Hukuman curang

Sunday, August 30, 2009

Seorang lelaki yang curang terhadap isterinya bertindak menghukum dan memalukan dirinya sendiri.

William Taylor yang tidak bekerja berdiri di simpang jalan sibuk demi memenangi hati isterinya kembali.

“Saya curang. Inilah hukuman saya,” kata kenyataan dipakai Taylor selepas tindakannya menghantar gambar mengghairahkan kepada seorang wanita diketahui isterinya, Karen.

“Hukuman ini muncul ketika kami bertengkar. Saya bertekad ingin membuktikan tetap menyayangi Karen dan dia meminta saya berdiri di jalanan dan mengaku kesalahan yang telah saya lakukan.

“Pada mulanya saya ingat Karen berlawak tapi rupa-rupanya dia serius.

“Apapun saya fikir jika inilah caranya untuk memenangi kembali hatinya, saya perlu laksanakannya,” katanya.

Sementara itu, seorang wanita, Kim Eccott, 23, dihukum penjara 52 minggu tertangguh selepas membakar sut selepas dihalau daripada apartmen teman lelakinya.

Hukuman itu dijatuhkan kerana tindakannya membakar sut Mark Naylor, 47, menyebabkan kerosakan RM110,000 ke atas apartmen di Stowmarket, Suffolk itu. - Agensi

0 Komen:

Post a Comment

 

ZONFINITI