Keputusan Euro 2012: Poland 1, Russia 1

Wednesday, June 13, 2012

Keputusan perlawanan kedua peringkat kumpulan A kejohanan bola sepak Euro 2012 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Warsaw, Poland, awal pagi tadi adalah: Poland 1 (Jakub Blaszczykowski 57') , Russia 1 (Alan Dzagoev 37'

Euro 2012

Euro 2012

Selepas seri 1-1 dengan Greece dalam perlawanan pembukaan pada hari perasmian kejohanan Euro 2012 Jumaat lalu, Poland sekali lagi mencatatkan keputusan yang sama dalam saingan dengan Rusia dalam satu lagi perlawanan peringkat Kumpulan A di Stadium Nasional, Warsaw.

Poland, pasukan tuan rumah kejohanan, berjaya mengikat Rusia 1-1 selepas ketinggalan satu gol.

Rusia memperlihatkan kehebatannya apabila menjaringkan gol pertama menerusi Alan Dzagoev pada minit ke-37 sekaligus menjadikan beliau penjaring terbanyak kejohanan setakat ini dengan tiga gol.

Penyerang Poland, Jakub Blaszczykowsl melakukan sepakan lencong dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol Rusia, Vyacheslav Malafeev pada minit ke-57 sekaligus mengikat Rusia 1-1.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun usaha mereka buntu. Keputusan kekal sehingga tamat permainan.

Pertemuan Rusia dan Poland juga digambarkan sebagai 'pertarungan medan perang' antara kedua-dua negara sebelah benua Eropah ini, yang disaksikan pada 1920.

Rusia yang menewaskan Republik Czech dengan pesta gol 4-1 pada Jumaat lalu, mahu memperoleh kemenangan susulan untuk muncul di tangga teratas Kumpulan A.

Sementara itu, pada jam 12 tengah malam tadi waktu Malaysia, Republik Czech berjaya memperoleh tiga mata pertama selepas menumpaskan Greece 2-1 di Stadium Wroclaw.

Ketika ini, kedudukan di dalam Kumpulan A masih terbuka dengan Rusia ditangga teratas dengan empat mata, Republik Czech tiga mata, Poland dua mata dan Greece sekadar memperoleh satu mata.

Sekilas fakta perlawanan

Penguasaan bola: Poland (43%) Rusia (57%)

Sasaran ke arah gawang: Poland (15) Rusia (7)

Tendangan sudut: Poland (4) Rusia (6)

Kad kuning: Tiada

Barisan pemain Poland:

22 P.Tyton
02 S.Boenisch
13 M.Wasilewski
15 D.Perquis
20 LPiszczek
05 D.Dudka
07 E.Polanski
10 L.Obraniak
11 R.Murawski
16 J.Blaszczykowsl
09 R.Lewandowski

Barisan pemain Rusia:

16 V.Malafeev
02 A.Anyukov
04 S.Ignashevich
05 Y.Zhirkov
12 A.Berezutsky
06 R.Shirokov
07 I.Denisov
08 K.Zyryanov
17 A.Dzagoev
10 A.Arshavin
11 A.Kerzhakov

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI