Pekerja sektor swasta hanya boleh bersara wajib setelah mencapai umur 60 tahun iaitu yang ditetapkan sebagai umur persaraan minimum apabila Rang Undang-undang Umur Persaraan Minimum 2012 berkuat kuasa.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam ketika membacakan rang undang-undang buat pertama kali berkata, majikan juga tidak boleh membersarakan secara pramasa seseorang pekerja yang belum mencapai umur persaraan minimum.
Bagaimanapun katanya, seseorang pekerja itu boleh bersara apabila mencapai umur persaraan pilihan yang telah dipersetujui dalam kontrak perkhidmatan atau perjanjian kolektif tetapi jika itu pilihannya, kontrak yang ditandatangani sebelum ini terbatal.
"Rang undang-undang ini turut memperincikan bahawa pekerja yang dibersarakan secara pramasa boleh mengadu secara bertulis kepada Ketua Pengarah Tenaga Kerja dalam tempoh 60 hari dari tarikh persaraan.
Langkah kerajaan meningkatkan umur persaraan wajib pekerja swasta dilihat perlu dikuatkuasakan memandangkan jangka hayat rakyat negara ini telah meningkat sehingga melebihi usia 70 tahun.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan berkata, pengenalan Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan di Dewan Rakyat adalah langkah terbaik dalam mengurangkan bebanan kerajaan pada masa depan.
“Langkah menaikkan umur bersara wajib ini sesuatu yang baik kerana jangka hayat sudah meningkat tidak seperti di tahun 1950-an dahulu.
“Negara-negara di rantau Asia Tenggara lain juga telah ada yang menaikkan usia persaraan ini seperti Singapura iaitu 60 tahun," katanya

0 Komen:
Post a Comment