Lirik Lagu Suara Dunia - Phlowtron
CHORUS:-
Bagaimanakah?
Hilangnya nilai dunia,
Bagaimanakah?
Isi hati di suara,
Bagaimanakah?
Menerangi kegelapan,
Bagaimanakah?
Ikhlas memberi harapan,
Khazanah:-
Diskriminasi!
Epigraf Khazanah ini bermula dengan mentera isi hati luka,
Hipokrasi!
Anak merdeka ditindis berkorban untuk negara yang disanjung jua,
Propaganda!
Pabila isu politik dicemar membina rakyat yang upama boneka,
Revolusi!
Ku hanya meminta restu kanak-kanak kebulur di bumi ini gembira,
Dominasi!
Sang buaya korbankan erti hidup dengan menerbitkan gejala manusia,
Kapitalis!
Si sakit hanya tertangis dan mereka tertawa epedemik ini bermula,
Manifestasi!
Kuberpinta agar cuaca akan cerah, kuhanya satu perseribu secalit pena,
Cinta Suci!
Dengan berkat kurnia si Esa, makbulkan doa sehingga bertemu semula.
CHORUS
Alia:-
Oh Tuhan…..
Andika:-
Maafkanku kerana kadang kala ku rasa dunia ini binasa,
Alia:-
Manusia…..
Khazanah:-
Hanya lupa padaMu, sentiasa meminta restuMu pabila berduka,
Khazanah dan Andika:-
Jadi kami lupa! Jahil di muka dunia,
Hidup sementara dilihat bagai syurga,
Syurga –syurga helah bernafaskan lelah,
Masa depan mengah! Dunia yang terbelah!
Alia:-
Suara tangisan jiwamu,
Digebar hajatmu,
Memori diputar,
Hadirnya perit dibuai,
Hatiya disangkar jua.
CHORUS
Andika:
Sebaik-baik bumi menyentuh si matahari,
Kegelapan kini menyelubungi langit pagi,
Mulut angin menghembus embun kelabu malam,
Ku menyala api harapan tetapi sering terpadam,
Hati putih manusia bagai kata-kata syair,
Suci seakan gunungnya yang air matanya mengalir,
Tidak perlunya wujud tilam penindasan,
Tahukah anak-anak kecil erti alasan,
Pabila deritan suara gasar sepahit abu,
Bukalah lipatan kertas yang kalimahnya syahdu,
Tiada gunanya memadah hanya kata bicara,
Jika tiada ranting lelus yang menerkap sinar telaga,
Siratulrahim terbina taksub yang utuh,
Jalan pertalian yang mana mungkin akan lumpuh,
Mahukah kita lihat anak-anak kecil kian layu,
Biarlah ia mengulum seribu garis pada satu.
Lirik Suara Dunia - Phlowtron
Lirik Suara Dunia - Phlowtron
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment