“Kami telah merancang untuk teruskan hidup bersama dan Hafizuddin dengan rela hati ikut saya tetapi lain pula jadi hubungan kami mendapat tentangan keluarganya,” ujarnya.

Sehingga kini jelasnya, dia masih gagal menghubungi temannya itu dan situasi tersebut menyebabkan hatinya tidak tenteram.

Tambahnya, dia akui hubungannya itu mendapat tentangan keluarga Hafizuddin dan ramai pihak namun jurujual tersebut meneruskannya ekoran pemuda itu banyak keistimewaannya.

~ Kosmo

0 Komen:

Post a comment

 

ZONFINITI