Pemain gitar utama Oasis, Noel Gallagher mengumumkan beliau meninggalkan kumpulan rock Britain itu kerana tidak sanggup lagi bekerja dengan adiknya, Liam.
Tindakan Noel yang diumumkan malam tadi itu mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan Oasis.
Dalam kenyataan ringkas di laman web kumpulan itu, Noel berkata, beliau mengumumkan 'dengan sedikit perasaan sedih dan rasa lega yang amat sangat bahawa saya meninggalkan Oasis malam ini'.
"Orang boleh menulis dan bercakap apa sahaja yang mereka suka, tetapi saya tidak sanggup lagi bekerja dengan Liam walau sehari lagi," tambah beliau.
Noel membuat pengumuman itu selepas kumpulan tersebut tiba-tiba membatalkan konsert mereka pada satu festival muzik dekat Paris malam tadi.
Penganjur berkata, dua beradik itu bergaduh di belakang pentas sejurus sebelum mereka dijadualkan membuat persembahan.
"Kumpulan itu tidak lagi wujud. Mereka tidak akan beraksi malam ini dan mereka membatalkan baki jelajah mereka di Eropah," kata seorang jurucakap bagi penganjur festival Rock en Seine kepada 30,000 penonton.
Penyanyi Britain, Amy Macdonald yang turut membuat persembahan pada festival itu menulis di laman Twitternya: "Oasis dibatalkan lagi tinggal satu minit sebelum ke pentas! Liam memecahkan gitar Noel, gaduh besar!"
Hubungan antara penyanyi utama, Liam dengan abangnya, Noel yang merupakan pencipta lagu utama memang tegang sejak Oasis ditubuhkan pada 1991, tetapi khabar angin sejak beberapa hari lalu mengatakan perselisihan faham antara mereka tidak dapat diselesaikan lagi. - AFP
Kumpulan rock Oasis berpecah
Entri Lain
- Johan menang tiga trofi Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)
- Azmil Mentor Legend jadi juara
- Grammy Awards 2015:Eminem grabs record sixth Best Rap Album
- Kumpulan Zero Juara Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014)
- Zamani minta maaf memaki jurugambar ketika khayal
- Gambar bikini Taylor Swift hangat di Instagram
- Anggota polis sebar klip video Zamani ditukar tugas
- Pengurusan Zamani Slam ambil tindakan
- Dr Vida, Pengasas Qu Puteh Dapat Tohmahan Selepas Labur RM3 Juta Di AJL 29
- Video Zamani Slam: Orang Ramai Bantah Video Zamani Slam Dalam Lokap
Permalink: Kumpulan rock Oasis berpecah
Categories Hiburan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Komen:
Post a Comment